CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Liana Jasmin-[U]

[Copy link]
Post time 1-8-2012 03:37 PM | Show all posts
Wah... Akram nak cucuk jarum...

N
E
X
T

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2012 03:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-8-2012 03:37 PM
Wah... Akram nak cucuk jarum...

N

special NEXT kt rumah Liana ya
nah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 03:33 PM | Show all posts
Episod 8

Hari ini Sara membawa pulang seorang kawan ke rumah, Mila namanya. Kata Sara, Mila tinggal di tingkat enam, dimana rumah kami pula di tingkat tujuh. Jelas Sara lagi, hanya dia dan Mila sahaja dari blok yang sama mengaji al-Quran dan Fardhu Ain di rumah Kak Dania di tingkat sembilan. Kawan-kawan lain yang seramai lapan orang lagi semuanya dari blok lain.

“Kalau macam tu bolehlah tiap-tiap hari Mila singgah sini dulu sebelum pergi mengaji, nanti bila dah siap mengaji bolehlah auntie tolong hantarkan Mila balik ke rumah,” aku menawarkan budi. Alah, turun setingkat je bukannya susah sangat manapun. Lagipun tidaklah Sara bosan nanti jika sudah punya kawan pergi balik mengaji.

Mila tersenyum menganggukkan kepalanya, manis sungguh berbaju kurung dan bertudung pula. Sara sudah bertepuk tangan kerana secara tidak langsung dia akan punya kawan baik selepas ini.

“Jom, hari ni tak boleh duduk lama-lama rumah auntie, nanti ibu Mila cari pulak,” aku memakai tudung ala kadar mahu menghantar Mila balik ke rumahnya.

“Mila tak ada ibu, tinggal dengan abah dan nenek saja,” ikhlas anak kecil itu menjawab.

Aku kaget. Senasib dengan Sarakah hidupnya? Tapi mungkin Sara lebih baik kerana punya ibu, yang lebih terasa kasih sayangnya. Aku tidak jadi untuk segera menghantar Mila balik, tetapi memimpinnya perlahan duduk di ruang tamu.

“Mmm...ibu Mila pergi mana?” Aku mahukan pemahaman yang lebih jelas.

“Mama dah meninggal...baru je,” tabah anak ini bersuara, tanpa sebarang kesedihan tergambar.

Aku pula yang mendung jadinya. Kesian anak kecil ini.

“Mama Mila sakit?”

“Tak, mama eksiden masa balik kerja,” jelasnya lagi.

“Ohh...tak pe, tak pe...Mila boleh selalu datang rumah auntie ni kalau Mila nak. Boleh kawan-kawan dengan Sara,” aku memaniskan wajah.

“Terima kasih auntie, Mila pun suka kawan dengan Sara. Dia baca Quran best je,” pandai pula anak ini memuji.

Aku kembali bersedia untuk menghantar Mila. Dia beriringan dengan Sara menuju ke ruang tangga. Turun setingkat saja dengan tangga bolehlah, sambil-sambil eksesais. Aku membontoti dari belakang menuju ke rumahnya. Dapatlah jiran baru hendaknya, sementelah aku juga mula merasa keseronokannya semenjak beberapa minggu tinggal di sini. Persekitarannya jauh lebih baik dari tempat dahulu, paling penting pengurusan sampahnya teratur baik. Oh, aku sudah fobia dengan bau busuk!

Aku sudah berada di hadapan rumah Mila.

“Assalamualaikum...”, suara Mila lunak memberi salam sambil tangannya mengetuk-ngetuk pintu kayu di hadapannya.

Aku yang di belakang meliar memandang dekorasi hadapan rumah ini. Boleh tahan! Ruang perantara sebelum kaki melangkah masuk ke rumah disediakan sebuah kerusi kayu panjang, mungkin sekadar untuk berehat-rehat santai di kaki lima rumah sambil-sambil memakai atau membuang kasut barangkali. Itupun kerana aku  terpandang betapa kreatifnya si pencipta kerusi ini yang mencipta rak kasut panjang terbuka di kaki kerusi itu. Biasa sangat aku melihat ada laci di bawah tempat duduk kerusi kayu jenis ini, tetapi kali ini rak kasut! Sungguh inilah kali pertama aku melihatnya. Terberkenan lah pulak.  

Pandanganku yang sedang tertancap pada cermin panjang di dinding atas kerusi itu terus mati apabila pintu terkuak dari dalam. Belum sempat lagi mahu menatap tata rias pokok-pokok berdaun lebat di sekitarnya, seorang perempuan lewat 30-an muncul. Muda pulak nenek Mila ni?

“Nek mana, Bik?” Mila sudah melangkah masuk berpegangan tangan dengan Sara.

