CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4174|Reply: 17

THE BORNEO INCIDENT

[Copy link]
Post time 4-6-2012 12:37 PM | Show all posts |Read mode


Filem misteri-suspens 'The Borneo Incident' yang dijangka menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun ini, mengisahkan tentang lima anak muda yang merakam perjalanan mereka dari New York ke Malaysia untuk tujuan mempelajari tentang asal usul salah seorang teman mereka, Henry di Borneo.

Watak Henry dibawa oleh pengacara popular Henry Golding sementara empat sahabatnya dilakonkan oleh Rob Gilliland, Mitch Ross, Fay Hokulani dan Michael Helfman, yang juga selaku pengarah filem.


Ikuti temubual GUA bersama Henry Golding di bawah ini:

1. Bagaimana kamu mendapat watak Henry?
Idea itu sebenarnya timbul dari hubungan saya dan Mike (Helfman). Mike mempunyai idea  yang hebat ini dan telah mereka satu cerita menggabungkan realiti dan fiksyen. Dia juga telah memasukkan info di mana saya separuh Iban. Jadi, boleh dikatakan Mike telah mereka watak itu untuk saya.


2. Sukar tak membuat peralihan daripada seorang pengacara kepada pelakon?
Ia sesuatu yang cukup asing bagi saya untuk tidak melihat terus pada kamera. Saya perlu mengubah minda saya dan menjadikan diri saya sebahagian daripada babak itu. Saya mengambil masa untuk sesuaikan diri tetapi lama-kelamaan saya mula biasakan diri.

3. Adakah selepas ini kamu akan terima lebih banyak tawaran berlakon?
Semestinya! Saya dan Mike sudah mempunyai perancangan untuk beberapa projek di masa depan. Sudah pasti ini bukan kali terakhir kamu melihat saya berlakon.


4. Persiapan untuk membawa watak Henry.
Nasihat terbaik yang Mike berikan kepada kami adalah untuk tidak membuat sebarang persiapan. Dia inginkan emosi yang benar dan untuk kami berlakon di masa kini, bukannya berpura-pura.

5. Kenapa kamu menerima tawaran ini?
Ia satu cerita yang menarik di mana semua orang patut datang dan menontonnya. Ia mempunyai elemen penggembaraan, penemuan dan keseronokan.


6. Sejauh mana persamaan di antara kamu dan watak kamu, Henry memandangkan cerita ini mengisahkan tentang Henry yang pulang ke Borneo untuk mempelajari tentang asal usulnya?
Bagi saya, setiap dari kita ingin tahu tentang asal usul kita. Cuma watak saya tidak hanya bercakap mengenainya, sebaliknya mengambil tindakan bersama kawan-kawannya.

7. Kenangan - yang baik, yang buruk - ketika penggambaran.
Keseluruhan proses penggambaran cukup menakjubkan. Tetapi yang paling dikenang adalah lokasi-lokasi indah di Malaysia yang sempat kami kunjungi seperti air terjun Janker, acara Thaipusam dan hutan Sarawak.


8. Harapan untuk filem ini.
Saya pasti penonton akan menyukai filem ini! Ia akan membuat mereka teringin untuk meneroka negara kita Malaysia yang indah ini, dengan dimasukkan sedikit elemen rekaan seram.


Last edited by eddlisa_uyuk on 7-3-2013 11:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 02:42 PM | Show all posts
huhuhuhu............................ arap dapat tgk nih..............
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 04:19 PM | Show all posts
jgn² mcm citer cannibal yg ade pelakon m'sia thn 70/80an dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 05:18 PM | Show all posts
henry! ensem gila sekarang! semoga sukses selalu!

(dulu aku tak minat budak tu. tapi dah makin kertu ni rasa dia ensem la pulak. hiks.)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 07:55 PM | Show all posts



ni trailer dia......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 10:17 PM | Show all posts
... aram wai.... kita pegi panggung ramai ramai... medak citer tok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2012 09:53 PM | Show all posts
future flop!
indie movie ke ni?
dont expect much lorh
sedangkan cite kat sundance channel tu pon aku x terlayan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:47 AM | Show all posts
shitty movie for sure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 08:47 AM | Show all posts
shitty movie for sure
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 11:45 AM | Show all posts
dulu ade minah berangan yg fanatik terhadap si henry ni smpi berjela2 thread korg bukak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:44 PM | Show all posts
macam2 cerita
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 05:46 PM | Show all posts
henry....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 10:50 PM | Show all posts
For sure mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:20 AM | Show all posts
macam nak tiru citer the blair witch project jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 03:51 AM | Show all posts
hmm mesti citer low budget je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 07:08 AM | Show all posts
ala2 blair witch project la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 11:00 PM | Show all posts
konsep found footage ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 03:50 PM | Show all posts
henry? mmg tak tengok la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.080300 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list