Post Last Edit by cruisekeanu at 18-6-2012 17:10

Wajahnya tampan kacak bergaya Lakonan bersahaja memikat semua Senyumannya manis sungguh mengoda Lirikan mata bujangnya menusuki jiwa

Dialah harapan dunia seni negara Bakatnya hebat tiada tandingannya Peluang terbuka luas untuk dirinya Dia punya aura hebat berganda

Tiada gossip tiada kontroversi Minatnya sejati pada dunia seni Pelakon sejati berjiwa asli Semoga Tuhan terus merahmati

Artis yang satu ini artis harapan Mengangkat martabat dunia seni tempatan Berbudi bahasa tampak sungguh sopan Bersandarkan bakat bukan pujian

Sekali terpandang terus dirindu Lakonannya memikat amat bermutu Kehebatannya memuncak terus ke mercu Dialah satria seni nan satu




|