CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678Next
Return Post new threads
Show: 10803|Reply: 188

Updated: Anuar disaran pinang Dayang atau Dayang yg pinang Anuar gorjes? (pg.7)

  [Copy link]

212

Threads

4

Fans

6495

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
30-8-2009
Post on 20-6-2012 09:19 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by achik2009 at 22-6-2012 08:29

Khamis Jun 21, 2012

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengaku sudah hampir empat tahun tidak mendengar radio disebabkan bosan dengan pemilihan lagu di kebanyakan stesen penyiaran itu yang asyik memainkan genre muzik serupa.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, kebanyakan lagu yang diputarkan hanya menonjolkan satu atau dua jenis genre muzik  sahaja sedangkan ramai penyanyi tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis lagu.

"Sudah hampir empat tahun saya tidak mendengar radio kerana genre muzik yang dimainkan tidak dipelbagaikan. Lebih baik saya dengar menerusi cakera padat (CD) yang dibeli.

"Saya tidak kata lagu-lagu yang diputarkan itu tidak bagus, tetapi bukankah lebih meriah lagi jika semua konsep muzik diperdengarkan?," soalnya yang ditemui pada pelancaran album Anuar Zain di Bistro 42, Bangsar Village, di sini, petang Rabu.

Tambah Anuar, hal tersebut membuatkan penyanyi-penyanyi yang membawakan genre muzik berlainan daripada kehendak stesen radio tidak 'dilayan'  termasuklah dirinya sendiri apabila lagu  album barunya berjudul Anuar Zain gagal mendapat perhatian.

Pelantun lagu Sedetik Lebih ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila menerima maklum balas bahawa lagu-lagu yang dimuatkan pada album yang dipasarkan sejak hujung tahun lalu itu tidak mencapai tahap piawaian mereka.

"Saya agak terkilan dengan alasan yang diberikan kerana album tersebut dihasilkan dengan kualiti yang sangat memuaskan.

"Bukan mahu bangga diri, tetapi sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, sudah semestinya saya tahu tahap kualiti sesebuah lagu itu," tuturnya.

Lebih mengelirukan lagi penyanyi ini lagi apabila ada stesen radio memberi alasan bahawa lagu-lagu barunya tidak mesra pendengar sedangkan album itu telah pun dijual sebanyak 11,000 keping tanpa sebarang promosi dalam masa beberapa bulan sahaja.

"Saya tak faham apa yang mereka inginkan dan apa yang dimaksudkan dengan  mesra pendengar? Adakah saya perlu mengikut sejenis genre sahaja seperti lagu-lagu yang diputarkan kini?

"Maafkan saya kerana bersikap lantang sedikit. Bukan saya sahaja yang melalui masalah sama, sebaliknya rakan-rakan seperjuangan lain yang sanggup berhabis wang menghasilkan lagu yang berkualiti turut memiliki masalah yang sama. Saya harap pihak radio yang dimaksudkan peka dengan apa yang ingin disampaikan," tegasnya.

Sementara itu, mengenai album terbarunya itu, Anuar bersyukur kerana ia mendapat respons yang memuaskan walaupun tanpa melakukan sebarang pelancaran atau promosi.

"Walaupun pelancaran album ini agak lewat, tidak mengapa, biarlah pergerakan promosinya bergerak secara santai.

"Untuk album kali ini saya pertaruhkan dua buah single lagu iaitu Ajari Aku dan Sempurnakan Aku untuk diperdengarkan di radio.

"Selain itu terdapat enam buah lagu lagi yang dimuatkan dan diharap ia dapat memberi ketenangan emosi buat para pendengar," ujarnya.

Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah  Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.



Credits: mstar.com.my Last edited by achik2009 on 16-5-2013 11:22 AM

0

Threads

0

Fans

3937

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
12-1-2005
Post on 20-6-2012 09:24 PM |All posts
with new management ni hopefully bang nuar leh wat comeback

1

Threads

5

Fans

4166

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
8-11-2011
Post on 20-6-2012 09:27 PM |All posts
Muka bang nuar ni ada iras Karl Shafek. tapi Karl punya muka bentuk bulat

1

Threads

2

Fans

1930

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
19-10-2011
Post on 20-6-2012 09:33 PM |All posts
Lagu Sedetik Lebih dia tu elok je masuk radio.. siap masuk carta lagi..

88

Threads

48

Fans

1110k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
13-1-2008

Moderator Legenderer

Post on 20-6-2012 09:34 PM |All posts
lama nyer sentap...
nama saya sekai...korunk ada??

77

Threads

5

Fans

7787

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
13-1-2005
Post on 20-6-2012 09:39 PM |All posts
Bkn dlm tmpoh 4 tahun ni penah jd tetamu kat konti radio?
Back to basic

0

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
30-4-2006
Post on 20-6-2012 09:41 PM |All posts
lama nyer sentap...
skymania Post at 20-6-2012 21:34


biasalah golongan hadek hadek neh....kesentapan berpanjangan
~Fools rush in where angels fear to tread~

88

Threads

48

Fans

1110k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
13-1-2008

Moderator Legenderer

Post on 20-6-2012 09:44 PM |All posts
Reply 7# orlanda


   kkhheenn..lama noks..4 taun katanyer..kalah pondan lorong bebed bebal tuh...
nama saya sekai...korunk ada??

