CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 35171|Reply: 72

Gambar Selepas Pengguguran Bom Atom Di Hiroshima

[Copy link]
Post time 1-5-2012 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki membunuh lebih kurang 250 ribu orang dan menjadi pembunuhan orang awam yang tidak bersalah paling dasyat dalam sejarah moden. Gambar dibawah merupakan beberapa koleksi gambar di Hiroshima yang menunjukkan lanskap dan bangunan yang musnah serta mangsa2 pengeboman.



























kredit blogsanasini.blogspot.com
            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 10:34 PM | Show all posts
Pergh...dasat.... may human will learn sumthing out from it
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:08 PM | Show all posts
ni lah akibatnya Jepun nak sangat berperang......rakyaat dia yg menanggung derita.....aku rasa penderitaan rakyaat dia kena bom atom ni lebih dasyat dari perang tu sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:18 PM | Show all posts
ngeri..........
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 12:00 AM | Show all posts
dasat btol..yg aku taw sampai sekarang kesan radioaktif hasil bom tu masih mengancam idup penduduk disana
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 12:34 AM | Show all posts
kena berlaku kejam...utk menghentikn kekejaman..
pada aku , amerika pun 2x5 ngn jepun wktu tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 6# batmana


Pada aku elok Jepun kene bom atom.....biar padan dgn kekejaman yang dia lakukan pada penduduk Asia.....tentera jepun masa tue pandang hina pada rakyat negeri yang mereka takluk....dan kebencian yang paling tinggi kepada orang Cina....
walaupon aku menyampah dengan amerika..tapi tindakan dia antar bom atom memang tepat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 02:34 PM | Show all posts
ramai orang kata kejam
tapi kalau tak kena bom atom tu
agak2 kita semua idup tak skang?
atau tok nenek masa tu dah kena pancung dan rogol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 03:22 PM | Show all posts
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu...cuba kaji balik, kena bom atom tu paling2 dia dah xselama dog dia jerk serang2 orang... rakyat kita malaysia pun pernah dia jajah...tok nenek dulu berapa byk kena pancung...arwa nenek aku citer, org2 jepun nie dtg malaysia, semua org pompuan dia nak rogol, xkira anak bini orang... arwah nenek aku punyer lari menyorok sampai xtentu hala takut ngan org jepun nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 04:16 PM | Show all posts
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama selepas tu..satu2nya yang terselamat ialah dato' abdul razak abdul hamid, mahasiswa di universiti hiroshima waktu tu

memang pelik dia survive walaupun terdedah dgn radiasi
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 05:07 PM | Show all posts
Kalau bukan ajal...ramai lagi yang ada kat Hiroshima dan Nagasaki tapi hidup hingga sekarang....

BTW, ramai yang anggap pengeboman Hiroshima dan nagasaki dahsyat...ye dahsyat sebab sebutir bom aje boleh ranapkan satu bandar. Tapi sebenarnya pengeboman B-29 pada 9-10 Mac 1945 membunuh 100,000 orang - lebih ramai dari kedua2 di hiroshima dan nagasaki
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 02:32 PM | Show all posts
entah bila plak amareka nak kne bom atom atas kekejaman dia seluruh dunia..... hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:13 PM | Show all posts
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16



    Dia nih memang miracle! Masa kejadian dia berada ditengah2 bandar hiroshima. Dia pernah cerita terpaksa duduk kat Lab kat US selama 6 bulan jadi bahan kajian saintis US. Diorang tak boleh cari punca kenapa dia tak kena radiasi padahal dia duduk kat tengah2 zon bom atom tuh dijatuhkan. Semua yang sama zon dengan dia mati atau cacat seumur hidup & tak panjang umur.

Dia kata dia seperti berada dalam neraka tapi api neraka tak makan dia....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:29 PM | Show all posts
HIROSHIMA 67 Years Ago (+/-) - 1945



HIROSHIMA - 67 Years Later ((+/-)

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:30 PM | Show all posts
The Colourful City




Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:30 PM | Show all posts
Reply 10# iscol_klang


   Datuk ni ade lagi ke skang?......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 03:42 PM | Show all posts
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu...cuba kaji balik, kena bom atom tu ...
Mamason Post at 2-5-2012 15:22



   Opah aku gitu le juga, ceritanya sebelum subuh yang anak2 dara perempuan semua depa siap2 masuk hutan, bila dah maghrib dah gelap baru keluar hutan. Memang takut masa tu, pantang nampak angkut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:50 PM | Show all posts
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16


tegak bulu roma baca.

Hiroshima Hantui Razak
   - Berita Minggu, 7 Ogos 2005

    Oleh:Ziauddin Sharuddin, Ahmad Fauzi Mustafa dan Norakmah Mat Youb

                  
       
SUASANA Hiroshima pagi itu - Isnin, 6 Ogos 1945, tenang seperti hari sebelumnya. Suhu kira-kira 26 darjah Celcius cukup nyaman. Walaupun Jepun dilanda peperangan, kehidupan di bandar yang berpenghuni 400,000 hingga 500,000 orang, berjalan seperti biasa.

Penduduk sudah lali dengan kehadiran pesawat Tentera Berikat. Mereka segera lari menyorok dalam lubang perlindungan yang ada di mana-mana jika terdengar bunyi deruman pesawat. Penduduk Hiroshima tidak tahu bahawa sesuatu yang amat dahsyat akan menimpa mereka.

Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.

Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom. Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy'.

Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.

Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.

Semalam adalah hari ulang tahun ke-60 kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang.

Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.

Di Kuala Lumpur - Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, 80, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun.

“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.

“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.

Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.

Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.

“Zalim...saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.

Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.

Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.

Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.

“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.

Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.

Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.

Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.

Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”

Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.

Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.

Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.

“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.

“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.

Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.

Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.

Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.

Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.

“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.

“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.

Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.

Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.

Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.

Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.

Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.

Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.

Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.

Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.

Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.

Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.

“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.


         

source
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:55 PM | Show all posts
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16


dah Tuhan kata belum ajal dia lagi, apa yg nak peliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:20 PM | Show all posts
Reply 16# martiena


   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092530 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list