CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgsedapmalam

Selepas Bosnia Berpisah Menjadi Sebuah Negara..Episod Ngeripun Bermula.

[Copy link]
Post time 8-7-2013 08:27 PM | Show all posts
Kenangan 21 tahun penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)

Olahan artikel & terjemahan: Robotech MPSA Cari.com
Artikel asal: http://www.za-vas.ca/20-years-since-bosnian-army-formation/

Pada 15 April 1992 adalah hari penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) ketika konflik penghapusan etnik terhadap kaum Muslim Bosniak. 21 tahun kemudian, tarikh ini diraikan sebagai Hari Tentera (Dan Armije).



Sejak angkatan tentera Bosnia ditubuhkan semasa peperangan Bosnia Herzegovina, situasi keadaan ketika ia ditubuhkan amatlah dhaif dimana tiada masa latihan formal ketenteraan dapat diberikan kepada anggota pejuang Bosniak, organisasi yang masih kerdil dengan persenjataan yang minimal. Sebelum penubuhannya, ramai pejuang Bosniak bernaung di bawah unit2 kecil gerila dengan nama2 gelaran Territorial Defense, Green Berets, Patriotic League, Civil Defense & banyak lagi unit pertahanan militia mengikut kawasan masing2, geng2 penyangak serta sebahagian unit tentera profesional.



Apabila penubuhannya telah dirasmikan, kebanyakan unit2 pejuang ini menjadi sebahagian daripada ARBiH. Angkatan Tentera ini kemudiannya dibahagikan mengikut kor masing2 dan setiap kor diletakkan di setiap kawasan yang berbeza di seluruh Bosnia. Komander ARBiH yang pertama ialah Komander Sefer Halilovic yang memegang jawatan sehingga 8 Jun 1993 sehinggalah digantikan dengan Allahyarham Komander Rasim Delic, yang memegang jawatan tertinggi ARBiH sehingga tamatnya peperangan di Bosnia.

Pada tempoh berakhirnya peperangan di hujung 1995, ARBiH menjadi satu angkatan bersenjata yang dihormati & mempunyai moral yang tinggi - suatu kebanggaan bagi sesiapa sahaja yang bergelar bangsa Bosnia. Walaupun dengan segala kekurangan dari segi formasi & kelengkapan persenjataan pada awal penubuhannya, pada penghujung konflik, ARBiH memiliki kekuatan anggota seramai 228,000, dibahagikan kepada lebih 100 briged, dipersenjatai dengan 101,580 senjata infantri pelbagai jenis, 2,939 meriam artileri dan 90 buah kereta kebal.



Setelah perang Bosnia tamat, seramai 25,196 anggota ARBiH telah mati syahid (KIA - Killed in Action), 16,000 menjadi kurang upaya (OKU) akibat kecederaan masa peperangan dan anggaran seramai 5,000 anggota dilaporkan hilang (MIA - Missing in Action). Begitu jelas sekali banyak nyawa telah dikorbankan demi mempertahankan kepelbagaian etnik & warisan Bosnia Herzegovina. Melihat kembali sejarah akan niat keji, penghapusan etnik & penyembelihan oleh kaum Serbia, kita tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada etnik Bosniaks & kedaulatan Bosnia tanpa penubuhan ARBiH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 08:29 PM | Show all posts


Anggota tentera ARBiH berbangsa Bosniak (org Islam Bosnia) menangis kerana setelah berbulan lamanya dia pergi berjihad, apabila pulang ke kampung halaman mendapati kesemua ahli keluarganya telah terbunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:30 PM | Show all posts


Seorang srikandi Bosniak, yang mengambil posisi menembak menentang Serbia.



Salah seorang sukarelawan wanita Muslim berbangsa Albania yang menyertai kor mujahideen di Bosnia. Berkemungkinan besar adalah unit Divisyen Handzar yang rata2 dianggotai bangsa Albania Muslim.



