CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21680|Reply: 110

'Oh My English!' Cecah 50,000 Pengikut Di Facebook

[Copy link]
Post time 25-5-2012 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by maxim at 29-5-2012 12:28

'Oh My English!' Cecah 50,000 Pengikut Di Facebook


KUALA LUMPUR: Rancangan terbaru terbitan Astro TViQ iaitu Oh My English! kini diikuti lebih 50,000 pengikut di laman sosial Facebook walaupun program berkonsepkan pendidikan dan hiburan itu baru ditayangkan.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, sambutan hangat itu menjadi bukti bahawa program berbentuk pendidikan mendapat tempat di hati penonton di negara ini.

"Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memperbaiki pertuturan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia yang kadang-kala terlepas pandang tentang perkara-perkara remeh dalam penggunaan seharian.

"Dengan sambutan yang cukup memberansangkan itu ia bukti penonton dapat menerima program berbentuk pendidikan tapi dalam format yang menyeronokkan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program itu di sini pada Khamis.

Oh My English! ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam bermula 8 Jun nanti.

Tambah Yasmin, selain Facebook, Oh My English! turut ditonton 900,000 orang di laman Youtube dan masih terus meningkat dan menjadi topik hangat yang kerap diperkatakan di laman Twitter.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan.

Tambahnya, episod-episod tersebut juga mengandungi tiga kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.




"Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap, yang boleh didapati di laman rasmi Oh My English!

"Program itu juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam bentuk cetakan," ujarnya.

Sementara itu, Yasmin berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merealisasikan program tersebut yang menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.

Yasmin berkata, kerjasama ini juga sebagai penanda aras bahawa Astro sentiasa menyokong usaha KPM yang ingin memberi informasi berguna kepada masyarakat.

Rancangan 20 episod itu menampilkan barisan pelakon yang berpengalaman dan baru antaranya pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua.



Tidak ketinggalan pelakon-pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik. Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain.

Di samping itu, Oh My English! turut menonjolkan bintang–bintang muda berbakat seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy.

Antara pelakon-pelakon lain termasuklah Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri.

Tidak ketinggalan juga artis-artis tersohor tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod tertentu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Oh My English! peminat boleh melayariwww.ohmyenglish.com.my untuk mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Video-video terkini program itu juga boleh dilayari di www.youtube.com/ohmyenglishtvSebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris



thx to jajamis



episod 1




episod 2




episod 3


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2012 05:36 PM | Show all posts
aku suka part HSBC dgn anak murid tu yg minta CHOP

sir please chop my letter

akhirnya kena chop ala kung fu

Oh my english
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:39 PM | Show all posts
aku tgk the making kat youtube...lawak giler kot....casts semua gila2...best....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:42 PM | Show all posts
aku tengok... best

dalam masa yang sama boleh improve english... sebab dia ada tunjukkan word masa yang selalu kita guna dalam percakapan tapi salah vocabulary
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:42 PM | Show all posts
aku suka part HSBC dgn anak murid tu yg minta CHOP

sir please chop my letter

akhirnya ken ...
mixed Post at 25-5-2012 17:36



   yang betulnya stamp bukan chop
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:44 PM | Show all posts











Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2012 05:44 PM | Show all posts
izara aishah sangat chumelll
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:47 PM | Show all posts
yang betulnya stamp bukan chop
hanakikan Post at 25-5-2012 17:42



    khenn stamp jd chop

cikgu dia pn salah gak pls open the fan ......bdk tuh pg buka penutup kipas tu hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2012 05:48 PM | Show all posts
zain saidin jd cikgu skola mau

mengeleyar bdk2 skola cikgu hensom
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:50 PM | Show all posts
lagi satu iklan promo

"can u repeat again"

lepas tu SYS jawab "again again again again again......"

ini aku selalu buat....mcm dh biasa guna "repeat again"...rupanya salah... sbb tu aku rasa best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:52 PM | Show all posts
Reply 6# parasitology

yg full pnye kat utube xde eh..carik x jmpa plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:57 PM | Show all posts
Reply 12# maxim


   aku pon tak jumpak....astro sep tak upload series kat youtube...setakat promo dgn BTS jer dorg upload...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 05:59 PM | Show all posts
tp sebelum ni aku jumpa yg full 40+ minit....dh kene delete kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 06:00 PM | Show all posts
lagi satu iklan promo

"can u repeat again"

lepas tu SYS jawab "again again again again again ...
parasitology Post at 25-5-2012 17:50



   yang betulnya apa? aku pun dah selalu guna can u repeat again..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 06:04 PM | Show all posts
yang betulnya apa? aku pun dah selalu guna can u repeat again..
hanakikan Post at 25-5-2012 18:00



   haah kan...mcm common jah 'repeat again' tu....bahasa pasar la tu...yg sebetulnya kene cakap 'can you repeat that'...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2012 06:08 PM | Show all posts
layan jugak citer neh...
sempoii...
Teka Teki JIbam ' Why is Six afraid of Seven'?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 06:10 PM | Show all posts
cos seven ate nine
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 06:14 PM | Show all posts
rancangan ni lebih kurang cam "mind your language" time kecik-kecik aku tengok..funny
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 06:21 PM | Show all posts
OME episode 1 & 2



OME making
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.729377 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list