CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456
Return Post new threads
Author: eddysheddy

Sami Yusuf collaborating with Siti Nurhaliza. Lagu sudah ada! pg6

[Copy link]

0

Threads

2

Fans

1005

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
15-6-2004
Post on 7-6-2012 06:39 PM |All posts
Reply 112# anis01
Tu la hehe padan muka.

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 7-6-2012 06:57 PM |All posts
Hafiz Hamidun ‏@HAFIZHAMIDUN
@CTNurhaliza11 penghayatan mendalam dalam You Came To Me. Tahniah!

nasirderaman
Its a very nice song from Sami Yusuf feat @CTNurhaliza11 - You Came To Me @SYMalaysia @ArteffectsInt
Retweeted by Hafiz Hamidun
i love NOBODY ELSE

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 7-6-2012 06:59 PM |All posts
dont want to expect more. dgr dulu lah
i love NOBODY ELSE

9

Threads

5

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-9-2005
Post on 7-6-2012 07:35 PM |All posts
care to share?
SITI NURHALIZA @ Dewan Filharmonik Petronas | 5-7 July 2013

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 7-6-2012 07:35 PM |All posts
sedapnyaaaaaaaa suara CT..
i love NOBODY ELSE

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 7-6-2012 07:46 PM |All posts
sukanya part yg CT sebut To be with you dengan lenggok arab itew. OMG
i love NOBODY ELSE

0

Threads

0

Fans

348

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
9-3-2010
Post on 7-6-2012 08:00 PM |All posts
eddy ada record tak? kalau ada tlg share yer! Tak dpt sgr suria FM...

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 7-6-2012 11:36 PM |All posts
eddy ada record tak? kalau ada tlg share yer! Tak dpt sgr suria FM...
Superstar Post at 7-6-2012 20:00



yup.. eddy ada record.. time kasih pada henpon ku yg beradio dan boleh record hehe..
sekali dengan azan2, tazkirah2 sebelum lagu tu sekali terrakam.. haha

btw eddy mintak maaf tak reti nak share.. nak kuarkan dari fon ni pun tak tau...
i love NOBODY ELSE

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 22-6-2012 03:56 PM |All posts

3

Threads

1

Fans

1267

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-5-2008
Post on 23-6-2012 11:23 AM |All posts
Reply 134# kerill

nice,v.nice song.....

22

Threads

4

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
27-3-2005
Post on 23-6-2012 11:28 AM |All posts
Sebak campur terharu hati OHBULAN! saat mendengar lagu terbaru kolaborasi antara Sami Yusuf dan Dato¡¯ Siti Nurhaliza.

Lagu berunsurkan ketuhanan ini benar-benar menyentuh perasaan dan kami yakin jika anda benar-benar menghayati lirik dan sebutan kalimah suci didalam lagu ini, anda pasti akan menitiskan air mata.

Vokal antara Dato¡¯ Siti Nurhaliza dan Sami Yusuf sangatlah mantap dan menusuk kalbu. OHBULAN! sendiri tidak mahu menulis panjang, anda dengarkan sendiri dan hayati lagu ini ya.

Untuk pengetahuan, lagu ini telah ditulis dan dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.
i love NOBODY ELSE

225

Threads

4

Fans

6979

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
30-8-2009
Post on 11-7-2012 08:11 AM |All posts
Siti jawab kontroversi muzik video

BERDUET dengan penyanyi digelar Majalah Time sebagai Rockstar Muslim (Islam) Terbesar, Sami Yusuf sememangnya satu peluang keemasan dinantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Kesempatan terhidang di depan mata itu dimanfaatkan sebaiknya buat dia mengembangkan nama ke peringkat antarabangsa khususnya negara Timur Tengah.

Ternyata gandingan menarik dalam lagu berjudul You Came To Me dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Arab sememangnya menarik dan membawa kelainan dalam dunia seni tanah air. Bahkan lagu ini juga semakin diterima peminat baik peminat Sami mahupun Siti sendiri.

