CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46419|Reply: 256

pengalaman seram.......

[Copy link]
Post time 27-5-2012 10:38 AM | Show all posts |Read mode
asslamualaikum n salam sejahtera buat semua...
sebelum ini aku selalu menjadi SR je dlm bod mps ni... dan kadang2 ada gak menempek cerita dlm benang orang...
kali ni aku nak berkongsi pengalaman seram aku sendiri ngan korang...

cerita pertama aku... 2006, selepas berkahwin dengan suami aku, aku tinggal dengan mak mertua ku sbb husband aku ni anak lelaki bongsu dan dia ada adik perempuan seorang lagi yang belum berkahwin waktu... kira tanggungjawab dia la menjaga makan pakai mak dia... runah mak mertua aku ni berdekatan dengan sungai... dan belakang rumah mak mertua aku ada paya kecil... ada gakla ikan dalam paya tu... tp kami tak pernah memancing pun...  bilik tidur kami berdekatan dengan paya tu.. kira kalau buka tingkap bilik leh nampak la paya tu... rumah lak rumah kampung... jd korang leh tak bayangkan betapa damainya... tp rupa-rupanya tak jugak... sbb aku orang baru.. so aku kena uji la jugak... minggu pertama perkahwinan, aku cuti lagi waktu ni.. pukul tujuh pagi, husband aku pegi keja, aku sambung tidur balik sbb husband aku cakap takpe mak dia tak kisah sangat... lgpun aku masih kekok lagi... tidur balik smbil peluk kain pelikat husband aku (hahaha.. malunya)... elok aku pejam mata rasa mcm ada benda dok lompat2 kat tilam aku... (tidur pakai tilam je... sbb tak suka katil tu dok bunyi ngokngekngokngek dah la umah papan)... aku buka mata... tengok2 ada 2 3 orang budak dok lompat2 keriangan atas tilam aku... dan seorang budak tu dia dekatkan muka dia kat aku (tp aku tak nampak apa2, mcm budak biasa)... besar budak 2 tahun, telanjang.. aku pun apa lagi, amik selimut, selubung muka aku smbil dok peluk kain pelikat husband aku... yang mulut aku dok terkumat-kumit baca ayat kursi... lama jugak la budak2 tu lompat... kadang2 terlanggar kaki aku... yang aku sedar diorang dah takde bila mak mertua aku ketuk pintu... aku buka mata tengok dah takde apa2... bangun cepat-cepat, bukak pintu.. mak mertua aku tanya kenapa... aku tanya balik kenapa... dia dengar aku mcm dok mengerang... mgkin waktu aku baca ayat kursi tu kot...
aku cerita la semua kat mertua ku... dia kata hantu air kot.... aku pun haaaaaahhhh.... kat kawasan ni mmg ada hantu air... almaklumla sungai... belakang tu paya lak... kak ipar aku sendiri pernah nampak hantu air  berenang, kepala dan rambutnya tenggelam timbul dalam air.. waktu tu dia tengah basuh kain kt sungai (waktu zaman muda remaja dia la) aiii seram... tegak bulu roma aku...
