CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51782|Reply: 84

Gunung Senyum di Temerloh Pahang

[Copy link]
Post time 22-6-2012 11:27 AM | Show all posts |Read mode
As-salam,

Saya ada terbaca satu artikel mengenai 'Percutian penuh misteri' di myMetro.

   Percutian penuh misteri       
Teks Ainal Marhaton Abd Ghani

JIKA ingin pengalaman beriadah sambil melancong ke lokasi percutian penuh misteri tetapi penuh keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang adalah lokasi terbaik.
Beberapa bahagian gua yang diterokai turut menawarkan pemandangan indah landskap semula jadi bukit batu kapur dan terletak berhampiran inap desa Felda Jengka 25.

Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.

Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik.

Apakah keistimewaan gunung setinggi 1,594 meter dari aras laut itu sehingga menerima gelaran sedemikian?

Bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang yang bertugas sebagai Jurupandu Gua, Saudi Mohd Yasin, ia bermula ketika  Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad (1863-1892) terpandang sebuah gunung yang belum mempunyai nama.

Sultan Pahang dikatakan bertanyakan pengiringnya nama gunung itu tetapi gagal mendapat jawapan.

“Sebaliknya, pengiring baginda hanya berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum.

“Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum,” katanya.

Sebahagian daripada 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Gunung Jebak Puyuh itu menyimpan pelbagai tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.

Saudi yang memiliki pengalaman lebih 15 tahun sebagai pendaki gua di situ, berkata antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.

Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.

Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya.

Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal orang bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

“Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini.

“Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia.

“Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi,” katanya.

Gua Terang Bulan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana jika bernasib baik, anda dapat menikmati  cahaya yang memasuki gua begitu terang umpama disinari cahaya bulan.

Terdapat juga Gua Taman Satu dan Gua Taman Dua yang menyerupai sebuah taman rekreasi yang terpelihara dan tersusun rapi tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.

Di Gua Taman Dua terdapat ukiran unik umpama kuda laut, cendawan dan batu karang yang terhasil daripada hidupan laut jutaan tahun lalu.

Mungkinkah Gunung Senyum dahulu dilitupi lautan kerana kewujudan itu umpama khazanah di di dasar laut?

Kawasan kaki gunung itu juga sesuai untuk meredah hutan. Untuk sampai ke sebuah gunung berhampiran iaitu Gunung Jebak Puyuh, anda perlu berjalan kaki selama 45 minit.

Di sini, anda boleh menemui tumbuhan unik dikenali sebagai Ara Albino  (Ficus Albino) ada 18 banir dengan ketinggian mencecah 16.5 meter manakala Kesenai hanya ditemui di Gua Taman Satu dalam keadaan berpasangan.

Terlanjur ke hutan lipur ini, jangan lupa singgah menginap di homestay Felda Jengka 25 atau chalet bajet bagi melengkapkan percutian anda.

Jika berminat meneroka gua ini, anda perlu mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

INFO

- Dibuka sebagai kawasan rekreasi bermula 14 Julai 1989

- Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4.

- Terletak antara perjalanan Kuala Lumpur-Kuantan. Pelancong boleh menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Temerloh dan kemudian menaiki kereta sewa untuk sampai ke situ.

- Sementara bas persiaran atau kereta persendirian boleh memasuki hingga ke kaki gunung ini. Kompleks Gunung Senyum di bawah selenggaraan Jabatan Perhutanan Pahang menyediakan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dengan kemudahan surau, dewan terbuka, chalet, tapak perkhemahan, chalet dan asrama.

- Terletak 20km dari Bandar Jengka, 40km dari Bandar Temerloh, juga boleh dilawati dengan menyeberangi Sungai Pahang dari Pekan Kuala
Krau dan 14km melalui  Kampung Tersusun Rumpun Makmur.

Hubungi: Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera, 28000 Temerloh, Pahang. Tel. : 09-2962755
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2012 11:35 AM | Show all posts
mintak mod tolong delete jika sudah ada cerita yang same lebih kurang dengannye...

saye penah skali je pegi sini.. itupun hari dah nak petang tak dapat nak explore semua gua2 yang ada kat dalam..

pasal kisah 'tok long' tu memang dah jadi urban legend kat situ...

kelibat 'tok long' ni masih lagi dilihat sehingga ke hari ini... ade penduduk yang pernah terserempak semasa

di pekan sehari Kuala Krau...

