CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
 Author| Post time 30-12-2014 01:56 PM | Show all posts
Kisah 17: Misteri bilik 34

Part 1: Penampakan makhluk lain

Ok lepas nak sampai je entrance matriks, aku call mama. Memang tabiat aku sejak duduk jauh, hari2 call mama. Hari tu call sebab memang rutin + nak bagitau dia yang rombongan aku dah selamat sampai. Tapi tidaklah aku cerita pasal kes tayar meletup kat highway. Sebelum kita sambung cerita, aku kenalkan watak2 yang terlibat dan kawasan2 terbabit terlebih dahulu. Aku tinggal di bilik nombor 5, tingkat 8. Aku tau tinggi giler, menyumpah2 aku time nak balik bilik waktu Zohor, jem depan 3 lif sebab nak balik bilik. Kurang asam gak sape duduk tingkat 3-4 pun nak naik lif. Ok2 fokus, aku tinggal di tingkat 8. Ada 4 orang sebilik, jenis bilik besar, ada 2 almari tinggi cecah siling, 2 buah katil double decker disusun bertentangan dan 2 buah meja kembar. Ni rough sketch susunan bilik. Semua bilik sama saja susunan perabot.


Bilik aku penduduknya adalah Nisa budak Engine, Wan budak medik dan Tina budak maths merangkap classmate aku. Aku kenal Tina ni lama dari Nisa dan Wan, sejak minggu orientasi lagi. Budak Nisa dengan Wan, masuk bilik ni baru kenal.

Aku sampai je kat KC, naik ke bilik letak beg baring2 kejap. Dah rasa kurang penat sikit, aku pergi mandi dan sembahyang. Habis sembahyang, aku unpack beg dah usung baju 3 hari aku di Johor ke tingkat 5. Kat tingkat 5 ni ada mini dobi. Cuma isi, bayar dan tinggal, mesin buat kerja haha. Dalam aku tunggu turn nak mendobi, sebab mesin tak banyak sangat pun, aku merayau. Sempatlah aku jejak kaki ke tingkat 7, kawasan berlakunya malam yang panjang buat Tina.

------------------------------------------------------

Tina pergi bilik Dhiya. Masa tu aku tak sampai UIA lagi (padahal aku dah sampai, cuma si Tina ni yang tak ada kat bilik kami). Yani pun ada sekali (Yani roommate Dhiya, ada lagi 2 roommates, tapi tak penting pun sebut nama mereka, kita rename sebagai A dan B je la ye). Masa tu Dhiya pergi mandi, memang fiil Dhiya mandi lepas Maghrib, takde sebab pun, bukannya bilik mandi penuh. Habis mandi, Dhiya gerak balik bilik (bilik 34 ni terletak paling hujung, kira ceruk sini bilik 34, bilik mandi ceruk sana.) Masa tengah jalan balik bilik, Dhiya perasan pocong ikut belakang. Berlari2 Dhiya ke bilik secepat yang mungkin. Masuk je bilik, Tina, Yani, A dan B terkejut, 'kau apehal termengah-mengah semacam je ni?'. Dhiya pun bagitau ada pocong ikut dia. Habis ketaq budak2 dalam tu.

Dalam takut2 tu, salah seorang suruh tarik langsir dan tutup tingkap. Tak pasal2 masa pandang ke arah tingkap, ada lagi 2 makhluk tengah tengok. 1 cikpon, 1 lagi langsuir. Sudahnya budak berlima tu berkumpul rapat2 kat belah tengah bilik yang kosong tu. Dalam takut2 tu, entah apa surah dibacanya tak tahulah. Menangis2 juga la sebab takut. Nak lari keluar, si Dhiya sudah kata nampak pocong. Pandang ke tingkap ada 2 makhluk lain pulak. Memang malang bertimpa2 la kat mereka masa tu. Tetapi gangguan tidak terhenti di situ. Lepas kelibat di tingkap hilang, Tina bangun dan tutup tingkap dan tarik langsir. Antara semua Tina dengan Dhiya je yang paling berani. Lepas seketika semua macam dapat nyawa balik, keadaan macam slowly beransur ok, tapi sebenarnya tak. Makin teruk kena kacau lagi ada la.

bersambung







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 02:17 PM | Show all posts
kisah 17 part 2: Patrick bercakap dan handphone on off

