CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jefrilza

pengalaman seram.......

[Copy link]
Post time 30-5-2012 12:16 PM | Show all posts


sangat3 beshhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 12:33 PM | Show all posts
Reply 80# jefrilza


   haah, dulu banyak sgt kucin kaler ni..comel2, gemuk2 smua..
pastu sekor2 mati.. kena langgar la.. virus la..
last2 yg tinggal semua kaler lain je.
dah frust xnak lagi bela kaler ni.

noyen bela binatang ok, tapi tanam pokok je semua xnak idup..
semua mati gitu je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 12:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by jefrilza at 30-5-2012 16:44

Wahhh… baru ada kelapangan nak menulis…
Ini satu cerita dari ayah saya… bukan pengalaman seram saja.. pengalaman seram bercampur ngeri…
Selalu kalau kerja UPP, depa akan pegi kerja guna landrover atau sholen (ntah betul ke tak ejaan aku) .. ayah aku kata sholen ni kereta kebal betina…
Satu hari tu depa masuk hutan sempadan antara perlis-thai… kat dalam tu ada jalan yang selalu dpa gunakan untuk menyeludup.. tangah ayah aku ngan kawan2 dia menjaga kawasan, tiba2 depa perasan ada satu kawasan tu pokok dia bergerak2 ke arah depa… depa pun dok perhati la… tau-tau.. babi hutan keluar nak kejar depa… besar.. kalau orang kampung kata babi tunggal… depa pun apa lagi kelam kabut masuk dalam sholen…  kawan ayah aku pun drive sholen tu laju2.. jalan hutan pulak pahamla kan… tak rata.. terlompat2 ayah aku ngan kawan2 dia dalam tu… ada seorang kawan ayah aku pun buka pintu sholen tu nak tengok babi hutan tu ada kejar lagi tak… ayah aku dah larang dia… jangan buka… bahaya kot nanti… kawan ayah aku tak dengar nasihat  ayah aku,  dia pun buka pintu sholen tu… buat pengetahuan korang pintu sholen tu macam pintu van…  kawan ayah aku pun jengukkan kepala dia keluar… nak dijadikan cerita…. Kawan ayah aku yang tengah drive laju tu tak dapat nak elak lubang besar..  entah macam mana kawan ayah aku yang tengah menjenguk keluar tu, tangan dia terlepas pintu tu… dan pintu sholen tu pun terdorong ke depan dan memutuskan kepalanya…  ayah aku kata waktu tu depa panik gila… ayah aku pun habag kat kawan dia yang drive, kata kawan depa ni dah putus kepala…  (ayah aku tak cerita pun apa jadi kat badan yang terputus kepala tu.. mungkin dia takmau aku ngeri kot…)  kawan ayah aku drive tu pun berhentikan sholen tu… yang peliknya, babi hutan tu pun dah takde.. ayah aku ngan kawan2 dia pun pi kutip kepala kawan depa yang terputus tu… ayah aku kata waktu dok dalam sholen dengan mayat tu, dia rasa lama sungguh nak sampai ke kem depa… sedih… tak percaya semua ada… mana taknya kawan sendiri mati macam tu depan mata… ayah aku kena badi mayat gakla.. tiap2 malam mimpi kawan dia tu mai kat dia… tanya mana kepala dia… kena berubat dengan toklang baru ok…
Bila difikirkan balik.. ayah aku kata.. dia rasa babi hutan tu penunggu la… sebab ayah aku kata sebelum depa masuk hutan tu.. kawan ayah aku yang drive sholen ni dia ada cakap besar sikit, dia kata dia teringin nak tengok babi hutan.. dia nak lawan race dengan babi hutan tu.. sapa menang?... tapi tak sangka kawan depa yang terkorban…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 12:55 PM | Show all posts
Hemmm… lupa nak cerita.. waktu uci aku kena buatan jiran durjana ni.. toklang aku dah takde dah.. dia takde waktu aku sekolah menengah… waktu aku tingkatan 2 atau 3 tak silap(dalam tahum 1992-1993 camtu..) selepas dia  meninggal aku selalu gak mimpi dia… dia mai nak bagi sesuatu kat aku tapi aku taknak…  dan cuba teka dia mati kat mana.. tak… dia tak mati kat laut pun… dia mati dalam rumah dia sorang2 tanpa ditemani sesiapa…  adalah seorang anak dia ni dok dekat,  yang lain semua dok jauh… disedari jiran sbb  dia tengok toklang tak keluar rumah pun.. selalunya pagi2 toklang akan keluar minum kopi kat warung dlm kampung tu… toklang aku ni walaupun dia ada mengamalkan ilmu pelik2 ni tapi dia seorang yang baik, ramah dan suka berkawan… selalunya dia berubat orang yang terkena buatan orang, kena santau, kena aniaya, tapi dia takkan buat kat orang tu sbb dengki ke… iri ke… saja nak kenakan orang tu ke.. tu syarat pengobatan dia…
Tapi aku harap sebelum toklang aku meninggal dia sempat la buang semua ilmu2 salah dia.. aku ada tanya ayah aku.. lepas toklang meninggal.. ilmu toklang tu turun kat sapa.. ayah ada mimpi toklang tak… ayah aku jawab ada.. tapi ayah takmau… ayah aku kata mungkin ilmu tu turun kat anak yang dok dekat dengan dia tu kot sbb anak dia yang tu macam berminat sikit… kami pun dah lost contact terus dengan anak cucu toklang ni.. ayah aku pun tak pernah pi cari sepupu2 dia.. entahla..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 01:03 PM | Show all posts
Sambung cerita..
Selepas uci aku meninggal, sakit tu turun kat mak aku pulak…
Waktu tu ayah aku nak pindah rumah yang dia beli sebelum dia pencen.. kebetulan waktu tu aku sarat anak yang pertama… mak aku jadi macam orang putus asa… macam tak mau hidup dah… mak aku mengadu kat aku… aku cakap kat mak aku.. ajakla ayah pi berubat.. mak aku pun bagitau ayah aku.. dia pun bawa mak aku pi berubat.. perawat tu kata mak aku ditumpangi saka uci aku… nak kena berubat dengan air dari tujuh kolah masjid… bila aku dengar aku tak percaya uci aku ada saka.. mungkin benda yang jiran durjana tu hantar pada uci aku dah sebati dengan uci aku tu yang perawat tu kata saka.. lagi satu mak akku dah terkena badi mayat…
Mak aku pun dirawat.. Alhamdulillah… benda tu pun depa dah buang ke laut…
Lupa nak cerita.. mulut mak aku terherot2 .. terkena penangan penunggu pohon bonsai… tunggu yek…
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 01:17 PM | Show all posts
suke gaya penceritaan TT yg bersungguh2 n bersahaja.haha...jangan mare ek...
*xsedor da waktu lunch.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2012 01:24 PM | Show all posts
kalau tengah2 drive tiba2 jadi macam ni, nak buat apa ye? nak jalan terus dan langgar ke? ke ela ...
manganini Post at 28-5-2012 01:53



