CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Author: freekey

Erra Fazira: Saya Redha Jika Takdir Masing Masing Pilih Haluan Sendiri

  [Copy link]

13

Threads

2

Fans

2585

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
20-6-2011
Post on 6-6-2012 06:52 PM |All posts
kenapa muka dia macam tak simetri dalam gambar ni?
thesweetkurung@yahoo.com

http://thesweetkurung.blogspot.com

http

13

Threads

2

Fans

2585

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
20-6-2011
Post on 6-6-2012 06:53 PM |All posts
Bagus Erra ni. Kisah rumah tangga shud be private bukan untuk
public scrutny. Jangan jadik macam re ...
NAT_11 Post at 5-6-2012 08:39



    hahahah sokong!
thesweetkurung@yahoo.com

http://thesweetkurung.blogspot.com

http

1

Threads

2

Fans

4733

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-10-2011
Post on 7-6-2012 09:48 PM |All posts
Reply 112# cik_ted143

tu la..ayat iols yg baris atas tu biasela..umor die pong da makin meningkat..cume nmpk beza la plak dlm pic bju kaler kelabu tu..nmpk suram je..hm, mmg kaler tu mempengaruhi mood kite agknye kot..

tp yg part bwh tu mmg sengaja je iols hilite bile tgk ade je yg xabes2 dok jenjeng hal umah tangge org..bile org tu buat cmtu komplen, tp die senirik pong 2x5 gak..ke sane sini dok kaitkan dgn org tu..ntah apela dose org tu kat die agknyer..
mama n kiko luv papa so much..
   ^^
(>_<)
(^^)_

11

Threads

0

Fans

591

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
18-11-2011
Post on 8-6-2012 11:52 AM |All posts
a.ahh...tak patut dan kesian dia, kan...kan....b.t.w ko wife seken ke??
amieab Post at 5-6-2012 16:56



    mesti la....yg pegi menggatal ngan laki orang apsal???....istilah akak tetipu tu tak boleh pakai okeh
LOVE TO BE IR..

2

Threads

1

Fans

693

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
13-4-2011
Post on 9-6-2012 12:56 PM |All posts


bila tgk pd gmbr nie rasa mcm jodoh mereka nie sehingga ke hujung nyawa je....
doakanlah

2

Threads

0

Fans

1191

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
5-4-2006
Post on 9-6-2012 11:17 PM |All posts
korang caye ke minah ni goody goody?

2

Threads

1

Fans

559

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
27-8-2003
Post on 9-6-2012 11:33 PM |All posts
Bak kata Erra;"Zaman scandal2,sudah berlalu....."Bertabah ye Erra dgn dunia glamour ini...

24

Threads

1

Fans

2351

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
29-4-2007
Post on 9-6-2012 11:37 PM |All posts
Tak habis lg gosip ni... Semoga erra tabah menghadapinya...
런닝맨 (RM) - 1박 2일 (S1)

0

Threads

3

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
28-10-2005
Post on 9-6-2012 11:39 PM |All posts
semoga tabah dan sabar mengharunginya, kadang2 memang dah ada masalah tapi masih boleh diselamatkan lagi, masalahnya org luar dok sibuk canang itu ini, elok2 baik jadi tak baik ishhhhhhh

5

Threads

1

Fans

481

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
9-6-2012
Post on 10-6-2012 12:56 PM |All posts
Laaa sian EF hopefully semua ni sekadar gosip saje k. All the best for u EF.

32

Threads

0

Fans

1342

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
25-9-2006
Post on 16-6-2012 11:10 AM |All posts
HIBURAN
Doa yang terbaik - Erra



ERRA FAZIRA mengaku lemas asyik disogok soalan tentang kerukunan rumah tangganya dengan Engku Emran.


PERMATA hati. Erra tidak mahu kisah rumah tangganya memberi impak kepada anaknya yang kini berusia tiga tahun, Engku Aleesya.


BARISAN karyawan Parut Ashikin termasuk Erra Fazira (tengah) bergambar sebelum sesi pratonton telefilem itu ditayangkan pada Khamis lalu di Astro.

TENANG dan masih cantik seperti selalu, Fazira Wan Chik atau nama pentasnya, Erra Fazira ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem Parut Ashikin arahan Sabri Yunus baru-baru ini.

Usai tayangan tamat, Erra seperti sudah mengerti soalan yang berputar di kepala pihak media.

Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.

Pelbagai spekulasi yang muncul. Ada yang mendakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.

Kebenarannya, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Akui Erra, dia agak rimas apabila kisah rumah tangganya menjadi tatapan umum dan pelbagai versi cerita sampai ke telinganya.

"Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.

"Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya," ujarnya mohon pengertian.