Anggota pejuang wanita Bosniak yang berjuang demi mempertahankan agama, bangsa & negara mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:34 PM | Show all posts






Pejuang Islam Bosnia .... nukleus Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) yang pada awal penubuhannya amat dhaif.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:35 PM | Show all posts
Koleksi gambar2 pejuang Bosniak (aka Muslim Bosnia) yang perlahan2 berubah dari pasukan miltia gerila kepada satu angkatan bersenjata separa profesional yang disegani di akhir perang Bosnia Herzegovina Part 1:





Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:36 PM | Show all posts
Koleksi gambar2 pejuang Bosniak (aka Muslim Bosnia) yang perlahan2 berubah dari pasukan miltia gerila kepada satu angkatan bersenjata separa profesional yang disegani di akhir perang Bosnia Herzegovina Part 2:







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 08:37 PM | Show all posts
Kenderaan armor milik pejuang Bosnia yang dirampas dari tentera Serbia:






Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:38 PM | Show all posts
UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 1

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com






Foto: Unit sukarelawan Mujahideen dari pelbagai negara yang menyertai pasukan pertahanan Muslim Bosnia ketika perang Serb-Bosnia.

Pada akhir tahun 1995, unit2 Mujahideen di Bosnia Herzegovina ialah:

Unit Mujahideen dalam Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)

Selain itu turut dilaporkan ribuan pakar ketenteraan dari Iran, Turki, Pakistan, Mesir, Malaysia (jeng, jeng, jeng), dan negara Islam lainnya yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) dengan jawatan2 penting. Mereka ini dianggap sebagai anggota tentera tetap Bosnia dan mempunyai kepakaran & kemahiran dalam artileri, pertahanan udara, lojistik dll. Jumlah pakar2 ketenteraan asing dalam unit2 tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) tidak dimasukkan dalam anggaran sukarelawan Mujahideen yang lain. Pada akhir Disember 1995, tiada indikasi pakar ketenteraan asing ini akan meninggalkan Bosnia untuk pulang ke negara masing2. Difahamkan sebahagian besar mereka ini diberikan status kewarganegaraan Bosnia Herzegovina di atas jasa mereka mempertahankan Bosnia.

Armija Republike BH 3, Korpus Odred 'el-Mudzahidin' (Bosnia Herzegovina's Republic Army 3 - Corps Order al-Mujahideen)

Ketumbukan utama unit Mujahideen, berkhidmat sebagai unit tempur utama bagi Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH). Mempunyai IbuPejabat di Zenica, Kor Mujahideen ke-3 (3rd Mujahedin Corps) terdiri dari 3 briged yang setiap satunya dengan kekuatan 1500 orang anggota iaitu Briged Pembebasan Muslim ke 7 (7th Muslim Liberation Brigade - ditubuhkan pada 20 Disember 1985) di Zenica, Briged Pembebasan Muslim ke 9 (9th Muslim Liberation Brigade) di Travnik dan Briged Pembebasan Muslim ke 4  (4th Muslim Liberation Brigade) yang dulunya ditempatkan di barisan tempur hadapan di wilayah Botsilo sebelum dipindahkan ke Konjic. Briged Pembebasan Muslim ke 807 (807th Muslim Liberation Brigade) adalah komponen sokongan kepada Divisyen ke 81 (81st Division) bertempat di Gorazde.
Last edited by robotech on 8-7-2013 08:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 08:39 PM | Show all posts
UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 2

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Volunteer Mujahedin Battalion -  Ansar

Unit elit lainnya di wilayah Zenica-Travnik dikenali sebagai Battalion Sukarelawan Mujahideen - Ansar. Pasukan elit ini mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Ibu Pejabat pasukan Ansar adalah di bangunan kilang Vatrostalno di Podbrijezje berhampiran Zenica. Selain itu, sebuah kem baru pasukan Ansar yang ditubuhkan pada musim bunga 1995 dikenali sebagai Detasmen Syahid (Martyrs' Detachment) telah menyerap ratusan Mujahideen asing yang pakar dalam peperangan gerila yang berasal dari Pakistan, Iran & Afghanistan.