   petua bf aku, langgar je...kalau ada benda tengah jalan dan kita mampu nak break dah langgar jek..sebab kalau elak 90% mest excident...tak mati tak pe..kalau mati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 02:16 PM | Show all posts
Reply 86# kuewTiau

tak marah pun.. terima kasih sbb suka baca... saja tulis macam tu.. nak skema sangat nanti, dah macam baca novel thriller lak.. lagipun saja buat lawak2 sikit supaya tak takut sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 03:03 PM | Show all posts
haha sedap la citer TT. . cepat lah sambung. .
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 03:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 30-5-2012 15:20

menarik nya citer2 TT nih..
no wonder banyak cerita, family TT pun macam banyak mistik..
ramai yg ada ilmu..

kalau tak keberatan, tulis la lagi..
aku suka baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 04:32 PM | Show all posts
Ini pengalaman seram mak aku…
Ingat tak waktu hujung2 90-an.. waktu tu orang gila sangat dengan pokok bonsai.. alaaa, yang orang cari akar2 dan kayu2 hutan yang  berjuntai.. pastu akar dan kayu itu dikerat,  ditebuk lubang  dan diletakkan daun2 plastik pada lubang tu.. tadaaa.. jadilah sepohon bonsai yang indah…
Dalam rumah lama aku kat kampung kersik, ada la ‘para’ orang letak barang (kat rumah2 lama, selalu ada k).. para ni tiga tingkat.. tingkat 1, mak aku letak pinggan mangkuk, periuk dan barang2 penting  yang jarang digunakan. Tingkat dua lak mak aku letak periuk2 besar, kuali kawah besar. Dan tingkat ke 3 ni mak aku letak kayu yang ayah aku kutip dari hutan mana tah... aku pun tak ingat ayah aku nak buat apa ngan kayu tu… pastu mai la pakcik idi aku ni ternampak la dia kayu yang atas para ni… dia pun bawak turun… dia kata, “ wahh cantik kayu ni kalau buat bonsai”.. pastu anak jiran aku lak jahat mulut, offer kat pakcik aku nak pi tolong cari akar2 kayu yang berjuntaian cantik dalam hutan tu… pakcik aku pun terus ok, sukalah dia… tapi kayu kat atas para ni tetap pakcik aku nak ambil… nak diletakkan ditengah2 pasu,  akar kayu yang berjuntai lain dia letak kat tepi kelilling kayu tu.. kira kreatifla jugak… pastu dia pun memulakan proses menggergaji kayu tu…  kayu tu aku agak, adalah dalam 10 kaki panjang, diameter kayu tu pulak adalah dalam 7 cm.. bukan tebal mana pun.. tetapi pakcik aku nak menggergaji bagi putus punyalah lama… lambat betul nak putus.. yang dia dah penat gila dah.. tapi kayu ni tak putus2 lagi.. dahtu mak aku dengan penuh heroinnya, pegila tolong adik dia ni… gergaji.. gergaji.. gergaji.. haaa putus pun.. seronok la pakcik aku.. mak aku takmau kayu tu… so pakcik aku pun buat untuk uci aku ngan dia je.. yang mak aku amik akar kayu berjuntai yang anak jiran aku bawak balik…
