Ku Berjanji Kerna Cinta lagu baru??? Pak Tam oo Pak Tam...tu lagu berabad lama dah. Lagi ...
La ...
kecikgurl Post at 22-6-2012 16:09
Ehh..tu bukan lirik lagu Cinta Harus Memiliki ker? Aku ingat lagu Ku Berjanji Kerna Cinta tu lagu yg lirik dia lebih kurang cenggini "Ku berjanji kerna cinta..ku berjanji kerna kasih mu..selamanya dan tak akan pernah berpisah...sampai kan nanti"..lalalaa..mcm tu la lebih kurang
Aku silap la ni ek. Soweeeee
Ehh..tu bukan lirik lagu Cinta Harus Memiliki ker? Aku ingat lagu Ku Berjanji Kerna Cinta t ...
Lavender_Violet Post at 22-6-2012 16:19
ntah la..aku pon xtau lagu 2 mcm mne..sbb xpenah dgr..tp penah la dgr tajuk kt radio..lagu baru die katanya..lom sempat na kuar lagu..aku da tukar radio
sbnrnya lagu Ku Berjanji Karna Cinta takdelah baru sgt pun...single tu dia dah rakam pada tahun 2010....
Budiey kira ramai di kalangan peminat Anuar Zain yang menantikan buah tangan terbaru lontaran suara lantang penyanyi ini. Sabar. Tidak lama je lagi, kalian akan dapat menikmati hasilnya. Dengarnya, selepas hari raya nanti Anuar Zain akan ke Indonesia untuk sesi rakaman lagu-lagu dari komposer handalam dari Seberang. Betapa komitmennya Anuar Zain sehingga terpaksa menolak beberapa show di rumah terbuka. Itu semua demi melihat album yang dihasilkan benar-benar bermutu dan lebih bagus dari yang pernah dihasilkan.
Ini dia single terbaru dari Anuar Zain¡ Ku Berjanji Karna Cinta hasil tulisan luahan rasa dan komposisi meletup dari Nico Ajie Bandy.
Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
¡®Tuk bersama selamanya
Kita berdua
Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu
reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
bridge:
Meraihmu¡menggapaimu
(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
sbnrnya lagu Ku Berjanji Karna Cinta takdelah baru sgt pun...single tu dia dah rakam pada tahun 2010 ...
achik2009 Post at 22-6-2012 16:36
Khennnn??? Ni la lagu yg aku ckp tu. Thn 2010 lg dah ada sbb aku suka gak feeling2 dgn lagu ni time tngh couple2 dulu. Habis, awatnya si Pak Tam Sinar FM tu kata tu lagu baru Nuar Jeng
Khennnn??? Ni la lagu yg aku ckp tu. Thn 2010 lg dah ada sbb aku suka gak feeling2 dgn lagu ...
Lavender_Violet Post at 22-6-2012 17:01
lagu tu dia release sbg single je dulu...bila dia kluarkan album baru lagu tu dia masukkan sekali....mgkn sbb tu Pak Tam anggap ianya lagu baru kot...skrg mmg trend artis kluarkan single sbb nak jimat kos...selepas tu baru kluarkan album...itupun kalo mampu...kalo tak sampai bila2 takde album pun...
nampaknya AZ kena berduet ngn artis2 favorite stesen2 radio dan tv pulak cam Najwa Latip tu ker....duet ala2 anak ngn bapak...ehehe..
susah2 sgt duet ngan Ramlah Ram tu ker.....Ramlah ni pun tiba2 popular balik lepas duet ngan bebudak muda...
yg aku perasan stesen2 radio ni utamakan artis2 yg punyai viewer ratus2 ribu/juta kat youtube....dan ada pengikut yg ramai kat fanpage.....walaupun sesetengahnya suara tak sedap mana pun....
tu belum lagi lagu Katy Perry, Si Bieber, Rihanna dah macam stesen Hitz fm gamaknya!
mallcop Post at 22-6-2012 03:45 PM
yess yessss and yessss!!!! Aku selalu layan Fly.fm kat opis. Diorang sokmo dok ulang2 lagu baru bieber, rihanna, katty perry...katty perry paling banyak la, termasuk lagu2 lama dia...apekebo-doh la diorang ni...tu blom lagi dok ulang2 lagu yang dj diorang nyanyi, if i were your aunty (nyanyi lagu english language tapi slang tamil, WTF?)...maaacam siyallll...stesen2 radio swasta melayu toksah cakap la....lagi bimbo tahap dewa...
