CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Show: 1180|Reply: 1

AFA 2012 : Sea¡îA Teruja Menemui Peminat di Malaysia

[Copy link]

199

Threads

21

Fans

310k

Points

Super Moderator

my sweet sangwoo oppa

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Joined
24-7-2004

Moderator Super Moderator

Post on 25-6-2012 04:44 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



PWTC, KL - 2012, 9 Jun - Sea¡îA merupakan kumpulaan yang dianggotai oleh 4 anak gadis muda. Dimana kesemua ahli Sea¡îA berasal adalah berasa. dari Asia Tenggara, Beryl, Valerie dan Estelle berasal dari Singapura manakala Winnie pula berasal dari Malaysia. Kareer mereka bermula dari Anime Festival dimana mereka bermula dari Moe Moe Kyun maid caf¨¦. Peluang untuk membuat persembahan di konsert Anime Festival Asia Malaysia 2012 Anisong kali ini sangat istimewa buat mereka terutama sekali Winnie memandangkan ini kali pertama Winnie membuat persembahan di negaranya sendiri. Winnie begitu teruja untuk memperkenalkan Sea¡îA kepada rakyat Malaysia. Didalam sesi temubual ini, kesemua ahli kelihatan ceria dan sudah semestinya Winnie yang paling teruja dan apa lagi bila ahli yang lain berkata mereka inginkan Winnie yang mewakili mereka untuk menjawab hampir kesemua soalan yang ditanyakan oleh media disebabkan Winnie adalah orang Malaysia jadi keistimewaan itu diberikan sepenuhnya untuknya.



Walaupun Sea¡îA menumpukan kerjaya mereka di Jepun tetapi untuk sesi latihan semuanya dilakukan di Singapura. Ini memerlukan mereka untuk berulang alik antara dua negara dengan kerap and apabila ditanya mengenai penerimaan ibu bapa mereka, mereka bersyukur kerana keluarga mereka menyokong kerjaya mereka dan sokongan dari keluarga adalah sangat penting kerana ianya sumber kekuatan mereka. Kami diberitahu juga oleh Winnie bahawa keluarganya akan datang menyaksikan persembahan mereka nanti dan ini membuatkan Winnie sangat terharu apatah lagi dia memang merindui keluarganya selalu. Disamping itu juga hubungan yang baik diantara Sea¡îA dengan pihak pengurusan yang mengurus mereka juga turut membantu mereka sepanjang perjalanan kareer mereka. Jauh dari keluarga juga menyebabkan mereka banyak bergantung diantara satu sama lain dan sekaligus membuatkan hubungan mereka erat seperti adik beradik disamping saling memberi sokongan diantara satu sama lain. Menurut Valarie, ketika kumpulan ini pertama kali ditubuhkan, beliau bersa agak sukar menari kerana beliau tidak mempunya pengalaman menari seperti ahli yang lain terutama sekali Beryl yang sudah mempunya latar belakang tarian buat beberapa tahun. Tetapi dengan sokongan ahli lain, beliau berusaha untuk memperbaiki tarian dan kini dia sudah boleh menari sebaik ahli yang lain.



Disebabkan sebelum ini mereka telah mengeluarkan lagu dalam bahasa Jepun, English dan Chinese. Ditanya juga adakah mereka ada berura-ura untuk menghasilkan lagu didalam Bahasa Malaysia. Mereka semua tersenyum dan semua ahli memandang Winnie sebelum masing-masing tertawa geli-hati melihat reaksi sepontan Winnie yang berkata berkemungkinan buat masa ini mereka lebih selesa menyanyikan lagu dalam 3 bahasa itu dulu memandangkan Beryl, Valerie dan Estelle tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia.



Apabila ditanya mengenai pendapat mereka tentang AFA, Beryl mengatakan bahawa AFA sangat istimewa buatnya kerana kumpulan mereka ditubuhkan melalui AFA dan ia memberi mereka peluang utnk melawat negara lain sambil mempromosikan lagu-lagu mereka. Estelle menambah bahawa AFA seperti rumah kedua buat mereka kerana kekerapan mereka menyertai AFA malahan mereka sudah mengenali sebahagian besar staff AFA yang telah banyak membantu dan berkongsi pengalaman didalam AFA. Dan dalam temubual esclusive ini juga mereka dengan gembira memberitahu bahawa meraka dalam proses mencari ahli baru untuk Sea¡îA yang khas diadakan di Malaysia dan Indonesia. Pencarian ahli baru itu akan diumumkan pada malam concert mereka. Walaupun baru dalam proses pencarian Valerie sudah kelihatan teruja tidak sabar untuk meraikan ahli baru dan kelihatan ahli yang lain juga menyokong kata-kata Valerie. Untuk maklumat maklumat lanjut mengenai proses pencarian ahli baru Sea¡îA, boleh merujuk website rasmi Sea¡îA iaitu http://seaa.asia

Artikel  oleh  : isabel & linome
Gambar oleh : isabel
PARK YONG HA
R.I.P [1977 - 2010]
Be a star in the sky...

2

Threads

1

Fans

350

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
31-8-2012
Post on 1-9-2012 03:37 PM |All posts
siapa plk ni....mengedik je lebih..
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 12:11 PM , Processed in 1.053470 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top