CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456Next
Return Post new threads
Author: Isyroqiyyin

Hadis-hadis yang bercanggah dengan AlQuran

[Copy link]

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 12-6-2012 02:11 PM |All posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 12-6-2012 14:23

Itu pendapat anda berdasarkan Qiyas khilaf bilangan ashabul kahfi, bukannya dalil masalah Tauhid kena ikut yang literal. Ada tak dalilnya?


Saya belum jumpa lagi dalil yang melarang kita mengikut Quran secara literal...tapi dalil suruh mengikuti yang zahir memang ada dan bolehlah kita kaitkan ia dengan masaalah bab tauhid kerana bab tauhid adalah lebih penting dari masalah bilangan ashabul kahfi..


Namun, bukan semua ayat Allah boleh diambil secara zahir.


Dalil siapa yang kata macam tu?


Dalil siapa yang kata macam tu?


Anda punya dalil la..dalam post #67...nah, ini dia :



Contoh ayat yang bukan diambil secara literal:

2. "Mukanya bercahaya kerana seri wajahnya bertambah hasil tahajjud yang diamalkannya"

Ayat di atas TAK BOLEH diambil secara literal. Kalu diambil secara literal, bermakna dalam gelap pun mukanya mengeluarkan cahaya. Ayat di atas berbentuk metafora, yang menunjukkan seri melalui penggunaan perkataan 'cahaya'. Penjelasannya tidak dapat dibuat dari segi bahasa yang mudah, sebaliknya kefahaman tentang ayat di atas itu difahami secara simbolik, bukannya secara literal.


Di harap anda jangan jadikan "Contoh ayat yang bukan diambil secara literal" untuk menokok tambah ayat-ayat Allah


Post #315 http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=426562&extra=page%3D1&page=13

Tokok tambah tu ada ketikanya perlu untuk perjelasan dari segi AQIDAH (bukan perlu untuk sengaja mengubah makna zahir ayat).


Astaghfirullahal'azieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeem!
......................................................................................................................




Saya tanya anda, adakah kisah Khidir tu dia ikut yang zahir semata-mata?


Apakah anda nak mengatakan khidir pakai ilmu batin?


Apa kaitan ayat di atas dengan masalah Tauhid dalam kefahaman ikut kaedah literal?


Ayat tu saya jawab untuk si zul tu la....yang dok tanya sangat dalil Allah cipta masa...so saya bagi la ayat tu sebagai dalil Allah yang menciptakan matahari & bulan serta menetapkan manzil-manzil nya supaya manusia mengetahui bilangan tahun & math, yakni masa menurut persepsi manusia.......dan saya pun tak nampak apa salahnya jika kita kaitkan ayat tu secara literal dalam bab tauhid........anda ada masaalah ke jika ayat tu di kaitkan dengan ittiba' AlQuran secara literal?

kesimpulannya: Allah lah yang menciptakan segala sesuatu...full stop

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 12-6-2012 04:53 PM |All posts
Saya belum jumpa lagi dalil yang melarang kita mengikut Quran secara literal...tapi dalil suruh mengikuti yang zahir memang ada dan bolehlah kita kaitkan ia dengan masaalah bab tauhid kerana bab tauhid adalah lebih penting dari masalah bilangan ashabul kahfi..

Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 14:11


Itu kaedah anda, terpulang.

Dalil siapa yang kata macam tu?

Ayat mutasyaabihat yang tak jelas maksudnya, tentu tak boleh ambil maksud secara zahir kerana memang tak jelas maksudnya!

Di harap anda jangan jadikan "Contoh ayat yang bukan diambil secara literal" untuk menokok tambah ayat-ayat Allah


Tu la anda tak faham! Bukan maksud saya suruh tokok ayat Allah, maksud saya TERJEMAHAN yang tak boleh diambil makna secara zahir. Ayat Allah tetap tak berubah.

Apakah anda nak mengatakan khidir pakai ilmu batin?

Tak timbul isu ilmu batin. Soalan saya mudah sahaja. Saya tanya anda, adakah kisah Khidir tu dia ikut yang zahir semata-mata?

Ayat tu saya jawab untuk si zul tu la....yang dok tanya sangat dalil Allah cipta masa...so saya bagi la ayat tu sebagai dalil Allah yang menciptakan matahari & bulan serta menetapkan manzil-manzil nya supaya manusia mengetahui bilangan tahun & math, yakni masa menurut persepsi manusia.......dan saya pun tak nampak apa salahnya jika kita kaitkan ayat tu secara literal dalam bab tauhid........anda ada masaalah ke jika ayat tu di kaitkan dengan ittiba' AlQuran secara literal?