0

Threads

0

Fans

3937

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
12-1-2005
Post on 20-6-2012 09:47 PM |All posts
lol banyak stesen radio la ni... adalah yg pilih kasih tu kot..

3

Threads

1

Fans

384

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
9-8-2011
Post on 20-6-2012 09:55 PM |All posts
abang nuar. gitteew.

31

Threads

0

Fans

1086

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
28-6-2010
Post on 20-6-2012 09:56 PM |All posts
ohh.. dah 42 ghupenya bang nua jen nih

7

Threads

1

Fans

1851

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
11-7-2010
Post on 20-6-2012 10:09 PM |All posts
terima je la jaman ko dh berlalu...ekslusif..ekslusif..last2 diri sendiri yg susah...lagu ko aku leh terima tp sore ko mmg 'tak mesra pendengar' di telingaku...

0

Threads

3

Fans

4161

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
19-4-2011
Post on 20-6-2012 10:10 PM |All posts
Tak suke la konsep styling gambar tu
Sampai hati Merah buat Bunga mcm ni.....#BungaMerahPunya

168

Threads

3

Fans

9604

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-7-2006
Post on 20-6-2012 10:20 PM |All posts
memang pun...radio skrg x tau apa diorang nak...era, hot fm, suria sama jer semua..lagu sama, dejay bcakap pun lebih kurang sama...kalo penyanyi mcm anuar zen mmg patut x dgr radio2 melayu ni...dgr radio mat saleh lg bagus..at least bleh mempertingkatkan perbendahraan kata b.i

32

Threads

3

Fans

2845

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-2-2010
Post on 20-6-2012 10:23 PM |All posts
memang pon............ stesen2 radio kita skang semua putar lagu yg sama jah. kdg2 lagu yg tu smpai 5-6 kali putar sehari.. smpai jemu dgr. ayo sgt x de variasi hokeh..
Current Obsession - ♥Shinhwa & Hafiz♥...

21

Threads

2

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
30-12-2008
Post on 20-6-2012 10:26 PM |All posts
u go bung nuar jeng ...
T.o.M.e.T

2

Threads

4

Fans

3849

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
1-4-2010
Post on 20-6-2012 10:28 PM |All posts
harap abang nuar dapat dengar klasik nasional ...
Am so miserable without U, it's like u'r still here!

2

Threads

14

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
19-6-2008
Post on 20-6-2012 10:30 PM |All posts
Setuju dgn AZ!
#A Minute of Kissing burns 26 Calories. Healthy tips to Keep Slim & Happy #DLimitedEdition

17

Threads

5

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
27-2-2011
Post on 20-6-2012 10:30 PM |All posts
tak byk lagu AZ yg aku suke. rasenye 2 lagu jek. sbb tak suke cara pembawaan dia...

9

Threads

3

Fans

6577

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
18-9-2011
Post on 20-6-2012 10:32 PM |All posts
Boleh caya ke qoedahnya 4 taun tak dengar redio?

4

Threads

1

Fans

1455

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-5-2011
Post on 20-6-2012 10:36 PM |All posts
Industri hiburan Kat malaysia ni mmg mcm tu. nk buat product jgn buat product syok sendiri, kena ikut kehendak pasaran klu nk laku. Klu nk ikut kepala sendiri jgk beli sndiri la. Bukan aku nk kata apa. Tgk la apa2 filem/drama/album etc walau sbagus mana kualiti ke apa katanya pembaharuan ke jadah apa pun klu ssh nk diterima pasaran xkemana pn. Kecuali dia nk marketkan kat luar. Contohnya mcm artis2 tempatan yg dh pegi ke international tu mostly product dorg hanya suam2 kuku kat negara kita ada tu org xkenal langsung kat dlm negara kesnya sbb dia buat product ikut kemahuan dan citarasa dia so kena cari la negara mana yg blh terima citarasa dia tu (sbg contoh)
dang agi wak gelewat... bla maing tanusuk

16

Threads

7

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
18-7-2009
Post on 20-6-2012 10:58 PM |All posts
abang dini plak dah bape tahun tak dengar radio
love yourself before you love others ~  

13

Threads

0

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
26-6-2006
Post on 20-6-2012 11:17 PM |All posts
buat lagu mestila ikut kehendak pendengar....bukan buat lagu syok sendiri.....kalau lagu tu x mesra pendengar....sapa nak vote utk naik carta.....carta tu penanda aras populariti sesebuah lagu.....aishhhhhhh!! bukan susah sgt nak faham punnnnnn!! konsep demand and supply je.....
~Tuhan tolong lembutkan hati dia.....untuk menerimaku seadanya...~

2

Threads

6

Fans

5349

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
17-1-2011
Post on 20-6-2012 11:40 PM |All posts
aikk...lagu2 AZ pun ada yg kena tolak dgn stesen2 radio?...ingatkan lagu2 penyanyi baru jer yg dibuang dalam tong sampah.....diorang ni terlupa bayar "tol" agaknya...

650

Threads

11

Fans

110k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
14-9-2010

Moderator

Post on 21-6-2012 12:08 AM |All posts
deejay Effa kan sering putar lagu Nuart Zin ni... Naek menyampah aku dengar
When hungry, eat your rice; when tired, close your eyes. Fools may laugh at me, but wise men will know what I mean.
12345678Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-5-2013 07:22 PM , Processed in 0.188907 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top