CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgsedapmalam

Selepas Bosnia Berpisah Menjadi Sebuah Negara..Episod Ngeripun Bermula.

[Copy link]
Post time 9-7-2013 06:39 PM | Show all posts
SIYANNYE ORANG BOSNIAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 07:53 PM | Show all posts
robotech posted on 8-7-2013 08:29 PM
Anggota tentera ARBiH berbangsa Bosniak (org Islam Bosnia) menangis kerana setelah berbulan lama ...

sedihnya.... airmata kita utk mrk.



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:16 AM | Show all posts
Jasa Tun M hantar ATM ke sana gak ni....boleh baca Novel Kolonel Jihad...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:22 AM | Show all posts
nice info....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:31 AM | Show all posts
want2bhappy posted on 9-7-2013 08:55 AM
betul ke yg me dengar dekat bosnia ni dulu.. kehidupan mereka ni dah mcam turki dan aceh jer.. sebab ...

Kena faham dari sudut mereka juga. Dahulunya Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia (terdiri daripada Bosnia Herzegovina, Macedonia, Kosovo, Crotia, Montenegro, Slovenia & Serbia) adalah sebahagian daripada pakatan Warsaw, sekutu kuat komunis USSR.

Jadi di zaman pemerintahan komunis Yugoslavia, Bosniaks (Muslim Bosnia) dan etnik Muslim Albania Kosovo telah ditekan oleh pemerintah dari segi menghalang aktiviti keagamaan malah disebabkan halangan & sekatan beribadat & mengamalkan ajaran Islam, ramai etnik Bosniaks yang masih berdegil untuk meneruskan kehidupan Islami mereka telah dipaksa menukar status bangsa dari Bosniaks kepada berbangsa Turki & dihalau ke Turki sepanjang 1950an-60an.

Jadi ramai generasi Bosniaks menjelang dekad 1980an kebanyakannya hanya Islam pada nama sahaja .... sampai tahap hanya sekadar Islam diamalkan semasa upacara perkahwinan & pengebumian sahaja.


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:39 AM | Show all posts
Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina (Part 1)

Oktober 2, 2007 oleh Muhtar Suhaili
Sumber artikel: http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/10/02/pahit-manis-islam-di-bosnia-herzegovina/



Foto: Masjid Malaysia di Ibu Kota Sarajevo, Bosnia – Herzegovina

Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas saya dipertemukan dengan seorang sahabat dari Sarajevo, Bosnia-Herzegovina yang bertugas sebagai pemandu pelancong di segenap kota Eropah dan kini berkhidmat di Rotterdam, Belanda. Saudara Muharem Mulasmajic itulah nama insan yang tenang ketika berbicara dan dari sinar matanya nyata sudah pelbagai pengalaman pahit manis yang ditempuhinya. Mahir berbahasa dalam 10 bahasa termasuk bahasa Bosnia/ Croatia/ Serbia, Arab, Inggeris, Belanda, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Parsi dan Turki (dan menyebut insya Allah Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ke-11 dimahirinya) membuatkan saya kagum pada kebolehan beliau tersebut.

Sepanjang pengenalan ringkas, kami sempat berbincang secara agak terperinci tentang perjalanan panjang sejarah kedatangan Islam ke Bosnia, selain hala tuju negara Bosnia-Herzegovina yang merdeka kini. Selain itu, beliau turut mengisahkan sejarah sebuah negara Yugoslavia yang terdiri daripada 6 wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Serbia, Montenegro, Croatia, Slovenia dan Macedonia, namun akhirnya tercatat di lipatan sejarah terlibat dalam memori duka Perang Bosnia-Serbia-Croatia yang akhirnya memecahkan Yugoslavia kepada beberapa negara tersendiri. Beliau juga meminta didoakan agar Kosovo yang kini masih di bawah cengkaman Serbia juga akan beroleh kemerdekaan. Sama-sama kita doakan kemajuan dan kebangkitan ummah. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Last edited by robotech on 10-7-2013 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 09:44 AM | Show all posts
Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina (Part 2)