Ohh gitu untuk jawapan orang lain, saya ingat anda jawab untuk soalan saya. Saya tak nampak kaitannya dengan masalah tauhid yang kita diperintahkan ikut secara literal dalam ayat di atas.

kesimpulannya: Allah lah yang menciptakan segala sesuatu...full stop


Setuju.
Journey of my heart...
منم٧٧

10

Threads

1

Fans

5045

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 12-6-2012 05:53 PM |All posts
10:5 ...
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 04:18



Tiada kaitan dgn masa...
Righteousness~

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 12-6-2012 05:56 PM |All posts

Itu kaedah anda, terpulang.


Ok


Ayat mutasyaabihat yang tak jelas maksudnya, tentu tak boleh ambil maksud secara zahir kerana memang tak jelas maksudnya!


Mana ada Quran kata tak boleh ambik Ayat Quran secara Literal dalam Ayat tu...Quran kata: Tiada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah...so, berimanlah...bukannya pi ubah & pi tokok tambah ayat-ayat Allah tu...


Tu la anda tak faham! Bukan maksud saya suruh tokok ayat Allah, maksud saya TERJEMAHAN yang tak boleh diambil makna secara zahir. Ayat Allah tetap tak berubah.


Sama lah tu...menokok tambah & mengada-adakan ayat-ayat Allah dalam bentuk terjemahan...astaghfirullaal'azieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeem


Tak timbul isu ilmu batin. Soalan saya mudah sahaja. Saya tanya anda, adakah kisah Khidir tu dia ikut yang zahir semata-mata?


Khidir hanya mengikuti perintah Allah semata-mata....


Saya tak nampak kaitannya dengan masalah tauhid yang kita diperintahkan ikut secara literal dalam ayat di atas.


Itu masaalah anda...bukan masaalah saya...

10

Threads

1

Fans

5045

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 12-6-2012 06:05 PM |All posts
Ayat tu saya jawab untuk si zul tu la....yang dok tanya sangat dalil Allah cipta masa...so saya bagi la ayat tu sebagai dalil Allah yang menciptakan matahari & bulan serta menetapkan manzil-manzil nya supaya manusia mengetahui bilangan tahun & math, yakni masa menurut persepsi manusia.......dan saya pun tak nampak apa salahnya jika kita kaitkan ayat tu secara literal dalam bab tauhid........anda ada masaalah ke jika ayat tu di kaitkan dengan ittiba' AlQuran secara literal?

kesimpulannya: Allah lah yang menciptakan segala sesuatu...full stop ...
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 14:11



Jika perkiraan (rujukan manusia) dikatakan 'masa',
bagaimana ketauhidan saudara berkenan Al-Awal, Al-Akhir?
Righteousness~

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 12-6-2012 07:43 PM |All posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 12-6-2012 20:20

bagaimana ketauhidan saudara berkenan Al-Awal, Al-Akhir?


Tiada kaitan dengan Masa.......

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 13-6-2012 02:45 AM |All posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-6-2012 02:48
Mana ada Quran kata tak boleh ambik Ayat Quran secara Literal dalam Ayat tu...Quran kata: Tiada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah...so, berimanlah...bukannya pi ubah & pi tokok tambah ayat-ayat Allah tu...
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 17:56


Tak ada ayat yang kata boleh ambil secara literal bagi ayat mutasyabihat. Kalau dah tak tahu takwil, lebih-lebih lagi lah tak tahu yang zahir.

Sama lah tu...menokok tambah & mengada-adakan ayat-ayat Allah dalam bentuk terjemahan...astaghfirullaal'azieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeem


Tu lah anda tak faham masalah terjemahan literal dan tak literal. Saya tunjukkan contoh di sini, anda kata:
kesimpulannya: Allah lah yang menciptakan segala sesuatu...full stop

Secara literalnya, ikut kesimpulan anda sendiri, Allah cipta segala sesuatu, ini sudah tentu termasuklah ciptaan cahaya langit & bumi, yang kita dapat lihat.

Tapi dalam Al-Quran disebut Allah itu cahaya Langit dan Bumi (secara literal). Adakah yang kita lihat cahaya langit dan bumi itu Allah?

