CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678Next
Return Post new threads
Show: 14156|Reply: 186

Perompak Ikat, Ugut Bunuh Andy (Estranged)

[Copy link]

655

Threads

3

Fans

810k

Points

Emperor

Terganggu di fikiranku...

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
26-9-2002
Post on 15-6-2012 12:20 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


PETALING JAYA: Pemain dram kumpulan Estranged iaitu Andy, 28, berhadapan dengan maut apabila diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah didiaminya bersama keluarga di Kota Damansara dekat sini pada Ahad lalu.

Andy atau nama sebenarnya Azwin Andy Malik berkata, perompak-perompak yang menutup wajah dengan topeng itu telah mengugut untuk membunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba untuk melawan.

"Mereka muncul dengan membawa wayar, batang besi dan kayu. Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan.



"Saya beritahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang diinginkan dan jangan mencederakan kami sekeluarga," katanya.

Kejadian rompakan tersebut berlaku pada Ahad lalu, pukul 3.45 pagi sewaktu Andy baru sahaja pulang ke rumah. Menyedari pintu utama rumahnya tidak ditutup, dia terus ke tingkat atas.

"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap.

"Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa.

"Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit," ujarnya.

Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barangan kemas serta beberapa barang lain.

Sejurus selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga membuat laporan polis.

Estranged popular dengan lagu Aurora.



2

Threads

4

Fans

1941

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
18-7-2007
Post on 15-6-2012 12:47 AM |All posts
gerun la pasal kes pecah rumah skrg ni... fobia aku tak abis lagi bile siling umah aku dah kena tebuk tp sempat jiran sedar...
2013 mesti grad

6

Threads

2

Fans

2501

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
1-12-2009
Post on 15-6-2012 12:59 AM |All posts
selamat andy ni tak jadi apa2...bahaya betol wey..
I'm singing my blues.

2

Threads

5

Fans

4313

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
8-2-2010
Post on 15-6-2012 01:07 AM |All posts
adoi seriau nyer..nak ambik brg berharga jer x pe la jugak jgn sentuh anak dara & binik org sudah..pas tu jgn sampai bunuh membunuh..moga dijauhkan la benda2 mcm ni kat fmly kita..

80

Threads

3

Fans

1184

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
13-4-2011
Post on 15-6-2012 03:07 AM |All posts
Nasib perompak tu x menodai andy...i msih bpeluang hmmmm

bukn andy ada bela anjing kt rumah ke? Ms dirompak anjing x menyalak ke?

92

Threads

1

Fans

2335

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
11-6-2010
Post on 15-6-2012 03:13 AM |All posts
bertolak ansur jugak perompak ni, siap boleh pulangkan IC dgn kad kredit si Andy ni...
Assalamualaikum Semua

8

Threads

2

Fans

3311

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-2-2005
Post on 15-6-2012 04:46 AM |All posts
Post Last Edit by MissLibra at 15-6-2012 06:08

"Estranged popular dengan lagu Aurora."

Perlu ke ayat terakhir ni?? Ini berita jenayah bukan hiburan. Ke wartawan ada kena penuhi requirement 500 patah perkataan?

anyway nasib baik selamat.
Say the truth!

10

Threads

2

Fans

5635

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
19-6-2006
Post on 15-6-2012 07:37 AM |All posts
mmg waktu diaorg buat kerja la pkl 3,4 pg tu..org tgh sedap tido

7

Threads

4

Fans

8391

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
21-10-2005
Post on 15-6-2012 07:43 AM |All posts
satu je kalo nk selamat....jgn melawan....biar je diorang amek brg...mmg syg harta berharga org amek cam tu jek...tp nyawa lg penting kowttt....
~ISTIGHFAR~

27

Threads

11

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
12-11-2009
Post on 15-6-2012 07:43 AM |All posts
mmg sial lah perompak sekarang! kejer merompak dalam umah orang yang berorang pulak! giler tol! kalo dapat stok sangap, nenek orang pon dikerjakan! syelakerr
love my furry babies! muaxxxx

21

Threads

2

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
30-12-2008
Post on 15-6-2012 07:48 AM |All posts
memang kena kasi mampus je perompak nih ..
T.o.M.e.T

14

Threads

13

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
14-4-2010
Post on 15-6-2012 08:05 AM |All posts
kesian abg andydia kan tinggi,apesal x smack down je perompak2 tuh
DI kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan,ku bersyukur adanya KAMU~~~

17

Threads

5

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
27-2-2011
Post on 15-6-2012 08:11 AM |All posts
eeeeee...seram laaaa...risau kes2 mcm ni.

0

Threads

5

Fans

1714

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
7-4-2010
Post on 15-6-2012 08:14 AM |All posts
seram plak... aku dah la duk kt area ni....
tp kota damansara bkn kebnyakkan ada security guard ke?

0

Threads

0

Fans

3611

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
19-2-2008
Post on 15-6-2012 08:15 AM |All posts
Reply 14# abbey


    pak guard pun bukan boleh harap.. kalau dah malam ramai turut tidur...
aku takut anjing..

12

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
5-11-2008
Post on 15-6-2012 08:17 AM |All posts
kes pecah rumah ni selalu sangat dah skrg ni...takutnya
Akulah mummy
IMR IMI IMM IMD
semogaakubolehjadimummyygbaik

1

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
20-7-2007
Post on 15-6-2012 08:18 AM |All posts
Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan.


rudy tu yg dah kawen tu kann?

29

Threads

45

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
24-12-2008
Post on 15-6-2012 08:27 AM |All posts
kesian andy. bertabah lah. tapi nama siblings andy best2..azwin andy, azlan rudy......
Khairy Jamaluddin, Dato Saifuddin Abdullah dan Azmin Ali

9

Threads

8

Fans

9587

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
28-7-2011
Post on 15-6-2012 08:35 AM |All posts
nasiblah andy x d ape2kan, iols terbayang if perompak jatuh hati dgn andy, mau kena toron!!

btw, takziah wat keluarga andy...
iols suka heols, muka kerek semacam, bila senyum encem~~

6

Threads

5

Fans

2020

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
17-4-2012
Post on 15-6-2012 08:38 AM |All posts
perompak skrg mmg extreme.. even peragut pun!

0

Threads

1

Fans

1200

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
16-2-2007
Post on 15-6-2012 08:40 AM |All posts
handsome nye dia ni....

12

Threads

4

Fans

4695

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
29-4-2011
Post on 15-6-2012 08:41 AM |All posts
selamat handsome boy aku nih..

0

Threads

2

Fans

5623

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
21-8-2007
Post on 15-6-2012 08:43 AM |All posts
hemsem sgt andy....walaupun putih melepak tapi tetap macho.....perompak ni kalau dah nekad gril rumah pun boleh dicabutnya....
hibah wasiat amanah

5

Threads

0

Fans

1074

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
27-8-2009
Post on 15-6-2012 08:45 AM |All posts
nsb abg andy x dinodai..selamat abg andy ku...
ade aku kesah???

5

Threads

7

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
30-8-2006
Post on 15-6-2012 08:52 AM |All posts
4 org perompak.....

andy & rudy..2-2 pun badan tinggi..
family yg ada dlm rumah tu ada berapa ramai..?
kalau pakat hantam perompak tu kan bagus..kurung dlm stor...
bukannya bawak pistol pun perompak tu..
dah malas nak cari..lepak kat CARI.COM je la..
12345678Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-6-2013 05:08 AM , Processed in 0.190174 second(s), 17 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top