katanya notis kat members tak sampai.....? itu yang diorang pertikaikai AGM tak sah tuh...n ...
parasitology Post at 18-6-2012 08:54 
ada empat sebab yg derang mohon batalkan..
1- mendakwa tidak mengeluarkan notis menysuarat secara sah -
2- gagal membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat AGM -13
3- gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011
4- gagal menjelaskan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak berjumlah RM330,000 serta kos ubah suai bangunan RM33,000
kesmua ni salah zed zaidi ke?
dipetik dari: mstar online
AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.
Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13.
Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000."Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman. "Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. "Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat. |