Pakcik aku pun bawak balik kl, satu pokok.. dia tolong buat bagi siap untuk uci aku kat sungai petani , satu pokok.. yang untuk mak aku dia tebuk lubang siap2 je.. tapi disebabkan ayah aku sibuk, maka tak sempat la nak beli daun..  so simpan la balik atas para… sebulan lepas tu pakcik aku mai balik dengan pokok bonsai tu… dia kata pokok bonsai tu berhantu… anak dia tiap2 malam menangis bila tengok pokok bonsai tu… yang kat umah uci aku pulak.. maksu aku selalu dengar orang menangis.. bila di cari2.. rupa2nya dari pokok bonsai tu… apa lagi sebelum depa mai umah aku, depa letak dulu pokok2 bonzai ni kat luar rumah.. tak tahan sangat sampai tak boleh tidur…
yang kat rumah kami takde gangguan pun.. ok je…  pakcik aku tanya kat anak jiran aku tu.. depa pi amik kayu2  tu kat mana… budak tu jawab dia amik kayu  tu kat kebun getah sebelah jirat siam tu… terkejut pakcik aku … patutla mengusik sangat…
kami pun buang kayu2 tu.. termasuk kayu2 yang di atas para dalam rumah aku tu… pakcik aku pun balik dengan tenang.. Alhamdulillah takde gangguan dah dirumah pakcik aku mahupun dirumah uci aku… ingatkan dah habisla…
suatu malam mak aku pegi la pasar malam dengan ayah aku… yang tak syoknya pasar malam ni melalui kawasan yang ayah aku dan pakcik idi aku buang kayu2 tu… yelah depa pun tak ingat dah la pasal hal ni… balik dari pasar malam tu… mulut mak aku terus herot…  2 3 hari gakla mulut mak aku herot… dia cakap apa kami pun tak faham… lepas tu ayah aku panggil satu perawat ni… aku tak tau siapa sbb perawat tu mai malam.. kami anak2 dah tidur dah pun…  taktaula pasal apa kami malam tu tidur awal sangat… selalunya selagi tak pukul 10 malam memang kami tak tidur punya… esok2 pagi bangun, tengok2 mulut mak aku dah ok dah… ayah aku cerita malam tadi, waktu perawat tu merawat mak aku.. badan mak aku meliuk-lintuk macam ular… ada seekor kucing yang kami bela tu gigit tangan mak aku, berkelahi dengan mak aku macam dia berkelahi dengan ular.. lepas tu nampak macam kucing tu menggonggong sesuatu bawak keluar dari rumah…  perawat tu kata.. kucing tu berkelahi dengan ular yang menumpang kat akar kayu berjuntai…  yang ular tu marah sbb tak pulang balik dia kat tempat asal dia.. pi buang dia kat tempat lain… yang mulut mak aku herot tu pulak sebab langsuir tu marah.. marah kat mak aku sbb gergaji rumah dia.. yup kayu besar yang mak aku gergaji  tula rumah dia… jadi… selama hari ni memang langsuir tu duduk dalam rumah kami la… tapi hairan… sebelum pakcik aku bawak turun dari para tu.. dia tak pernah kacau kami pun…  maaf la aku tak tahu apa perawat tu buat pada langsuir tu… ayah aku tak cerita… ayah aku cuma cakap.. perawat tu dah tangkap langsuir tu… itu je…
yang sedihnya.. kucing yang berkelahi dengan ular hantu tu mati tak lama lepas tu… mak aku sayang sangat kat kucing tu… kucing siam.. mak aku panggil dia abang… kucing abang ni cukup suka makan durian… tak pernah nak makan anak ayam yang ayah aku bela… kira dia ni baikla…
satu lagi.. sewaktu pakcik ngan uci aku letak bonsai tu kat luar rumah.. tiap2 malam depa dengar orang ketuk pintu… nak minta masuk rumah kot…  yelah kan.. kat luar sejuk kot… hehehe…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 91# jefrilza


