CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Datuk K Dapat Pangkat Kolonel Kehormat, Tabik Datuk Seri!

  [Copy link]
Post time 6-4-2012 11:50 PM | Show all posts
Wajar tolak pertubuhan jadi medium peribadi pembangkang

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu menolak perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) 3.0 yang dijadualkan bulan ini kerana terbukti perjuangan kumpulan itu lebih kepada kepentingan peribadi pakatan pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata agenda perjuangan pertubuhan itu sudah tersasar jauh, malah lebih dilihat sebagai alat pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.

“Seharusnya apa saja tuntutan dilontarkan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang ditubuhkan untuk membincangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang lalu, bukan dengan cuba mengadakan satu lagi demonstrasi jalanan (Bersih 3.0).

“Sebahagian besar daripada lapan tuntutan itu sudah dipenuhi dan selebihnya masih dalam pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tidak wajar menganggap tuntutan yang belum ditunaikan itu tidak diterima,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyempurnakan upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada ahli perniagaan dan juga suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ditauliahkan pangkat Kolonel Kehormat.

Sementara itu, Prof Dr Philibin Tan Sih Ean selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TSE Group ditauliahkan Pangkat Leftenan Kolonel Kehormat dan pangkat Kapten Kehormat ditauliahkan kepada Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Mohamad Khair Mohd Noor.

Mereka ialah anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan dan pentauliahan pangkat itu diberikan atas sumbangan terhadap kemajuan pasukan askar Wataniah di sekitar ibu negara.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, tujuan penganjuran Bersih 3.0 dilihat lebih menjurus kepada cubaan pembangkang mempengaruhi rakyat supaya berjuang untuk agenda segelintir pemimpin mereka yang tidak bersetuju dengan aspirasi kerajaan.

“Ia adalah cubaan untuk mengajak rakyat terbabit dengan demonstrasi jalanan semata-mata untuk merealisasikan impian politik mereka (pembangkang).

“Kita (kerajaan) sudah cuba yang terbaik untuk memenuhi tuntutan mereka sebelum ini dan melakukan perubahan yang diminta melalui penubuhan jawatankuasa terbabit, justeru apa saja tuntutan baru seharusnya disampaikan pada jawatankuasa itu tanpa perlu berdemonstrasi,” katanya.






Datuk K mmg ada join aktiviti ketenteraan dgn pasukan wataniah..mybe sbb tu la dia mggalakkan Siti Nurhaliza join jg..ok la sekurang2nya
ada ssuatu yg disumbangkn bukannya sesaja dpt..ramai jer vvip lain yg pernah dpt...


Tan sri Rozali pernah dapat..



  Naib Canselor UPM Ir.Radin pernah dapat..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047390 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list