CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
1234Next
Return Post new threads
Show: 7518|Reply: 80

COnfirm Pelajar yg pinjam PTPTN tak perlu bayar balik

[Copy link]

770

Threads

3

Fans

6517

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
12-1-2009
Post on 23-6-2012 11:38 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Pelajar kelas pertama tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN


23 Jun 2012


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BAHRU - Seramai 4,430 pelajar Ijazah Sarjana Muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.

"(Seramai) 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.

Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan dikehendaki mengemukakan surat permohonan rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen termasuk salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang telah disahkan.

Mereka hendaklah memberikan salinan transkrip keputusan peperiksaan, akuan pelajar dan salinan sijil perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pelajar graduan institusi pengajian tinggi swasta.

Katanya, pelajar boleh merujuk prosedur melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my dan pihak PTPTN akan membayar balik pinjaman sama ada secara penuh atau sebahagian.

Sementara itu, mengenai SSPN-i, Mohamed Khaled berkata produk tersebut selaras dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disahkan sebagai produk mematuhi prinsip syariah.

Beliau berkata, dengan pengesahan tersebut, kesemua pendeposit terdahulu, sekarang dan yang baru serta mempunyai akaun SSPN yang mematuhi Syariah perlu membuka akaun SSPN-i melalui Maybank atau Bank Islam Malaysia Berhad.

Katanya, pembukaan akaun SSPN-i melalui bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun ini. - Bernama



69

Threads

8

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
20-11-2006
Post on 23-6-2012 11:52 PM |All posts
...LAAAAAA...bukan ini dah lama ke? 1st class tak perlu bayar balik ptptn?
LidBeautyMall.Com / .My
Beauty Health Slimming Products
Dropship: 5 Figs Monthly Income

4

Threads

0

Fans

1202

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
28-12-2009
Post on 24-6-2012 12:01 AM |All posts
kan dah nk dekat PRU-13 ni ...
TKiLo: Justice 4 All

1

Threads

0

Fans

979

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
27-8-2009
Post on 24-6-2012 12:02 AM |All posts
...LAAAAAA...bukan ini dah lama ke? 1st class tak perlu bayar balik ptptn?

sayawifenikmie Post at 23-6-2012 23:52


Rasanya bila Anwar promote pasal nak kasi free education ni jer kut baru PTPTN buat inisiatif / insentif 1st class tak perlu bayar balik.

Sebelum penubuhan PTPTN, misalnya pinjaman JPA dan pinjaman MARA, memang dah ada offer camni. Yang namanya biasiswa tu, since namanya pun biasiswa, memang confirm la tak payah bayar balik, regardless of the grade.
Cuma masalahnya, bukan senang nak dapat first grade ni.

69

Threads

8

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
20-11-2006
Post on 24-6-2012 12:04 AM |All posts
Rasanya bila Anwar promote pasal nak kasi free education ni jer kut baru PTPTN buat inisiatif /  ...
bro_kr Post at 24-6-2012 00:02


nopeeeee.. dah  lama ... katanya ramai Cina & India yang layak .... biasalah kannnn ...........
LidBeautyMall.Com / .My
Beauty Health Slimming Products
Dropship: 5 Figs Monthly Income

3

Threads

0

Fans

984

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
28-11-2006
Post on 24-6-2012 12:04 AM |All posts
sungguh ke nie.. paper ape ni..
kalau betul Alhamdulillah..

ni utk insan2 terpilih..antara nya saya la.. satu batch degree x dpt pengecualian ni sblm ni... batch yg masuk tgh july 2007 habis 2009...

"(Seramai) 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta," katanya.

69

Threads

8

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
20-11-2006
Post on 24-6-2012 12:10 AM |All posts
Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Penerima Ijazah Kelas Pertama
24/11/2010 12:59:50

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN,  mengenalpasti 8,488 siswazah yang layak dikecualikan pembayaran balik pinjaman, kerana berjaya mendapat ijazah kelas pertama.

Namun,  pelepasan bukan secara automatik, sebaliknya perlu mendapatkan pengesahan dari perbadanan berkenaan.

Datuk  Ismail Mohamed Said / Pengerusi PTPTN.
Saya merayu kepada pelajar-pelajar yang mendapat first class ini, datanglah kepada PTPTN maklumkanlah, tunjukkan bukti dia first class degree, tunjukkan bukti dia first class, maklumat diri yang lengkap kepada kita untuk kita keluarkan tawaran untuk lepaskan mereka dari bayaran.