Mereka berlima mendengar suara ketawa. Pulak dah, siapa yang ketawa ni. Orang baru dapat bernafas dengan normal, tiba2 terdengar suara ketawa. Macam mengejek pun ada juga. Pandang2 apa?!! Suara tu dari Patrick Star (watak dalam Spongebob tu). Patrick tu kepunyaan Yani. Besar juga la, ada la besar macam kusyen segi 4 yang orang letak kat sofa tu. Ingatkan dalam filem seram je anak patung bergerak, sekali dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Sungguh memang tak percaya dek akal fikiran yang normal, tapi itulah yang terjadi. Dalam masa yang sama, handphone Tina asyik on off, lepas tu ada orang call. Mula tu Tina jawab, tapi bila Tina tau cikpon yang kacau habis dicampaknya handphone. Tahun 2007, handphone Nokia biasa je, mana ada segala android macam hari ni.
'Aish benda ni siap kacau handphone pulak' tu apa yang Tina bagitau aku.

Diam tak diam, masa berlalu dengan tersangat lambat. Rasa macam waktu terhenti disebabkan kejadian bertimpa-timpa ni. Si Patrick ni sambil ketawa sambil bergerak badan dia. Sebijik macam Patrick dalam tv tu. Nasib Patrick tak terjun turun dari katil kejar budak berlima tu. Lepas saja si Patrick ni senyap, Tina dengan Dhiya capai gunting dan potong kaki tangan Patrick. Selesai 1 hal. Nak kata berani sangat tu tak la, tapi sanggup ke nak dengar Patrick tu gelak balik? Tu yang budak 2 orang tu cacatkan Patrick. Tina pun tak perasan bila handphone dia berhenti diusik. Takut dengan Patrick gelak dan bergerak punya pasal, dah tak perasan kat handphone sendiri. Akibat dikacau teruk malam tu, Tina tak jadi balik bilik kami kat tingkat 8. Dia risau ada yang mengikut, tak pasal2 jadi masalah lain. Maka tidurlah budak berlima tu walaupun sebenarnya tak boleh tidur pun sampai ke Subuh.

--------------------------------------------

Aku pulak lepas habis mendobi dalam pukul 11 lebih, aku dengan selamba pergi ke ampaian dan sidai baju2 tu semua. Alhamdulillah tak ada yang tegur, usik atau menampakkan diri kat aku. Esok pagi lepas Subuh, Tina balik bilik tapi aku tak terserempak dengan dia. Kiranya aku keluar pergi kelas, baru dia balik. Memang aku perasan masa kelas Chemistry, Tina tak datang. Dalam dok fikir manalah roommate aku hilang, aku dapat sms dari Yani. Yani minta nombor telefon ustaz kat kuliah Islamik dengan head warden KC, urgent. Aku bagitau nombor ustaz aku tak ada, tapi nombor head warden aku ada. Aku forward pada Yani dan tanya apahal yang urgent? Yani kata nanti tanya Tina la. Mau aku tak busybody, aku kan head resident kat KC, apa2 jadi orang nanti tanya aku. Sudahnya kelas Chemistry aku tak fokus sebab dah lagi curious dan tertanya-tanya apabenda la yang urgent tu.

bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 02:37 PM | Show all posts
kisah 17 part 3:bilikku di'pagar'

Memandangkan pagi tu aku ada kelas lain selepas Chemistry, sudahnya aku balik bilik dah tengah hari. Semangat ni, sebab tengah hari kan. Nak makan la, perut berkeroncong, dengan letih 2 kelas silih berganti pagi tadi. Lapar punya pasal, aku terlupa kejap la hal Yani dengan Tina. Sampai2 je kat bilik aku terkejut. Pekejadahnya ada biji2 hitam ni? Ya aku cakap macam tu kat diri sendiri, lebih kepada suara dalam hati je. Aku pandang Nisa, dia macam tau je apa aku nak tanya. Tak sempat aku buka mulut, Nisa dah cakap.

Nisa: tadi ada ustaz datang pagar bilik kita.
Aku dah buat muka pelik.
Aku: pagar bilik dah kenapa pulak?
Nisa: tu kau kena tanya Tina. Ustaz cakap jangan sapu bilik selama 2 minggu.
Aku: hah, 2 minggu?! Habis tu takkan nak tidur atas biji2 hitam ni?
Nisa: kau tolak2 tepi je, tolak tepi tak apa, sapu buang ustaz tak bagi.