Oh, bibik rupanya. Duduk pangsapuri macam ni pun boleh pakai bibik? Aku berbicara sendiri sementelah masih tegak di luar rumah. Tiada siapa yang menjemput aku masuk, tunggu ajalah di sini.  

Tidak lama, seorang perempuan separuh umur keluar dengan wajah yang murah dengan senyuman.

“Laa...kenapa tak masuk?” Dia menyapaku ramah.

“Oh, tak apalah, datang hantar Mila je... dari kelas mengaji kat rumah Dania tu...sama dengan anak saya, Sara,” kami bersalaman, mudah-mudahan terjalinlah ukhuwah sesama Muslim.

“Terima kasih, biasanya Dania yang tolong hantarkan,” tangannya menarik aku masuk.

“Memang Dania yang hantarkan ke rumah saya tadi, tingkat tujuh...Sara yang beria-ia nak kenalkan kawan baru dia, saya tawarkan untuk hantarlah,” aku menceritakan situasinya.

Kami bersembang ala-kadar sekadar meraikan pertemuan pertama sesama jiran. Sempat lagi nenek Mila menjamu kopi panas dan karipap segera. Tetapi tidak kelihatan pula abah Mila. Tak mungkin pula untuk aku bertanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:59 AM | Show all posts
Mana abah Mila?

Ada seken hero le pulak...

Next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-8-2012 09:59 AM
Mana abah Mila?

Ada seken hero le pulak...

bos g mana Nicki?

hbs rumah org digalinya...igt nk pencen jap smpai ke raya ni

jap na...nk pgil abah Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:36 AM | Show all posts
Episod 9

“Macam pernah jumpa tapi kat mana ya...?” seolah-olah suara itu menegur aku.

Aku menoleh ke kiri, seorang lelaki sedang tersenyum kepadaku.

“Berapa ringgit?” Bungkusan nasi kerabu sebanyak lima bungkus dan beberapa jenis kuih bertukar tangan.

“RM 15, terima kasih, kak,” aku menghulurkan not secukupnya kepada Noni. Bagus budaknya, sering sahaja kulihat dia begitu komited dengan tugasannya menjual nasi kerabu setiap hujung minggu bersama ibunya di gerai kecil hujung perumahan ini.

Awal pagi tadi Sara sibuk mengajak aku bersarapan di rumah Mila. Katanya nak bawa nasi kerabu Kak Noni untuk Mila sekeluarga. Memang nasi kerabu Mek Klate tu kena dengan selera kami berdua. Lebih teruja kerana nasinya yang berwarna biru telang dan banyak pula pilihan lauknya. Ada ikan goreng celup tepung, ayam bakar, daging bakar, solok lada, telur masin...fuhhh...

Aku angguk setuju dengan cadangan Sara, tetapi tidak mahu menelefon Mila kerana takut menyusahkan mereka sekeluarga menyediakan sarapan untuk kami pula. Kalau ada rezeki dapatlah kami bersarapan bersama, jika sebaliknya mereka sudah bersarapan, jadikan sahaja nasi kerabu dan kuih-muih ini sebagai rezeki tambahan untuk hari ini.

“Tinggal sini ke?” suara lelaki tadi.

Aku memandangnya sekilas. “Mmm...encik tanya saya?” aku mencari kepastian.

Lelaki itu mengangguk. “Saya tinggal kat sini, tapi tak pernah pula jumpa cik sebelum ni. Tapi macam pernah jumpa sebelum ni...lupa lah kat mana...,” peramah pula dia.

Aku berfikir sejenak, menggeleng-geleng kepala. Tidak mampu aku mencernakan wajahnya jika benar pernah berjumpanya sebelum ini.

“Maaflah encik, saya pun lupa jika kita pernah berjumpa sebelum ni...tapi memang saya tinggal kat sinilah, baru je dua bulan” aku menjawabnya sopan.

“Patutlah, jiran baru rupanya.”

“Saya pergi dulu ya,” aku undur diri. Rasanya tidak perlu untuk menjadi terlalu peramah dengan sesiapa yang belum benar-benar dikenali.

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum, membalas lambaian Sara beberapa kali. Aku meneruskan langkah menuju ke rumah Mila.



“Assalamualaikum, Mak Pah,” kebetulan nenek Mila sedang menyiram pokok-pokok bunganya yang berjumlah lebih kurang 10 pasu. Ruang perantara sesempit inipun menjadi dikerjakannya untuk kelihatan cantik dipandang, janji ada minat! Aku yang muda ni pun tak menyempat nak menanam. Tak sempat ke malas? Mmm...dua-dua la kot.