SITI NURHALIZA @ Dewan Filharmonik Petronas | 5-7 July 2013
Khennnn??? Ni la lagu yg aku ckp tu. Thn 2010 lg dah ada sbb aku suka gak feeling2 dgn lagu ...
Lavender_Violet Post at 22-6-2012 09:01
Apa yg aku paham maksud pak tam.. Lagu ku berjanji kerna cinta tu merupakan lagu br yg dimainkan kat Sinar fm. Kan ke sradio sinar tu retro. Siarkan lagu2 lama je. Lagu yg dah expired kat radio era ke, xfresh ke, br dia mainkan kat sinar
si kertu cepat sentap...dah2 nyanyi..ko pi layan sugar daddy ko si dato H ituh sudaahh...
skymania Post at 22-6-2012 07:43
wahhh.. ko pun tau gak dato H tu yer????? aku smpai laaaa ni macam susah nak caya...... tapi bila tengok gaya dato H ckp macam nak caya je...waaaaaa benarkah?????
ada betul gak apa yang AZ ckp.. aku dapat rasakan lagu zaman puziah latip, damasutra, ekamatra, jiana jeng, ct (lagu2 baru la ni payah nak digest kat tinger aku.. nak nak lagu inggeris ), samihah omar adalah lagu yang sedap dan tak jemur didengar.. klau kita dengar lagu tu sekarang pun masih sedap....
skang ni lagu macam syok sendiri,, cinta mukabulu laa, cinta bersatu, semua cam tangkap muat nya lagu.... tapi mungkin selera orang berubah.. nak wat camner..
teringat allahyarham P.Ramlee... dulu masa top lagu pop yeye pun lagu dia tak dapat sambutan.. kena booo lagi...
menyampah aku ngan mamat bajet bagus ni
aku pon xmau dengar lagu2 dia kalo klua radio keta aku
semak jek dgr suara2 tarik camtu
plus personaliti cam diva bajet bagus..nauseating
Kenapa pihak station radio swasta nak marah2 dengan kenyataan Anuar Zain perkara betul itulah namanya permainan radio swasta. Kalau nak tahu suruh wartawan interview para PR syarikat rakaman, macam2 cerita yang tak sedap akan dengar ceritanya lebih hebat dari luahan rasa Anuar Zain. Station Radio Swasta jangan sesekali perasan anda tu bagus sangat2 tau. Bosan................
plg tak faham, ade satu stesen radio kejenya carta je setiap hari. Dlu carta lagu ni seminggu sekali..tertunggu-tunggu nk dgr sbb lagu best2 cthnya Pujaan 10 Nescafe dlu.
Skrg, pukul 10 pg carta undian kt fb, karang pukul 3, carta top 3, nnt kul 5 carta top 5, malam nnt carta 40 hits, hujung minggu carta Top 40. Dah tak best..
Memang betul pun, diroang asyik putar lagu same je , bosan sgt.Tapi apa nak buat semua based on rating pendengar, patut kene tukar system ni, xbole based on rating je. Tapi apa nak buat stesyen radio kat malaysia ni semua bimbo x creative nak generate income. Kadang2 layan gak sinar fm, layan lagu lama, xde la duk pusing lagu sama je.
Kaka nuar nak ke dgr radio melayu terjerit2 mcm anak ayam ni? Dgn deejay giler glamaer nak popular mcm retis jugak? Elokla tu tak keluar radio, maksudnya uols ekslusif gitu. Sheila Majid tu sgt jarang kat radio hokay, masalah sebutan la apa la, alhum dia beratus ribu jugak jual. Yg pasti, orang mmg tak beli cd skrg, lagu yg ala2 sendu tak kan jadi ringtone, so buatla lagu yg ala2 ricky martin ye kaka. Luv u.
