CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Author: kerill

Tiz-Aqasha cinta berputik di puncak gunung Kinabalu??

  [Copy link]

8

Threads

1

Fans

3191

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-2-2005
Post on 18-6-2012 04:29 PM |All posts
apa makna DEJAVU?
(maaf la soklan x cerdik nih)
awek_ganu Post at 18-6-2012 14:55




Maksud paling simple utk menjelaskan dejavu adalah "satu pengalaman yang kita pernah lihat/ pernah merasa". Sebab dia ada maksud yg lebih saintifik lagi yg aku pun tak reti nak explain.

Ko pernah tak dalam hidup ni, ko jalan2 kat satu tempat dan tiba2 ko rasa ko pernah sampai tempat ni. Atau ko tengah mengalami satu kejadian yg tiba-tiba ko rasa ko pernah alami tapi ko tak boleh recall bila dan di mana. Bila benda tu berlaku kita akan jadi terpinga-pinga dan hairan dan bingung dan bersungguh gila nak recall tapi memang takkan dapat sebab dejavu ni bukan macam kenangan yg kita boleh cakap hari dan tarikhnya. Peristiwa macam ni lah yg kita namakan dejavu. Jadi bila terjadi benda tu ko pun akan sebut "ehh .. aku dejavu laa"..
Say the truth!

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 05:09 PM |All posts
Reply 76# MissLibra


   wooww..good explanation...so dlm kes crita ni wtk tizz tu akan dpt dejavu sebab dia pakai hati arwah tunang aqasha tu..so stiap kali nmpak aqasha dia akn rasa dejavu!! wahhh...

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 05:10 PM |All posts
Reply 75# orang_kampong
eh inara tu panjat gunung gak ke?? aku ingat 2 wtk utama jer, tiz n aqasha...

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 05:28 PM |All posts
"Masih Ada Cinta Dalam Jiwa Ini" - Erma Fatima



Selepas mengarahkan drama berat seperti Tersasar Di Jalanmu, Airmata Nur Salina, Karma Salina, Tahajud Cinta dan Karma, pengarah prolifik Erma Fatima kembali mencabar dirinya untuk sebuah drama bersiri cinta, Dejavu Di Kinabalu.
Pertama kali mengarah sebuah drama cinta, Erma akui ia adalah hanya untuk mencari apakah wujud lagi rasa cinta dalam jiwanya.
¡°Saya hanya ingin menguji apakah banyak lagi cinta dalam jiwa ini. Maka itulah sebabnya saya buat pertama kalinya mahu mengarahkan drama cinta sebegini.¡±


Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias, Devaju Di Kinabalu mengisahkan Nadira (Tiz) yang menerima jantung Inara (Aishah Ilias), kekasih Ammar (Aqasha)
¡°Apabila pihak penerbit datang dengan idea mahu menerbitkan cerita mengenai pemindahan jantung, saya perlu memikirkan jalan cerita yang bersesuaian. Pastinya perkara ini sesuatu yang serius, saya mahu meringankan cerita pemindahan jantung itu agar lebih dekat dengan masyarakat.¡±


Untuk mencipta kelainan dan lari dari klise, Erma mahu mencipta satu keindahan cinta berlatarkan Gunung Kinabalu.
¡°Saya seorang pengarah yang mementingkan kualiti gambar. Saya mahu lari dari kebiasaan yang memaparkan shot bangunan KLCC, tepi tasik dan sebagainya. Saya perlu mencabar diri saya dengan melaksanakan kerja penggambaran drama ini di Gunung Kinabalu.¡±


Mengakui ia satu pengalaman yang cukup menyeksakan dirinya, namun kekuatan mental bagi menyiapkan sebuah karya seni mengatasi segalanya.
¡°Memang drama ini menyeksa diri saya sendiri. Perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata mengambil masa enam jam sejauh lebih kurang 6km. Kami naik seramai 16 orang, pelakon dan tenaga produksi. Bermalam di Laban Rata pukul 2 pagi keesokannya kami mula mendaki untuk sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu yang mengambil masa 3 jam sejauh lebih kurang 2km. Saya hampir putus asa. Lima orang terkandas termasuk jurukamera, penolong pengarah, pembantu produksi, pengarah seni dan seorang pelakon. Mental perlu cukup kuat untuk mendaki gunung tersebut. Memang payah tetapi atas nama seni, kami berjaya melakukannya!¡±


Hanya menghabiskan masa selama 5 jam untuk menyiapkan 18 babak, Erma tekad untuk datang lagi ke Gunung Kinabalu dengan persiapan yang lebih rapi.
¡°Untuk drama ini, kami hanya menghabiskan masa dari pukul 6 pagi hingga pukul 11 pagi untuk menyiapkan 8 babak. Memang tidak cukup masa. Banyak shot-shot yang cantik seperti sewaktu mendaki tidak sempat dirakamkan. Saya pasti akan datang lagi dengan persiapan fizikal yang rapi kerana saya mahu meluangkan masa selama 5 hari untuk merakamkan keindahan gunung itu di masa akan datang.¡±
¡°Keindahan Gunung Kinabalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Perasaan cinta itu hadir secara semulajadi di atas gunung itu. Ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan lebih-lebih lagi apabila mendaki pada usia begini.¡± ujarnya mengakhiri bicara.

