CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123Next
Return Post new threads
Show: 2145|Reply: 58

Tgh sidai kain pun kena ragut...(mano tak kono..paka brg komeh RM6000)..........

[Copy link]

4847

Threads

19

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 31-5-2012 02:04 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by tongkatwaran75 at 31-5-2012 17:27


Halifah melakonkan semula di lokasi dia ditolak jatuh oleh lelaki yang berjaya merentap gelang tangan emasnya bernilai RM6,000, semalam.

REMBAU ¨C Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.
        
        Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.
        
        Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.
        
        "Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.
        
        "Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
        
        Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.
        
        "Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.
        
        Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.
        
        Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.
        
        "Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.
        
        "Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil," katanya


p/s motip sidai kain pakai brg kemas nilai RM6,000......mcm dolu-dolu, berkemban jah....satu hapah takde,,,kecuali kain batik.....
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

13

Threads

3

Fans

9353

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
8-2-2007
Post on 31-5-2012 02:05 PM |All posts
rembau... ni tempat KJ
Krush Kill N Destroyed (KKND)

0

Threads

0

Fans

1332

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
8-3-2005
Post on 31-5-2012 02:06 PM |All posts
sib tak putus tangan makcik tu .... mesti besar gelang dia tu

2

Threads

5

Fans

4302

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
8-2-2010
Post on 31-5-2012 02:15 PM |All posts
Dah biase sgt peragut ni umpan dgn tanya arah jalan..lain kali org tanya jalan jer jgn dilayan..terutama lelaki yg naik motor!!!

10

Threads

2

Fans

1266

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
27-12-2011
Post on 31-5-2012 02:16 PM |All posts
tu la.... jgn nak pakai benda yg mendorong kepada manusia berbuat jahat nih. kat rmh sdri pun xselamat skrg ni.

28

Threads

8

Fans

210k

Points

Fighter

Hate Crew Deathroll

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
15-3-2005
Post on 31-5-2012 02:19 PM |All posts
apa nak jadi dengan negeri serambi mekoh ni
Dream away don't wait for the night
'Cause any old time at all sounds good to me

2006

Threads

5

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
23-12-2003
Post on 31-5-2012 02:38 PM |All posts
biasanya pakai la gelang2 besar masa gi kenduri..senang nk ceduk kuah2 yg jauh! senang nk tayang!

97

Threads

2

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
20-10-2003
Post on 31-5-2012 02:43 PM |All posts
kesian mak cik nih........ org kita suka pakai barang2 kemas yg besar2 tuh yg sering jadi perhatian...... pakai yg kecik dah ler tapi nilai rm24juta

6

Threads

5

Fans

2000

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
17-4-2012
Post on 31-5-2012 02:53 PM |All posts
agaknya peragut tu pun dah lama dok perhati makcik nie kot..

8

Threads

2

Fans

389

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
27-3-2012
Post on 31-5-2012 03:02 PM |All posts
huh!!!!! nenek laki aku pun kena ragut masa sidai kain. ada le 2 orang laki2 pura2 tanye jln. nenek aku tu dh la bongkok. kbtln dia sensroang je kat umah. ucu aku lak keje.

dajal tul peragut. skang dia klu sroang2 kat umah, ttp pintu tgkp. klu ada yg bg salam, jenguk dl smbl pegang parang pjg :@...hehehehee

63

Threads

3

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
16-7-2005
Post on 31-5-2012 03:09 PM |All posts
sib tak putus tangan makcik tu .... mesti besar gelang dia tu
dahliea Post at 31-5-2012 14:06



    tak de le besor mana gelang harga RM6,000 masa emas tgh mahal nih
kalo nilainya RM20K ke yer le mahal

kalo beli gelang minggu yg 7 urat tuh
lagi best.. 1 urat 3 ribu lebih kalo 7?
Sayang sangat kat kucen (^ ____ ^)