Saya bukan pertikai ayat Al-Quran, saya cuba tunjukkan bahawa bukan semua terjemahan literal boleh dipakai.

Khidir hanya mengikuti perintah Allah semata-mata....

Setuju, kerana perintah Allah bukannya semua yang zahir semata-mata. Kita beriman kepada Allah pun secara ghaib, bukannya perlu nampak secara zahir.
Journey of my heart...
منم٧٧

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 13-6-2012 05:49 AM |All posts

Tak ada ayat yang kata boleh ambil secara literal bagi ayat mutasyabihat


Dan tak ada ayat yang kata tak boleh ambil secara literal....


Kalau dah tak tahu takwil, lebih-lebih lagi lah tak tahu yang zahir.


Tapi tak ada ayat yang kata tak boleh ambil yang zahir...tapi ayat suruh ikut yang zahir tu memang ada....


Tu lah anda tak faham masalah terjemahan literal dan tak literal.


Sama je...menokok tambah & mengada-adakan ayat-ayat Allah


Secara literalnya, ikut kesimpulan anda sendiri, Allah cipta segala sesuatu, ini sudah tentu termasuklah ciptaan cahaya langit & bumi, yang kita dapat lihat.

Tapi dalam Al-Quran disebut Allah itu cahaya Langit dan Bumi (secara literal). Adakah yang kita lihat cahaya langit dan bumi itu Allah?

Saya bukan pertikai ayat Al-Quran, saya cuba tunjukkan bahawa bukan semua terjemahan literal boleh dipakai.


Saya percaya Allah itu cahaya langit & bumi......


Setuju, kerana perintah Allah bukannya semua yang zahir semata-mata.


Ada ke perintah Allah yang batin?

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 13-6-2012 10:47 AM |All posts
Saya percaya Allah itu cahaya langit & bumi......
Isyroqiyyin Post at 13-6-2012 05:49


Jadi bila anda lihat cahaya langit dan bumi tu bermakna anda lihat Allah kah?

Bukankah Allah itu Ghaib, yang tak dapat dilihat?
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (Al-Baqarah, 2-3)

kesimpulannya: Allah lah yang menciptakan segala sesuatu...full stop


Yang ni saya setuju dengan kesimpulan anda. Maka soalan saya adakah Allah itu Ghaib atau dapat dilihat?
Journey of my heart...
منم٧٧

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 13-6-2012 01:34 PM |All posts

Jadi bila anda lihat cahaya langit dan bumi tu bermakna anda lihat Allah kah?


Saya tetap percaya Allah itu cahaya langit & bumi...kalau anda tanak percaya, itu masaalah anda...bukan masaalah saya hokkay...


Bukankah Allah itu Ghaib, yang tak dapat dilihat?
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (Al-Baqarah, 2-3)


Ayat tu kata beriman kepada yang ghaib...mana ada dia kata Allah tu ghaib...hang ni suka sangat menokok tambah & mengada-adakan kedustaan ke atas Allah....kalau tak percaya gak, hang tunjuk aku satu ayat yang kata 'Allah itu maha ghaib'...ada? memang takdak pun ayat yang bunyi lagu tu....ayat yang kata 'Allah mengetahui yang ghaib' tu ada la...


Maka soalan saya adakah Allah itu Ghaib atau dapat dilihat?


Allah bukan ghaib, tapi Dia mengetahui yang ghaib.

Melihat Allah? kata Allah: لَنْ تَرَانِي 7:143 / Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku....

1

Threads

2

Fans

6468

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
7-12-2007
Post on 14-6-2012 06:46 PM |All posts
Al Hadiid (57)
-Verse 3-
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ     

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin ; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Tercantum 5 asma Allah;  
1. Al-awwal - Maha Pertama, dahulu sekali dari semua yg maujud.  
2. Al-akhir - Maha Penghabisan, Kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yg maujud.  
3. Az-zhahir - Maha Nyata - menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti2 dan tanda2 ciptaanNya.  
4. Al-bathin - Maha Tersembunyi, tidak dapat dimaklumi DzatNya, sehingga tidak seorangpun dapat mengenal dzatNya itu.
5. Al-alim - Maha Mengetahui, mengetahui segala yang maujud dan tidak ada sesuatupun yang tertutup dari pengetahuanNya.