3

Threads

1

Fans

464

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
28-6-2010
Post on 18-6-2012 05:44 PM |All posts
tak baik tau erma ni.... kalu wife dia jenis sentap kan naya.. nak buat gempak pun cara lain la oiii..........

1

Threads

0

Fans

3101

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
18-3-2006
Post on 18-6-2012 06:10 PM |All posts
Reply  orang_kampong
eh inara tu panjat gunung gak ke?? aku ingat 2 wtk utama jer, tiz n aqasha... ...
kerill Post at 18-6-2012 17:10



Tu dlm artikel kau tepek kat atas tu,watak inara la tu..

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 06:15 PM |All posts
Aqasha Puji Tiz Zaqyah Sebagai Kekasih









KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012: Pertama kali digandingkan sebagai pasangan kekasih bersama dramatis, Tiz Zaqyah, pelakon kacak, Aqasha akui berasa sangat serasi.

Malah Aqasha berkata keserasian yang terjalin di dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, telah memudahkan mereka untuk menjayakan drama yang bakal ditayangkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ini.

"Keserasian itu timbul mungkin kerana Tiz seorang pelakon yang mudah untuk berkomunikasi dan kreatif. Kerja pun jadi mudah.

"Menariknya, chemistry juga terlihat di dalam babak yang kami lakonkan.

"Bukan sahaja kerana keserasian kami. Saya juga perlu berterima kaish kepada pengarah fotografinya yang bijak dan kreatif memainkan sudut menarik kami bersama," katanya yang ditemui selepas pelancaran drama tersebut, kelmarin.

Berbeza dengan heroin yang digandingkan bersama, Aqasha turut memuji kebolehan serta bakat yang ada pada Tiz Zaqyah iaitu kekasihnya di dalam drama arahan Erma Fatima itu.

"Tiz seorang heroin yang sangat artistik. Dia mempunyai minat dan kebolehan dalam fotografi, melukis dan menyanyi.

"Sukar untuk mencari pelakon wanita yang mempunyai banyak bakat sepertinya," puji Aqasha.

Sementara itu, Tiz yang ditemui turut akui hubungannya dengan Aqasha sangat baik dan mudah kerana sikap profesional heronya itu.

"Mudah bekerja dengan Aqasha. Dia pelakon yang profesional dan tentunya sudah lama daripada saya yang baru sahaja lagi dalam dunia lakonan," jelasnya.

Bercerita mengenai pengalaman pertama menjalani penggambaran di puncak gunung Kinabalu, Tiz akui amat mencabar.

Katanya, dia terasa bagai hendak mati selepas semua tenaga digunakan untuk mendaki gunung hingga ke puncak.

"Terus-terang saya rasa bagai nak mati dan pengsan sahaja bila sudah selamat sampai ke atas puncak kerana mungkin tidak cukup fit.

"Namun, selepas selamat naik ke atas, saya rasa nyaman dan seronok melihat pemandangan dari atas puncak itu.

"Rasanya jika tidak kerana penggambaran ini, entah bila pula saya berpeluang ke tempat secantik itu.

"Meskipun terlalu penat, saya dapat menjayakan beberapa babak di atas puncak, malah suasana di puncak telah menghidupkan rasa cinta," luahnya lagi.

Selain Aqasha dan Tiz, Dejavu di Kinabalu turut dibintangi oleh Nazim Othman, Aishah Ilias, Meor Airf, Rebecca Nur Islam, Sharifah Nadian Yusnita dan Aida Khaleda.

Drama bersiri 28 episod itu mengisahkan mengenai Ammar (Aqasha) yang masih terasa kehilangan insan yang tercintanya iaitu tunangnya yang sudah tiga tahun meninggal dunia.

Mungkinkah ia hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dia dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya itu?

Namun perasan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Walau bagaimana pun, saksikan kesudahannya di TV3 pada setiap hari Isnin, bermula hari ini hingga Khamis, pada jam 7 malam.

0

Threads

2

Fans

1457

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
11-7-2010
Post on 18-6-2012 07:37 PM |All posts
cilanat tol...
citer dejavu di KK ni sama ngan citer drama korea SUMMER SCENT
erma fatima takde idea sudah kah???

0

Threads

2

Fans

1457

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
11-7-2010
Post on 18-6-2012 07:58 PM |All posts
ok so far direction wise citer ni much better than summer scent. summer scent agak slow. citer ni nampak kemas, shot byk cantik2, acting best dr semua pelakon.
tapi baru 1st episode kan...
aku harap sangat la citer ni awal2 je cilok idea summer scent tu, pastu tolonglah olah jgn bagi sama. tension aku tengok citer yg aku dh tau ending dia cemana.