Secara keseluruhan pelepasan membabitkan kos sebanyak RM246 juta.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kembara Muhibah Satu Malaysia di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

Pelupusan hutang PTPTN bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu dan telah diluluskan parlimen baru-baru ini.

Inisiatif itu bagi menggalakkan usaha melahirkan modal insan cemerlang.
LidBeautyMall.Com / .My
Beauty Health Slimming Products
Dropship: 5 Figs Monthly Income

1

Threads

0

Fans

979

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
27-8-2009
Post on 24-6-2012 12:12 AM |All posts
nopeeeee.. dah  lama ... katanya ramai Cina & India yang layak .... biasalah kannnn ...........
sayawifenikmie Post at 24-6-2012 00:04



Ooopss.... Mungkin silap pemahaman sy la ni.. Sy pun dengar-dengar camtu jer. Sebabnya masa zaman sy dulu zaman kebanyakannya dapat biasiswa.  


P/s: wanie84 lak kata takde pengecualian sebelum ni?

1

Threads

0

Fans

979

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
27-8-2009
Post on 24-6-2012 12:25 AM |All posts
Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Penerima Ijazah Kelas Pertama
24/11/2010 12:59:50


Datuk  Ismail Mohamed Said / Pengerusi PTPTN.
Saya merayu kepada pelajar-pelajar yang mendapat first class ini, datanglah kepada PTPTN maklumkanlah, tunjukkan bukti dia first class degree, tunjukkan bukti dia first class, maklumat diri yang lengkap kepada kita untuk kita keluarkan tawaran untuk lepaskan mereka dari bayaran.


______________________________________________________

Pelupusan hutang PTPTN bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu dan telah diluluskan parlimen baru-baru ini.
sayawifenikmie Post at 24-6-2012 00:10


Kalau berdasarkan petikan news di atas, pengecualian ni baru dilaksanakan sekarang (dan kelulusan parlimen pun baru-baru ni jer).


Apa-apa pun, adik-adik kat Universiti sana, belajar betul-betul. Ilmu / skill yang bermanfaat bukan diukur pada sekeping kertas, tapi bagaimana ilmu itu berjaya dimanfaatkan melorong kita kepada kejayaan dunia dan akhirat. Ada orang tak perlukan pon paper ni, dia pun berjaya. Tapi tak ramai yang boleh jadi camtu... Yang ramai, perlukan paper ni. Ilmu itu maknanya faham. Faham itu diterjemahkan kepada applikasi.

127

Threads

2

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
31-3-2003
Post on 24-6-2012 12:26 AM |All posts
ada tak balaci felda pprt yang kata, 'woi, kalau dah hutang tu, bayar balik lah. bengkeraplah negara kalau camni'?

10

Threads

5

Fans

3327

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
13-11-2007
Post on 24-6-2012 01:22 AM |All posts
mcm ne lak kes if tkr penaja ye, bleh dpt pngecualian gak ke...aku dpt ptptpu 1 sem je time degree pas 2 dpt jpa lak....
pet peeve=to whom it may concern

9

Threads

5

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-9-2005
Post on 24-6-2012 01:27 AM |All posts
masalahnye korang yang bising2 ni dapat pointer 1st class ke? Ke blaja setakat SPM dapat SAP je?
SITI NURHALIZA @ Dewan Filharmonik Petronas | 5-7 July 2013

127

Threads

2

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
31-3-2003
Post on 24-6-2012 02:05 AM |All posts
June 23, 2012

KUALA LANGAT, 23 Jun ¨C Rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata janji pembangkang tidak ditepati kerana ia merupakan janji politik manakala budi tidak perlu dihargai kerana mereka merasa sakit hati melihat bantuan demi bantuan yang dihulurkan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Pembangkang juga mencadangkan kepada rakyat supaya hutang tidak perlu dibayar dan ini merupakan nilai buruk pembangkang kerana hutang wajib dibayar menurut ajaran Islam, katanya semasa berucap melancarkan Program PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Ku Sihat peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Bumbun di sini hari ini.

¡°BN boleh tentukan masa depan yang penuh harapan untuk rakyat Malaysia khususnya di Selangor. Saya percaya Parlimen Kuala Langat boleh dimiliki semula oleh Barisan Nasional,¡± katanya.

Mengenai program hari ini, Najib berkata kerajaan mengambil berat tentang kesihatan keseluruhan rakyat Malaysia termasuk golongan kurang upaya (OKU) menerusi program PDK Ku Sihat anjuran BAKTI, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). ¨C Bernama


bijan kata sapa tak bayar hutang, berdosa!!....