“Waalaikumussalam...dari mana ni?” Mak Pah meletakkan bekas penyiram bunga lalu bersalaman denganku.

Aku tersenyum menyalaminya. Sara juga turut melakukannya.

“Sara ni ha...nak datang bersarapan dengan Mila. Ni kami dah beli nasi kerabu kat bawah tu. Mak Pah dah tak payah nak susah-susah, ajak Bik Har makan sekali,” aku menghulur dua beg plastik kepada bibik yang sudah terjengul di muka pintu.

“Kebetulan pula baru tadi Mila mintak abahnya belikan nasi kerabu untuk sarapan pagi ni. Eh, jomlah masuk,” Mak Pah mendahului masuk ke rumah. Kami berdua membontotinya.

“Mila mana, Nek?” mata Sara melilau ke kiri kanan.

“Tengah mandi, Sara. Dari tadi asyik dok tengok tv saja. Kalau tak disuruh tak bergeraklah jawabnya. Eloklah Sara dah cantik-cantik pagi-pagi macam ni. Fikiran pun boleh jadi tenang kalau kita selalu amalkan mandi awal pagi, semangat sikit nak mulakan hidup baru,” samalah juga Mak Pah dengan nenek-nenek lain yang suka berceloteh panjang.

Aku tersenyum meleret, terkenang pula kepada ibu ayah di kampung. Malam tadi baru saja aku berbual panjang dengannya, katanya sunyi sikit tanpa Sara. Beginilah kehidupan, adakalanya kita seronok menghadapinya bersama-sama orang-orang tersayang di sekeliling, adakalanya pula kita mungkin akan menempuh kesunyian yang membuka pintu peluang untuk merasa nikmat sujud berbicara dengan Maha Pencipta sahaja.

“Sama la nek dengan Sara ni...hari ni pagi-pagi la mandi pasal nak datang sini,” aku pandang Sara. Dia ketawa mengekek.

Kami sama-sama membantu menyediakan sarapan di meja makan. Tiba-tiba sekilas aku melihat seorang lelaki masuk ke ruang dapur.

“Eh...!” Kami sama-sama terperanjat sebenarnya, memandang di antara satu sama lain. Lelaki tadi...? Siapa dia? Abah Mila? Mungkinlah...

Lelaki itu meleret tersenyum memandang aku penuh makna.

“Baru saya ingat, awak ni Liana kan?” sesi berkenalan bermula lagi. “Awak bekerja dengan Datin Maria kan? Cawangan Setiawangsa? ”

Wah...semuanya betul! Siapa lelaki ni? Kenapa aku langsung tak kenal dia? Macamana pula dia boleh baca profil aku setepat itu? Ada orang intip aku ke selama ni? Tapi kenapa pula nak intip? Bukannya laku pun nak buat tebusan. Aku hanya ada Sara. Hah, Sara? Janganlah hendaknya diapa-apakan Sara aku. Aku kaget seketika. Semua soalan dan jawapan sudah aku kemukakan sendiri tanpa batasan.

“Cik Liana, awak jangan fikir yang bukan-bukan. Saya menantu Datin Maria, dululah...sekarang ni abah kepada cucu-cucu Datin. Isteri saya, Tania, uruskan cawangan Senawang, so, ada lah sekali dua saya temankan dia ke cawangan Setiawangsa tu,” lelaki itu membetulkan firasatku.

“Oh...maaflah, saya kenal arwah Puan Tania, tapi tak kenal pula dengan encik,” aku berbasa basi. Ya, memang sepanjang tiga tahun aku bekerja di butik bekas mertuanya itu tidak pernah pula aku melihat wajah ini.

“Tak peliklah kalau awak tak kenal saya. Saya ni bukan menantu pilihan. Kalau pergi tempat awak tu pun sekadar hantar Nia ke pintu kedai saja, selebihnya saya tunggu kat kereta je lah,” lelaki itu tersenyum tawar.

Oh, senasib pula dengan aku. Bezanya kami berlainan identiti. Mungkin dia yang lebih bernasib baik berpisah jodoh kerana sebuah kematian, bukan seperti aku yang terpisah kerana jodoh tidak panjang. Lebih buruk lagi apabila bercerai kerana desakan orang tua. Terasa diri ini dihina. Biarlah, aku sentiasa percaya bahawa hidup ini ada manisnya jua.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2012 11:40 AM | Show all posts
sarizu posted on 10-8-2012 11:36 AM
Episod 9

“Macam pernah jumpa tapi kat mana ya...?” seolah-olah suara itu menegur aku.

cerita ni best la ...

neeeeexxttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:45 AM | Show all posts
hotmum posted on 10-8-2012 11:40 AM
cerita ni best la ...

