CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8611|Reply: 68

Pelakon Nana Tanjung, Ainul Berehat Dari Dunia Lakonan Kerana 'Tutti Frutti'

[Copy link]
Post time 6-4-2012 09:27 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan bukan kerana merajuk tetapi ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Ainul, 27, berkata, dia kini berpuas hati dengan perniagaan Tutti Frutti dan jualan langsung yang diceburinya sejak setahun lalu.

"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi (Selangor) dan Nilai (Negeri Sembilan) selain sedang giat aktif dalam jualan langsung produk kesihatan.

"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah Ainul, walaupun masih menerima tawaran berlakon dia mengambil keputusan untuk menolak kerana sedar tidak dapat memberikan komitmen jika membuat pelbagai perkara dalam satu masa.

Dia juga masih tidak pasti bilakah boleh kembali berlakon tetapi berjanji akan kembali selepas perniagaannya stabil.

"Kalau nak cerita pasal rindu memang teringin nak kembali ke set penggambaran tetapi saya sedar tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa.

"Pengorbanan perlu dilakukan dan keputusan untuk mengundurkan diri seketika daripada dunia hiburan adalah pilihan saya sendiri tetapi bukanlah untuk selamanya," katanya.

Dalam pada itu, Ainul berkata dia kini tidak lagi terikat dengan syarikat pengurusannya iaitu Aquila Emas Management selepas kontraknya tamat baru-baru ini.



Ainul berkata, dia enggan menyambung kontrak kerana tidak mahu menyusahkan pihak pengurusan selepas mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan.

"Rasanya tidak adil saya menyusahkan mereka dengan menyambung kontrak dan terpaksa menolak tawaran yang datang.

"Kami juga tiada sebarang masalah dan keputusan itu disambut baik oleh mereka kerana tahu tumpuan saya kini," ujarnya.

Ainul sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707 dan juga drama selain tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia Ke-20.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 09:31 PM | Show all posts
pilihan yang bijak
teruskan dengan menceburi perniagaan, melabur dengan betul
insyyallah terjamin hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:32 PM | Show all posts
elok lah.....berlakon pun mcm tak kemana pun....dulu asyik2 berlakon under prof mamak....
tak berkembang langsung watak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:39 PM | Show all posts
kaya buka 2 cawangan TF....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:54 PM | Show all posts
tak suka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:04 PM | Show all posts
pilihan yg tepat... belakon pon x ke mana.. buat bisnes untung2 bleh bukak banyak2 cawangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2012 10:15 PM | Show all posts
Wah...pilihan yang tepat..masyuk masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:33 PM | Show all posts
xpa.. pokusla dgn bisnes y makin rancak tuu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 10:52 PM | Show all posts
uuuyyyOoOOoOo....hebatnya!!!ader bisnes tuti fruti...teruskan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 10:54 PM | Show all posts
jaminan masa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 01:29 AM | Show all posts
senyuman dia memenatkan.. mcm dibuat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:00 AM | Show all posts
sori...bakat takde muka pun tak lawa...
takyah buat comeback..hokeh!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 03:39 AM | Show all posts
bukan ari2 dia ada kt tuttifrutti tu pun.. chettt.. semua pekerja dia yg jaga.. poooraaahh!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:10 AM | Show all posts
anak org kaya..bleh la nak bukak 2 cawangan..nak harap duit berlakon..mmg nan hado jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:15 AM | Show all posts
anak org ado2 kah? satu branch at least kena labur RM500k. 2 branch dah sejuta. banyak duit dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:43 AM | Show all posts
toksah smbg berlakon pun ok gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 09:11 AM | Show all posts
elok la tu...berlakon pn xkemana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:19 AM | Show all posts
Jualan langsung produk kesihatan? Hai-O kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:37 AM | Show all posts
kumpol duit bnyk2,,,
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:58 AM | Show all posts
ok lah tue baik wat bisnes je dari berlakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068693 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list