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 15-6-2012 11:55 AM |All posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-6-2012 11:59
Saya tetap percaya Allah itu cahaya langit & bumi...kalau anda tanak percaya, itu masaalah anda. ...
Isyroqiyyin Post at 13-6-2012 13:34


Memang bukan masalah saya, tapi saya nak tunjukkan kepercayaan anda secara literal tu dah bersalahan dengan ayat yang anda tepek:

kata Allah: لَنْ تَرَانِي 7:143 / Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku....


Kalau anda percaya secara literal yang Allah itu cahaya langit dan bumi, yang mana manusia boleh lihat, maka kenapa Allah kata:
Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku.

Itulah masalah cara literal yang anda guna dan yang anda sebarkan, bukan masalah saya pun!

Ayat tu kata beriman kepada yang ghaib...mana ada dia kata Allah tu ghaib...hang ni suka sangat menokok tambah & mengada-adakan kedustaan ke atas Allah....kalau tak percaya gak, hang tunjuk aku satu ayat yang kata 'Allah itu maha ghaib'...ada? memang takdak pun ayat yang bunyi lagu tu....ayat yang kata 'Allah mengetahui yang ghaib' tu ada la...

Awat la 'hang' ni pikiaq macam tu?

Takdak sapa pun antara kita yang dapat melihat Allah. Kita BERIMAN kepada yang GHAIB lah tu, beriman kepada Allah yang kita tak dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri.

Kalau 'hang' guna ayat literal Allah itu cahaya langit dan bumi, bermakna Allah boleh dilihat lah. Walhal Allah kata Dia tak boleh dilihat, maka ayat yang dok percaya 'Allah itu cahaya langit dan bumi' tak boleh diambil secara literal lah, kerana bersalahan dengan ayat 'Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku'.

'Hang' faham dak? Aku dah mula cakap Kedah dah ni kalau tak faham lagi, ikut suka hang lah.... memang bukan masalah aku pun!
Journey of my heart...
منم٧٧

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 15-6-2012 03:40 PM |All posts

Kalau anda percaya secara literal yang Allah itu cahaya langit dan bumi, yang mana manusia boleh lihat, maka kenapa Allah kata:
Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku.

Itulah masalah cara literal yang anda guna dan yang anda sebarkan, bukan masalah saya pun!


Hang pun tak pernah tengok aku tapi tak bermakna aku ni ghaib...


Takdak sapa pun antara kita yang dapat melihat Allah. Kita BERIMAN kepada yang GHAIB lah tu, beriman kepada Allah yang kita tak dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri.


Cuba hang jelaskan definisi ghaib menurut bahasa arab...


Kalau 'hang' guna ayat literal Allah itu cahaya langit dan bumi, bermakna Allah boleh dilihat lah.


Kat mana aku kata Allah itu cahaya langit dan bumi maknanya Allah boleh di lihat? hang nih suka sangat menokok tambah & mengada-adakan kedustaan...


Walhal Allah kata Dia tak boleh dilihat, maka ayat yang dok percaya 'Allah itu cahaya langit dan bumi' tak boleh diambil secara literal lah, kerana bersalahan dengan ayat 'Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku'.


Pandai-pandai je hang kata ayat tu bersalahan...hang ni suka sangat pakai rasional...sepatutnya Quran di jadikan dasar...bukan rasional...


'Hang' faham dak? Aku dah mula cakap Kedah dah ni kalau tak faham lagi, ikut suka hang lah.... memang bukan masalah aku pun


Masaalahnya hang ni suka sangat menokok tambah...lepas tu mendahulukan rasional..itulah masaalah hang...

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 15-6-2012 04:59 PM |All posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-6-2012 17:00
Hang pun tak pernah tengok aku tapi tak bermakna aku ni ghaib...

Isyroqiyyin Post at 15-6-2012 15:40


Tapi ada orang pernah nampak hang, maka hang bukannya ghaib.

Ada kah manusia nampak Allah? Ingat:
لَنْ تَرَانِي 7:143 / Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku....

Kat mana aku kata Allah itu cahaya langit dan bumi maknanya Allah boleh di lihat? hang nih suka sangat menokok tambah & mengada-adakan kedustaan...


Pusing selagi boleh pusing.... cahaya langit dan cahaya bumi tu memang manusia boleh lihat. Pandang atas, kalau tak dak cahaya, kelam tak nampak apa. Tengok bumi, akan nampak selagi ada cahaya. takdak cahaya, kelam tak nampak apa. Ni secara zahir dan literal lah ni...