Menerusi kolaborasi ini juga, Siti turut dijemput sebagai artis undangan bagi menjayakan Konsert Salaam Sami Yusuf anjuran Offshore Entertainment Production Sdn Bhd di Stadium Tertutup Singapura pada 8 Julai lalu dan seterusnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Julai (Sabtu) ini.

Bagaimanapun, apabila menyebut Siti, sudah pasti akan ada isu pro dan kontra yang menjadi bualan peminat. Bagi yang meminatinya, tentu mengalu-alukan pembabitan Siti bersama Sami. Namun bagi yang tidak menyukai, ada-ada saja salah dicari dan natijahnya muzik video Siti berduet dengan Sami ketika rakaman di studio menjadi isu.

Ada yang menganggap muzik video yang dimuat naik ke laman YouTube tidak sesuai dengan konsep lagu yang turut menyelitkan lirik memuji junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana ketika itu menampakkan rambut Siti. Ramai yang memperkatakan perkara ini dan sekali lagi nama Siti terpalit kontroversi.

Kesempatan bertemu Siti di Singapura pada petang Ahad lalu ketika sidang media Konsert Salaam Sami Yusuf, digunakan sebaiknya dengan bertanyakan soalan ini. Dengan tenang, dia memberikan jawapan kepada persoalan ini kepada wartawan Rap, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my).

RAP: Sedar tak muzik video ini mencetuskan kontroversi?

SITI: Terpulanglah kepada mereka. Apa lagi yang boleh saya katakan. Sebenarnya Sami sendiri sudah tahu imej saya sebelum pilih saya berduet dengannya. Orang bercakap kerana tengok muzik video ini tak sempurna. Saya faham semua orang nak tengok yang baik-baik pada saya. Insya-Allah doakan yang terbaik buat saya.
Saya tengok sebelum ini memang tiada isu sangat mengenai pemakaian saya (bertudung). Tapi apabila berduet dengan Sami, mungkinlah perkara ini jadi isu. Tapi kalau kita lihat, Sami sendiri tak kata dia artis nasyid.

RAP: Apa komen apabila Siti dikatakan menumpang �populariti Sami?

SITI: Perkara ini perlu dilihat dari sudut positif. Kolaborasi dengan Sami adalah satu langkah yang baik. Contohnya kami bergabung dalam konsert ini, ia satu permulaan untuk masing-masing mencipta populariti. Apabila Sami berduet dengan saya, secara tak langsung peminat yang tak kenal Sami akan bertanya siapa penyanyi itu.

Saya pun berharap begitu kerana dengan cara ini, produk saya nanti akan diterima masyarakat di Timur Tengah. Sebenarnya saya boleh berduet dengan artis lain juga. Cuma, berduet dengan Sami sangat mudah kerana dia cepat mesra. Kita dapat lihat bagaimana dia mengembangkan muziknya sehingga diterima ramai. Kalau kita lihat, lagu-lagu nyanyiannya juga pelbagai bukan saja dalam bahasa Inggeris, Arab dan pelbagai lagi.

RAP: Apa perasaan Siti ter�babit menjayakan konsert ini?

SITI: Saya memang sangat gembira. Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput. Saya gembira dapat bertemu peminat di Singapura dan pada masa sama buat penampilan istimewa dengan Sami dalam konsert ini. Saya juga berterima kasih kepada Sami kerana memilih saya berduet dalam lagu yang menarik ini.

RAP: Apa yang Siti lihat menerusi gandingan ini?

SITI: Ia satu peluang yang baik untuk saya dikenali di negara Asia Barat. Saya ada perasan sejak lagu ini dimuatkan dalam YouTube, saya sudah dapat respons daripada peminat luar negara yang ¡®tweet¡¯ untuk tahu perkembangan saya. Bagi saya ini satu pencapaian yang membanggakan.

RAP: Bagaimana dengan jadual Siti sekarang?

SITI: Sebenarnya jadual saya sangat padat. Malam tadi (Sabtu) saya terbabit dengan persembahan sempena pembukaan Sukma (Sukan Malaysia) Pahang dan hanya sampai di Kuala Lumpur jam 3 pagi dari Kuantan. Awal pagi pula saya bergegas ke KLIA untuk ambil penerbangan ke sini.