Oktober 2, 2007 oleh Muhtar Suhaili

Beliau turut menceritakan dan masih segar di dalam ingatannya bagaimana perang tersebut bermula apabila tentera Serbia melancarkan peluru-peluru berpandu ke masjid-masjid ketika Muslimin Bosnia tengah menunaikan solat ‘Eidul Adha pada tahun 1991. Seperkara yang menarik dan suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah betapa Saudara Muharem Mulasmajic amat menyanjungi peranan Malaysia ketika berlaku kekejaman pembersihan etnik dan perang disebabkan perbezaan fahaman politik antara negara serumpun ini  pada tahun 1991-1996. Malah katanya, nama Malaysia sangat harum di dalam hati rakyat Bosnia khususnya mereka yang berada di Sarajevo. Sepanjang perbualan saya dengan beliau, lebih daripada 3 kali Saudara Muharem menyebut dan menyanjung tinggi (Tun) Dr. Mahathir Mohamad yang lantang bersuara dalam menyuarakan kenyataan membantah keras perang dan pembersihan etnik di Bosnia pada awal tahun 90-an dahulu. Lebih daripada itu, di Sarajevo juga ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Malaysia yang mana menurut Saudara Muharem dibiayai sepenuhnya pembinaannya oleh Kerajaan Malaysia.

Mengenai memori saya dan Bosnia pula, saya tentunya masih ingat isu tentang perang saudara ini ketika saya berada di antara Tahun 6 sehinggalah ke Tingkatan 3 yakni tempoh masa ketika perang ini tengah berkecamuk. Apa yang saya ingat-ingat lupa kalau tidak silap pada ketika itu ada diadakan kutipan RM1 seorang dari seluruh rakyat Malaysia oleh Barisan Bertindak Bosnia untuk membantu saudara seaqidah di Bosnia dalam menghadapi penganiyaan dan ujian dahsyat tersebut. Apa yang pasti dan saya sangat-sangat ingat sehingga ke hari ini ialah apabila di kaca televisyen ditunjukkan anak-anak Bosnia yang datang ke Malaysia dalam program anak angkat yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia. Cuma yang mencuit hatinya ialah sebab utama saya ingat perkara ini bukan kerana perang tersebut, tetapi kerana saya teruja melihat di televisyen betapa cantik dan comelnya anak-anak Bosnia ini. Kemudiannya, apabila berada di UIA dan khususnya ketika diamanahkan sebagai Presiden MPP UIAM, saya berkesempatan untuk berurusan dengan beberapa orang mahasiswa Bosnia melalui Sekretariat Pelajar Antarabangsa dan wallahi memang gadis Bosnia cantik-cantik dan comel-comel belaka!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:46 AM | Show all posts
Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina (Part 3)

Oktober 2, 2007 oleh Muhtar Suhaili

Berbalik kepada pertemuan saya dengan Saudara Muharem Mulasmajic. Sebenarnya beliau juga ada mengajak saya untuk ke Bosnia pada 11 Oktober ini dan bersama-sama beliau menyambut ‘Eidul Fitri di Sarajevo. Hati ini sesungguhnya dan sememangnya melonjak gembira dan teringin amat untuk ke sana, namun apakan daya tiket pulang ke Malaysia telah dijadualkan pada 7 Oktober ini. Lebih-lebih lagi beraya bersama keluarga di kampung juga menggamit jiwa untuk segera pulang ke Malaysia! Apapun, saya menanam tekad insya Allah suatu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke bumi Sarajevo, Bosnia-Herzegovina. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Amiin.

Saudara Muharem juga menceritakan kepada saya serba sedikit tentang kedatangan Islam ke Bosnia. Secara ringkas, menurut beliau Bosnia bolehlah dikatakan sebagai “daughter of Turkey”. Ini kerana menurut sejarahnya, Islam datang ke Bosnia-Herzegovina dengan dibawa dan disebarkan oleh pasukan Turki ketika Kerajaan Uthmaniyyah menduduki negara tersebut pada tahun 1463M bersamaan dengan tahun 867 Hijrah. Agama yang suci ini kemudiannya berkembang selama 400 tahun pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Bosnia. Menurut Wikipedia, orang Bosniak moden yang ada kini berketurunan daripada mualaf Bosnia abad ke-15 dan ke-16 yang hidup di Kemaharajaan Bosnia (mereka memanggil diri sebagai “Dobri Bošnjani” yang bermaksud “Bosnia Baik” dalam bahasa lama Bosnia) dan secara umumya  orang Bosniak merupakan penganut Muslim Sunnah Waljamaah walaupun pada sejarah, Tasawwuf telah memainkan peranan penting di negara itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 09:48 AM | Show all posts
Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina (Part 4)