Tidak menafikan dalam rumah tangganya terdapat masalah yang melanda, tegas Erra tanyalah mana-mana pasangan suami isteri, mereka juga menghadapi masalah yang sama.

"Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang," ucapnya tenang.

Tekanan

Disoal mungkin kerana awal perkahwinan mereka kelihatan begitu romantis dan suaminya cukup rajin mengikut Erra ke acara hiburan, tetapi kini tidak lagi menyebabkan kontroversi rumah tangganya semakin melarat.

Erra mengangguk kepala tanda setuju dan membalas: "Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.

"Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya."

Apabila ditanya apakah reaksi Emran apabila kontroversi rumah tangganya berlegar-legar di media massa, jawab Erra: "Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri."

Baik keluarga Erra mahupun Emran, kata Erra keluarganya lebih tahu apa yang berlaku dan tidak perlu untuk dijelaskan kepada mereka.

"Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka," tuturnya.

Walaupun berjiwa kental dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai anak seni, jiwa wanita Erra juga rapuh seperti wanita lain apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan orang sekeliling.

Tertekan dengan kontroversi, Erra menyalurkan tekanan itu dengan menyibukkan diri dengan kerja.

"Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun," katanya.

Bimbang anaknya akan menerima kesan daripada kontroversi yang melanda, tegas Erra dia sedaya upaya mahu mengembangkan minda Aleesya agar tidak mendapat tekanan.

"Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya," getus Erra.

Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.

"Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri," katanya minta difahami.

Kekal popular

Meskipun ramai artis baharu yang muncul, pada usia 38 tahun Erra masih lagi laku dan menjadi buruan pihak penerbit. Menjadi wajah eksklusif Astro untuk drama sehingga 2013, Erra bersyukur dengan perjalanan kerjanya.

"Bercakap tentang kerja, pengalaman hidup serta pendedahan kepada bermacam perkara, saya bersyukur jalan yang saya lalui. Pahit, manis pengalaman itu menjadikan saya Erra Fazira yang dilihat hari ini," ujarnya.

Pernah menerima jolokan primadona filem Melayu, Erra sendiri tidak menyangka dirinya kekal bertahan sehingga ke hari ini.

"Mungkin saya laku sebab saya ada kontrak dengan Astro, jika tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib saya. Setakat hari ini saya tidak pernah merungut tentang kerjaya," tuturnya berterus-terang.

Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran drama Mencari Juwita bersama Lisa Surihani dan Umie Aida dan drama Pontianak Beraya untuk siaran Aidilfitri kelak.

Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan yang akan menjelang, Erra akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang dijangka menemui penonton pada 30 Ogos depan di Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya masih sibuk bekerja. Saya bekerja hanya untuk besarkan anak. Jadual saya juga padat sehingga kena aturkan masa sebaik mungkin," katanya.

Erra yang muncul pertama kali sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, kini lebih memilih naskhah seni yang diberi kepadanya. Misalnya, Telefilem Sanggul Beracun.

Tele filem tersebut telah mengangkat Erra pada tahap yang berbeza, apabila lakonannya cukup berkesan sehingga drama itu dinobat sebagai drama terbaik pada Anugerah Skrin 2011.

"Saya bermula dengan naskhah komersial, saya tidak cukup didedahkan dengan naskhah yang berat dan serius. Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab untuk memberi peningkatan terhadap mutu lakonan.

"Apabila saya mula terlibat dengan naskhah berat, orang mula memberi perhatian kerana sebelum ini saya sering bawa watak yang ringan sahaja. Jadi, itu sesuatu yang baharu membuatkan saya terus kekal bertahan dalam industri lakonan," jawabnya.
Kosmo 16/06/120

16

Threads

6

Fans

2725

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-12-2011
Post on 16-6-2012 11:18 AM |All posts
HIBURAN
Doa yang terbaik - Erra



ERRA FAZIRA mengaku lemas asyik disogok soalan tentang keruk ...
ajuDK Post at 16-6-2012 11:10



   Bagus Erra, ada brain gak ko menjawab soalan. Tak seringkas No comment dan tak melalut berjela2 komen tah hapa2. Tapi overall aku rasa gossip ni ada benarnya dari cara dia jawab soalan tu
  Bertabah lah Erra

16

Threads

6

Fans

2725

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-12-2011
Post on 16-6-2012 11:26 AM |All posts
erra tetap cantik dimata ku... gambar ngan Tun semua cungg.....
lvsg8 Post at 5-6-2012 14:04


Aku setuju. Dia nampak polos dan nampk lebih neutral. Mcm ni la baru santek. Kalau bedak dah 3 kati kat muka tu, aku yg tak santek pun jd santek. Aku suka semua pose2 dia dgn baju kelabu dia tu

16

Threads

6

Fans

2725

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-12-2011
Post on 16-6-2012 11:39 AM |All posts
Engku Emran kini seorang pengusaha restoran steamboat di Taman Tun Dr Ismail. Dia uruskan bersama se ...
amyainsamad Post at 5-6-2012 15:45



   Dia dah tak keje kat BERNAMA dah ke?