Biarpun penat, ini satu pengalaman baru buat saya. Saya gunakan peluang untuk menjayakan konsert ini dengan sebaiknya. Dapat jemputan untuk menyanyi dengan artis popular luar negara adalah satu peluang yang baik. Ia adalah pendedahan buat saya dan satu ruang yang baik untuk promosi.

RAP: Ada tak perancangan untuk buat muzik video lagu duet ini?

SITI: Buat masa ini belum ada perancangan lagi. Saya masih tunggu perbincangan lanjut. Muzik video yang ada sekarang memang tak sempurna sangat. Tapi ia perlu juga kerana orang nak tengok visual selain lagu.

RAP: Ada terfikir tak nak buat konsert di Singapura?

SITI: Memang ada permintaan tapi saya rancang nak hasilkan album terlebih dulu. Lagipun perancangan untuk buat album sudah lama difikirkan. Saya juga ada tawaran menjayakan konsert di sebuah lokasi di Kuala Lumpur tahun depan. Tempatnya tak payahlah disebut dulu. Saya juga masih berfikir sama ada nak keluarkan album mini atau penuh.

Buat masa ini saya keluarkan single yang judul sementaranya Pusara Hati. Ia bukan dijual secara fizikal, sebaliknya menerusi digital (muat turun). Untuk projek ini saya tandatangan kontrak dengan Universal Music. Saya serahkan pada mereka bila nak pasarkan album ini. Sekarang teknologi sudah canggih. Tapi bagi saya album fizikal pun masih perlu untuk peminat simpan sebagai koleksi peribadi.



Credits: hmetro.com.my

4

Threads

1

Fans

596

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
21-6-2006
Post on 12-7-2012 05:07 PM |All posts
Album omputih dia berjaya ke gagal?
FACEBOOK:UMAIRAH BOUTIQUE

14

Threads

1

Fans

4325

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
12-8-2007
Post on 12-7-2012 06:49 PM |All posts
Reply 135# merpati01
lagu nyanyian sammy amat syahdu dan membuatkan sanubariku terasa meremang.  
suara Siti tak perlu dipertikaikan.  Mau saya syorkan agar Siti beralih pula menyanyikan lagu2 berbentuk religi dgn irama yg syahdu begini.  Ada perasaan yg tidak tergambarkan.  Siapa agaknya penyusun muziknya?

26

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-3-2010
Post on 13-7-2012 02:47 PM |All posts
Album omputih dia berjaya ke gagal?
muteq Post at 12-7-2012 17:07



    Album dia tanpa promo betul2 pun dah terjual 70k, in less than 6 months. Cuma sayang, banyak single potential xpromo betul2.
*~An Angel Sweeps You Of Your Feet~*

26

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-3-2010
Post on 13-7-2012 02:49 PM |All posts
ni ha ade ct sound peminat die.. haha. mcm kelakar je dak tu terkena lak..
underwoodrockz Post at 24-4-2012 21:00



   

Setepek kena.
*~An Angel Sweeps You Of Your Feet~*

10

Threads

17

Fans

6783

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
30-9-2011
Post on 13-7-2012 03:14 PM |All posts
ct skang buat album untuk kepuasan diri..dia tak perlu buat album untuk laris jualan nye..
gud luck
Today's wastage is tomorrow's shortage

2

Threads

3

Fans

1624

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
16-1-2012
Post on 13-7-2012 09:47 PM |All posts
bagus juga variasi muzik dato ct, boleh memenuhi pelbagai kehendak peminat yang berbeza

1

Threads

2

Fans

1185

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
8-1-2009
Post on 13-7-2012 09:58 PM |All posts
baca paper hari katanya konsert sami yusuf dibatalkan..camane tu??