Oktober 2, 2007 oleh Muhtar Suhaili

Saya amat tertarik dan adalah sesuatu yang wajar diteladani apabila Saudara Muharem menyatakan bahawa hikmah terbesar daripada peristiwa berdarah Perang Bosnia-Serbia-Croatia 1991-1996  ialah umat Islam lebih mempunyai semangat jatidiri Islami (Islamic esteem) selepas perang tersebut. Lebih daripada itu katanya, dengan mempunyai kerajaan sendiri kini yang ditadbir sepenuhnya oleh umat Islam, agenda Islam lebih mudah untuk dilaksanakan. Lebih membahagiakan, semangat orang Bosnia untuk kembali menghayati agama kembali membara selepas perang dengan tumbuhnya madrasah-madrasah pengajian Islam dan masjid-masjid kian diimarahkan. Malah Saudara Muharem sendiri belajar di madrasah dan amat fasih berbahasa ‘Arab dan saya menyaksikan sendiri bagaimana lancarnya bahasa ‘Arab beliau apabila berbual dengan 2 orang sahabat saya dari Oman iaitu Saudara Soud Al-Ghaitsi dan Saudara Khalil Al-Hanashi. Selain itu, beliau seorang yang sangat berpegang dengan aliran Salaf sehinggakan apabila saya ingin mengabadikan gambar bersama beliau, beliau memohon maaf dan menyatakan pendiriannya bahawa mengambil gambar adalah terlarang kecuali untuk tujuan yang sangat perlu atau tujuan keselamatan dan pentadbiran sahaja. Saya maklum, memahami dan menghormati pendirian beliau, meskipun dalam hal bergambar foto ini saya mengambil pendekatan yang lebih sederhana.  Wallahu a’lam bissawab.



Foto: Masjid Tsar – Masjid Tertua Di Sarajevo , Dibina Pada Zaman Uthmaniyyah

Alhamdulillah, pada sebelah petangnya, kami juga sempat iftar (berbuka puasa) bersama dan mengajak sekali seorang lagi kenalan iaitu Sean Patrick Former (tidak mempunyai agama tetapi percaya adanya Tuhan) dari California, Amerika Syarikat ke Majlis Berbuka Puasa percuma dan terbuka kepada semua orang awam sempena ‘Islamen Dialoog’ anjuran masyarakat Islam Turki di tengah kota The Hague. Tahniah kepada penganjur ’Islamen Dialoog’ kerana saya yakin ini adalah satu gerak dakwah yang wajar kita contohi dalam menyebarkan syiar Islam. Alhamdulillah, ramai juga orang Belanda yang hadir sama dalam program iftar perdana tersebut. Mudah-mudahan mereka beroleh hidayah iman. Amiin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:50 AM | Show all posts
Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina (Part 5)

Oktober 2, 2007 oleh Muhtar Suhaili


Segala puji selamanya milik Allah Ta’ala di atas jalinan persaudaraan seaqidah yang dinikmati. Pertemuan singkat tetapi amat bermakna saya dengan Saudara Muharem Mulasmajic pada hari tersebut berakhir dengan kami sama-sama menunaikan solat tarawikh di Masjid As-Sunnah di Wouwermanstraat.

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu!

Buat Saudara Muharem Mulasmajic yang mulia… Alhamdulillah, ukhuwwah fillah yang terbina dirasakan sangat indah.. Mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi di Bosnia-Herzegovina, Malaysia atau mana-mana pelusuk dunia ini. Insya Allah sekiranya tidak bertemu lagi di dunia ini, mudah-mudahan kita akan bertemu di SyurgaNya nanti. Amiin Ya Rabb!