Industri Seni Malaysia Semakin Keliru ¨C Anuar Zain
Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Anuar Zain ialah salah seorang penyanyi terulung di Malaysia. Jadi apabila Anuar Zain meluahkan isi hatinya tentang radio tempatan tidak menyokong penyanyi Malaysia, ianya harus diberi perhatian. Ini semua gara-gara lagu-lagu di dalam album keempat Anuar Zain yang jarang diputarkan di dalam radio.
Ikuti luahan hati Anuar Zain di bawah yang dikeluarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini:-
Saya akui lagu-lagu terbaru saya memang jarang diputarkan di radio. Bukannya tidak pergi berjumpa dengan orang kuat stesen radio tetapi alasan yang sering diberikan cukup mengelirukan. Ada kalanya saya merasakan alasan pendengar sukar menerima dan tidak menepati cita rasa adalah jawapan yang sangat ketinggalan zaman. Bagaimana industri seni kita hendak maju jika tidak mendapat sokongan daripada orang industri sendiri. Apabila tidak muncul dengan album, ramai yang bertanya tetapi lain pula yang jadi.
Saya percaya bukan saya seorang yang berhadapan dengan situasi seperti ini. Ada juga teman-teman artis lain meluahkan perasaan yang sama sehingga mereka berasa tawar hati untuk menerbitkan album kerana tidak mendapat sokongan daripada industri sendiri. Kita adalah anak tempatan dan seharusnya orang kita yang menyokong. Industri seni sebenarnya memiliki ramai bakat yang hebat tetapi peluang itu seolah-olah ditutup dan disekat apabila ada pihak bersikap prejudis.Lagu yang tidak sedap sekalipun kalau diputar berulang kali, ia akan melekat di telinga dan menjadi sedap.
Saya hanya meluahkan isi hati saya dan bercakap secara am kerana inilah yang berlaku di dalam industri lewat kebelakangan ini. Jika mereka mahu terus bersikap egoistik, teruskan. Saya percaya pada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apabila saya mendengar radio sebelum ini, hampir semua lagu-lagu yang dimainkan semuanya kedengaran serupa. Memang pada awalnya, kita merasakan ia adalah sesuatu yang enak didengar.
Tetapi lama-kelamaan apabila ada artis yang turut menyanyikan lagu dalam ritma dan rentak yang lebih kurang sama, ia menjadi bosan. Saya meletakkan diri sebagai pendengar yang juga mahu mendengar lagu-lagu daripada genre berbeza.
Tidak dinafikan, industri muzik kita memang bermusim. Lihat saja apa yang terjadi pada muzik dangdut, nasyid dan tradisional. Semuanya lenyap begitu sahaja kerana kecenderungan pihak tertentu yang mahu memeriahkan industri dalam satu-satu musim sahaja. Jika ini berterusan, saya percaya industri kita tidak akan berkembang maju dan pergi jauh. Bagaimana kita hendak mendidik pendengar dan peminat jika karyawan kita sendiri tidak mengambil langkah sepatutnya?
Saya bersyukur lebih sedekad dalam industri selepas menjadi penyanyi solo, muzik saya diterima dengan baik dan peminat mengenali Anuar Zain menerusi muzik yang saya perjuangkan. Alhamdulillah, ia kekal sehingga ke hari ini dan mereka terus menghargai apa yang saya lakukan. Setiap karya yang dihasilkan perlu ada jiwanya sendiri dan melambangkan perjuangan seseorang artis itu. Biar apa pun yang terjadi, saya akan terus merakamkan album kerana minat dan cinta itu masih lagi menebal. Keseronokan di dalam studio itu pengalaman yang cukup berharga
Ada benarnya kata-kata Anuar Zain terutama bab lagu kalau diputarkan banyak kali akan jadi sedap didengar. Abang Nara pun memang selalu layan radio ketika memandu, tak dinafikan memang banyak lagu-lagu daripada Indonesia yang diputarkan. Ada sesetengah stesen radio turut memainkan lagu Korea berulang kali untuk menarik peminat Kpop.
Namun bagi Abang Nara, lagu nyanyian artis Malaysia turut dimainkan secara kerap di corong . Cuma trend stesen radio sekarang ialah memainkan lagu yang sama berulang kali kerana tahu lagu itu digemari pendengar. Mungkin trend tersebut perlu diubah supaya lebih banyak lagu anak tempatan boleh dikeudarakan. Apa kata anda?
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.