    ngerissss...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 04:58 PM | Show all posts
Reply 90# capiloton

ye lah... sebelum ni saya tak sedar pun banyak perkara mistik berlaku disekeliling saya.. bila saya start bercerita kat sini... eh eh.. banyak jugak rupa-rupanya.... Alhamdulillah.. Allah dah tutup hijab saya.. selalunya datang dalam mimpi je... tetapi firasat saya selalu betul... dan kadang2 macam ada orang bgtau "sebab" atau "siapa" disebalik sesuatu kejadian yang berlaku pada saya.. wallahu a'lam... saya pun takmau percaya sangat dengan semua ni takut syirik kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 05:18 PM | Show all posts
pecaye to boleh je, tp jgn sampai taksub pulak..tp kn, mak kuceng mmg teruk tau sakit kene santau tu, sbb mak kuceng satu satunyer menantu org luar dlm kuarga arwah ayah.. adek beradek arwah ayah yg len kawen sepupu sepapat sbb takut tanah sawah n kebun diorg jatuh ke tangan org luar.. mcm2 jd. sampai kuceng pon kene gak. tp alhamdulillah..sumer dh berakhir.. itupon bertahun tahun berubat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 05:51 PM | Show all posts
best2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 05:53 PM | Show all posts
dulu … masa mula2 aku menetap di rumah lama aku di kampung kersik.. waktu tu umur aku dalam 5-6 tahun…. aku selalu ternampak lembaga berwarna hijau di dalam rumah aku itu.. tetapi dia tak mengganggu… cuma memerhati sahaja.. bentuknya tegap seperti lelaki dewasa, senang cerita macam pak arab la… bila aku bgtau ayah aku.. ayah aku kata mungkin dia tu penunggu rumah…
bila masuk sekolah menengah… pernah sekali aku tengah belajar sorang2 kat ruang tamu… mak, ayah dan adik aku dah tidur di bilik atas… aku terdengar suara orang berdehem.. sekali.. aku tak berap perasan lagi.. lagi sekali.. aku terus tutup buku.. jalan cepat2, naik tangga terus masuk bilik.. tidur… huhu… takut wooo… waktu ni aku mata dah tak nampak dah tapi boleh merasai kehadiran dia… bila aku bagitau ayah aku… mungkin dia marah aku tidur lewat kot… so aku memang tak pernah belajar sampai lewat malam.. kalau nak belajar.. siang2 jelah… atau waktu mak ngan ayah aku masih belum tidur.. bila depa naik tidur, aku pun naik sekali… tak berani nak duduk bawah kat ruang tamu sorang2..
di depan rumah kami ada satu pokok durian besar dan tinggi… batang pokok durian kan lurus dan sampai satu ketinggian dia akan ada dahan yang lurus.. ayah aku kata kat dahan tu ada langsuir… ayah aku selalu ternampak… kadang2 ada satu2 masa boleh dengar bumbung rumah kami berbunyi macam ada orang tabur pasir…  ayah aku cakap.. itu kain dia dok meleret2 kat bumbung rumah kita… tapi Alhamdulillah langsuir tu tak pernah mengganggu keluarga kami…
ada satu cerita yang aku terlupa….. sewaktu cuti sekolah hujung tahun sebelum aku naik ke tingkatan lima.. cikgu aku pilih aku untuk menyertai kursus kecemerlangan diri di Melaka… sepanjang kursus tu takde benda pelik terjadi pada aku…  walaupun kawan2 sekursus aku ada cerita benda2 pelik yang terjadi kat depa…  bila balik tu kami sampai rumah cikgu peneman kami tu pukul 2 pagi… tiktok tiktok  minum air semua… lepas tu cikgu tu pun hantar kami balik rumah masing2.. pukul tiga pagi sampai kat depan rumah jiran aku sbb takde jalan tar boleh masuk sampai ke rumah aku… cikgu tu pun pasang lampu bagi cerah.. kejap je pun.. pastu dia pun  belah… dari rumah jiran aku tu nak balik ke rumah aku kena lalu denai kecil dalam kebun durian.. kira nya hutan jugakla.. mula2 steady lagi… elok aku melintasi rumah jiran aku tu.. aku pun start lari pecut  sampai rumah… elok nak sampai rumah aku.. dalam dok lari tu, tiba2 aku leh teringat pulak cerita ayah aku pasal langsuir tu… ek- elleh…  yang hati aku ni berdebar-debar dah.. suasana memang gelap la… harap cahaya bulan je…  sambil dok lari, yang mata aku ni jahat boleh pi pandang lak kat dahan tu… dup dap dup dap… nampak bayangan putih.. huwahhh.. nak nangis dah.. aku gagahkan kaki lari.. sampai depan pintu rumah.. macam nak lekang pintu rumah aku ketuk… sambil panggil mak ayah… buka pintu… sat, sat  dengar ayah aku jawab .. ayah aku buka pintu… masuk cepat2.. ayah aku tanya pasal apa nampak aku macam penat dan takut… aku buat signal dengan jari telunjuk tunjuk atas.. atas…  ayah aku pun baca doa hembus keluar pintu… (mak ayah aku memang tau aku nak balik sebab aku dah call tempat kerja ayah aku sebelum bertolak dari Melaka tu.. kat rumah aku takde telefon lagi waktu tu…)
gila.. ayah aku marah cikgu tu.. tak boleh tunggu pagi ke nak hantar kami balik… ntah apa2 cikgu tu.. sekurang2nya bagi la kami tumpang sat… pi mai.. pi mai pun dah pukul tiga pagi… ayah aku kata… bodo punya cikgu… ada betul gak kan kata2 ayah aku ni….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2012 05:59 PM | Show all posts
Reply 94# kucengcomel