Wallahu a’la wa a’lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:05 AM | Show all posts
Bosnia : 1992-1995 (Part 1)

Ditulis oleh: Nuha Hashim
Artikel asal:
http://lurv4allahthealmighty.blogspot.com/2012/03/bosnia-1992-1995.html

Masih ingat tentang post 'My Requests' yang saya catat penuh harap?

Jujur, permintaan yang aneh itu sudah cukup menggambarkan betapa bumi itu telah mencuri hati saya semenjak kecil. Malah air mata seorang kanak-kanak kecil yang baru belajar membaca telah merembes laju saat khabar dari sana menjadi bacaan.

Teringat waktu itu, kisah penyembelihan mereka saya tatapi bersama catatan-catatan berdarah bumi jihad Afghanistan, Palestin, Chechya, Tajikistan, Libya, Kemboja dan lain-lain meski rakan seusia normal lebih gemar membaca buku ABC dan buku kanak-kanak berwarna-warni.

*Mungkin kerana faktor kami belajar membaca dengan bonda dan sudah mengenal huruf mendahului orang lain. Justeru, ketika orang lain masih belajar abc di tadika, kami sudah mentelaah jilid-jilid tebal World Book dan Exclopedia..! Maha Baik Allah kerana menghadiahkan bonda sekaligus guru terbaik buat kami yang semoga diganjarkan kepadanya syurga Firdaus terindah. ameen.

Bosnia: Bumi Merah Itu

Perang saudara Bosnia pada hakikatnya seakan sama perjalanannya dengan perang saudara di Ambon dan Maluku cuma perang di Bosnia lebih bersifat penghapusan etnik dan melibatkan konflik yang lebih besar kerana mungkin terkesan dari strategik lokasi serta rentetan perang dunia ke-II.

Episod berdarah ini telah bermula pada March 1992 sehingga November 1995 dan mengorbankan sekitar 97 207 nyawa manusia (kajian Mirsad Tokaca dari LSM Pusat Kajian dan Dokumentasi tahun 2007). Sebanyak 66% dari korban itu adalah Muslim Bosnia, 22% dari etnik Serbia dan 8% dari etnik Croatia. Dan 3 300 nyawa dari jumlah itu adalah rakyat di bawah umur 18 tahun.

Dan populasi rakyat Bosnia pada tahun 1991 adalah 43% Muslim Bosniaks, 31% Serbia dan 17% Croatia.

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:09 AM | Show all posts
Bosnia : 1992-1995 (Part 2)

Ditulis oleh: Nuha Hashim


Bosnia: Percikan Perang Saudara

Peperangan yang berlaku di bumi itu melibatkan antara 3 etnik iaitu Muslim Bosniaks, Serbia dan Croatia.

Dan sebenarnya, tercetusnya api yang marak ini adalah bermula dari Perang Dunia I (1914-18), yang menyaksikan kejatuhan empayar Austria-Hungary dan berlakunya perpecahan tanah jajahannya kepada 3 iaitu Czechoslovakia, Poland, dan Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenes (nama lama Yugoslavia).

Rentetan peristiwa yang panjang sehingga terpisahnya Yugoslavia akibat ditawan oleh kuasa Axis pada April 1941 dalam Perang Dunia ke II (1939-45). Selepas berakhirnya Perang Dunia ke II, Yugoslavia dibahagi kepada 6 negara atau republik iaitu Bosnia - Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia, dan Slovenia.  Kesannya berlaku pembahagian sempadan penduduk yang melibatkan 3 etnik iaitu Serbia, Croatia dan Muslim Bosniaks (yang telah menghuni semenjak tahun 1526 selepas pembukaan oleh Kerajaan Turkey Uthmaniyyah)

Dan sejarah merah itu bermula apabila etnik Serbia memberontak membantah kemerdekaan yang diperolehi oleh etnik Muslim dan Croatia pada Mac 1992.

