Redsoul?? oke sebenarnya kbel pun x kenal siapa mereka ni tau pun bila tengok facebook kepunyaan Inspire.ME menguar-uarkan kedatangan mereka ke Malaysia. Dan tu pun ditambah lagi dengan beberapa kpop blog yang sudah memperkatakan pasal kedatangan mereka.
Macam biasa sudah semestinyalah kbel akan terus buat research pasal group ni.
Okey la ni apa yang kbel jumpa berkenaan mereka. Kumpulan ini dianggotai oleh 5 orang anak muda yang telah membuat kemunculan sulung pada awal tahun 2010 dengan pelancaran album pertama mereka yang dipanggil "Color is Red".Juara "Korea's Acapella Competition 2007" ini juga pernah menyertai banyak pertandingan sebelum ini dan mula dikenali selepas muncul dalam rancangan Star King [Episode 117]
Tracklist:
01. 로 걸어요 [Walk Back]
02. 한 여자를 사랑한 한 남자 [The One Man Who Loved One Women]
03. Ting
04. 뒤로 걸어요 (Inst.)
05. 한 여자를 사랑한 한 남자 (Inst.)
06. Ting (Inst.)
greeting dari RedSoul kepada peminat Malaysia
This Love - Maroon 5 [ cover oleh RedSoul]
Dan ini pula detail semasa kedatangan mereka nanti.
Untuk pengetahuan semua persembahan mereka adalah diadakan secara percuma kepada umum. Oleh itu sesiapa pun boleh datang dan sekiranya ko orang ingin mendapatkan tandatangan kenalah beli album mereka pada hari yang sama anda datang melihat persembahan tersebut. Dan bukan itu saja, mereka juga akan membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah.
Tarikh : 13 April 2012 Tempat : Fullhouse, Sunway Giza, Petaling Jaya Masa : 8.30 mlm
Tarikh : 14 April 2012 Tempat : Bentley Music, Petaling Jaya Masa : 12.00 - 3.00 petang
Tarikh : 15 April 2012 Tempat : Party Play, Kota Kinabalu Masa : 8.00 mlm
PARK YONG HA
R.I.P [1977 - 2010]
Be a star in the sky...
April 18, 2012 : Kunjungan pertama kumpulan penyanyi acapella RedSoul ke Malaysia dalam mempromosikan album terbaru mereka "Stay" mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Mereka berada di Malaysia sepanjang 3 hari berturut-turut dari 13 April - 15 April 2012, padat dengan jadual yang telah diatur dimana mereka bertemu para media, muncul di stesen radio dan tv, mengadakan sesi autograph album dan mengadakan persembahan bukan di Kuala Lumpur tapi mereka juga telah mengadakan persembahan dihadapan peminat di Kota Kinabalu, Sabah.
RedSoul yang terdiri dari 5 anak muda ini iaitu Lee Hanulyi (26), Hwang Tae Ik (24), Kim KiHyun (24), Jun Tae Ik (24) dan Kang In Chang (23) telah mempersonakan peminat dimana selain mempersembahkan beberapa lagu dari album terbaru mereka seperti 'Stay', 'I Will Be Your Knight', 'The Man Who Loves One Women' dan 'Ting'. Mereka juga menyanyikan secara acapella lagu dari kumpulan Big Bang iaitu 'Blue/Fantastic Baby Medley', lagu dari Boys II Men ' I'll Make Love To You' dan rangkaian '2011 Kpop Hits'.
Oleh kerana mereka membuat 2 persembahan di Kuala Lumpur dan juga di Kota Kinabalu maka untuk persembahan mereka di Kuala Lumpur, mereka memberikan konsep "Intimate" dimana mereka berinterasi secara romantik dan santai bersama peminat. Manakala di Kota Kinabalu pula mereka membuat konsep "Nolza" (Let's Play In Korea) dimana mereka berinterasi dengan lebih dekat lagi dengan mengadakan permainan dan juga menari bersama peminat.
Semasa sesi bersama media, RedSoul telah memberitahu bahawa mereka tidak ingin cuma dikenali hanya sebagai 'acapella group' sahaja, oleh itu dalam proses melancarkan single album terbaru mereka pada bulan Jun ini tumpuan sepenuhnya keatas vocal suara dikhususkan untuk setiap ahli untuk menunjukkan bakat masing-masing.
Sementara itu wakil dari M.E Malaysia menyatakan bahawa kunjungan pertama RedSoul ke Malaysia adalah untuk memperkenalkan mereka secara dekat untuk dinilai sendiri oleh peminat dengan kebolehan yang dimiliki oleh kumpulan ini. Dan seterusnya dengan apa yang dipersembahkan oleh mereka ini akan dapat merai sokongan dan kepercayaan terutama dengan pelancaran album single mereka yang akan datang nanti.
'Media Release' dikeluarkan oleh M.E Malaysia
Persembahan mereka di Full House, Damansara
Semasa kunjungan di Kota Kinabalu, Sabah
PARK YONG HA
R.I.P [1977 - 2010]
Be a star in the sky...
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.