Jadi hang nak takwil kot mana pulak? Kata ikut yang literal...

Pandai-pandai je hang kata ayat tu bersalahan...hang ni suka sangat pakai rasional...sepatutnya Quran di jadikan dasar...bukan rasional...

Ni trademark sama macam sirrikhafi, bila dah takdak hujjah mula lah tabur fitnah.

Aku kata bersalahan bila hang ambil secara literal. Cuba hang jelaskan dua ayat tu SECARA LITERAL

Allah itu cahaya langit dan bumi....
Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku....

.... masih ingat lagi yang hang pernah kata:
Bagi saya, Kebenaran mengatasi segala Kitab-kitab agama termasuk Kitab suci Quran.
Isyroqiyyin Post at 6-12-2011 13:33


Jadi, pegangan hang ni yang betulnya apa? Percaya Al-Quran atau percaya literal ikut kefahaman hang?
Journey of my heart...
منم٧٧

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 15-6-2012 05:16 PM |All posts

Tapi ada orang pernah nampak hang, maka hang bukannya ghaib.

Ada kah manusia nampak Allah?


Ada tak orang pernah nampak angin? graviti? idea? dll?


Pusing selagi boleh pusing.... cahaya langit dan cahaya bumi tu memang manusia boleh lihat. Pandang atas, kalau tak dak cahaya, kelam tak nampak apa. Tengok bumi, akan nampak selagi ada cahaya. takdak cahaya, kelam tak nampak apa. Ni secara zahir dan literal lah ni...

Jadi hang nak takwil kot mana pulak? Kata ikut yang literal...


Cahaya langit & bumi mana yang hang maksudkan ni?

Setahu aku, Cahaya langit & bumi itu ialah Allah...bukan matahari, bintang, bulan....

Kalau cahaya matahari, bintang, bulan....aku pun nampak...

So, Cahaya langit & bumi mana yang hang maksudkan ni? habaq mai kat aku....


Allah itu cahaya langit dan bumi....
Kamu sekali-kali tidak akan melihat Ku....


Cahaya Allah bukannya macam cahaya matahari, bulan, bintang yang hang nampak kat langit tu...


Jadi, pegangan hang ni yang betulnya apa? Percaya Al-Quran atau percaya literal ikut kefahaman hang?


La...kan Cahaya di atas Cahaya....hang tak percaya ka Allah itu Cahaya langit & bumi? Astaghfirullah...

0

Threads

1

Fans

23

Points

Beginner

Rank: 1

Joined
21-10-2011
Post on 15-6-2012 10:52 PM |All posts
Ada tak orang pernah nampak angin? graviti? idea? dll?


Angin sungguh demo nih.

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 17-6-2012 10:30 AM |All posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-6-2012 11:04
Ada tak orang pernah nampak angin? graviti? idea? dll?
Isyroqiyyin Post at 15-6-2012 17:16


Secara zahirnya angin, graviti dan idea tak boleh dilihat dengan mata kasar. Realiti wujudnya entiti tersebut boleh dilihat dari kesan:

angin: boleh nampak puting beliung, rasa kesan sejuk, panas, kesan pukulan angin
gravit: kesan tarikan ke bawah, jatuh
idea: dari idea timbul penciptaan seperti kereta, komputer, lain-lain

Sekalipun tidak dapat dilihat, kesan entiti tersebut menyebabkan manusia yakin adanya entiti tersebut.

Allah, sekalipun tidak dapt dilihat (GHAIB), tanda-tanda adanya Allah itu ada menerusi ciptaannya di sekeliling kita termasuk diri kita sendiri.

Maka, yang Ghaib itu bukan bermakna kena lihat baru nak percaya! Banyak benda yang tak dapat dilihat kita boleh percaya.

Adakah anda nak kata yang Allah itu boleh dilihat? Atau Allah itu tidak Ghaib? Sila jelaskan maksud Ghaib menerusi kefahaman anda. Saya memahami Ghaib itu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Cahaya langit & bumi mana yang hang maksudkan ni?

Setahu aku, Cahaya langit & bumi itu ialah Allah...bukan matahari, bintang, bulan....

Kalau cahaya matahari, bintang, bulan....aku pun nampak...

So, Cahaya langit & bumi mana yang hang maksudkan ni? habaq mai kat aku....