macam2 lagi la yang jadi kat aku sepanjang aku dok umah tu.... ada gak pengalaman ayah aku dan mak mertua ku sendiri.. rasanya leh kongsi ngan korang kot lagi nanti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 10:57 AM | Show all posts
Ok.....smbung lg Tt........menarik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:05 AM | Show all posts
menarik2 teruskan lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 11:38 AM | Show all posts
Ni cerita mak mertua aku, waktu ni  lewat tahun 1970 an la…. Waktu ni dok basuh kain kat sungai lagi… kat sungai depan umah mak mertua ku ada pelantar untuk orang basuh kain… seberang sungai  umah mak mertua aku waktu tu hutan lagi… kerajaan belum buat taman perumahan lagi… ada satu petang lepas asar,  dia turun basuh kain kat sungai bawak kakak ipar aku yang no 1, kak ira nama dia… dalam 5 tahun macam tu…  sambil dia dok basuh kain, dia dok  tengok2 gakla kak ira aku ni...  okla takde ape2…  dekat nak habis dah basuh kain, tinggal nak bilas je kot…  mula2 tu, dia tengok  kak ira elok je dok main air… kak ira aku ni dok meniarap atas pelantar dan tangan dia dok main2 la ngan air tu.. dok tepuk2 air tu… elok mak mertua aku tengok balik kat kain dia…  kecebur.. dia dengar orang jatuh dalam air, dia tengok2 kak ira dah hilang… apa lagi kalut la dia.. mak mertua aku ni tak reti berenang.. dia pi kat tempat kak ira jatuh tu… kan bila mula jatuh dalam air, selalunya kita akan tenggelam timbul kan… kak ira aku ni tak, dia tenggelam terus macam ada orang tarik kaki dia… yang mak mertua aku ni, dia dok gagau je tangan dia dalam air, gagau sampai hampir sebelah badan dia masuk dalam air…. Sambil dok gagau tu dia azan, dia baca la ayat2 yang dia tau… dalam dia dok gagau tu.. dia terasa mcm rambut… apa lagi dia genggam rambut tu dia tarik sekuat2 hati… Alhamdulillah… dapat kak ira, tapi kak ira diam je.. muka biru… mak mertua aku nangis dah waktu tu… sambil dok gagau tu pun dia dah nangis dah…  kebetulan pak mertua aku balik… dia bagi CPR kat kak ira… tekan dada kak ira… senyap je… last dia dukung peluk kak ira… tau tau kak ira terbatuk… keluar air dari mulut…  kak ira bernyawa mcm orang penat… pak mertua aku dukung kak ira balik umah… mak mertua aku ikut belakang… kain basuhan tu dia tinggal je kat situ… sampai umah dia balut kat ira ngan kain selimut  tebal2… amik secawan air, baca doa, hembus… sapu muka kak ira… muka kak ira merah balik…
Mak mertua aku salin baju, teman kak ira… anak perempuan pertama tu.. yang 3 lagi abang… memang sayang lebih la… lama2… mak mertua aku tanya kak ira mcmana dia boleh jatuh dlm air… kak ira ceritala… dalam dia dok tepuk2 air tu dia nmpak ikan cantik sangat… dia nak tangkap….  Tau tau dia jatuh sungai, pastu kaki dia mcm ada orang tarik…. Malam tu pak mertua aku mimpi, ada suara cakap,” tu aku baru uji sikit, kalau aku nak amik terus pun boleh”. (Cis berlagak…)
Lepas tu mak mertua aku tak berani basuh kain kat sungai, kalau dia basuh pun, dia tak bawak anak sekali dah… baju basuhan dia yang dia tertinggal tu pun pak mertua aku yang amik esok pagi…
Kak ira aku ni jugakla yang nmpak hantu air dok berenang2 tu…. Kira hantu air ni memang minat kat dia kot….
Hehehe… seram… kalau jadi kat aku…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 12:54 PM | Show all posts
menarik cerita ni. teruskan bercerita jefrilza
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 01:58 PM | Show all posts

pengalaman seram.......