4

Threads

0

Fans

1956

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
20-8-2007
Post on 31-5-2012 03:10 PM |All posts
kek rombau ni ....
banyak sangat dah jadi kes2 mcm ni, kono ambik iktibar la makcik
yg ada mak kat kg tu nasihatkanlah
kek umah toksah la bergolang bagai ..
bahayo..
putuih tangan dah tak guno laie....
Mi piace molto tu giudichi mas

2

Threads

0

Fans

3555

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-4-2009
Post on 31-5-2012 03:11 PM |All posts
Aku nk ckp padan muke je...da tau pakai byk brg kemas,duk dlm umah je la.gatal nk kuar sidai bju la,berkebun la,buang smph la,of kos ni bg peluang diragut.niat nk menayng brg kemas,dpt bala sebegitu

4847

Threads

19

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 31-5-2012 03:32 PM |All posts
besau mana gelang emas tuh ya?
smpi rege RM6k............
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

37

Threads

16

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
11-11-2010
Post on 31-5-2012 03:34 PM |All posts
ghombau...kek cengkauuuuuuu osan ehhh.....mano x kono ragut...nyidai pakai brg komeh...tu sajo nk nunjuk kek jiran2 la tu
Kami boikot janda mengaku anak dara
hang ingt hang diva ka?

34

Threads

1

Fans

4213

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
14-12-2010
Post on 31-5-2012 03:39 PM |All posts
Reply 15# Sagoo


   motip nk menunjuk kt jiran dh tercapai sudah....selain dri masuk paper...ckp2 mulut pun jd juga....alasan modal katenye kene ragut gelang 6k....
9w2-
Sembunyi bawahnya katak melalak!!

37

Threads

16

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
11-11-2010
Post on 31-5-2012 03:42 PM |All posts
Reply 16# angura


    akakakakakaka betol2.....pemes le uwan ni kt serata kejiranan
Kami boikot janda mengaku anak dara
hang ingt hang diva ka?

37

Threads

16

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
11-11-2010
Post on 31-5-2012 03:43 PM |All posts
apa nak jadi dengan negeri serambi mekoh ni
ChildrenOfBodom Post at 31-5-2012 14:19



    negeri serambi mekah bukan kelantan ke?
Kami boikot janda mengaku anak dara
hang ingt hang diva ka?

0

Threads

7

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
19-6-2007
Post on 31-5-2012 03:47 PM |All posts
normal rasa nya macit2 umur taraf gini pakai barang kemas.
rasa2 nya emak2 forumer kat sini pun sama.

kalau dah nak kena..
anggap la rezeki sampai situ je..
05/05/2013...semuga kita bertemu disyurga abadi papa
Al-fatihah..

59

Threads

16

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
14-3-2010
Post on 31-5-2012 03:52 PM |All posts
pergghh..jemur baju sambil pakai emas 6k..
one day more . . . .

11

Threads

2

Fans

5402

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
18-5-2010
Post on 31-5-2012 04:03 PM |All posts
kang kalo sidai kain berkemban ..kesucian makcik tu pulak diragut. camno tu?

3

Threads

1

Fans

1247

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
23-3-2012
Post on 31-5-2012 04:32 PM |All posts
Motif makcik senang saja dh beli mahai2 takkan nk pakai time kenduri jer..mau la time sidai pun pakai baru la jiran yg lalu lalang boleh tgk......

Padan ngan muka hg menunjuk lagi nasig dia tak takek tgh hang bg putus....trus gelang pun nk pakai kena buh double sided tape....

3

Threads

0

Fans

1804

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
4-10-2010
Post on 31-5-2012 04:36 PM |All posts
dari jauh dah nampak menyilau2 gelang makcik tu memberi signal kpd perompak yg meronda2 dari awal pagi.

5

Threads

11

Fans

9373

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
6-4-2012
Post on 31-5-2012 04:39 PM |All posts
tak rasa mokcit ni saje2 nak menunjuk gelang..dah ada pakai je la..

4

Threads

2

Fans

3856

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
30-5-2011
Post on 31-5-2012 04:48 PM |All posts
nasib x putus tangan mak cik tu.....
123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-5-2013 04:48 PM , Processed in 0.211201 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top