1

Threads

0

Fans

3101

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
18-3-2006
Post on 18-6-2012 08:31 PM |All posts
sib baik aku tak tgk summer scent,so takde rasa apa2 la...bg yg dah tgk summer scent tu,bertabah la..harap2 takde la 100% sama plot nya..

9

Threads

2

Fans

2955

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
30-9-2011
Post on 18-6-2012 08:50 PM |All posts
Maksud paling simple utk menjelaskan dejavu adalah "satu pengalaman yang kita pernah lihat/  ...
MissLibra Post at 18-6-2012 16:29



ooo...baru tau,tima kasih ats penerangan tu...aku pun biasa gak alami situasi cmni...tp x tau plak org panggil dejavu...
PeTeh GaNu PeTeh...

19

Threads

0

Fans

4784

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
25-7-2011
Post on 18-6-2012 09:11 PM |All posts
perlu ke nk lariskan drama dengan bikin kontroversi mcm tu? kalau bukan kerana 'chemistry' tu pon org tetap akan tgok sebab:

1- ada tizz zaqyah yg mmg dah tau lakonan dia sentiasa beri yg terbaik
2- ada 2 hero hensem - aq & nazim cam korean actor dah
3- tajuk drama 'dejavu' tu dah lain drpd yg lain yg drama2 lain suka nau pakai nama heroin
3- sinopsis & story line dia berbeza dgn drama2 lain, not typical drama punya story line
4- memaparkan keindahan gunung kinabalu (mana tau lepas ni ramai nk g panjat)
5- sinematography nya cantik (berdasarkan episod 1)
mcm mana nak letak signature emoticon ni? ajor ler..

19

Threads

0

Fans

4784

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
25-7-2011
Post on 18-6-2012 09:15 PM |All posts
aku silap bod. ingat bod tv.. patut lah lain macam je bergosip
mcm mana nak letak signature emoticon ni? ajor ler..

0

Threads

6

Fans

4235

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
14-12-2008
Post on 18-6-2012 10:02 PM |All posts
aku silap bod. ingat bod tv.. patut lah lain macam je bergosip
fukadaminchi Post at 18-6-2012 21:15



   

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 11:50 PM |All posts
wah...epsod 1 dah bestt ni....plg x tahan ms opening tu aqasha pegang dada tizzz....auwww...lagu melly tu sgt besttt..sesuai sgt ngn citer ni....hrp momentum terus naik lah...jgn jd mcm sakura tu, mula2 dah best, smpai tgh2 tu dah jd klise...

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 18-6-2012 11:50 PM |All posts
tengok twitter remy, remy dah twit gmbar dia ngn tasha silla...tengok bola katanya

2

Threads

3

Fans

1595

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
16-1-2012
Post on 19-6-2012 01:29 AM |All posts
tweet yang boleh menimbulkan salah faham

8

Threads

1

Fans

3191

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-2-2005
Post on 19-6-2012 03:04 AM |All posts
alaa gambar biasa pun.. dua org kawan artis tengah duduk bersebelahan..
Say the truth!

0

Threads

1

Fans

1465

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
1-7-2008
Post on 19-6-2012 08:25 AM |All posts
layann citer nih, good start.. kelako lak si aqasha masa dlm utan tu dia takut2 kan tiz.. wat bunyi anjing sayup2...

1

Threads

0

Fans

89

Points

Junior

Rank: 2

Joined
17-6-2012
Post on 19-6-2012 09:13 AM |All posts
tiz ni bile bercakap..mesti cam hidung tersumbat...korang perasan x?huhu

4

Threads

0

Fans

1307

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
25-6-2010
Post on 19-6-2012 09:24 AM |All posts
mmg cam sengau....

0

Threads

0

Fans

56

Points

Beginner

Rank: 1

Joined
19-6-2012
Post on 19-6-2012 09:24 AM |All posts
first episod mcm besh..leh layan pasni

11

Threads

0

Fans

591

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
18-11-2011
Post on 19-6-2012 09:29 AM |All posts
perlu ke nk lariskan drama dengan bikin kontroversi mcm tu? kalau bukan kerana 'chemistry' tu pon or ...
fukadaminchi Post at 18-6-2012 21:11



    suka nazimmmmmmm sangat2x
LOVE TO BE IR..

8

Threads

0

Fans

3675

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-5-2008
Post on 19-6-2012 09:38 AM |All posts
jatuh cinta tgk ammar balut kaki nadira..ammar sama nama ngan my son..hihihi

77

Threads

5

Fans

7787

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
13-1-2005
Post on 19-6-2012 09:47 AM |All posts
suka lagu seputih hati..tp version agnes monica lagi sedap dgr..

versi melly..



versi agnes monica..

Back to basic
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 03:41 AM , Processed in 0.172924 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top