KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2012: Sebaik saja Super Spontan (SS) disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 132), ramai beranggapan Johan dan Zizan banyak membantu untuk menarik minat penonton terus melayan program baru ini.
Namun, ramai tidak tahu sebab utama Zizan mahu menyertai program ini. Benarkah Zizan terpaksa menyertainya memandangkan Zizan baru saja menandatangani kontrak sebagai artis eksklusif Astro?
Dalam erti kata yang lain, adakah Zizan dipaksa pihak tertentu walaupun mengikut hati pelawak itu, dia sudah tidak mahu menyertai mana-mana program TV lain atas dasar jadualnya yang terlalu ketat.
Dalam pada itu, isu Zizan dan Johan kembali hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan saling memusuhi satu-sama lain kerana masing-masing bukan dalam kumpulan yang sama. Benarkah mereka kini bermasam muka?
Sementara itu, Zizan difahamkan agak cuak apabila ramai meletakkan harapan terlalu tinggi pada dirinya untuk memenangi SS.
Namun, ada pula mengatakan Zizan sebenarnya over confident dan yakin untuk menjuarai program ini tetapi dia hanya perlu menghadapi Johan yang dianggap sebagai paling berbakat untuk melunaskan segala tugasan dalam SS.
Dapatkan setiap jawapan berikut dengan menonton video selebih Apa Kata M? episod pertama.
- MURAI -
''bukan setahun...saya janji saya akan tunggu awak sampai bila-bila" - Lea Sor ...
yang hani ckp pasal salon rambut tu yg umie paham dia merangkap kepada cik ponti.. kan kes cik ponti tumpang moto... huhuhu sori klu umie yg silap paham..
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Mungkin ramai yang terkejut apabila pengacara dan pelakon popular, Daphne Iking menarik diri daripada meneruskan perjuaannya di dalam program terbaru terbitan Astro Warna (saluran 132), Super Spontan.
Daphne Iking dengan rela hati telah mengumumkan penarikan dirinya pada minggu pertama program berkenaan yang telah digantikan dengan bintang Akademi Fantasia, Nana.
Bercakap kepada portal murai.com.my, suami Daphne Iking iaitu Joe yang juga merangkap pengurusnya berkata isterinya itu berhadapan dengan beberapa masalah peribadi dan keluarga sehingga menyebabkan dia terpaksa menarik diri dari terus beraksi dalam program berkenaan.
"Daphne tidak boleh meneruskan peranannya di dalam program ini. Kalaupun dia masih terus berada, mungkin situasi ini tidak adil kepada seluruh warga kerja serta program itu sendiri. Jadi adalah lebih baik dia menarik diri," katanya ketika dihubungi.
Daphne Iking yang mewakili pasukan Angsa Ganas di bawah pengurusan Rashid Salleh itu, sebelum ini telah terbabit untuk beberapa aktiviti Super Spontan termasuk boot camp dan sidang media pengumuman program TV berkenaan.
Bagaimanapun telah menarik diri dari program berkenaan ketika minggu pertama pertandingan yang membabitkan ramai pelawak, pengacara dan hos TV terkenal tanah air.
Ditanya adakah penarikan diri Daphne itu ada kaitan dengan tanggungunjawabnya sebagai pengacara TV untuk sebuah lagi stesen TV tempatan, Joe bagaimanapun menafikan sebaliknya sekali lagi menggunakan masalah peribadi sebagai alasan mengapa isterinya itu menarik diri.
"Itu semua tidak ada kena mengena langsung. Apa yang boleh saya katakana di sini, dia tidak dapat memberikan komitmen kerana berhadapan dengan masalah peribadi.
"Dia (Daphne) tak terkilan atau ralat kerana tidak dapat menyertai Super Spontan. Mungkin sekarang belum menjadi rezekinya lagi. Mungkin pada musim akan datang. Itu semua kita tak tahu," katanya mewakili pihak Daphne.
kalau pengacara super spontan sharifah shahira macam dalam spontan konfem 10 kali lagi best dari adibah tu.pastu nabil,azrul cham masuk.sebab dalam spontan diorang selalu gak main.
frust tgk BC....bell, shahrul tu mcm kurang la.....hani pon tak bleh masuk dgn dorang....kene praktis selalu utk dpt kan chemistry....takkan nk harap sathiya, johan je utk setiap game....mcm dlm AG tu suhaimi tu bagus gak rupanya....rahim not bad....tak la harapkan tauke dgn zizan je....
''bukan setahun...saya janji saya akan tunggu awak sampai bila-bila" - Lea Sor ...
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.