CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
Post time 25-3-2012 02:08 PM | Show all posts
Reply 18# lavender_aqua


tq atas jawapan...

tp masa rumah sewa lama tu...x der apa2 yg pelik berlaku pd zain kan? cuma makhluk tu cuma nak berkawan dgn zain jer sampai dah berupa mcm zain jer kan...

masa rumah aptment tu...ada makhluk lain penghuni aptment x suka makhluk berupa zain tu dtg sekali kan...so dorang mcm gadoh2 gitu..kerana gadoh2 tu yg mahkluk rumah sewa lama tu ala ala tension sampai berupakan zain kan?? sebelum2 ni kat rumah sewa lama x de kan dia berupa2? means dia baik ke mcm  mana?

yg menghantui sampai ke kg.....sampai ke rumah angah tu semua adalah makhluk dr rumah sewa lama kan...yg hantu galah yg ganggu TT kat rumah angah tu hantu dr mana pulak???

so kesimpulan harisbee buat...yg menganggu selama ini adalah hantu rumah sewa lama...sebab dia bergadoh dgn hantu aptment yg baru diduduki...dia ala ala mengamuk la sebab dipaksa berpisah dgn zain mcm tu....gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 14:31

Sambung belajar di Pantai Timur.


                Sebenarnya aku tak sangka lepas kejadian yang menimpa aku beberapa bulan sebelum masuk U, bukanlah yang terakhir. Bulan Julai 2008, aku sambung belajar di salah sebuah IPTA di Pantai Timur. Aku tidak mau nyatakan nama U ni, kepada kawan2 dari bod lain yang membaca, biarlah itu rahsia antara kita sahaja. Bulan Jun 2012, InsyaAllah aku akan grad dari U ni. Sepanjang hampir 4 tahun di sini, macam2 juga yang aku lalui. Daripada kejadian2 pelik di blok tempat aku tinggal, basketball court yang ‘keras’, classmates dan lecturers yang diganggu di bangunan fakulti tempat aku belajar dan bangunan kosong bersebelahan fakulti aku, dan beberapa perkara pelik yang berlaku di atas jalan yang merupakan penghubung hostel dan fakulti.



Kejadian2 yang berlaku di Kolej 5.


                Buat permulaan,aku ceritakan dahulu kejadian2 pelik yang berlaku kepada aku dan penghuni2 lain di kolej 5. Kat U ni ada 8 blok hostel perempuan dan 7 blok hostel lelaki. 7 blok hostel laki ni pula kedudukkan begini, 3 blok (kolej 5-7) bersebelahan(kedudukan kolej2 ni membentuk macam huruf U), kemudian ada café berdekatan kolej aku dan 4 blok(kolej 1-4) di sebelah kawasan café. Disebabkan kemasukan pelajar perempuan (seniors aku) makin ramai, maka kolej 6 dan 7 didiami oleh pelajar perempuan. Masa intake aku, kami diletakkan di Kolej 5, manakala pelajar lelaki di kolej 1-4.


                Bilik aku terletak di tingkat 4 kolej 5, sebab pihak hostel susun kami mengikut huruf pangkal nama. Huruf A di tingkat bawah dan begitulah seterusnya sampai huruf Z di tingkat atas sekali. Di kolej 5 ni, 1 tingkat ada 12 bilik, 1 bilik ada 4 bilik kecil. Boleh bayangkan tak, macam sebuah apartment yang ada ruang kecil di depan dan ada 4 bilik kecil yang lengkap dengan katil bujang, meja study dan almari 2 pintu.  Memang privacy la duduk kat sini, walaupun berkongsi 1 bilik besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 14:38

Kisah 1: Apa bising2 tu?


                 Aku tinggal di bilik no 6 level 4. Mari aku kenalkan penduduk bilik ni, Nad (bilik A), aku (bilik B), Nurul (bilik C) dan Nori (bilik D). Kami memang telah disusun sebegini sebelum register, jadi masa register dapat kunci terus masuk bilik yang dah diberi. Masa awal2 tu, aku takdelah kena kacau ke apa, cuma ada masa aku asyik dengar bunyi bising2 dari atas siling. Nak tau bunyi apa?? Bunyi sebiji guli jatuhlah, bunyi sehelai kertas yang dikibar2 lah dan juga bunyi kerusi diseret dengan kuat sekali.


