CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7151|Reply: 17

[Slot Ratu] Andai Ku Tahu - Natasha Hudson, Ezany, Faezah Elai.. Isnin-Selasa. 8

[Copy link]
Post time 20-6-2012 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by skymania at 20-6-2012 17:07



Drama terbaru di Slot Ratu TV9 akan mula bersiaran mulai 19 Jun 2012. Drama bertajuk Andai Kutahu ini akan menggantikan drama Lara Hati yang baru berakhir. Andai Kutahu adalah sebuah cerita cinta yang pasti akan menggamit emosi para penonton TV9. Drama ini membariskan pelakon-pelakon yang mampu menjiwai watak dengan begitu berkesan sekali iaitu Ezany Nizariff, Faezah Elai dan Natasha Hudson. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Andai Kutahu setiap hari Isnin & Selasa jam 8.30 malam.



sinopsis

Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Johan (lakonan Ezany Nizariff) dan Shariza (lakonan Faezah Elai) telah merancang untuk bercuti dan ketika dalam perjalanan ke destinasi percutian, mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Johan telah terhumban ke dalam gaung dan apa yang lebih mengejutkan adalah Shariza telah hilang sejurus selepas kemalangan tersebut!

Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma yang tidak terperi terhadap Johan. Walaupun selepas bertahun-tahun tragedi itu berlaku, sehingga kini Johan tetap tidak berputus asa untuk mencari isteri yang dicintainya itu. Hari berganti hari namun Shariza masih belum ditemui.

Setelah sekian lama bersendirian dan di atas pujukan keluarga, akhirnya Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Adura (lakonan Natasha Hudson) demi masa depan anaknya, Ezad, yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

Situasi menjadi kian menghairankan apabila Adura hampir terlanggar Shima ketika hendak menghantar Ezad ke tadika. Shima yang wajahnya benar-benar seiras dengan Shariza itu menjadi semakin rapat dengan Adura semenjak dari hari tersebut. Apabila Johan bertemu dengan Shima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Bagi Johan, yang berdiri di hadapannya adalah Shariza! Shima yang kelihatan pelik dengan Johan menafikan sekerasnya anggapan Johan itu.

Johan tidak senang duduk sejak bertemu dengan Shima. Seperti mana dia tidak berputus asa untuk mencari Shariza satu masa dahulu, kini dia akan meneruskan pencariannya itu. Adakah benar Shima adalah Shariza atau adakah mereka hanya pelanduk dua serupa? Adakah kemunculan Shima hanyalah imaginasi Johan yang tertekan akibat tragedi yang berlaku bertahun-tahun yang lepas?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2012 05:06 PM | Show all posts
drama nih tayang kol 8.30 setiap isnin n selasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 05:06 PM | Show all posts
meyampah plak aku ngan si johan neh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 05:16 PM | Show all posts
santek sangat natasha..mula la rasa nak buat koleksi tudung yg dia pakai

malam ni nak tengok lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 05:18 PM | Show all posts
Reply 4# bottombikini


   kaaann?? chantik gler! sweet jeh...bercahaya mukernyer...
tp sian die dlm drama neh...

tak baik sungguh johan keparat tuh..:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 09:30 PM | Show all posts
agak menarik citer ni..natasha ni sejak bertudung, makin manis pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2012 10:21 PM | Show all posts
baru tertengok citer ni tadi kat tonton.. fuhh!! natasha cantek benor lah.. so ayu dia pakai tudung lah, sejuk mata ni memandang
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 11:34 AM | Show all posts
makin lama tgk muka johan..makin ternmpak gigi dia makin maju kedepan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 04:39 PM | Show all posts
yg muka sorg lagi lelaki bawah pic faezah tu sapa ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 06:35 PM | Show all posts
Reply 9# queenteena


    tengku apa ntah....pakwe si zarian af...dlm drama neh die bawak watak kawan pejabat pd ezany..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 06:36 PM | Show all posts
dure dh preknen...tp nanti laki die jmpe pompuan sama ngan muker syariza tuh..sian dura..laki die start gler balik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 07:43 PM | Show all posts
yg muka sorg lagi lelaki bawah pic faezah tu sapa ek?
queenteena Post at 26-6-2012 16:39


tu gambar ungku ismail aziz, mamat ni berlakon boleh tahan especially dlm citer syurgmu ramadhan. best citer tu.. . the latest citer yg i tgk he berlakon was skizo. klau blm tgk citer ni, wajib tgk. best!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 11:15 PM | Show all posts
Reply 12# ccdj


    Ohhh ok TQ...
Nk kena tgk ni kalo cmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:31 AM | Show all posts
Best gak citer ni. Suke sbb nilai2 murni dlm citer ni. Tapi nanti mesti sedih meruntun jiwa bila isteri yg lama hilang muncul kembali

Isteri yg sabar menangani kerenah suami. Sentiasa memohon pertolongan dr Allah... tahajjud
Bapa yg profesional... bisnes is bisnes. Tp dah namanya anak... Bg chance sekali lagi... hehe...
Emak yg sentiasa prihatinkan anak dan cucu
Kakak yg sygkan adik.... eh kakak dia ni anak dara tua ke? Atau janda?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 03:04 PM | Show all posts
shima da muncul mlm tadi...iras2 muka isteri johan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 04:20 PM | Show all posts
mcm best je sinopsis dia.. heykal laki FE buat cite ni kan? smlm nampak dia tweet tajuk drama ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2012 08:34 PM | Show all posts
Ungku Ismail ni selalu berlakon bawah Radius One kn..
anak emas Radius kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 05:38 PM | Show all posts
Ungku Ismail ni selalu berlakon bawah Radius One kn..
anak emas Radius kot..
InangPutri Post at 27-6-2012 20:34


Mungkin kot..hehhe.. but his lakonan boleh tahan kan? suka gak ngan his character dlm citer Tihany yg mana he bergandingan ngan Nabila Huda.. best citer tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.084526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list