4

Threads

1

Fans

596

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
21-6-2006
Post on 13-7-2012 10:52 PM |All posts
Reply 140# Syfuel


    tu la.rasa mcm ada lagu best,tp nape xkuar radio?ades.i beli je album dia yg tu.tu nk tau progress album dia yg ni
FACEBOOK:UMAIRAH BOUTIQUE

33

Threads

2

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
7-10-2006
Post on 13-7-2012 11:36 PM |All posts
Album dia tanpa promo betul2 pun dah terjual 70k, in less than 6 months.  Cuma saya ...
Syfuel Post at 13-7-2012 14:47


dah terjual 70k ker? hari tu ada org rapat ngan CT cakap kurang dr 40k
LOVE Hong Ki & FTISLAND ~WE GOT MARRIED GLOBAL~

26

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-3-2010
Post on 14-7-2012 12:30 AM |All posts
dah terjual 70k ker? hari tu ada org rapat ngan CT cakap kurang dr 40k
santubung Post at 13-7-2012 23:36



    Yup, siti tulis dalam berita harian bulan 3 hari tu:

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca Berita Harian. Semoga hujung minggu anda kali ini akan memberikan makna yang baik dalam kehidupan anda semua.

Sepanjang minggu ini, kita dikejutkan dengan banyak berita yang menyedihkan di dada akhbar. Sesuatu yang paling menyayat hati ialah mengenai pembunuhan kejam adik Dirang yang Siti rasa mendapat perhatian dan menyayat hati kita semua. Ia bukan hal remeh yang boleh kita pandang sebelah mata di mana-mana saja kita berdepan dengan musibah dan bahaya.

Apa yang berlaku kepada Adik Dirang, anak kecil yang tidak berdosa itu hendaknya membuka mata dan hati kita semua. Ada kala sesuatu kejadian yang menimpa itu kita ibaratkan malang tak berbau. Memang malang tidak berbau tetapi semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga harus menitikberatkan sikap bertanggungjawab atau mungkin lebih daripada biasa kerana sebarang kemungkinan boleh saja terjadi.

Siti mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga adik Dirang, semoga roh-Nya aman dan tenang di syurga. Semoga pembunuh adik Dirang akan segera dibawa ke muka pengadilan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sesungguhnya perkara seumpama ini tidak boleh terjadi. Jadikan amalan hidup sihat tanpa hasad dengki ataupun minda yang positif dalam kita menjalani kehidupan.

Baiklah, mengenai kerjaya Siti pula, sepanjang beberapa minggu ini, Siti kembali sibuk menjalankan promosi album All Your Love dengan memperkenalkan single yang kedua iaitu Remember You. Single ini adalah lagu duet di antara Siti dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston. Selain promosi di radio, Siti juga turun padang bertemu peminat di kedai menjual album, minggu lalu di The Curve dan semalam di One Utama.

Siti berasa seronok kerana album ini sudah mencapai jualan cakera padat sebanyak 40,000 unit dan jualan untuk `download' sebanyak 30,000 unit.    Ini adalah satu permulaan yang baik kerana album ini diterima peminat Siti.

Selain itu, Siti juga ingin berkongsi kegembiraan bersama anda di mana Simply Siti sudah mengeluarkan minyak wangi untuk penggunanya.

Ia adalah inovasi pertama dari SimplySiti yang menggabungkan sains dan seni dari Perancis memberikan anda rahsia kekal cantik. Bukan hanya sekadar wangian, juga merasa lebih bagus dan kelihatan bagus dalam masa yang sama.

Kepada adik-adik yang sedang bercuti sekolah dan bakal kembali ke sekolah Isnin ini, Kak Siti harap adik-adik akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan guru. Semoga cuti adik-adik selama seminggu ini memberi manfaat dan melakukan perkara yang baik.

Sekian saja catatan Siti kali ini. Jumpa lagi!
*~An Angel Sweeps You Of Your Feet~*

27

Threads

2

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-2-2003
Post on 14-7-2012 12:33 AM |All posts
dwonlaod 30000? mantop!!!
Falling In Love With CT!
Nobody Else Like her!
123456
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-6-2013 08:38 AM , Processed in 0.246721 second(s), 17 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top