CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15984|Reply: 83

Sejarah Hitam??

[Copy link]
Post time 1-4-2012 11:59 PM | Show all posts |Read mode
TERSEMBUR kacang kuda dalam mulut CAK bila dapat panggilan daripada teman CAK mengenai seorang peserta program realiti yang hangat sekarang ini. Kata teman CAK, pada mulanya dia tak perasan wajah peserta itu di kaca TV, malah apabila pengacara umumkan namanya, teman CAK masih buat tak tahu.

  Namun apabila dengar suaranya, terus teman CAK tak berpaling lagi. Rupa-rupanya, peserta itu tukar nama kepada lebih glamor! Namun apa yang CAK nak sampaikan bukan pasal tukar nama, sebaliknya kisah peserta itu ada banyak sejarah hitam membabitkan artis kita juga! Kata teman CAK, peserta itu dulu pernah masuk pertandingan lain.

  Walaupun tak menang, dia tetap ditawarkan kontrak menghasilkan album dengan syarikat antarabangsa. Malah sempat merakam single, kiranya dah bergelar penyanyilah. Entah macam mana, tup tup albumnya senyap dan tak jalan.
  Apabila diselidik, rupa-rupanya penyanyi itu langgar kontrak rakaman. Siap saman menyaman antara satu sama lain. Tak pastilah kes itu dah selesai ke belum, sebab tiada kenyataan daripada kedua-dua pihak.

  Ingatkan dah habis cerita di situ, tiba-tiba timbul pula kisah liar penyanyi itu yang sebelum ini pernah dibela lelaki tua berpangkat Datuk. Kata teman CAK, dia pernah terserempak dengan penyanyi itu bersama ‘bapa’nya di pusat rekreasi.


Bukan main manja lagi dibelai dan diusap. Bila teman CAK yang kebetulan berada di situ tegur, dengan tersipu malu dia kata itu bukan bapa, tapi kawannya.



  Teman CAK sempat dedahkan, sebelum ini artis itu pernah duduk serumah dengan teman lelakinya, juga bekas peserta program realiti yang disertai bersama-sama. Bekas teman lelakinya pula kini bergelar pelakon popular dan baru saja berkahwin dengan seorang aktres.


Aku rasa macam nak teka jawapannya :

Dulu nama Shanor masuk Audition sekarang masuk mentor tukar nama Tisha.
Pernah duduk serumah dengan bf dr realiti tv yg sama?? adakah Azad J yang skrg kawin dgn aktres Eira Shazira??


Tisha mentor
Shanor 'Audition' saman Warner Music RM240,000

SHAH ALAM:  Seorang bekas peserta wanita rancangan televisyen 'Audition' yang disiarkan di saluran NTV7, hari ini mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd yang didakwa gagal menawarkan kontrak rakaman album kepadanya.


Shanor (kiri) bersama Tria dan Amar. (foto The Star oleh Azhar Mahfof)


Shanorbiah Shamsir Alam, 20, yang dikenali sebagai Shanor semasa menyertai program hiburan itu, memfailkan writ saman di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, pada pukul 11.15 pagi melalui Tetuan Suraj Singh & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Shanorbiah, yang kini pelakon drama dan telemovie, berkata beliau telah menyertai satu pertandingan menyanyi dalam program Audition pada 2004 dan dalam pertandingan itu telah diumumkan bahawa satu kontrak rakaman akan ditawarkan oleh Warner Music kepada seorang daripada peserta program itu.

Shanorbiah berkata semasa pertandingan itu, syarikat rakaman terbabit telah memberikan satu sijil bertarikh 25 Julai 2004 yang menyatakan bahawa satu kontrak rakaman telah dianugerahkan kepada beliau.

Dengan kontrak rakaman itu, katanya, syarikat rakaman berkenaan diharapkan akan mengambil kesemua langkah yang perlu dan/atau patut cuba mengambil semua langkah untuk membolehkan beliau menyanyi, menyusun lagu untuk satu album lagu, mempromosi dan mengiklankan album itu serta mengedarkannya untuk dijual.

Shanorbiah juga berkata dengan kontrak rakaman itu, Warner Music diharapkan dapat memberi dan/atau cuba memberikan peluang kepada beliau untuk mempertingkatkan atau membina karier nyanyiannya.

Bagaimanapun sehingga hari ini beliau berkata syarikat rakaman itu gagal untuk memberi satu kontrak rakaman terperinci kepadanya dan beliau mendakwa tindakan Warner Music antaranya telah menghalang karier nyanyian beliau daripada dipasarkan kepada umum dan dalam industri hiburan.

Shanorbiah seterusnya mendakwa pihaknya telah mengutus satu surat tuntutan bertarikh 18 April lalu kepada defendan dan syarikat rakaman itu melalui surat bertarikh 20 April lalu memaklumkan bahawa mereka telah melantik peguam untuk menjawab surat tuntutan beliau dan telah menerima arahan untuk menerima penyampaian tindakan.

Warner Music bagaimanapun didakwa tidak menyediakan jawapan terperinci dalam surat-suratnya bertarikh 20 April dan 9 Mei lalu berhubung perkara yang dibangkitkan di dalam surat tuntutan beliau.

Shanorbiah menuntut syarikat rakaman itu membayar RM240,000 sebagai alternatif, faedah, kos, dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. BERNAMA

Kes saman Shanor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 12:07 AM | Show all posts
yg sekor ni pun punya lah gigih nk jd artis
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:15 AM | Show all posts
sejarah dia punyer career sendu xde ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:19 AM | Show all posts
Haram aku x kenal minah ni sape
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:24 AM | Show all posts
muke hdoh gler dlu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:27 AM | Show all posts
motipla reputz ni dok ungkit kisah silam minah ni dengan azad tu
org tu dah kawen bagai pun
kang tak pasal2 kerana gosip macam ni
abis runtuh rumahtangga org
takde penyakit cari penyakit reputz ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2012 12:28 AM | Show all posts
oooooooooooo yeke
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:33 AM | Show all posts
xpernah tau kewujudan sheols ni selama ni...wawawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 12:47 AM | Show all posts
Reply 8# n_smile29


    hahahhaha...sama juga..sapakah minah ni?tak pernah terdngar pon nama beliau
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:13 AM | Show all posts
Reply 9# cikkamus

kan??
motif sangat cak tersembur kacang kuda dalam mulut pon nak canang jgak...hohoho
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:15 AM | Show all posts
Reply 10# n_smile29


    hahahah...padahal dia yang gelojoh makan tak baca bismillah :-)
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:15 AM | Show all posts
mak ai muke cam 40.. skali bace intro je baru 20
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:15 AM | Show all posts
isk dh tkde keje ke CAK?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:18 AM | Show all posts
banyak sangat retis sendu, dah digosipkan pun sendu jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:18 AM | Show all posts
sapa nie??? kalu jumpa kt pasar malam pun haram x kenal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 01:21 AM | Show all posts
esok dh glemer kt mentor, mencanak la nama balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 01:22 AM | Show all posts
wartawan ati busukk..biorla org 2 nk carik rezeki..dr ko duk cter buruk psl org jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:53 AM | Show all posts
daripada wartawan ni dok buat cerita gini bukankah lbh baik dia tnya trs apesal tkr nama bla3 smua tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 02:12 AM | Show all posts
mmg taleh igt sape die nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 02:31 AM | Show all posts
laahhaaii...klu nak bite tak yah dok cite psl ex yg dh kawen n mulakan idop baru...nti tak pasal berantak plak umahlantai org nti..susah...choiyy suh reputz ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.085659 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list