KUALA LUMPUR: Bintang kerohanian antarabangsa popular, Sami Yusuf tidak bimbang atau hanyut dengan sanjungan atau populariti yang dikecapnya selama hampir 10 tahun bergelar artis.
Sebaliknya, penyanyi dan komposer dari Britain ini berkata, perkara yang paling menakutkannya adalah kekacauan dan persengketaan yang boleh menjurus kepada perpecahan manusia sejagat.
"Saya tidak takut atau bimbang dengan kesan populariti dan sanjungan orang terhadap saya. Ia tidak menggugat siapa diri saya, jati diri dan keperibadian saya sebagai manusia.
"Apa yang membimbangkan adalah sikap manusia sejagat yang tidak memahami banyak perkara sehingga menjurus kepada salah faham, perselisihan dan perbalahan yang akhirnya membawa kepada perpecahan," katanya.
Penyanyi berusia 31 tahun itu ditemui selepas pengumuman konsert sulungnya di sini bersempena pelancaran album keempat iaitu Salaam.
Konsert Salaam Sami Yusuf bakal diadakan pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sami berkata sebagai penggiat muzik yang memperjuangkan genre kerohanian, dia mempunyai tanggungjawab dan impian untuk menyatukan manusia tanpa mengira batas agama ke arah perpaduan.
"Impian terbesar saya adalah menyatukan manusia sejagat menerusi muzik saya. Terlalu kuat pengaruh dan impak dari Barat sehingga menjejaskan jati diri dan pemikiran manusia khususnya umat Islam.
"Kepincangan ini wajar diperbetulkan terutamanya di kalangan generasi muda pada hari ini," katanya.
Sami menandatangani replika poster Konsert Salaam.
Mengenai album terbarunya yang akan dilancarkan pada Julai depan, Sami berkata album yang memuatkan 18 trek itu turut menampilkan lagu duet bersama penyanyi tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
"Dia (Siti) seorang penyanyi yang hebat dan dinamik. Saya akan merakamkan lagu You Came To Me ciptaan saya dengannya tidak lama lagi. Lagu itu dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.
"Lagu-lagu lain dalam album ini juga mempunyai pengertian dan cerita yang melangkaui kehidupan manusia di atas bumi ini. Ia cukup besar ertinya," katanya.
Populariti penyanyi kelahiran Tehran ini melonjak di peringkat global selepas dia muncul dengan album sulung Al Mu'allim pada 2003.
Sami yang mempunyai jumlah peminat mencecah 2 bilion orang mendapat jolokan 'Bintang Muslim Terbesar' oleh majalah Time dan 'Muslim British Paling Popular Di Dunia' oleh The Guardian.
Konsert tersebut dianjurkan Offshore Entertainment Production.
Tiket-tiket konsert hanya akan mula dijual pada 2 Mei depan. Harga-harga tiket akan diumumkan dalam waktu terdekat
otak aku bila baca yusoff, compute muka yusoff chong...
tu pelik bila baca CT nak collaborate dengan usof chong...
~Anger that has no limit, causes terror. Kindness that is inappropriate, does away with respect. So do not be so severe with others, as to terrify them; and do not be so lenient with others, as to make them take advantage of you.~
19 Apr Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11
Salam semua..ct akan berkolaborasi bersama penyanyi terkenal sammi yusuf utk album beliau & konsert di S'pore..teruja ;)
23h Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11
RT @rustamadyla: @CTNurhaliza11 pagi Kak iti! Sami Yusuf banyak puji Kak iti lerr dalam MHI! -alamak bertambah nervous laaa..
CT young lady la... tak kan nak panggil old lady pulak..muda lagi dia pun...
~Anger that has no limit, causes terror. Kindness that is inappropriate, does away with respect. So do not be so severe with others, as to terrify them; and do not be so lenient with others, as to make them take advantage of you.~
dah apa gossipnya? tak boleh buka di board khas utk mak aji aurat terdedah ka?
mengong!!
DARSITA Post at 21-4-2012 22:39
Hello forummer kontroversi yg digosipkan menyundal. This is gosip dan berita hiburan.
Atau Giosip mcm ko menyundal tu yg patut dihebah katbod gosip ni kan? Hahaha
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.