seearam siot


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2012 03:14 PM | Show all posts
Cerita ketiga aku ni… antara mimpi dengan realiti sbb bila aku terjaga aku berada di suasana dan posisi yang sama…. Tp aku rasa aku mimpi…
Sambungan cerita aku baru kahwin tu… dua bulan  selepas kahwin… period aku lewat 2 minggu, aku suspect aku mengandung… tp bila gi klinik doctor kata takde… smpai sekarang aku meluat dengan doctor tu sbb aku memang nak sangat2 baby huhuhu…  
Satu malam tu aku berbaring, nk tidur la ni.. aku tidur kat sebelah tingkap yang mengadap paya tu dan husband aku kt sebelah la.. aku baring mengiring sambil memandang tingkap tu... tengah mata aku dok berat… aku nmpak mcm asap hitam masuk dari bawah tingkap yang tertutup tu… lama-lama dia menjelma jadi seorang perempuan yang berambut lurus paras bahu… baju tak perasan… tapi satu yang aku perasan, dia asyik nak pijak perut aku…. Yang aku ni masih berbaring , tangan aku ni asyik dok menepis kaki  benda tu sambil menjerit… husband aku yang perasan turut sama menepis…  lama2 tak tahan aku azan… benda tu hilang… aku terjaga dan husband aku yang tidur sebelah tanya aku tak apa2 ke… aku bgtaula dia… dia bgtau dia pun mimpi macam aku gak…dia pun sama dok menepis kaki benda tu jugak…
yang aku hairan kenapa benda tu nak sangat pijak perut aku…. tak lama lepas tu aku pun mengandung… aku speku benda tu takmau aku mengandung kot… kalau dia berjaya pijak perut aku mungkin aku keguguran.... waktu aku pi cek tu dah ada dah waktu tu cuma scanner doktor tu cikai sangat huhuhu... minggu awal kehamilan aku takleh berdiri lama2 langsung, mesti turun darah... jadi aku terpaksa berhenti kerja...tp baby aku tu pun dah 5 tahun dah sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 03:37 PM | Show all posts
Bila aku baca benang sebelah yang ada cerita pasal poltergeist ni… aku teringat cerita anak aku yang sulung… waktu tu dia nak masuk dua tahun dan aku sedang mengandung anak aku yang kedua…
Waktu ni kami masih tinggal di rumah mak mertua aku lagi… dalam bilik tidur kami ada tv yang diberikan oleh ayah aku kepada cucu kesayangan dia ni… selalunya tiap2 malam dia akan menonton dvd la… cerita kartun… dan selalunya aku akan tertidur dahulu… bila aku terjaga dia dah tertidur di sebelah aku… begitula rutin kami seharian.. suami aku kerja malam…
Suatu hari kami berasa pelik sbb dia takut betul nk tonton  tv… bukak dvd takut… tapi kalau tv kat ruang tamu takpe pulak…. Aku speku ada orang buat bg anak aku takut… tonton tv takpe… tonton dvd takut… and ada certain cerita tv yang dia takut… kalau dia takut dia akan menjerit2 suruh kita tutup suiz tv… lama jugak dia jadi macam tu… kami bawa dia pi berubat… pakcik tu kata… kakak dia tinggal dia awal sangat… waktu dia dalam pantang lagi… tapi anak aku ni memang takut2 sikit… suatu hari aku tak tahan… dalam dia dok menjerit2 tu… aku dukung dia turun kat atas tanah… aku marah, aku jerit kat dia… dia dah nangis.. aku tanya dia kenapa jadi macam ni… waktu tu aku dah lahirkan baby no 2 dah… waktu pantang tv kat umah ayah aku takde apa lak… dia tak takut lak…. Pastu aku dukung dia , aku peluk dia kuat2, aku kata kat dia mama ada kan jemil, kenapa jemil takut… pastu aku basuh kaki dia… mak mertua aku, kakak ipar ku yang no. 3, biras no.1 dan anak2 dia semua tengok aku… aku angkat dukung anak aku naik bilik… sambil dukung tu aku cakap kuat2… sapa2 yang buat kat anak aku ni… tolong berhenti la… kalau aku tahu sapa yang buat anak aku jadi macam ni… teruk dia aku buat balik…
Lepas hari tu anak aku pun ok… mungkin adala yang terdengar ugutan aku tu… dan dia stop buat semua benda jahat tu…  