1

Threads

2

Fans

5926

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
15-1-2008
Post on 24-6-2012 02:11 AM |All posts
Yahooooo...boleh dapatkan REFUND.......
SATU MALAYSIA? An IMPOSE Unity, is a FALSE Unity..........

0

Threads

1

Fans

3176

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
29-2-2008
Post on 24-6-2012 02:17 AM |All posts
apsal kalo berita pasal ptptn jer mesti kuar gmbar khalid nordin ni....
dh la besar slalu buat aku terkejut......

8

Threads

12

Fans

8564

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
22-11-2010
Post on 24-6-2012 04:19 AM |All posts
mcm ne lak kes if tkr penaja ye, bleh dpt pngecualian gak ke...aku dpt ptptpu 1 sem je time degree p ...
gurlfriday Post at 24-6-2012 01:22



   byr je lah blk yg 1 sem tu...3.5k je pn...my sis dlu pn mcm tu 2 sem ptptn then dpt jpa, duit yg jpa bg tu trus byr on the spot kt ptptn blk...
Supercalifragilisticexpialidocious!

8

Threads

12

Fans

8564

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
22-11-2010
Post on 24-6-2012 04:20 AM |All posts
apsal kalo berita pasal ptptn jer mesti kuar gmbar khalid nordin ni....
dh la besar slalu buat aku  ...
liyanur Post at 24-6-2012 02:17



   nk tunjuk dia buat kerja???

aku x knal pn khalid nordin sape sblum ni hahaha
Supercalifragilisticexpialidocious!

3

Threads

3

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
9-7-2007
Post on 24-6-2012 04:37 AM |All posts
Reply 17# aechae
khlid gagap kenal tak?
VW #DRIVERS WANTED#

3

Threads

0

Fans

984

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
28-11-2006
Post on 24-6-2012 07:29 AM |All posts
bajet 2010 mmg la dah kecualikan stdnt 1st class..
tp utk yg grad sebelum 2010 tu x dpt..
yg lama2 dpt jugak (yg sain agreement b4 1julai 2007)
yg tengah2 tu yg x dpt sblm ni..
skarang baru dpt ..

18

Threads

1

Fans

3482

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
19-2-2008
Post on 24-6-2012 07:55 AM |All posts
ada tak balaci felda pprt yang kata, 'woi, kalau dah hutang tu, bayar balik lah. bengkeraplah negara ...
freebird Post at 24-6-2012 00:26


aku tak sokong sape2 dan bukan balaci mana2...
tapi kalau pasal hutang aku takuttttt.... nak2 melibatkan rezeki bagi anak bini makan....
refer jgk surah al-baqarah ayat 282....walahualam....

78

Threads

2

Fans

810k

Points

Emperor

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
9-9-2005
Post on 24-6-2012 08:27 AM |All posts
first class ni berapa? 3.67 ka 3.5?

8

Threads

12

Fans

8564

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
22-11-2010
Post on 24-6-2012 09:09 AM |All posts
first class ni berapa? 3.67 ka 3.5?
DTECCONAN Post at 24-6-2012 08:27



   ikut U....rendah la UPM zmn aku dlu 3.79 ke atas...sbb kwn aku dpt 3.78 x layak utk x payah byr ptptn ni
Supercalifragilisticexpialidocious!

8

Threads

12

Fans

8564

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
22-11-2010
Post on 24-6-2012 09:10 AM |All posts
bajet 2010 mmg la dah kecualikan stdnt 1st class..
tp utk yg grad sebelum 2010 tu x dpt..
yg lama2 ...
wanie84 Post at 24-6-2012 07:29



   means yg psl 1st class xpayah byr pnjaman ni berubah2 ke dia punye tetapan tu???? cehh....
apasal nk on off plak???
Supercalifragilisticexpialidocious!

9

Threads

2

Fans

2955

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
30-9-2011
Post on 24-6-2012 09:21 AM |All posts
lepas ni kalu ada lg yg bangkitkn isu ni,confirm dia dr 2nd/3rd class...xnk bayo utang la tu...
org yg 1st class,diam2 je...
PeTeh GaNu PeTeh...

78

Threads

2

Fans

810k

Points

Emperor

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
9-9-2005
Post on 24-6-2012 09:25 AM |All posts
Reply 22# aechae

mak aiii tinggi nya
jadi PTPTN ni ikut pointer universiti ker dah tetapkan pointer berapa dapat pelepasan PTPTN?
1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-5-2013 02:23 AM , Processed in 0.185003 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top