Sedikit kronologi berkaitan perang tersebut:
1992:Feb 29-March 1 - Bosnia's Muslims and Croats vote for independence in referendum boycotted by Serbs.
April 6 - European Union recognises Bosnia's independence. War breaks out and Serbs, under the leadership of Radovan Karadzic, lay siege to capital Sarajevo. They occupy 70 percent of the country, killing and persecuting Muslims and Croats to carve out a Serb Republic.
May - U.N. sanctions imposed on Serbia for backing rebel Serbs in Croatia and Bosnia.

1993:Jan. - Bosnia peace efforts fail, war breaks out between Muslims and Croats, previously allied against Serbs.
April - Srebrenica, Zepa and Gorazde in eastern Bosnia are declared three of six U.N. "safe areas". The United Nations Protection Force UNPROFOR deploys troops and Bosnian Serb Army (VRS) attacks stop. But the town remains isolated and only a few humanitarian convoys reach it in the following two years.

1994:March - U.S.-brokered agreement ends Muslim-Croat war and creates a Muslim-Croat federation.

1995:March - Bosnian Serb President Radovan Karadzic orders that Srebrenica and Zepa be entirely cut off and aid convoys be stopped from reaching the towns.
July 9 - Karadzic issues a new order to conquer Srebrenica.
July 11 - Bosnian Serbs troops, under the command of General Ratko Mladic, capture the eastern enclave and U.N. "safe area" of Srebrenica, killing about 8,000 Muslim males in the following week. The U.N. war crimes tribunal in The Hague indicts Karadzic and Mladic for genocide for the siege of Sarajevo.
August - NATO starts air strikes against Bosnian Serb troops.
Nov. 21 - Following NATO air strikes against Bosnian Serbs, Bosnian Muslim President Alija Izetbegovic, Croatian President Franjo Tudjman and Serbian President Slobodan Milosevic agree to a U.S.-brokered peace deal in Dayton, Ohio.
Dec. 14 - The three leaders sign the Dayton peace accords in Paris, paving the way for the arrival of a 66,000-strong NATO peacekeeping Implementation Force (IFOR) in Bosnia. The international community establishes a permanent presence in the country through the office of an international peace overseer.

1996:July - West forces Karadzic to quit as Bosnian Serb president.
September - Nationalist parties win first post-war election, confirming Bosnia's ethnic division.

1997:
-Having lost power, Karadzic goes underground.

2002:Feb. 12 - Former Yugoslav President Slobodan Milosevic goes on trial charged with 66 counts of genocide and war crimes in Bosnia, Croatia and Kosovo.

2003: Dec. - Ex-NATO commander tells the court Milosevic knew Bosnian Serbs planned to massacre Muslims in Bosnia in 1995.

2004:June 11 - In a belated abandonment of its endless denials and under strong international pressure, the Bosnian Serb government make a landmark admission -- that Serbs indeed massacred thousands of Muslims at in Srebrenica, on Karadzic's orders.

2006:March 11 - Milosevic is found dead in his cell in The Hague.

2008:July 21 - Bosnian Serb wartime president Radovan Karadzic, one of the world's most wanted men for planning and ordering genocide, is arrested.

Last edited by robotech on 10-7-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:13 AM | Show all posts
Bosnia : 1992-1995 (Part 3)

Ditulis oleh: Nuha Hashim




Bosnia: Torehan Darah Itu

Dalam banyak-banyak kisah duka, saya teringat pada satu peristiwa di mana saya pernah menonton video kejadiannya. Peristiwa tersebut berlaku di bandar Srebrenica dan tercatat sebagai sejarah hitam dalam PBB oleh Kofi Annan, mantan setiausaha agung pertubuhan sedunia itu.

Srebenica semasa berlakunya konflik, menjadi antara kawasan yang mendapat perlindungan di bawah PBB, sekaligus menjadi kawasan ribuan rakyat Bosnia berkumpul menagih keselamatan.

Namun, pada Julai 1995, tentera Serbia di bawah pimpinan jeneral Ratko Mladic telah mengepung dan menguasai bandar tersebut sambil disaksikan oleh pasukan PBB yang langsung tidak melakukan sebarang tindakan.