Kesian oo anak aku tu… bila jadi macam ni… dia yang kena marah sedangkan orang yang buat kat dia dok gelak-gelak bila aku marah anak aku… hantu betul… tp aku tau sapa yang buat anak aku tu… smpai sekarang aku tak baik dengan dia… dia memang terkenal dgn bomoh2 ni semua… hermmm… biarla dia tanggung semua dosa bersekongkol dengan setan tu… durjana betul…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2012 03:42 PM | Show all posts
terima kasih y2joe, gesas, key89 dan intan_smsb... teruskan membaca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 04:59 PM | Show all posts
Ini pula pengalaman husband aku…. Husband aku ni kerja malam… baik selalunya lepas pukul satu…
Satu malam, husband aku tengah drive nak balik… rumah mak mertua aku kan tepi sungai… so selalunya sungai akan ada Watergate… atau orang belah kedah panggil tandop… tandop ni di bawah seliaan MADA… selalunya nk balik umah mak mertua aku, jalan yang husband aku gunakan tu  turun bukit cerun 60° dalam 100 meter dan jalannya  membengkok hampir 45… baru jumpa tandop… pastu lipat kiri naik balik jalan tar kampung biasa…  tapi malam tu… di tengah2 tandop tu… tiba2 ada makhluk Allah ni duduk menyangkung di tengah2 jalan… bila husband aku semakin meghampiri tiba2 dia pun berdiri… apa lagi husband aku pun terkejut lalu mengelak…  tayar kereta kami naik atas divider tepi  yang setebal 6”…  tepi bumper kereta kemik sikit… nasib baik pagar dawai je… kalau pagar batu… rasanya lekang bumper tu kot… dia turun tengok kereta dan cari benda tu… tengok2 dah takde…
Husband aku pun seramla… dia jalan kaki balik umah dalam 5 minit mcm tu… bgtau kat aku dia eksiden… dia ngan mak dia pegi tengok keadaan kereta…  aku ngan adik ipar aku dok seram2 kat umah…
Dalam perjalanan dia balik umah tu… adalah kaki2 pancing 2 3 orang tegur dia (kawan2 dia jugak)…. Kawan2 dia bagitau…”kami dok kelui hang dari tadi… hang tak nampak kami… kami dah nampak benda tu dok tunggu hang turun ja…” huhuhu seram…
Kemudian kawan2 dia nilah gak yang tolong angkat kereta… bawak turun dari divider tepi tu… nasib baik kereta kecik… hahahah….
Tp jahat tul benda tu… kacau husband aku… aku tanya dia macamana rupa benda tu… dia kata rambut panjang… yang lain dia tak ingat.. waktu dia ingat nak elak je … tak mau langgar benda tu… mungkin sbb dia takut benda tu orang kot…  nasib baik husband aku elak ke belah kiri… kalau ke belah kanan… terjun sungai la jawabnya… waktu tu bukan ada pagar lagi…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 06:39 PM | Show all posts
menarik cerita tt...sambung lagi yer
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 07:03 PM | Show all posts
best!teruskan bercerita...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 10:28 PM | Show all posts
ada crita lg ka tt? saya suka baca crita tt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 10:31 PM | Show all posts
nak lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:09 PM | Show all posts
Boleh tahan story ngko noks..sambung...sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:30 PM | Show all posts
baru nak seram2 srg2 kat bilik hotel ni..sambung lg tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 11:44 PM | Show all posts
menarik cerita TT ni. jangan lupa sambung kalau ada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 01:53 AM | Show all posts
Tp jahat tul benda tu… kacau husband aku… aku tanya dia macamana rupa benda tu… dia kata rambut panjang… yang lain dia tak ingat.. waktu dia ingat nak elak je … tak mau langgar benda tu… mungkin sbb dia takut benda tu orang kot…  nasib baik husband aku elak ke belah kiri… kalau ke belah kanan… terjun sungai la jawabnya… waktu tu bukan ada pagar lagi…
jefrilza Post at 27-5-2012 16:59


kalau tengah2 drive tiba2 jadi macam ni, nak buat apa ye? nak jalan terus dan langgar ke? ke elak ke kiri atau kanan? atau kena berhenti ke? sape tau..
