CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
 Author| Post time 25-3-2012 09:49 PM | Show all posts
daebak! nak smbg baca
mironewQ Post at 25-3-2012 21:22



   sambung la..

kisah 4 dah post..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 09:50 PM | Show all posts
mlm ni bace crite seram...
tgk movie pon seram...
midory Post at 25-3-2012 21:43


kalau takut, baca esok siang saja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 09:54 PM | Show all posts
kalau takut, baca esok siang saja..
lavender_aqua Post at 25-3-2012 21:50



   nk tgk movie dulu...
then baru bace..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 09:56 PM | Show all posts
nk tgk movie dulu...
then baru bace..
midory Post at 25-3-2012 21:54


ok, silakan...

nak rehat kejap, pastu sambung kisah 5..


*minta2 masih ada mood mengarang lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 10:27 PM | Show all posts
seramnya cerita kaka qua qua  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 10:42 PM | Show all posts
seramnya cerita kaka qua qua
MeeSai Post at 25-3-2012 22:27


rasanya ada kisah lain di MPS ni lagi seram...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2012 11:37 PM | Show all posts
ok, silakan...

nak rehat kejap, pastu sambung kisah 5..


*minta2 masih ada mood mengarang ...
lavender_aqua Post at 25-3-2012 21:56



   kalau cerita pasal tingkap mmg sinonim dengat monyet...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 11:41 PM | Show all posts
kalau cerita pasal tingkap mmg sinonim dengat monyet...
midory Post at 25-3-2012 23:37



   haha, makanan kat bilik cik mid pun monyet curi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 11:50 PM | Show all posts
haha, makanan kat bilik cik mid pun monyet curi ke??
lavender_aqua Post at 25-3-2012 23:41



   a'ah... pernah cerite dengan aqua rasenye pasal ni...
bukan pasal mknn je.. abis satu bilik bersepah..
ingat pencuri masuk...
rupenye.. huhu..

skrg ni tingkap bilik ade dawai..
so kalau bukak tingkap pon monyet tak boleh masuk..

tp kat sini toilet kalau pergi pagi2 tu..
hati2 je la..
sebab mmg ade tingkap yang luas menghadap hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 11:53 PM | Show all posts
Reply 56# lavender_aqua

PJ tu rumah TT ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 12:01 AM | Show all posts
a'ah... pernah cerite dengan aqua rasenye pasal ni...
bukan pasal mknn je.. abis sa ...
midory Post at 25-3-2012 23:50



   haah la, betul2 cik mid ada cerita...
*camne leh lupa daa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 12:01 AM | Show all posts
Reply  lavender_aqua

PJ tu rumah TT ker?
harisbee Post at 25-3-2012 23:53


tak...

PJ tu tmpt TT belajar lepas hbs SPM..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 12:04 AM | Show all posts
haah la, betul2 cik mid ada cerita...
*camne leh lupa daa...
lavender_aqua Post at 26-3-2012 00:01



   takpe la...
lame dah pon cite tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 01:53 AM | Show all posts
seronok baca. cepat2 sambung ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 09:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 26-3-2012 12:56

Kisah 5: Tingkat 3 yang menyeramkan.


                Baiklah, sambung lagi kisah aku di kolej 5 ni. Ini adalah kisah terakhir yang aku akan cerita di bawah tag kejadian misteri di hostel. Ada 3 kisah yang aku akan kongsikan mengenai tingkat 3 ni.


Part 1: Ada budak kecil?


                Kalau kawan aku tipu aku, maka aku pun akan tipu korang lepas korang habis baca part 1 ni. Kisahnya ringkas sahaja, ada sorang kawan aku cerita, kalau lalu kat tingkat 3 selepas tengah malam, dalam pukul 3 pagi tak salah aku, besar kemungkinan orang itu akan terserempak dengan sorang budak kecil. Aku tak ingat sangat, rasanya budak perempuan. Motif dia cakap macam tu, aku sendiri tak tahu. Tapi aku tak ambil kisah pun sebab selalunya aku akan lepak kat bilik aku saja malam2. Lagipun aku tak pernah dengar sebarang kekecohan pun, jadi aku anggap kisah ni mungkin cerita yang dibawa dari seniors sebelum kami.


Part 2: Kelibat seseorang.


                Salah seorang kawan aku, Fifi tinggal di tingkat 3 wing C. Fifi ni kawan sekelas aku dan Nad, tapi dia lagi rapat dengan Nad. Pada suatu malam, Nad ada cerita kat aku tentang kejadian yang dialami Fifi. Katanya ada sekali tu, Fifi ternampak ‘sesuatu’ di wing C tingkat  3. Aku dah faham bila Nad kata ‘sesuatu’. Tapi cepat2 aku bagi warning kat Nad jangan bagitau secara specific lokasi kejadian. Aku kalau tau, sumpah aku dah tak jejak bilik Fifi dan kawan2 aku yang tinggal berdekatan tempat Fifi nampak.



                Mujur Fifi bukan jenis lemah semangat. Aku tabik dengan kekuatan yang Fifi dan roommates dia miliki dalam menghadapi gangguan2 kecil ini. Nasib baik nampak saja, kalau dirasuk ke, tak pasal2 kecoh 1 kolej. Ingat tak aku ada cerita yang Nori penakut sikit? Nori yang ada sama sewaktu Nad bercerita berkata, dia takkan jejak lagi wing C. Bagi aku buat apa sampai nak ‘boikot’ sedemikian rupa? Sebab belum tentu kejadian tu terjadi di wing C. Entah2 di kawasan berdekatan tempat mesin basuh diletakkan. Ha, aku ada kisah tentang Nori, sambung di part 3.