Kalau anda faham secara literal, maka tentunya cahaya langit dan bumi tu cahaya yang ada di langit dan di bumi lah. Takkan pula cahaya lain dari tu pulak?

Tu kefahaman cara literal (zahir). Nampaknya sekarang anda tanya pula cahaya mana? Mana saya tau anda faham cahaya mana, jelaskanlah kalau yang anda percaya itu bukannya terjemahan zahir dan literal. Saya ingat anda faham ikut cara literal, nampaknya anda dah MULA BERTAKWIL cahaya pulak dah...

Kan dah pening? Nak jelas secara literal pun tak mampu.... Sebab tu lah kami ahli sunnah tak ambil maksud secara literal bagi kes ayat tu, sebab tak sampai otak kita nak fikir secara zahir. Jadi kalau anda tanya cahaya mana, tentunya saya akan kata maksud ayat itu dalam ilmu Allah. Saya tak berani nak ambil secara literal, mahupun buat takwilan ikut sangkaan.

Hang nak aku habaq cahaya mana? Hang tu yang dok kata ikut cara zahir dan literal, patutnya yang lah yang jelaskan SECARA LITERAL & ZAHIR. Aku cuba nak faham cara literal macam yang hang faham, kot-kot lah boleh diterima akal, tapi buat masa ni hang dok berpusing-pusing dengan kaedah literal hang tu...

Cahaya Allah bukannya macam cahaya matahari, bulan, bintang yang hang nampak kat langit tu...


Dah bertakwil pulak.... jadi secara zahirnya (literal) cahaya apa pulak? --- sila jelaskan ikut kepercayaan literal anda, bukannya ikut aqidah ahlussunah yang anda dok jaja kata mensyirikkan Allah.

La...kan Cahaya di atas Cahaya....hang tak percaya ka Allah itu Cahaya langit & bumi? Astaghfirullah...


Laaa awat la tak faham-faham. Kami tak terjemah ayat tu secara literal, bukannya kami tak beriman kepada ayat-ayat Allah. Hang yang dok terjemah secara literal dok pening dan buat takwil pulak dah...

Inilah akibatnya bila dok ikut fahaman zahiri bagi semua ayat Al-Quran......
Journey of my heart...
منم٧٧

10

Threads

1

Fans

5045

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 17-6-2012 03:06 PM |All posts
Cahaya langit & bumi itu ialah Allah ...
Isyroqiyyin Post at 15-6-2012 17:16



Yg ni ketauhidan literal ke?
Ada ke dlm Al-Quran, malaikat drpd cahaya, secara literalnya?
Righteousness~

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 17-6-2012 05:11 PM |All posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 17-6-2012 17:15

Adakah anda nak kata yang Allah itu boleh dilihat? Atau Allah itu tidak Ghaib? Sila jelaskan maksud Ghaib menerusi kefahaman anda. Saya memahami Ghaib itu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.


Ghaib bukan bermaksud tidak boleh di lihat dengan mata kepala...

maksud ghaib ialah tiada kehadiran @ tidak hadir...sebab lawan ghaib ialah hadir...

Kesimpulannya Allah itu Hadhir bukan ghaib..

maksud beriman yang ghaib ialah beriman dengan perkara yang belum hadir seperti qiyamat, syurga, neraka, dlll...

Kalau anda faham secara literal, maka tentunya cahaya langit dan bumi tu cahaya yang ada di langit dan di bumi lah. Takkan pula cahaya lain dari tu pulak?


Sapa dia cahaya langit & bumi hang tu? tak payah nak kona-kona pulak hokkay...


Tu kefahaman cara literal (zahir). Nampaknya sekarang anda tanya pula cahaya mana? Mana saya tau anda faham cahaya mana, jelaskanlah kalau yang anda percaya itu bukannya terjemahan zahir dan literal. Saya ingat anda faham ikut cara literal, nampaknya anda dah MULA BERTAKWIL cahaya pulak dah...


Mana ada saya takwil...saya kata Allah itu cahaya langit & bumi... tak payah kona-kona...la ni habaq mai, siapa cahaya langit & bumi hang?


Kan dah pening? Nak jelas secara literal pun tak mampu.... Sebab tu lah kami ahli sunnah tak ambil maksud secara literal bagi kes ayat tu, sebab tak sampai otak kita nak fikir secara zahir. Jadi kalau anda tanya cahaya mana, tentunya saya akan kata maksud ayat itu dalam ilmu Allah. Saya tak berani nak ambil secara literal, mahupun buat takwilan ikut sangkaan.

