Hari ini rakyat Selangor dibebani dengan masalah sampah yang tidak berangkut berhari-hari. Semuanya kerana kerakusan kerajaan yang memerintah hendak memberi projek kepada kroni-kroninya.
Ada di kalangan kontraktor yang dilantik yang tidak pun mempunyai lori sampah. Mereka angkut sampah dengan menggunakan lori biasa dan air lelehan air sampah jatuh keatas jalan raya serta tidak kurang juga masalah sampah yang diangkut bertaburan.
Untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang telah diberi kontrak mengutip sampah dan demi menyelamatkan tembolok juak-juak mereka, kerajaan negeri pula yang belikan lori untuk digunakan oleh kontraktor yang telah diberi kontrak. Ronnie Liu sendiri yang mengakui perkara tersebut.
SHAH ALAM, 15 Mac: Kerajaan Negeri Selangor menempah 50 lori pengangkut sampah (kompektor) bagi menyelesaikan isu permasalahan sampah di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata selain menyediakan lori kompektor, beberapa langkah turut diambil bagi menyelesaikan sepenuhnya permasalahan tersebut.
"Masalah yang timbul sekarang apabila ada setengah kontraktor tidak mempunyai lori kompektor, sebab itulah ada sesetengah tempat terdapat sampah yang lewat dikutip mahupun tidak diangkut langsung.
Sumber : harakah daily Bagaimana mungkin sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan mengutip sampah , diberi kontrak oleh kerajaan, tetapi syarikat tiada lori sampah ?
Jika ini terjadi kepada BN, sudah pasti tidak cukup padang untuk mereka berceramah dan bergegar-gegarlah pentas ceramah dengan laungan kronisme, rasuah dan sebagainya.
Bagaimana Khalid nak ambil alih pengurusan air Selangor dari Syabas, jika nak uruskan sampah pun gagal ?
Mereka ambil alih pengurusan sampah, sampah tidak diangkut berhari-hari. Maka jika mereka mengambil alih pengurusan air, maka jawabnya tidak mandi berhari-harilah rakyat Selangor semua.
|