Part 3: Apa benda putih tu?


                Nad dengan Nori jenis yang basuh baju guna mesin, berbanding aku dan Nurul yang akan menyental baju hari2. Alkisahnya, selepas baju2 Nori bertimbun dia pergi meletakkan baldi bajunya di tingkat 3 dan patah balik ke bilik. Aku agak masa tu ada baju orang lain sedang dicuci. Bila sampai giliran Nori dah lewat malam. Jadi berjalanlah dia sorang2 ke tingkat 3 untuk memasukkan baju dalam mesin. Masa Nori dah siap pasang mesin, dia berjalan baik dan waktu tu sesuatu terjadi. Dia ternampak kelibat sesuatu berwarna putih, cepat je pergerakannya. Terus cepat2 Nori pecut balik bilik.               


                Masa di bilik, aku pelik dengar Nori kecoh2 kat Nad. Rupa2nya dia rasa dia ternampak sesuatu. Nad cakap, “ntah2 kau ternampak pelajar perempuan tengah sembahyang kot~”. Aku tak pasti sama ada Nad nak sedapkan hati Nori atau dia bergurau. Tapi yang pasti, lepas tu Nori cepat2 tutup tingkap dan siap minta Nad temankan dia ke tingkat 3 nanti untuk ambil baju yang siap dibasuh. Lepas kejadian tu, Nori dah tak berani nak basuh baju lewat malam sangat. Bila semangatnya dah betul2 pulih, baru dia berani untuk kembali basuh baju lewat malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 09:58 AM | Show all posts
seronok baca. cepat2 sambung ;)
amirezu Post at 26-3-2012 01:53



   terima kasih..
dah sambung ke kisah 5...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 12:56 PM | Show all posts
Nk lg.. nk lg.. best tol cite TT ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 26-3-2012 13:40

Selingan: Tasik ‘keras’?


                Kali ni aku nak berkongsi kisah tentang tasik yang ada berdekatan dengan blok pelajar perempuan. Berbanding kami (yang ditempatkan di kolej yang pernah didiam ipelajar laki) dekat dengan café, blok pelajar perempuan ni lagi dekat dengan klinik dan tasik. Tasik ni besar juga lah, lebih kurang  2/3 besar padang bola sepak. Memang best la kalau nak beriadah ke, piknik ke, buat unggun api ke tak pun camping kat situ.


                Ingat tak kat intro tadi, aku kata kami disusun mengikut huruf? Kami juga dikumpulkan sekali di bawah 1 kolej, mengikut kursus yang diambil di fakulti yang SAMA. Sebab tu, kalau korang baca dari awal, semua kes yang terlibat kat kolej 5 aku kenal orang2nya, sebab kebanyakan dari kami ambil kursus yang sama. Tapi ada juga sebahagian lagi penghuni kolej 5 yang mengambil kursus lain tapi masih di bawah fakulti yang sama. Ok, cukuplah aku bercerita takat ni.   



                Kejadian ni terjadi pada pertengahan tahun 2010. Masa ni aku dah ada di KL, cuti 3 bulan sementara menunggu masuk tahun ke-3. Sementara itu, ada beberapa orang kawanaku yang ambil short sem. Nori juga tak terkecuali dari mengambil short sem. Aku? Malaslah lagipun aku nak berehat panjang. Dalam kisah ni aku kenalkan lagi 1 watak baru, Niha. Masa ni, Nori dengan Niha antara yang sama2 ambil short sem. Masa ni, budak 2 orang ni tengah berjalan-jalan lepas makan malam. Tak salah macam baru je lepas masuk waktu Isyak. Dah habis makan bukannya terus balik bilik tapi pergi berjalan-jalan ke arah kawasan tasik ni. Katanya nak ambil angin malam.


                Nak dijadikan ceritanya, Niha nampak ‘sesuatu’ kat kawasan tasik ni. Tapi Niha ni pandai, dia tak cakap terus dekat Nori, sebaliknya dia ajak Nori balik bilik. Lepas tu baru Niha ceritakan kat Nori yang dia nampak ‘benda2’ ni kat tasik. Seram sejuk Nori dibuatnya. Sejak hari tu sampai sekarang Nori dah tak jejak dan mengelak dari berada dekat dengan tasik ni. Dan Niha, aku tak tau sama ada dia boleh nampak, atau diberi peluang untuk ter’nampak’, tapi Niha maintain cool saja.


                Kalau korang terfikir dan tertanya2 kenapa hampir semua kejadian Nori terlibat sama, aku tak ada jawapannya. Bila aku ceritakan semula di sini baru aku perasan, hampir setiap kejadian yang aku kongsikan mesti ada Nori. Nanti aku ceritakan 1 kes yang terjadi pada Nori masa dalam perjalanan balik ke kolej 5 lepas habis kelas malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 01:40 PM | Show all posts
Nk lg.. nk lg.. best tol cite TT ni...
darwishku Post at 26-3-2012 12:56



   dah sambung kisah baru...
terima kasih sebab sudi membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 05:48 PM | Show all posts
alaa...dh habih ke?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.362378 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list