CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Show: 336|Reply: 4

Tuduhan Anwar miliki RM3 Billion tidak berasas kata Bekas pengarah siasatan BPR

[Copy link]

923

Threads

1

Fans

2361

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
14-4-2012
Post on 11-6-2012 12:07 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



Perlu kita ketahui bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Muhyiddin terhadap DS Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki RM3 Billion telah dibuktikan tidak berasas pada tahun 2009.

Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

Oleh itu beliau menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Rentetan dari fitnah Muhyiddin itu beberapa orang pencacai UMNO telah turut menggesa agar pihak SPRM menyiasat dakwaan Muhyiddin itu..

Mungkin kerana sememangnya mereka itu bodoh atau telah selamat menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO, mereka terlupa bahawa Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.



Berikut adalah laporan dari Malaysiakini pada Nov 11 2009

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad, -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus -Malaysiakini

8

Threads

1

Fans

5210

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
25-10-2009
Post on 11-6-2012 12:35 PM |All posts
kalau nak post thread tp x mau bg orang baca baik x yah post!!!

22

Threads

0

Fans

461

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
1-11-2010
Post on 11-6-2012 12:44 PM |All posts
isssshk    knp divert tuduhan account billion pada anwar.
udah habis  kah siri tuduhan anwar liwat, gay, LGBT, pompuan cina etc.
Takkan dajjal dajjal dah give up untuk reka cerita tuduhan-tuduhan gitu.
bagun!!!    Dont give up!

8

Threads

1

Fans

5210

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
25-10-2009
Post on 11-6-2012 03:22 PM |All posts
Post Last Edit by geolimarkisa at 11-6-2012 15:23
isssshk    knp divert tuduhan account billion pada anwar.
udah habis  kah siri tuduhan anwar liwa ...
SitiCute Post at 11-6-2012 12:44




x de divert2nya..itu tambahan je keatas pertuduhan yang sedia ada yang mana belum di jawab pun oleh anwar melainkan di jawab dgn soalan cuma....

22

Threads

2

Fans

3750

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
15-4-2009
Post on 11-6-2012 03:28 PM |All posts
Bekas pengarah BPR kata DSAI dah lepas pesal beruk2 tu kata DSAI simpan itu 3 Billion? Kan dah kantoi!
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-5-2013 11:11 AM , Processed in 0.120206 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top