suka bace misteri pasal gua-gua kat situ... kalau ade yang boleh cerita lebih detail pasal gua-gua tu boleh la berkongsi di sini ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 04:34 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:43 PM | Show all posts
Reply 3# bluezink

dr gambo tu mcm x de rupe org senyum pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 01:26 PM | Show all posts
dekat je kat sini, tapi x pernah sampai pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply  bluezink

dr gambo tu mcm x de rupe org senyum pun
saber Post at 22/6/2012 10:43 PM


ni mesti tak baca artikel kat atas nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2012 12:42 AM | Show all posts
rasanya seekers pun penah buat
program kat
ada upacara menurun . tetibaangin dan
ribut bertiup kencang. aduhai mak limah
sayang. tepaksa la pihak seeker pulang
lenggang mak limah balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 05:11 PM | Show all posts
Reply 6# arisa_imamura


   huhuhu.. bace.. tp ingat kan gambo yg ade mata, idung, mulut tu pun ade kaitan senyum2 gak.. huhuhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2012 05:53 PM | Show all posts
penah smpai sini tp xdpt naik gunung sbb kna ad permission klu nk naik rasanya..teringin sgt nk g tp xtau cara..my mum penah crita la psl gunung ni tp x ingt lak citernya..tu y nk sgt g..nnti klu jmpa mak nk tnya smula la psl gunung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 07:41 PM | Show all posts
Reply 3# bluezink


   kebetulan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 08:04 PM | Show all posts
nak ajak kengkawan g sini ahh pas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 08:14 PM | Show all posts
Setiap kawasan ada kisah misterinya tersendiri.. btw pantang apa yg tok long tu langgar eh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 08:49 PM | Show all posts
pernah pergi time rombongan sek dulu.

kita org pergi semua gua yg di sebut

gua silat tu mmg luas sgt2.. and memang sesuai tuk latihan silat.

yg kolam 7 tingakt tu pun kita org redah... takut2 gak kot2 dlm kolam tu ada ular ke.. apa ke..



nasib baik tak der
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 09:02 PM | Show all posts
Dalam gua yang atas dia berlubang macam kat bawah laut dengan batu karang dan disebuah anak sungai ada ketam kecil yang hidup... belakang dia ada gunung jebak puyuh yang ada gua kalau suluh atas berkilauan batu dia yang berbentuk macam keropok lekor..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 09:15 PM | Show all posts
salam shiri sendiri pernah mengalami peristiwa disini hehehe
maaf sekadar tumpang berkongsi ...
sama cam jadi kat team seeker tu la tp bukn shiri pergi mnurun

masa tu kbetulan shiri ada mlawat keluarga kawan di temerloh,
so dibawak ronda ke gua tok long
saat dalam gua tok long tu la ...
tetiba langit cerah jadi gelap ... dan kemudiany ribut

shiri bawak turun n klua kanak2 ...
waktu berlari ke kereta kilat betul strike atas kepala kena tiang letrik smpai klua api ...
alhamdulillah xjd apa2 ... kemudiany seminggu shiri diuji hehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 09:17 PM | Show all posts
masa sekolah pernah stay situ 3 hari 3 mlm.. pengalaman masuk gua tu memang seronok.
cuma mistik bila masuk gua yang ada makam tu.. penuh kawasan tapak kaki budak. tak tau datang dari mana. jelas sb kawasan makam tu berpasir.

lagi satu aku lupa area mana. ada gua yang mcm gaung dalam mcm perigi tu.. cantik sangat. terdetik jugak kawasan pokok2 situ daun2 kering dia mcm baru lepas sapu..tersusun je tepi pokok2 tu..

tu je la mistik masa aku stay situ. cuma masa malam pertama dok situ. tengah2 happy gelak..biasalah budak2 sekolah kan. tetiba ada bunyi gelak jugak nun jauh di hutan tu.. sampai pelajar lelaki kena berjaga malam.. hehe

tu je la yang aku ingat. sebab rasanya seronok jungle trekking situ tgk gua. sampai ada yang kena merangkak kalau nak masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 02:35 AM | Show all posts
kata nya di kawasan itu ada nenek kebayan yang jaga kawasan itu..bg sesiapa yang bermalam di chalet yg disediakan..kalu bernasib baik dapat la jumpa dgn nenek tu..itu kata guide2 yg ada kt situ la..
sebenar nya pernah satu malam tu..aku nampak satu susuk yg seakan-akan perempuan tua berjalan di sekitar kawasan tmpat kami bermalam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 11:09 AM | Show all posts
As-salam...

terime kaseh kepada yang reply kat topik ni...
hmm.. nampaknye ramai lagi yang ade informasi menarik tentang Gunung Senyum ni dan
pengalaman2 tersendiri... saye sendiri baru sekali je sampai kat sini walaupun mase dok di kampung dulu kalau nak gi tiap2 minggu pun boleh.. tapi hanye berkesempatan sekali je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 11:11 AM | Show all posts
Reply 15# shiri

boleh shiri terangkan part di uji tu tak ? kalau tak keberatan lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 11:23 AM | Show all posts
Reply 9# ayucoco

hmm.. skang ni kalo nak panjat kene ade permission ke ?
rasenye dulu tak de pun.. tapi tu mase saye pegi sane 10 tahun lepas lah..
mungkin sekarang da ade peraturan kot.. boleh sape2 yang baru pegi sini kasi pencerahan tak ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.114125 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list