Aku dah naik menyampah dah ni, Tina Tina Tina. Si Tina ni tak ada pulak waktu lunch macam ni. Dalam geram aku pergi makan dulu, kang kembang nasi campur aku tu. Bila Tina balik, dan kebetulan Wan budak medik pun ada sekali. Bukan apa, jadual budak medik ni boleh tahan padat macam budak engine juga. Jadi Tina pun cerita la dari A-Z apa jadi, sama macam aku ceritakan semula dalam part 1 and 2. Aku dah tergamam. Patut la malam tadi Tina tak balik, sebenarnya Tina ni jarang melekat kat bilik. Merayau ke kolej kediaman lain. Scouting bilik kawan baik dia tu dah biasa bagi aku, Nisa dengan Wan. Tapi bila dah jadi macam ni, situasi ni sedikit sebanyak buat aku jadi penakut.

Lepas saja Tina habis cerita, aku rasa macam tiba-tiba diselubungi rasa takut. Aku terbayangkan macam mana kalau jadi kat bilik kami. Macam mana kalau tiba-tiba teddy bear aku pulak yang bergerak-gerak dan ketawa. Masa tu macam2 andaian bermain dalam kepala. Memang tak pasal2 aku jadi tak tenang hidup dalam bilik tu. Malam tu, sebelum tidur aku dah ubah teddy bear aku ke atas kerusi aku study. Aku tak mau masa tidur tiba-tiba teddy bear tu bercakap ke, ketawa ke, cekik leher aku ke. Lepas tu setiap hari aku jalan ke bilik mandi, aku rasa macam ada orang perhati. Memang paranoid habis masa tu. Lama juga la aku jadi macam tu sebelum semangat aku pulih, ada la dalam 3-4 minggu macam tu.

Sebenarnya, bukan bilik aku je kena pagar. Pagi lepas Yani sms aku, ustaz sampai dan pagar 3 bilik. Mula tu aku rasa pelik juga, kenapa 3? Bilik 34- bilik Dhiya dan bilik aku sebab Tina takut ada yang ikut balik, bilik siapa lagi 1? Rupa-rupanya bilik Aisy. Aisy ni classmate aku juga, tapi dia tinggal kat tingkat 9. Dah kenapa pulak tiba-tiba sangkut dengan Aisy ni? Malam yang bilik Dhiya kena kacau, Aisy pulak kena serangan asma. Aisy ini untuk pengetahuan semua ada masalah asma yang kronik. Malam tu kata roommate dia, tak pasal2 Aisy tak boleh bernafas. Tapi sebab roommates dia dah tahu sejarah masalah kesihatan Aisy, cepat2 salah seorang tu pergi ke water cooler ambil air panas. Masa tu tak sempat dah nak masak air ke apa, dan aku rasa budak2 ni tak ada thermos air panas. Terus si tukang ambil air ni bagi air panas kat Aisy dan dia minum. Aku tak tau apa kaitan minum air panas dengan pulihkan masalah asma, tapi teknik tu berkesan pada Aisy.

Aku tanya Tina (hari yang dia cerita kat kami bertiga tu la), kenapa nak pagar bilik Aisy? Dia tak ada sangkut paut pun dengan bilik 34 pada malam kejadian. Tina kata sebagai langkah berjaga-jaga sebab badan Aisy lemah dan takut nanti kena kacau sebab kes tu baru sangat terjadi kat bilik 34. Tak sampai 24 jam. Aku pulak tak teringat langsung nak tanya, dah lepas si Aisy ni elok apasal la roommate dia tak telefon ambulans ke, minta tolong mak guard kat ground floor (kami ada guard bertugas di lobi, tapi kadang2 macam chipsmore hilang ntah ke mana~), telefon warden ke? Ada ke biar je si Aisy macam tu lepas kena serangan. Buatnya dia semput balik tak ke haru? Tapi nasib baik juga la, Aisy lepas tu beransur pulih. Cuma esoknya (hari aku pergi kelas Chemistry), dia tak datang kelas.