Ketika terjadi pembantaian, sekitar 15 000 orang berusaha menyelamatkan diri dengan cara mendaki gunung dekat kota Tuzla. Mereka berjalan sejauh sekitar 65 mil (atau 100 kilometer), namun masih tetap dapat diburu oleh tentara Serbia. Dan yang ditemukan, langsung dibunuh di tempat ketika itu juga.

Malah masih jelas dalam sebuah video lain (kalau tidak silap, dalam siaran History Astro yang saya tonton semasa pulang pada tahun 2010) , di dalam salah satu kem pelarian mangsa perang yang tiba-tiba ditawan oleh tentera Serb, menyaksikan ribuan saudara muslim dibahagikan antara lelaki dan wanita. Sebahagian wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke kawasan lain serta selebihnya dibiarkan untuk dibunuh.

Manakala tawanan lelaki yang telah diasingkan, dikumpulkan dalam sebuah kilang besar secara sesak sebelum ditembak rambang yang meragut semua nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:16 AM | Show all posts
Bosnia : 1992-1995 (Part 4)

Ditulis oleh: Nuha Hashim


Bosnia: Melatih Kepekaan Dan Kekuatan Jiwa

Sungguh. Membaca peristiwa Bosnia ini sedikit sebanyak membuka rajah peristiwa saat Khilafah Abbasiyah dihancurkan oleh gerombolan tentera Mongul.

Teringat pernah membaca bahan dokumentasi bertulis (masih ada di rumah di Malaysia), tentang peristiwa yang diceritakan sendiri oleh mangsa kejadian, betapa ketika salah satu bandar ditawan, masyarakat yang ada di situ akur mengikut arahan berbaris panjang untuk disembelih..!

Pemuda-pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, semua sama sahaja.

Juga tercatat betapa strategi tentera serbia untuk menakutkan masyarakat muslim Bosnia dalam salah sebuah bandar yang diserang ketika itu, dengan merebus seorang imam sehingga hancur daging-dagingnya dan tinggal rangka tulang putih.  Kemudian rangka itu sengaja mereka gantung tinggi menayang. Dan strategi mereka berjaya..!

Malah dalam perang saudara ini menyaksikan pembunuhan yang dilakukan oleh jiran ke atas jiran sendiri. Sama seperti kisahnya dalam perang saudara Ambon-Maluku. Dan semuanya berlaku dalam keadaan yang mengejutkan.

Menyedihkan. Masyarakat muslim ketika itu hanya mampu mengalah dan tumbang akibat sifarnya persediaan mental, fizikal dan jiwa.

Namun Alhamdulillah, kesan dari lelehan darah merah itulah yang membangkitkan kembali jiwa masyarakat muslim sana. Masjid-masjid mula terisi dengan sof-sof makmun, alQur'an mula dilazimi dan syiar-syiar Islam mula diamalikan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:19 AM | Show all posts
Bosnia : 1992-1995 (Part 5)

Ditulis oleh: Nuha Hashim

Penutup: Muncul Luka-Luka Baru Di Tubuh Ummat, Sedang Luka-Luka Semalam Masih Belum Sembuh

Meski peristiwa ini telah menjadi sejarah, namun ummah masih terus berdarah.

Torehan demi torehan masih terus berlaku. Menghasilkan longkang-longkang merah malah membentuk sungai-sungai deras darah.

Apakah kita peduli dengan semua itu?

"ada apa-apa ke dekat Syria? Kenapa kecoh-kecoh?".

Maaf. Itu adalah soalan terbodoh yang pernah saya terima. Soalan yang dilontarkan setelah 50 ribu lebih saudara kita di Syria dibunuh kejam.

Dan soalan itu antara bukti mengapa darah-darah merah masih terus mengalir.

Nota kaki:

- Dan semasa peristiwa berdarah Bosnia inilah, Dr Yusuf Qardhawi menggalakkan agar lelaki-lelaki muslim mengahwini wanita-wanita Bosnia yang telah dirogol dan mengandungkan anak-anak tentera serbia selepas mereka meminta fatwa agar dibolehkan membunuh anak dalam kandungan tersebut.

- Orang selalu bertanya, "macam mana hasna' boleh terlalu mencintai sejarah ya?".