Kata 'eb al-Manikin (Battalions of Believers)

Sebuah pasukan elit khas yang ditubuhkan pada akhir 1995 ialah Kata 'eb al-Manikin. Keanggotaannya terdiri daripada pejuang Arab, Afghan & dilatih di Sudan. Pegawai unit ini datangnya dari Pakistan & Afghanistan manakala jurulatih & pegawai pemerintah pula daripada Iran. Setiap battalion mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Battalion yang pertama beroperasi ditempatkan di kawasan Buzim. Sebuah battalion lagi pula diserap sebagai pasukan khas (special forces) bagi Kor ke 2 (2nd Corps) di kawasan Tuzla manakala battalion2 lain diaturgerak di seluruh Bosnia-Herzegovina.

Abu-Ma'ali, Komander Mujahideen di Bosnia menyatakan kekuatan anggota pasukan Mujahideen adalah seramai 5000 hingga 6000 orang tetapi sumber Yugoslavia, Croatia & sumber ketenteraan Muslim Bosnia menganggarkan ketumbukan Mujahideen di Bosnia adalah lebih dari 7000 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:40 PM | Show all posts
UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 3

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Handzar Division (Divisyen Handzar)

Sebuah lagi pasukan Mujahideen di Bosnia iaitu Divisyen Handzar dinamakan bersempena nama unit Muslim tentera Jerman yang dianggotai orang Islam Eropah pada perang dunia kedua iaitu 13th SS Handzar Division. Divisyen Handzar di Bosnia merupakan pasukan elit bertempat di Sarajevo & mempunyai kekuatan seramai 2500-3000 pejuang elit di Sarajevo manakala lebih daripada 6000 - 7500 anggota pasukan simpanan ditempatkan di pusat latihan ketenteran di Fojnica sebelum dihantar ke seluruh barisan hadapan di Bosnia. Majoriti pejuang Divisyen Handzar rata2nya adalah Muslim Albania yang dipimpin pegawai veteran dari Pakistan & Afghanistan.  

Pada kemuncak konflik pada 1995, elemen-elemen dari Divisyen Handzar menjadi pasukan khas yang mempertahankan kawasan Sarajevo, Tuzla & kawasan barat Bosnia. Dalam banyak kes, terutama ketika gerakan ofensif di barat Bosnia Herzegovina pada musim panas - musim luruh 1995, Divisyen Handzar beroperasi dengan kerjasama unit2 Mujahideen daripada Eropah Timur.

Pejuang Iran di Bosnia

Selain itu turut terdapat sebahagian pejuang Islam Parsi yang berasal dari Iran yang terlibat dengan gerakan subversif di Bosnia. Sebahagiannya berselindung di sebalik badan2 kebajikan & organisasi kemanusiaan yang dikenalpasti ditaja oleh badan perisikan Iram. Kebanyakannya beroperasi  di Zagreb, Croatia dengan kerjasama pegawai risikan Iran & wakil Hezbollah. Mohammad Javad Asayesh adalah seorang diplomat di Kedutaan Iran di Zagreb yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau operasi perisikan & serangan sekitar Balkan & Eropah yang berselindung di sebalik aktiviti kemanusiaan. "Badan2 kebajikan" ini kebanyakannya dijalankan oleh Yayasan Mostazafin (organisasi bayangan risikan Iran).
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:41 PM | Show all posts
UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 4

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Pada musim sejuk 1995/96, Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) melancarkan program rahsia bagi menyembunyikan kehadiran pejuang mujahideen dalam keanggotaannya. Majoriti mujahideen dengan kepakaran & pengalaman perang yang rata2nya berbangsa Pakistan, Afghanistan & Iran telah diserap sebagai anggota tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) & ditempatkan dalam pelbagai unit & kor dalam Angkatan Tentera ini bersama2 etnik Bosnia Muslim. Bagi pejuang Islam yang rata2nya berbangsa Arab pula dibenarkan berjuang dalam unit masing2 samada dalam unit yang besar atau sebagai entiti bukan ketenteraan.