Hang nak aku habaq cahaya mana? Hang tu yang dok kata ikut cara zahir dan literal, patutnya yang lah yang jelaskan SECARA LITERAL & ZAHIR. Aku cuba nak faham cara literal macam yang hang faham, kot-kot lah boleh diterima akal, tapi buat masa ni hang dok berpusing-pusing dengan kaedah literal hang tu...


Dah...dah...tak payah lah kona-kona pi isu takwil pulak...la ni hang habaq kat aku, siapa cahaya langit & bumi hang....

bagi aku, Allah itu cahaya langit & bumi


Dah bertakwil pulak.... jadi secara zahirnya (literal) cahaya apa pulak? --- sila jelaskan ikut kepercayaan literal anda, bukannya ikut aqidah ahlussunah yang anda dok jaja kata mensyirikkan Allah.


Mana ada aku takwil...hang tu yang pandai-pandai mengada-adakan isu takwil...la ni habaq betui-betui...siapa cahaya langit bumi & hang?

Bagi aku, Allah itu cahaya langit & bumi...


Laaa awat la tak faham-faham. Kami tak terjemah ayat tu secara literal, bukannya kami tak beriman kepada ayat-ayat Allah. Hang yang dok terjemah secara literal dok pening dan buat takwil pulak dah...

Inilah akibatnya bila dok ikut fahaman zahiri bagi semua ayat Al-Quran......


Awat hang ni dok kalut sangat pasal takwil? dah kantoi ke? la ni hang tak payah nak kona kona hokkay...habaq betui-betui...sapadia cahaya langit & bumi hang tu?

Bagi aku, Allah itu cahaya langit & bumi...

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 17-6-2012 05:16 PM |All posts

Ada ke dlm Al-Quran, malaikat drpd cahaya, secara literalnya?


Takde pun...........

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 18-6-2012 09:31 AM |All posts
Post Last Edit by mnm77 at 18-6-2012 10:45
Awat hang ni dok kalut sangat pasal takwil? dah kantoi ke? la ni hang tak payah nak kona kona hokkay...habaq betui-betui...sapadia cahaya langit & bumi hang tu?

Bagi aku, Allah itu cahaya langit & bumi...
Isyroqiyyin Post at 17-6-2012 17:11


Dah jawab pun:
Jadi kalau anda tanya cahaya mana, tentunya saya akan kata maksud ayat itu dalam ilmu Allah. Saya tak berani nak ambil secara literal, mahupun buat takwilan ikut sangkaan.

Pasal cahaya, saya tak berani ambil secara literal semata-mata berdasarkan satu ayat sahaja, sedangkan ayat-ayat Al-Quran itu saling menafsir antara satu sama lain, menurut konteks tertentu:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan CAHAYA, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka (Al-An'aam, 1)
(konteks penciptaan)

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus, 5)
(konteks penciptaan)

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(Al-Ahzab, 43)
(konteks petunjuk)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran). (An-Nisa, 174)
(konteks petunjuk)


Maka.... yang anda dok ambil secara zahir:
- Allah itu cahaya langit & bumi
- Allah tak dapat dilihat
   
Jelaskanlah secara zahir.... TAPI dah bertakwil pula yang Allah tu cahaya langit & bumi yang tak dapat dilihat.......

Kalau anda ikut secara zahir, maka cahaya lagit & bumi tentu boleh dilihat. Jadi anda pun dah tak ikut cara zahir kerana dah KANTOI kat situ!

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ
Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya  mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (Al-Baqarah, 17)

Tanpa cahaya manusia tak boleh lihat. Dengan cahaya baru manusia boleh lihat!

***
Setahu saya sirrikhafi orang utara, makin banyak persamaan isyroqiyyin ni dengan sirrikhafi yang menghilang tu.... isyroqiyyin tiba-tiba pandai guna slang utara pulak....

Adakah anda orang yang sama yang guna nick sirrikhafi?
Journey of my heart...
منم٧٧

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 18-6-2012 09:38 AM |All posts
Ghaib bukan bermaksud tidak boleh di lihat dengan mata kepala...

maksud ghaib ialah tiada kehadiran @ tidak hadir...sebab lawan ghaib ialah hadir...