Habis sudah. Nanti aku cerita pasal Dhiya sakit dan lepas tu ada ustaz tolong tutupkan hijab Dhiya sebab dia kesian budak Dhiya ni terganggu kesihatan dan pelajaran kerana kelebihan yang 1 itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:19 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-12-2014 02:37 PM
kisah 17 part 3:bilikku di'pagar'

Memandangkan pagi tu aku ada kelas lain selepas Chemistry, suda ...
Macam mana kalau tiba-tiba teddy bear aku pulak yang bergerak-gerak dan ketawa.
mcm teddy bear dlm toy story 2 ke ts3 tu kan..


ok... nextttttttttttttttttttttttt pliss..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 03:27 PM | Show all posts
halimi78 replied at 31-12-2014 03:19 PM
mcm teddy bear dlm toy story 2 ke ts3 tu kan..

TS3 sbb ada  konflik yg andy nak masuk universiti

okay, teddy bear dlm TS3 tu scary ok
kejam tak hengat
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:29 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-12-2014 03:27 PM
TS3 sbb ada  konflik yg andy nak masuk universiti

okay, teddy bear dlm TS3 tu scary ok

comey tp kejam gilos..

tp itupon gambaran sifat menasia...
btindak ikut pikiran sniri... xde kira betul salah..
asal hati tu puas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2015 11:55 AM | Show all posts
Edited by lavender_aqua at 23-1-2015 11:56 AM

Kisah 18: Tandas 'keras'

Kisah ini diceritakan oleh Adik (classmate aku, panggil Adik sebab dia budak lulus PTS darjah 3). Katanya tau tak kat aspuri ada tandas kena kunci? Bukan kunci pintu, tapi seluruh tandas kat situ. Bayangkan pintu utama tandas kena solex. Aku kata tak tau, kenapa kunci? Adik memulakan cerita.

Dulu ada senior pergi mandi. Dia pergi seorang diri. Kemudian masa dah keluar dari bilik mandi, pintu depan tak boleh buka. Menjerit dia, sampai ada orang yang nak masuk buka pintu. Padahal pintu depan tu tak kunci pun. Orang yang tolong buka pintu tu pelik, kenapa nak tutup pintu depan? Lain la kalau tutup pintu shower atau pintu bilik kecik (jamban). Lepas tu ada la beberapa kes lain yang melibatkan tandas tingkat 3 tu. Ada kata ternampak penampakan perempuan. Sudahnya warden ambil keputusan untuk solex tandas tu. Kepada yang tinggal di dorm tingkat 3, pandai-pandai la adjust masa dengan budak di dorm tingkat 2 sebab dorang terpaksa guna tandas di tingkat 2. Itu kejadian beberapa tahun sebelum kami masuk sekolah tu tahun 2001.

Tapi benda tu habis di situ sekejap saja. Masa kami form 2, kami dapat Pengetua baru. Sebenarnya tak la baru sangat, Pengetua ni asalnya cikgu biasa sekolah ni jugak. Dia ambil cuti, sambung belajar dan bila dah dapat Master, dia dapat balik ke sekolah kami dan ganti pengetua yang akan pencen. Jadi dia bukanlah orang baru di sekolah ni. Pengetua perempuan ye, agak moden dan mungkin tak ambil pusing sangat kes berkaitan paranormal ni. Dia arahkan tandas di tingkat 3 dibuka. Buat apa solex?, kata dia.

Dah buka pun semua tak berani nak masuk. Bila nak masuk rasa seram. Sudahnya budak-budak ni tetap sanggup bersusah payah guna tandas lain. Pengetua bila dapat tahu, dia marah la kenapa tak guna. Entah macam mana, dia sendiri jejak kaki ke situ. Agaknya lepas warden atau cikgu senior yang ada sewaktu kes lama tu cerita, jadi dia (pengetua) nak check betul ke atau budak-budak aspuri ni saja mengada-ngada tak mau guna. Suatu hari tu pengetua pun pergi tandas tu dengan ditemani beberapa orang cikgu. Aku tak tahulah apa yang dia rasa atau lalui. Lepas saja keluar dari tandas tu, dia suruh solex balik.

Ending, sampai aku habis SPM, tandas tu tak pernah dibuka dah untuk kegunaan warga aspuri. Harapnya pengetua baru yang ganti pengetua perempuan tu (pengetua perempuan tu pencen 2012) tak buat tindakan yang sama dengan memberi arahan untuk buka semula tandas tu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 04:01 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 17-2-2014 10:32 AM
Kisah 11: Misteri di sebaliktugas sebagai tukang urut.