Pada akhir Januari 1996, Jeneral Zivko Budimir, Pegawai Pemerintah HVO (Angkatan Tentera Crotia) menegaskan bahawa sebahagian besar pejuang sukarelawan Islam "masih belum meninggalkan" Bosnia-Herzegovina walaupun kor2 utama mujahideen telah "dibubarkan".

Menjelang pertengahan Februari 1996, sejumlah besar "bekas anggota mujahideen" berbangsa Arab terutamanya yang diserap ke dalam pasukan elit Tentera Darat Bosnia, Angkatan Tentera Bosnia Herzegovina (BiH) dilaporkan ditukarkan status mereka kepada "staf kemanusiaan & kebajikan" di bawah oragnisasi antarabangsa yang diiktiraf badan2 antarabangsa & mendapat sokongan kerajaan Bosnia di Sarajevo. Dalam kapasiti ini, bekas2 pejuang Mujahideen masih dapat ditempatkan di pangkalan tentera masing terutamanya di kawasan tengah Bosnia.

Pada 20 Februari 1996, pasukan keselamatan Croatia di Mostar memberi amaran bahawa "Pejuang Islam, mujahedin, yang sepatutnya sudah meninggalkan Bosnia-Herzegovina sebagaimana termaktub dalam perjanjian damai Dayton, masih lagi belum meninggalkan Bosnia."

Selain itu, mekanisme yang cukup berkesan & terbukti bagi membolehkan kehadiran mujahideen diiktiraf oleh kerajaan Bosnia adalah menerusi perkahwinan dengan wanita Bsonia Muslim supaya pejuang Mujahideen mendapat status warganegara semakin berleluasa.Wakil keselamatan dari Croatia melaporkan sejak akhir 1995 "sejumlah besar mujahideen berkahwin di Bosnia & diberi dokumen2 yang diperlukan untuk menetap di Bosnia."

Jumlah sebenar mujahideen yang menggunakan perkahwinan dengan wanita tempatan untuk terus menetap di Bosnia tidak diketahui dengan jelas malah badan perisikan Croatia & Serbia menganggarkan angka yang mencecah beberapa ribu. Memandangkan secara anggaran total seramai 40,000 pejuang Islam yang berkhidmat di Bosnia-Herzegovina sejak awal 1990an, anggaran mujahideen yang berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap di Bosnia mencecah angka beberapa ribu iaitu 10 - 15% dari keseluruhan mujahideen asing sepanjang konflik berkenaan.

Terdapat satu kajian statistik yang telah disahkan dimana unit2 pejuang Islam dari Lubnan yang ditaja Iran & dihantar ke Bosnia pada tahun 1992 untuk tempoh khidmat sukarela selama 2 tahun. Dari jumlah seramai 300 mujahideen, hanya 200 anggota sukarelawan telah pulang ke Lubnan setelah menamatkan misi mereka manakala baki dalam anggaran 50 orang lagi telah berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap terus di Bosnia-Herzegovina (baki 50 lg mungkin terkorban dalam konflik (?) ).
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:55 AM | Show all posts
betul ke yg me dengar dekat bosnia ni dulu.. kehidupan mereka ni dah mcam turki dan aceh jer.. sebab tu Allah bagi benda mcam tu kat depa.. ada satu wilayah kat bosnia tu yg tak kena benda2 mcm ni sebab depa tu tak tggl solat.. time jumaat semua pi solat... tu yg me dengar la... peringatan kat kita2 juga...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 11:47 AM | Show all posts
In War Everyone Loses
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 11:48 AM | Show all posts
yang aku ingat ni  serb tembak civilian