                Mula2 tu aku buat tak tau aje la, sebab aku sangka mungkin ada technician naik kat atas la, roommates aku keluarkan kertas la dan juga jiran bilik sebelah tarik kerusi, instead of angkat kerusi. Tapi lama2 aku makin terganggu sebab bunyi2 ni kedengaran tak kira masa. Pagi, tengah hari, petang, malam dan juga lewat pagi (kalau aku tengah siapkan assignment masa tu). Tapi disebabkan aku tak suka fikir sangat hal tu, kalau dengar pun aku berlagak macam takde apa2 je.


                Sampailah selepas setahun lebih, (kami berempat di bilik yang sama dari 1st year sampai grad Jun ni), barulah aku ada keberanian nak tanya. Itu pun sebab perasaan curious aku mencapai tahap maksima. Mula2 aku tanya Nori. Rupa2nya bukan aku sorang je yang selalu dengar, Nori pun dengar juga. Lepas tu, barulah Nori buka cerita pasal bunyi yang dia dengar. Memang sebiji sama macam yang aku selalu dengar, dan bunyi tu kedengaran tak tentu masa. Kemudian baru kami tanya Nurul dan Nad. Ternyata mereka juga alami kejadian yang sama, cuma sama seperti aku, mereka juga buat2 tak tau je dengan bunyi2 ni, kecuali Nori yang agak penakut dan selalu fikir yang bukan2 lepas dengar bunyi2 ni.


                Tapi semenjak kami masuk tahun ke-3, ada la pula bunyi baru. Bunyi orang sedang mengetuk dinding guna hammer. Selalu juga dengar bunyi ni. Aku macam biasa, buat2 tak tahu je. Ada sekali tu waktu lunch, aku baru balik dan Nori panggil aku ke bilik dia. Dia kata, dengar tak bunyi tu? Tapi masa aku masuk bilik Nori, bunyi tu dah takde. Lepas 30-45 saat, bunyi balik dan kami mendengarnya sama2. Aku cuma mampu nasihatkan Nori jangan takut sangat, nanti lagi menjadi-jadi.


                Cuma adala sekali tu, Nori dengan jiran sebelah sembang. Masing2 tuduh satu sama lain, “kenapa kau ketuk paku kuat sangat?”, “apa benda yang kau dok ketuk tak habis2 tu?”. Padahal, takde sesiapa pun yang mengetuk apa2. Sejak hari tu, Nori jadi lagi takut tambah2 bila dia dengar bunyi ketukan ni sorang2 di saat kami bertiga masih lagi di fakulti.


                Sebenarnya, takdelah misteri sangat pasal kisah 1 ni. Even sampai sekarang kami masih lagi dengar bunyi2 ni. Ada la sekali tu, mulut aku celupar sikit. Aku kata, nak bising2 pun takpelah, janji kau jangan kacau dan muncul depan aku. Alhamdulillah, setakat itu saja gangguannya. Sekadar bunyi2 yang ada masa jelas, ada masa samar, kedengaran dari siling atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 02:50 PM | Show all posts
tq atas jawapan...

tp masa rumah sewa lama tu...x der apa2 yg pelik berlaku pd zain kan? cuma makhluk tu cuma nak berkawan dgn zain jer sampai dah berupa mcm zain jer kan...
sepanjang yang aqua ingat, memang takde pape pelik pun..
tidur lewat pun takat 1-2 pagi, makan berselera je, sakit demam sekali sekala tu biasa je, takde sebarang kemurungan,
tak pernah nampak dia cakap sorang2 etc..
pakcik A kata sebab makhluk ni dah 'melekat' sejak Zain kecik, agaknye tu yang dah merupa macam Zain.

masa rumah aptment tu...ada makhluk lain penghuni aptment x suka makhluk berupa zain tu dtg sekali kan...so dorang mcm gadoh2 gitu..kerana gadoh2 tu yg mahkluk rumah sewa lama tu ala ala tension sampai berupakan zain kan?? sebelum2 ni kat rumah sewa lama x de kan dia berupa2? means dia baik ke mcm  mana?
tak dinafikan, masa kat rumah lama takdelah apa2 pelik berlaku.
mungkin macam harisbee katakan, mungkin sebab makhluk ni tension, sampai effect kat Zain sekali.
kat rumah lama ok je, sebab tu bila pergi berubat kami terkejut rupa2nya dah lama 'melekat'.
agaknya sebab kat rumah lama, makhluk ni takde 'musuh', jadi dia tak menyusahkan Zain.