Kesimpulannya Allah itu Hadhir bukan ghaib..

maksud beriman yang ghaib ialah beriman dengan perkara yang belum hadir seperti qiyamat, syurga, neraka, dlll...
Isyroqiyyin Post at 17-6-2012 17:11


Hehehe... isu literal lagi... memang engkau ni pendukung zohiri ye...

Hadir depan mata = nampak
Tak hadir depan mata = tak nampak, TAK SEMESTINYA TIADA

Mana kau tau syurga dan neraka tu belum hadir ikut definisi kau tu?
Journey of my heart...
منم٧٧

10

Threads

1

Fans

5045

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 18-6-2012 01:42 PM |All posts
Adakah anda orang yang sama yang guna nick sirrikhafi? ...
mnm77 Post at 18-6-2012 09:31


Mungkin x kot.
Righteousness~

2

Threads

1

Fans

274

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
5-12-2011
Post on 18-6-2012 04:41 PM |All posts

Jelaskanlah secara zahir.... TAPI dah bertakwil pula yang Allah tu cahaya langit & bumi yang tak dapat dilihat.......


Mana ada aku takwil..aku kata Allah itu cahaya langit & bumi...


Kalau anda ikut secara zahir, maka cahaya lagit & bumi tentu boleh dilihat. Jadi anda pun dah tak ikut cara zahir kerana dah KANTOI kat situ!


Itu hang punya takwilan yang mengatakan cahaya langit & bumi boleh di lihat seperti cahaya matahari, bintang, dll...

Saya pula tetap percaya yang Allah itu cahaya langit & bumi...


Tanpa cahaya manusia tak boleh lihat. Dengan cahaya baru manusia boleh lihat!


Ayat tu kata cahaya api, bukan cahaya Allah...di harap jangan menokok tambah & mengada-adakan kedustaan ke atas Allah hokkay...


Setahu saya sirrikhafi orang utara, makin banyak persamaan isyroqiyyin ni dengan sirrikhafi yang menghilang tu.... isyroqiyyin tiba-tiba pandai guna slang utara pulak....

Adakah anda orang yang sama yang guna nick sirrikhafi?


Jadi maknanya siapa yang pandai slang utara maknanya sirrikhafi lah? wakakakakakak


Mana kau tau syurga dan neraka tu belum hadir ikut definisi kau tu?


Sebab syurga & neraka itu ghaib...

3

Threads

4

Fans

9155

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
18-3-2007

Moderator

Post on 19-6-2012 11:17 PM |All posts
Itu hang punya takwilan yang mengatakan cahaya langit & bumi boleh di lihat seperti cahaya matahari, bintang, dll...

Saya pula tetap percaya yang Allah itu cahaya langit & bumi...
Isyroqiyyin Post at 18-6-2012 16:41


Kata ikut secara zahir, jadi cahaya langit dan bumi tu cahaya apa SECARA ZAHIRNYA? Sampai sekarang masih tak terjawab. Tu la dok menyamakan Allah secara zahirnya dengan cahaya langit dan bumi.

Ayat tu kata cahaya api, bukan cahaya Allah...di harap jangan menokok tambah & mengada-adakan kedustaan ke atas Allah hokkay...


Secara zahirnya cahaya tu yang dapat dilihat. Itulah kaedah terjemahan literal yang hang dah tak dapat guna pakai sebab hang pun DAH KANTOI.

Tanpa cahaya, manusia tak dapat lihat. Bukannya mesti ada api baru dapat lihat. Adanya cahaya bulan pun boleh membantu kita lihat. Cahaya bulan tu bukannya api pun. Itu pun tak dapat jelaskan secara zahir?

Kata ikut cara zahir....!!!

Jadi maknanya siapa yang pandai slang utara maknanya sirrikhafi lah? wakakakakakak

Bengap sungguh mamat nih! (maafkan saya). Kan saya tanya, tak faham kah?
....makin banyak persamaan isyroqiyyin ni dengan sirrikhafi yang menghilang tu.... isyroqiyyin tiba-tiba pandai guna slang utara pulak....'
Adakah anda orang yang sama yang guna nick sirrikhafi?

Banyak sangat persamaan hang dengan sirrikhafi tuh....
   
Sebab syurga & neraka itu ghaib...

Adakah ghaib tu maksudnya belum wujud dengan kefahaman literal tidak hadir?
Journey of my heart...
منم٧٧
123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-5-2013 11:35 AM , Processed in 0.190487 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top