             Pergh,tajuk panjang giler k ...

lepas urut org, kena bagi pengeras.
(contoh : arwah moyang mintak kain putih)

pengeras ni mengikut permintaan si pengurut.
ada yg mintak duit / garam / limau & etc.
tapi zaman sekarang, pengeras lebih kpd duit.

yelah semua benda kena gst

kalo x nak bagi duit, sekadar bagi pengurut hati senang pon ok.
contoh belanja makan.

sesetengah org nak patahkan bisa urut tu.
selepas sesi mengurut, dia kena mandi atau salin pakaian..

pengurut juga x boleh mengurut sebarangan org.
takut bisa urut tu x tertanggung oleh badan.

contoh : pesakit sendiri x tahu susur galur keturunan ada simpan saka.
mmg saka & pengurut, x ngam.. itu yg badan akan sakit teruk & seterusnya meninggal. wallahualam..







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 08:20 PM | Show all posts
Baru habis merempit semua cite..

Mmg bagus! X tahu lak aqua pandang karang ayat.
Kalo jual novel sheram, mesti laku. Hihi

Xde cite baru ke aqua? We want more!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 08:15 AM | Show all posts
bellaa replied at 30-7-2015 04:01 PM
lepas urut org, kena bagi pengeras.
(contoh : arwah moyang mintak kain putih)

moyang aqua ni, mak dia org acheh
tau2 je la org dulu2, tak kira tanah melayu ke,
indonesia ke, kan ada ilmu2 bagai
jadi moyang belajar mengurut tu dari mak dia
mmg syarat ilmu tu, pengeras kain putih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 08:16 AM | Show all posts
bellaa replied at 30-7-2015 08:20 PM
Baru habis merempit semua cite..

Mmg bagus! X tahu lak aqua pandang karang ayat.

pandang karang ayat??
confuse aqua haha

ada tapi bukan cerita aqua dah, cerita kwn aqua

nak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-7-2015 08:16 AM
pandang karang ayat??
confuse aqua haha


Monink aqua..
Hai.. Cam x kenai dik bella.

Mmg suka typo.. Huhu

Ala.. Nak nak!!!!
Cerita sem 1 dah kuar (bulan 1 2015)

Nak cerita sem baru (bulan 8 2015) lak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-7-2015 08:15 AM
moyang aqua ni, mak dia org acheh
tau2 je la org dulu2, tak kira tanah melayu ke,
indonesia ke,  ...

Patot lah.. Org sana rupanya..
Tapi kbanyakan kita pon, bukan pure tanah melayu.. Kalo nak pure, hanya orang asli..

Emm. Selalu tiap keturunan akan akan ada ilmu mengurut tuu..

Selepas moyang, tok atau nenek sedara?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 08:50 AM | Show all posts
bellaa replied at 31-7-2015 08:46 AM
Monink aqua..
Hai.. Cam x kenai dik bella.

haha ye la nnt aqua karang

tau saja usik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 08:57 AM | Show all posts
bellaa replied at 31-7-2015 08:49 AM
Patot lah.. Org sana rupanya..
Tapi kbanyakan kita pon, bukan pure tanah melayu.. Kalo nak pure,  ...

mak mama anak moyang tp dia meninggal muda
meninggal lepas lahirkan adik mama
dengan adik mama sekali ikut pergi

tp setahu aqua la, moyang je yg amik ilmu mengurut tu
mama kata takde anak2 or adik2 moyang yg sambung
boleh jadi kalau mak mama ada, dia pun tak amik

bella bayangkan, orang yg tulang terkeluar dari soket,
dah gi berubat kat hospital tp doktor takleh buat apa2,
bawa kat moyang, 3 hari je dia urut dah elok balik

mengurut camtu perlukan ilmu, tu yg mama tak mau belajar
aqua ada tanya mama nape tak belajar kan
dia kata takmau, 'berat' nak tanggung ilmu tu

kebolehan tu sampai kat moyang je,dia meninggal 22thn lepas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 31-7-2015 08:57 AM
mak mama anak moyang tp dia meninggal muda
meninggal lepas lahirkan adik mama
dengan adik mama s ...

Urut tulang sekali ye.. Bagus arwah oyang..
Tolong manusia dlm kesusahan.. (:

Nak pelajari, boleh.. Cuma kena banyakkan hafal ayat dari quran, sbgai pelindung diri..

Dan segala kesesusahan & penyakit dtg dari Allah. Dgn izinNYA juga penyakit itu hilang..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.171402 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list