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:13 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 9-7-2013 08:55 AM
betul ke yg me dengar dekat bosnia ni dulu.. kehidupan mereka ni dah mcam turki dan aceh jer.. sebab ...

mak saudara aku penah pegi kat bosnia tempat yg berperang nie sebelum perang n selepas perang...katanye sebelum perang nak jumpe org islam pon susah...masjid ada tp yg sembahyang hanya imam n bilal...org yg menjalankan amalan islam amat2 la sedikit...kehidupan dia org sama seperti org bukan islam walaupun beragama islam...ramai yg tak reti baca al-quran...tak sembahyang...ada yg hanya beragama islam tetapi tak tau apa tu islam...kwn mak saudara aku selamba jer hidangkan wine kat mak saudara aku...mak saudara aku tolak...tak mkn kat umah dia langsung coz mkanan pon tak halal...bila ada pesta atau keraian katanye penuh dengan arak jer di meja2...

ada mak saudara aku citer depan mata dia ada imam menjemput org2 islam tuk bersembahyang jemaah ttp ditempelak n dicemuh malah di tendang n dipukul...

n selepas perang mak saudara aku pegi...katanye tempat yg amat2 cantik dulu dah musnah tapi dah ramai org yg beragama islam bersolat n kembali kpd agama islam...nampak lar perubahanyya...nie yg mak saudara aku bgtau kalo dia tipu aku...aku tipu korang lar...

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:18 PM | Show all posts
poyohabis posted on 9-7-2013 03:13 PM
mak saudara aku penah pegi kat bosnia tempat yg berperang nie sebelum perang n selepas perang...ka ...

AGAKNYA MAKSIAT AND YG TINGGAL SOLAT TU YG SAMPAI JADI MCM TU TU.. LEMAH SANGAT SAMPAI MUSUH ISLAM SERANG MEREKA...  tak mustahil if malaysia kena macam kalau kita abaikan islam.. cam aceh lepas tsunami terus hukum sapa2 buat tak senonoh kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 03:24 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 9-7-2013 03:18 PM
AGAKNYA MAKSIAT AND YG TINGGAL SOLAT TU YG SAMPAI JADI MCM TU TU.. LEMAH SANGAT SAMPAI MUSUH ISLAM ...

yg kat acheh ada kawan aku penah ikut kawan2 study yg org acheh sebelum kejadian tsunami...katanye kat sana kenduri kendara pon hidang arak...pak imam pun selamba jer minum leps tu pegi imamkan org kat masjid...n imam2 n org yg betul2 alim kat sana pon katanye dipinggirkan coz dikatakan islam ortodok tak islam moden...nie yg dia org citer time lps blk dr acheh sebelum tsunami...tak tau la kan betul atau gosip semata2..

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:38 PM | Show all posts
poyohabis posted on 9-7-2013 03:24 PM
yg kat acheh ada kawan aku penah ikut kawan2 study yg org acheh sebelum kejadian tsunami...katanye ...

oo yg aceh tu me baca thru email dari orang yg pergi sana under mercy.. katanya.. satu rumah tapi lain2 agama../. means.. bapak islam .. bini and anak2 tak semestinya islam.. lain2 agama... seram dengor nyer.. agaknya lau perlakuan sebegitu .. yaa .. cam dah mencabar Allah eh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:44 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 9-7-2013 03:38 PM
oo yg aceh tu me baca thru email dari orang yg pergi sana under mercy.. katanya.. satu rumah tapi  ...

la indon kan memang mcm tu...mak islam bapak kristian ke batak ke anak pulak boleh pilih nak agama per...agama pd dia org tu tak de apa2 pun...urban sangat katanya...

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 04:22 PM | Show all posts
Antara perang paling lama berlaku di era 90-AN..
masa tu, negara2 Islam, tak boleh buat apa2..
memang sedih apa berlaku kt bosnia..
ambik pengajaran..

sampai keluar 1 lagu nasyid mengenai bosnia..
aku masih berngiang2 lagu nasyid tu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.788500 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list