yg menghantui sampai ke kg.....sampai ke rumah angah tu semua adalah makhluk dr rumah sewa lama kan...yg hantu galah yg ganggu TT kat rumah angah tu hantu dr mana pulak???
aah, yang ikut sampai ke kg tu yang dari rumah lama.
yang ganggu TT kat rumah angah tu, tu yang memang duduk kat kawasan perumahan angah kot.
sebab masa berubat (part 4), makhluk (kat rumah baru along) ni takdelah sampai kacau TT.

so kesimpulan harisbee buat...yg menganggu selama ini adalah hantu rumah sewa lama...sebab dia bergadoh dgn hantu aptment yg baru diduduki...dia ala ala mengamuk la sebab dipaksa berpisah dgn zain mcm tu....gitu?
boleh jadi:
1. sebab kena 'berpisah' dengan Zain.
2. sebab dia masuk 'kawasan' makhluk rumah baru.
harisbee Post at 25-3-2012 14:08
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 02:52 PM | Show all posts
seram cite ni

p/s:mcm knl je TT ni
Prince3019 Post at 25-3-2012 13:26



   kalau seram jangan baca...
*buat2 tak kenal pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 03:47 PM | Show all posts
ada cuma sebelum ni aqua pendam je...

tp masa kat U, awal2 tu dok bergelut dgn perasaan...
s ...
lavender_aqua Post at 25-3-2012 10:03



   aqua x nak share ker pengalaman aqua sendri masa kat u
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2012 03:49 PM | Show all posts
aqua x nak share ker pengalaman aqua sendri masa kat u
hanasensei Post at 25-3-2012 15:47



   tu aqua dah share...
hana tak perasan kot...
baru kisah 1...
ada lagi, tapi slow2 la..
sebab aqua taip siap2 kat word b4 paste kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:16 PM | Show all posts
tu aqua ...
hana tak perasan kot...
baru kisah 1...
ada lagi, tapi slow2 la..
sebab a ...
lavender_aqua Post at 25-3-2012 15:49



   hehe.. xperasan lak td masa nk komen ni.. dh baca dh pasal bunyi bising tu... nak lagi..tp hana bca wktu siang jer la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 16:39

Kisah 2: Misteri bilik no. 12.


                Kali ni aku nak cerita pasal bilik no 12 kat tingkat 4. Kolej 5 ni dibahagi kepada 3 wings, wing A (bilik 1-4), wing B (bilik 5-8) dan wing C (bilik 9-12). Bilik aku ni kira dekat juga la, cuma tak menghadap bilik no 12. Tapi bilik jiran sebelah, bilik no 5 memang boleh nampak jelas pintu bilik no 12 ni. Banyak kisah yang berlaku kat bilik no 12 ni, sejak aku belum masuk sampai la hujung tahun lepas. Dan kisah2 ni dikongsi oleh Nad (dia salah seorang college representative committee), asalnya diceritakan sendiri oleh salah seorang staff hostel yang masih bekerja di U ni sampai sekarang.


Part 1: Tak nampak pun.


                Kejadian ni berlaku semasa kolej 5 dihuni oleh pelajar laki. Masa tu dah waktu malam, warden, staffs hostel dan principal datang buat spot check. Kemudian mereka tiba di bilik no 12 ni. Masa spot check ni, dorang ada bawa list name penghuni bilik. Lepas masuk dan periksa bilik ni warden tanya, mana roommate kamu?  Budak A  jawab cuma dia sorang je yang duduk di sini. Warden dan semua kat situ dah pelik sebab mengikut list name, bilik tu ada 2 orang penghuni. Bila warden check balik, memang betul ada 2 bilik yang ada barang, 1 bilik budak A dan  1 lagi bilik budak B(yang tiada di bilik waktu tu).


                Mau naik seram budak A ni sebab sepanjang beberapa bulan dah dia di bilik no 12 ni, dia tak pernah nampak langsung kelibat budak B. seolah-olah penglihatan dia ‘ditutup’. Sejak kes ni, bila batch aku masuk, bilik no 12 dibiarkan kosong tanpa sebarang penghuni.



Part 2: Buku2 habis jatuh.