3

Threads

15

Fans

8017

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
31-3-2011
Post on 16-6-2012 12:53 PM |All posts
Dia dah tak keje kat BERNAMA dah ke?
Lavender_Violet Post at 16-6-2012 11:39



    Semua CEO keja berdasarkan KONTRAK 1-3 years. Kalau bagus,
    kontrak akan disambung. Kalau tak bagus, ditamatkan. Kenalah
    cari keja lain. So EE ni bukaklah bisnes sendiri untuk meneruskan
    hidup. Kemungkinan beso dia dan Erra dah seperat tapi bab dah
    kawen lain ni, susah aku nak caya.

0

Threads

1

Fans

2440

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
16-11-2006
Post on 16-6-2012 03:58 PM |All posts
Bagus Erra, ada brain gak ko menjawab soalan. Tak seringkas No comment dan tak melalut berj ...
Lavender_Violet Post at 16-6-2012 11:18



    betul...cara dia jawab mmg tak perlu di speculate lagi kisah rumahtangganya..mmg ada masaalah..both parents tahu dan paling terang lagi nyata bila dia jawab...tanya ee sendiri...dan dia tak mahu alisya terganggu dgn masaalah ini...
aku pun rasa diorang dah seperate...dan sekarang teruskan hidup like come what may....

6

Threads

1

Fans

1168

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
17-6-2010
Post on 16-6-2012 04:05 PM |All posts
klu cakap terang2 lg senang.  confirm gosip ni abis camtu jer.  mcm maya karin.  b4 tu ssh nk bagitau.  at last cakap ya sy mmg dah bercerai.  diam la semua org.
erm..

0

Threads

0

Fans

3943

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
15-12-2007
Post on 16-6-2012 10:48 PM |All posts
tak glam lagi minah ni primadonna yg makin pudar

0

Threads

0

Fans

2141

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
8-12-2005
Post on 17-6-2012 01:00 AM |All posts
cara dia bg statement mcm ya je....pe pn hrp dia tabah.

1

Threads

1

Fans

857

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
15-8-2006
Post on 17-6-2012 05:14 PM |All posts
Laa korang ni, semua manusia akhirnya tua. Tak boleh ke kak erra jadi tua?? dah mcm tu fitrah manusia, mana ada yg semakin muda hahahaha.

Buat kak erra, saya tak la minat sgt kat akak tapi saya hrp ni sume gosip liar jer& hrp akak bahagiaaa...btw abang saya sgt suka kat kak era dari deduluuuuu lagi..tapi dia tak ler kaya hehhehehe

38

Threads

24

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
5-8-2010
Post on 17-6-2012 06:04 PM |All posts
cara berckp ya saje

tp hrp di jauhkan ler kesian elysa
Ini kali lah, lain kali lah Barang Naik ni time  lorr

0

Threads

4

Fans

5510

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
3-4-2008
Post on 18-6-2012 02:18 AM |All posts
HIBURAN
Doa yang terbaik - Erra

"Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya," ujarnya mohon pengertian.


ajuDK Post at 16-6-2012 11:10




Walaupun aku tak minat erra ni, tp dr segi ni bagus dia, komen tak keterlaluan, pandai tahu malu mulot takde nak laju menjaja cerita buruk kesah rumahtangga mcm mesengun tratatatatatatata

23

Threads

3

Fans

5855

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
15-3-2009
Post on 18-6-2012 02:32 AM |All posts
Walaupun aku tak minat erra ni, tp dr segi ni bagus dia, komen tak keterlaluan, pandai tahu  ...
Orange1 Post at 18-6-2012 02:18



hai oren.......

tgh2 mlm subuh baru muncol......

0

Threads

4

Fans

5510

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
3-4-2008
Post on 18-6-2012 02:58 AM |All posts
hai oren.......

tgh2 mlm subuh baru muncol......
perembes Post at 18-6-2012 02:32



    Biasale....baru balik sootin kekdahnya, terus mengadap!

0

Threads

4

Fans

5510

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
3-4-2008
Post on 18-6-2012 03:04 AM |All posts
Kekdahnya di sebalik kesah retis low classss mulot hazabbb, masih ada lagi retis2 yg ada otak tidak komen secara berlebihan bila melibatkan perihal cerita2 tidak elok kesah rumahtangga.
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 09:24 AM , Processed in 0.330757 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top