CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23591|Reply: 12

Geng Mamakk:A Brotherhood Of Bandits

[Copy link]
Post time 15-5-2012 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Penyangak yang paling handal di m'siaa dan ‘trofinya’ sehingga kini tetapdimiliki oleh Geng Mamak
geng adik beradik ini berjaya menggunakan kaedah penyamaran mereka sebagai anggota trafik, anggota JPJ dan anggota kastam dengan begitu hebat sekali
dengan perancangan rapi mereka itu, geng ini berjaya mencuri jongkong emas, mikrocip dan pelbagai barangan elektronik yang nilainya mencecah billion ringgit!


Geng Mamak yang ditubuhkan di Kuala Kangsar, Perak oleh Mohd Noor, Rozland, Mohd Yusof, Sharif dan Zainudin pada tahun 1980-an telah terlibat dalam 200 kes rompakan Geng Mamak yang diasaskan oleh Mohd Noor Abu Bakar dan empat lagi adik-beradiknya kini dipercayai merekrut ahli baru.
Malahan, kumpulan itu dikaitkan dengan rompakan mikrocip bernilai jutaan ringgit dari kawasan Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung, Pulau Pinang .

Berdasarkan modus operandi kumpulan itu yang melakukan rompakan dan samun dengan anggota kumpulan itu mengenakan pakaian seragam pihak berkuasa seperti polis, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan atau imigresen, ia hampir menyamai kejadian rompakan di Batu Maung apabila empat daripada 20 penjenayah yang terlibat mengenakan pakaian seragam anggota Rela.

Anggota kumpulan itu ditembak dan ditahan di Pandan Indah pada 24 Jun 2001 apabila melanggar anggota trafik.
Berikutan tangkapan itu empat lelaki termasuk ketua kumpulan geng itu telah ditahan di sekitar Bukit Antarabangsa, Cheras, dan Bandar Tun Razak pada 12 dan 13 Julai 2001.

Polis berjaya melumpuhkan Geng Mamak dengan tangkapan perancang utama anggota kumpulan, Khairul Affendie Mohd Noor, dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 18 Nov 2002.



mereka menyasarkan individu yang mengeluarkan wang dari bank, gudang peralatan komputer, telefon bimbit dan barangan elektrik, lori yang membawa barangan berharga dan kereta mewah
kewujudan kumpulan itu pertama kali terbongkar setelah 3 anggotanya ditangkap kerana terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 jota di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994
polis berjaya melumpuhkan Geng Mamak dengan tangkapan perancang utama anggota kumpulan, Khairul Affendie Mohd Noor, dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 18 Nov 2002
sejak tangkapan itu, 38 anggota Geng Mamak telah ditahan, malah ada yang telah ditembak mampos ,

mereka juga terkenal kerana sering berjaya melarikan diri waktu dalam tahanan polis, contohnya anggota kanannya, Chotmasa kat trafic light pun dia berjaya bolos ,disebabkan mereka jugak, Bukit Aman terpaksa menubuhkan pasukan khas selama bertahun-tahun untuk menjejaki merekawalaupun ramai anggota ini dah ditangkap, dibuang daerah dan sebagainya, mereka tetap ‘legend’ dalam dunia mereka,  kalau Hollywood tahu musti sudah lama kisah geng ini pelemkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 12:26 AM | Show all posts
Reply 1# bluezink


Zman skarang masih ada hukuman buang daerah? c'mon!!
Zaman laa ni tak perlu buang-buang..

Penjenayah jenis ni patut di-ISA-kan...
Time dlm ISA tu torture cukup-cukup!

Geng ni pengancam ketenteraman awam dan layak dilayan sebegitu rupa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:32 AM | Show all posts
tgk kisah diorang dalam CI ch732
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:03 AM | Show all posts
serius...diorg ni legend perampok....sgt smart cara MO diorg ni...polis pun pening kepala...

mlm td bru tgok pasal kes ni kt tv singapore...walaupun kes ni polis claim diorg berjaya..tp diorg tak berjaya dptkan semua jongkong emas tu...mana eh perampok2 ni sembunyikan? or dah abis guna buat enjoy...

geng diorg yg berpaling tadah tu mana plak ilang lepas buat pengakuan di mahkamah..ke dah kena bunuh dgn geng sendiri?

kalo bikin film dgn garapan dan rencah2 yg menarik ala holiwood mesti gempak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:57 AM | Show all posts
Reply 1# bluezink


   Ni mesti mlm td tgk Channel 5 Spore
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 10:56 AM | Show all posts
Buat dosa jadi legend
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2012 01:48 PM | Show all posts
sepandai- pandai tupai melompat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 10:29 PM | Show all posts
yup legend... berani mati... kepala pun ada mengong skett... masa mat yusuf kena tangkap kt mrr2 kawasan pandan indah.... dia patut dah lepas... anggota trafik yg kejar dia tu dah terjatuh.... tapi kepala mat yusuf mengong kot masa tu... dia bley pusing kete kt atas jln tu camtu je... nak gi langgar anggota trafik tu... apalagi... makan peluru ler... nasib baik tak mati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 08:41 PM | Show all posts
yg ajaibnya dlm tahanan polis pun bleh lepas...

adeh.. mcm mn tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 08:50 AM | Show all posts
dah macam sicilian famili. heh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 12:24 PM | Show all posts
Hmm..ni geng pailang ni...salah seorang duduk kt selayang
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 05:29 PM | Show all posts
Yg geng name khairul effendi mohd noor tu anak kpd mohd noor tu ke..?
Anak beranak ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 08:23 AM | Show all posts
teman orang kuala kangsar..teman satu kg dengan geng mamak ni,,,,
banyak cite dorng teman tau..bukan dari story teller tapi terus dari dorang...
dorng ni ala2 robin hood......kalu tgk kes dorang almost mangsa dorang bukan orang melayu n taikon besar2..
hope polis xcari teman.........hehe.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.094410 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list