menarik cerita TT.. dapat kubayangkan suasana kampung dan alam semulajadi kat tempat tu.. mesti cantik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 06:57 AM | Show all posts
eh jap? leh x nk tau kg TT ni kt mn. kedah kt mn??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 09:55 AM | Show all posts
Ini pengalaman aku sendiri… waktu aku kecil… aku duduk di rumah kampong, nama kampong tu kampong kersik, mata ayer, perlis. Kan aku ada bgtau ayah aku kerja polis. Waktu tu dalam darjah satu aku macam tu, aku dah pandai pergi kedai sendiri dah… jadi aku la yang selalu menjadi tukang beli barang untuk mak aku… kadang2 aku pegi sorang… kadang2 aku pegi ngan adik aku waktu tu tadika… tp selau pegi sorangla sbb adik aku tu kecik lagi… mak aku tak yakin aku bawak dia… bila pikir2 balik… waktu tu tak takut ke… gila la jugak… kiri kanan hutan…  dekat 10 minit jalan baru jumpa rumah orang.. tapi mungkin waktu tu takde orang jahat… ingat lagi pesan mak aku… kalau jumpa orang jahat lari laju2…. Hahaha… kadang2 aku lari start dari umah aku smpai kedai… tu hari aku rasa seram la tu… yang teruknya aku ni dah darjah dua baru pandai naik basikal… lepas dah ada basikal tu… oklah sikit sbb selalunya basikal aku tu barang memang penuh dalam raga… belakang seat… kat handle lagi… so takde benda leh tumpang…
Ada sekali tu .. maksu aku datang rumah aku ngan uci aku dan makcik an aku… mak aku suruh pi kedai… waktu  tu nak dekat senja dah… pegi la ngan maksu aku… maksu aku ni lemah semangat sikit… tengah dok jalan2 tu… dia bgtau aku… “yong.. yong tengok pokok tu goyang2…” “mana?” aku pun tak nampak… lama2 pokok yang bergoyang tu berpindah ke pokok lain… kali ni aku nmpak… makin lama makin dekat dengan kami… apa lagi aku pun tarik tangan maksu aku lari… lari sampai kedai… penat tu toksah cakapla, takut lagi satu hal…barang apa nak beli abis lupa… yang aku tau… kami duduk je dalam kedai tu… tak berani nak balik.. tak lama lepas tu ayah aku mai amik kami balik… sbb dia risau kami dah lama pi kedai tapi tak balik2…
Sampai umah… aku tengok toklang aku ada… dia ni perawat… dia kalau panggil aku… dia tak panggil aku yong… dia panggil aku oshin… sbb muka aku bulat dan mata aku sepet mcm oshin… haha.. toklang aku mai sebab nak berubat uci aku… oooo patutla..
Malam tu maksu aku demam, seram sejuk katanya… toklang  aku rawat la dia… toklang suruh buka pintu rumah luas-luas. Ayah aku pun bukak… yang aku ni ngan makcik an aku dudukla rapat2 kat kerusi sebelah dengan pintu tu. Maksu aku ni tengah duduk depan toklang… toklang aku suruh benda tu balik jangan kacau maksu aku… lama jugakla toklang aku dok pujuk benda tu balik… pastu toklang aku kata “dia nak balik dah”. Kami yang dok kat kerusi ni dok peluk lagi kuat…  pastu aku terasa ada mcm benda duduk kat kerusi sebelah aku… aku tengok kerusi tu pun mcm ada kesan orang duduk… mcm kesan terhenyak mcm tu… sedang aku leka dok tengok kesan terhenyak tu, tiba-tiba aku terdengar toklang aku jerkah benda tu, “hang dok buat apa lagi tu, jangan dok kacau cucu menakan aku, pi balik, pi balik”.
Haaa… betulla benda tu dok kat tepi aku… ces… aku rasa hantu ni hantu gatal la…. aku tanya maksu aku, dia rasa apa… entah dia tak rasa apa-apa pun.. ces… tapi maksu aku memang macam tu… dia selalu tak ingat apa-apa… nasib baik gak kot… kalau tak mesti dia trauma kan…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.607982 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list