Jawab saya , "kerana dengan sejarah, akan membuatkan hati yang mahu menjadi keras, kembali lembut menangis. Menerbitkan rasa kesungguhan untuk berusaha gigih agar sejarah hitam tidak berulang dan semangat yang tinggi agar sejarah indah kembali dibangkitkan".

Pesan saya, cintailah seerah dan sejarah. Kerana itu adalah sumber untuk kamu belajar berhati-hati melangkah.

Malah, selalunya ketika saat hati mengeras, selakan ayat Allah tidak mampu merembeskan air mata, meski dengan tadabbur maknanya, maka ketika itu lekas-lekas saya membuka kembali seerah-seerah baginda s.a.w. serta para sahabat r.a . Dan Allah izin, dari itulah membenih rasa malu kerana tidak benar-benar menghargai apa yang telah mereka korbankan untuk membawa risalah Iman dan Islam sehingga sampai kepada kita hari ini.

Tidak terkecuali lembaran-lebaran sejarah peristiwa yang membuka mata bahawa tanggungjawab kita terlampau banyak. Mereka yang terdahulu telah berusaha melaksanakannya serta peroleh hasil untuk menjadi jawapan di hadapan Allah nanti. Dan saya, bagaimana pula?

- "alQur'an ini seperti apa yang kamu fikirkan. Jika kamu rasakan susah, maka dia akan menjadi susah. Jika kamu rasakan mudah, maka dia akan menjadi mudah.." kata-kata sheikhah.

Dan saya masih terkial-kial dengan 2 juzu' untuk tempoh sebulan itu. Sedangkan kanak-kanak Ghazzah menjadi hafiz hanya dalam tempoh 2-4 bulan.

- Membina generasi alFateh itu perlu benar-benar telus. Semoga Allah kuatkan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:47 AM | Show all posts
Dokumentari: The Defense Of Bosnia

Sebuah dokumentari yang menunjukkan bagaimana rakyat Bosnia mempertahankan bangsa mereka dari serangan musuh di segenap penjuru semasa perang 1992-1995.

Walaupun agak dhaif dari segi kelengkapan perang akibat halangan PBB, rakyat marhaen Bosnia bersatu bekerjasama berjuang sehingga mencapai kemenangan 3 tahun kemudian. Dengan kemenangan yang dikecapi, tertubuhlah sebuah negara Bosnia Herzegovina yang berdaulat di Eropah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 11:09 AM | Show all posts
Dokumentari BBC - War In Mostar Bosnia (HVO - Croat vs Muslim Bosniaks)

Ramai orang salah faham situasi perang di Bosnia. Mereka menganggap konflik bersenjata & pembersihan etnik hanya dilakukan ke atas Bosniaks oleh bangsa Serbia. Tetapi ia sebenarnya adalah perang 3 penjuru, dimana etnik Bosniaks terpaksa mempertahankan diri bukan sahaja daripada militia Serb Bosnia & anggota tentera bantuan Republik Serbia Montenegro, tetapi etnik Bosniaks juga diasak oleh militia HVO Croatia yang menangguk di air yang keruh.

Dokumentari BBC ini memfokuskan konflik Bosnia di Mostar sepanjang 1992-95. Bandar Mostar telah dikepung oleh pasukan militia HVO Crotia & dokumentari ini menunjukkan kecekalan masyarakat Bosnia Muslim disana mempertahankan bandar mereka.



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:18 PM | Show all posts
saya igt lagi pernah baca dlm newspaper.. rintihan seorg lelaki yg disuruh merogol budak perempuan bosnia.. padahal dia jiran pada budak tu.. katanya .. dia pernah menyambut kelahiran budak tu.. ... ada tu pulak mencukur rambut2 anak2 perempuan spy kelihatan mcm lelaki.. kesiann sgt.. tingat jugak masa berkunjung ke mines wonderland masa rombongnan sekolah.. ada pekrja dia tu adalah org2 bosnia.. wanita la tapi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 07:06 AM | Show all posts
Terima kasih Robotech...sangat terkesan dan menginsafkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 02:57 PM | Show all posts
teringat dulu masa kecik-kecik banyak juga berita bosnia nie dalam tv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.271685 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list