CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12780|Reply: 114

Siapa BINTANG PALING POPULAR 2011? Saingan Sengit SAM & AARON! let's vote

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2012 06:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by parasitology at 6-4-2012 09:29

pagi pagi jumaat ni iolss bosan sangat.....memandangkan belom ada poll utk porumer pilih bintang paling popular maka iolss pon bukak la...selalu tahun tahun lepas berita harian akan umum sape vote tgh leading....tahun ni senyap je ye....
sila vote....boleh pilih 3....yg dlm poll ni iolss pilih berdasarkan populariti tahun lepas....







Bang Haron






Sam





Fara





Pak Nil





Zizan





Hafiz





Adek Najwa





Neelofa





Yuna





Johan
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 366 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2012 06:30 AM | Show all posts
pilihan uolss sendiri tau....bukan yg uolss rasa akan menang!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 06:43 AM | Show all posts
im first voting for Yuna.... walaupun aku tau korang sayang abang Mat Harun korang tukan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 06:44 AM | Show all posts
Pak Nil n Fara Fauzana rasanya da x relevan lagi da kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 06:55 AM | Show all posts
Reply 4# kukukatablog


   pak nil tahun lepas dlm top 5 BPP....so iolss masukkan juga la...lisa pon top 5 jugak kan....tp tahun lepas kurang citer psl lisa kecuali psl cinta ngan kahwen....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 06:58 AM | Show all posts
zizan, johan ng hafiz..antara 3..hehehe~!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2012 07:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by parasitology at 6-4-2012 07:23

Saingan Sam, Aaron

Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2012/04/06

Artis buat ramalan sendiri menjelang acara kemuncak ABPBH


DATUK Siti Nurhaliza pernah mengungguli anugerah keseluruhan, iaitu Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dari edisi 1996 hingga 2001, diikuti 2004 dan 2009. Bintang Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi, pula pernah menggenggam anugerah sama sebanyak tiga kali berturut-turut (ABPBH2005-2007).

Mungkinkah corak sebegini akan berulang lagi apabila ramai selebriti tempatan yang turut tersenarai pada ABPBH kali ini menjangkakan Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam, mampu mengulangi pencapaiannya itu. Antara finalis yang berasakan hero Adnan Sempit 1 dan 2 itu mempunyai peluang besar melakukannya ialah Aaron Aziz, Yana Samsudin, Forteen, Didie Alias dan Black.

Melihat kepada kejayaan filem Bini-Biniku Gangster dan Adnan Sempit 2, serta sikapnya yang sentiasa merendah diri, ramai berasakan Sam sememangnya layak untuk merangkul gelaran Bintang Paling Popular buat kali kedua.

Bagaimanapun, dia sendiri sukar untuk meramalkan siapa yang bakal dinobatkan paling popular, bimbang ada pihak yang akan berkecil hati nanti.

Setelah dipujuk, Sam akur menyatakan beberapa nama seperti Zizan Razak, Shila Amzah, Faizal Tahir, Maya Karin dan Aaron antara paling popular kerana semuanya meninggalkan impak kuat dalam bidang seni.

Seperti Sam, sambutan hangat turut diberikan peminat kepada pelakon lelaki utama Ombak Rindu. Setiap kali Aaron muncul menjayakan siri jelajah, setiap kali itu jugalah kedengaran teriakan hebat peminat. Maka tidak hairanlah apabila ramai juga artis yang berasakan, trofi Bintang Paling Popular mungkin berpindah ke tangan pelakon dari Singapura ini pada edisi ke-25 ABPBH.


Seperti yang diperkatakan Aleya, dia jarang menonton filem dan drama. Tetapi, apabila dia berbuat demikian, pasti dia melihat wajah seperti Aaron, Sam dan Lisa Surihani menghiasi skrin. Merekalah antara pelakon yang berkemungkinan besar berjaya memandu pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L, hadiah utama buat Bintang Paling Popular.

Bintang muda seperti Najwa Latif, Johan As’ari, Shila, Black dan Alyah, turut bersepakat mengatakan Aaron akan meraih undian paling banyak daripada pembaca Berita Harian. Lebih menarik, Sam turut meramalkan Aaron sebagai pemenang utama, dan Aaron pula menjangkakan Sam berupaya mengulangi pencapaiannya pada ABPBH lalu.

Berdasarkan pencapaian dua pelakon disegani ramai ini, masing-masing tidak dinafikan berjaya meninggalkan kesan yang kuat menerusi persembahan mereka. Adnan Sempit 2, yang baru saja menemui penonton, dan Ombak Rindu yang ditayangkan Disember lalu ialah antara filem yang berjaya meraih pungutan besar ketika ditayangkan kepada umum.

Berbeza pula bagi pelakon yang baru berumah tangga, Lisa, apabila dia menjangkakan sejarah baru akan tercipta pada ABPBH tahun ini. Dia berasakan bakat baru seperti Johan As’ari dan Neelofa bakal membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular kali ini.

Namun, persoalan itu hanya akan terjawab pada malam kemuncak di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad ini. Berikut ialah ramalan pemenang mengikut kategori masing-masing oleh beberapa artis yang ditemui sepanjang siri jelajah baru-baru ini.








*********************








Sam teka -----------------------------------------------------------------Zizan, Shila Amzah, Aaron, Faizal Tahir, Maya Karin
Aleya teka----------------------------------------------------------------Aaron, Sam, Lisa
Johan Asaari, Najwa Latif, Shila, Black, Alyah teka----Aaron
Aaron teka---------------------------------------------------------------Sam
Lisa teka----------------------------------------------------------------- Neelofa, Johan Asaari
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 08:19 AM | Show all posts
sebenarnya anugerah ni bukan paling popular 2011 tapi 2012, sbb org ramai mengundi mengikut populariti tahun ni.... tengok lah remy ishak pon x tercalon, even banyak filem dia tahun lepas.... tapi x nafikan juga some of them yg mmg popular dari tahun lepas sampai ke tahun nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 08:24 AM | Show all posts
Tak minat sapa-sapa pun, tapi bila tengok tahun lepas, macam Aaron Aziz je yg ada potensi menang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 08:41 AM | Show all posts
aku vote mat haron n johan raja lawak huhhuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 08:43 AM | Show all posts
aku vote mat haron n johan raja lawak huhhuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:12 AM | Show all posts
alaaaa...nk vote zizannnnn...x vote plakkk..
tp dh vote johan n haron...
hrp2 johan menanggggggggg!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:19 AM | Show all posts
sam macam slow la tahun nie ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:20 AM | Show all posts
daripada aku vote Abg Haron tu...lebih baik aku vote Azwana Alia... ader ker dalam pencalonan..???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 09:23 AM | Show all posts
alaaaa...nk vote zizannnnn...x vote plakkk..
tp dh vote johan n haron...
hrp2 johan mena ...
seroja23 Post at 6-4-2012 09:12



   johan susah nk menang....nk menang kategori pon mcm mustahil je

fans johan jenis tak ngundi kot....mcm iolss
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:25 AM | Show all posts
aku dah vote...Aaron. Johan RL dan Hafiz AF..
hope isu nama dan kuku AA tak dijadikan bahan
lawak pengacara kat anugerah ni nanti...cian beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2012 09:25 AM | Show all posts
Reply 13# samshik


   adnan sempit box office.....tp tak leh lawan ombak rindu dgn KLG la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:27 AM | Show all posts
semestinya abe aaron iiii..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:10 AM | Show all posts
sapo menang eh mingu nih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:24 AM | Show all posts
go go go abg aarooonnnn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.084746 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list