                Kejadian ni terjadi betul2 kat seorang classmate aku. Dia duduk di bilik no 11, bersebelahan dengan bilik no 12 ni. Kawan aku ni, aku namakan Zue. Benda ni terjadi tak sampai sebulan lepas kami register masuk ke kolej 5. Masa kejadian, Zue tengah mengaji. Sekali habis jatuh semua buku2 yang dia letak kat atas rak. Bukan sekali, ada la beberapa kali terjadi. Disebabkan tension, Zue dah pindah ke bilik kosong kat tingkat 2 kolej 5. Sekarang ni bilik Zue tinggal 3 orang je. Walaupun yang 3 orang ni tak pindah, tapi ada la terjadi beberapa benda. Cuma dorang takde nak cerita kat kami sebab tak mau takutkan sesiapa.



Part 3: Kembali dihuni.


                Penghujung tahun lepas, bilik no 12 ni ada orang masuk duduk. Kejadian ni terjadi kat seorang kawan aku yang baru pindah masuk. Sebelum ni dia menyewa kat luar kampus. Katanya, bila dia duduk kat bilik ni, dia akan dengar bunyi bising2. Tapi bukan macam yang aku dengar tu. Bunyi bising ni macam suara orang cakap2. Bila dia buka headphone, bunyi bising tu hilang. Bila dia pakai balik headphone, dengar balik. Lama2 dia pun dah malas nak ambil kisah pasal bunyi ni. Kawan aku ni tahan duduk bilik ni dalam 2 bulan camtu. Lepas tu dia minta pindah, last2 dapat masuk bilik baru kat kolej 6.


                Ini adalah antara kisah yang berlaku kat bilik no 12. Sejak kes kawan aku pindah ke kolej 6, bilik ni kosong balik. Rasanya admin hostel pun dah tak berani bagi pelajar tinggal kat sini dah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 04:41 PM | Show all posts
hehe.. xperasan lak td masa nk komen ni.. dh baca dh pasal bunyi bising tu... nak lagi..tp  ...
hanasensei Post at 25-3-2012 16:16



   tu dah tambah lagi 1...
nanti malam kang aqua sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:49 PM | Show all posts
IPTA mana tu seramnya

TT ambik kos apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 05:09 PM | Show all posts
seram aku nak baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 05:53 PM | Show all posts
dah khatam!!

nak mintak tmbh lgk boleh??

pergh rasa seram part PIL angah tu nmpk lembaga menyerupai zain ats dia..
trus teringat babak dlm filem juon part bdk antu tu dlm selimut
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 06:01 PM | Show all posts
bace kisah aqua sambil minum petang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 06:09 PM | Show all posts
dulu masa miro tggl kat flet lama pown selalu gak dgr mcm2 bunyi yg x masok akal mcm aqua dgr bunyi-bunyian kat hostel.. dalam flet tu ada 3 buah fmly. fmly miro kat tgkt 1, dua lgk family kat tgkt 4 dan 5...so dua tgkat atas miro mmg kosong..tetiap malam mesti dgr ''owang atas'' tumbuk cabai, seret kusi ke meja mcm nak pindah, bunyi tapak kaki berlari, dan mcm2.. kitaowg dah biasa dgr mcm tuh dan kdg2 menyindir  ''gigihnya owg ats masak mlm2 ''..tapi ada satu peristiwa ney yg miro x dpt lupakan..bila teringat rasa nak tarik2 pipi adeq smpai leper sbb mulut beliyaw yg celupar ituh menyebabkan miro yg jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 06:27 PM | Show all posts
bagus dik cara penulisan u..kemas dan tersusun senang org faham..bole buat kompilasi novel seram ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 06:30 PM | Show all posts
seramnye kisah kt hostel tu

U mne eh TT





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 06:52 PM | Show all posts
IPTA mana tu seramnya

TT ambik kos apa tu
harisbee Post at 25-3-2012 16:49


perlukah nak jawab kat sini??

nanti ada makpak tak bagi anak depa apply U ni..


TT amik kos financial maths...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 06:53 PM | Show all posts
seram aku nak baca.....
none88 Post at 25-3-2012 17:09


seram lagi TT masa hadapi dan dengar daripada kawan2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 06:54 PM | Show all posts
dah khatam!!

nak mintak tmbh lgk boleh??  

pergh rasa seram part PIL angah  ...
mironewQ Post at 25-3-2012 17:53


nak tambah??
sabar2, jap lagi aqua karang kisah 3 dan 4...
kalau sempat aqua bagi kisah 5 malam ni juga...

-------------------------


memang seram...
aqua ternampak yang kat bilik MIA tu pun dah demam...
inikan pula yang siap duduk atas perut kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.679649 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list