tu la orang yang buat semua ni tak takut ke balasan Allah kan...
Alhamdulillah sbb semua keluarga kuceng dah sembuh... macam uci saya.. merana hingga ke akhir hayat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 06:03 PM | Show all posts
macam keluarga kami... apa yang orang buat kat keluarga kami... kami tak pernah balas... wlaaupun dalam hati ni rasa tak puas, geram, marah dan benci bercampur aduk... sbb kami yakin... hukuman Allah lebih adil... lagipun mungkin di dunia, dia terlepas... dia akhirat nanti.. selagi kami tak ampunkan perbuatan dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 06:05 PM | Show all posts
ada lagi cerita pasal uci saya... banyak kali dia berubat... tapi benda tu tetap masuk balik... dan jiran durjana tu tak pernah berhenti menyakiti uci saya... sampai la ke akhir hayat uci saya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 06:32 PM | Show all posts
Reply 99# jefrilza


    mmg family kuceng x pernah balas, x pe lah Allah melihat apa yg makhluknNyer buat.. tp smpai skrg la mak kuceng still x leh makan cuka, limau nipis ngan nenas..dier kate nnt bisa bisa badan... ntah ape lah yg diorang pkir mase buat bende tu kt mak kuceng.. tp tanah tu kuceng x ambik pon, lps ayah kuceng meninggal, pakcik yg bongsu dtg umah nk bincang psl tanah.. pas tu kuceng cakaplah kuceng x nk tanah tu (x silap kuceng  kebun kelapa lbh kurang 10 ekar).. so diorang ambik le.. lgpon adik beradek ayh kuceng sumer lelaki.. bior je la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.819233 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list