neeeeexxttttt

sonot jugk eh tgh pantang kalau dpt hiburan mcm ni kan...
taklah asik perah susu smbil tgok botol je...

ok, thanks!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 11:47 AM | Show all posts
sarizu posted on 10-8-2012 11:45 AM
sonot jugk eh tgh pantang kalau dpt hiburan mcm ni kan...
taklah asik perah susu smbil tgok botol ...

hehehehe .... best mmg best ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:48 AM | Show all posts
sarizu posted on 10-8-2012 11:27 AM
bos g mana Nicki?

hbs rumah org digalinya...igt nk pencen jap smpai ke raya ni

Jangan di tanya boss ku itu - dia ingat iols rajin bekerja sebab asyik menaip dari tadi. Padahal mengadap porum....

Matilah...


NEXT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-8-2012 11:48 AM
Jangan di tanya boss ku itu - dia ingat iols rajin bekerja sebab asyik menaip dari tadi. Padahal m ...

jangan mati lagi!

habiskan cite duluuu...
pastu buat cite lain plak...lagi dan lagiii...

  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 04:10 PM | Show all posts
lagikkkk !
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 05:19 PM | Show all posts
next...heee
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 04:40 PM | Show all posts
ha.. tak reti2 nak nyambung?? heheeh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 07:57 PM | Show all posts
xde lg la...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 10:26 PM | Show all posts
wardah75 posted on 10-8-2012 04:10 PM
lagikkkk !

ok, sambung sket lg...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2012 10:27 PM | Show all posts
nhid_tam posted on 10-8-2012 05:19 PM
next...heee

layan eh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 10:28 PM | Show all posts
wasap posted on 13-8-2012 04:40 PM
ha.. tak reti2 nak nyambung?? heheeh

ok, dah sambung ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 10:33 PM | Show all posts
Episod 10

Sara ralit bermain-main dengan Mila. Lega rasanya hati ini sementelah dia tidak lagi keseorangan melalui hari-harinya. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi merengek-rengek meminta aku menemaninya bermain sama, lebih dari itu aku perasan yang dia juga jarang sudah bertanya perihal ayahnya. Katanya dia sudah punya ayah baru di sini. Isshhh...!

“Tak ada plan untuk rujuk semula? Kesian Sara membesar tanpa ayah bersama,” Kamal bersuara ketika kami sama-sama berpapasan ke taman pada pagi itu menemani anak-anak bermain-main. “Saya sendiri kesian pada Mila, membesar tanpa seorang ibu. Nasib baiklah mak saya masih sihat dan sudi untuk menjaganya. Saya sendiri sibuk, berpeluang balik dihujung minggu saja bersamanya.”

“Setakat ini saya tidak merancang apa-apa. Tapi alhamdulillah, bekas suami masih bertanggungjawab menguruskan Sara. Awak pun fahamkan, bukan mudah untuk kita menjadi menantu yang bukan pilihan mertua. Memang sukar jika kehidupan kita sering dikacau ganggu,” aku melepaskan emosi.

“Nak hidup macam ni hingga ke hari tua?” tanya Kamal lagi.

“Setakat ni rasa selesa hidup macam ni. Uruskan diri sendiri dan anak sahaja, tak perlu nak fikirkan yang lain.”

“Cukup dengan seorang anak?”

“Alhamdulillah, dia sebaik-baik rezeki yang Allah kurniakan. Mudah-mudahan saya boleh mendidiknya sebaik mungkin. Kalau diikutkan rasa hati, memang mahu anak ramai, meriahlah keluarga. Tapi yang seorang ni pun saya dah letih, banyak ragamnya. Makin besar, makin banyak soal-jawabnya. Tak terlayan...,” aku ketawa kecil.

“Bekas suami tak pernah ajak rujuk semula?” Kamal sungguh berminat.

Aku menarik nafas. Tidak laju lagi untuk menjawab, lalu membuang pandang kearah Sara yang sudah kemerahan kulit mukanya dipanah mentari yang sedang menaik. Ya, bukan sekali Akram cuba melamarnya kembali, tetapi sudah acap kali benar dia menyuarakan hasrat itu. Walaupun tidak pernah berkata ‘tidak’, tetapi aku mengharapkan Akram faham bahasa tubuhku yang sedang menolaknya secara lebih bersopan. Bukan tiada cinta dan sayang diantara kami, tetapi orang ketiga mungkin akan memusnahkannya kembali. Mama mungkin tidak akan berdiam diri begitu sahaja jika sekali lagi kami bertaut kasih.

“Saya minta maaf. Tidak sepatutnya saya bertanya begitu barangkali,” suara Kamal kendur.

“Awak pula apa cerita?” aku mengubah topik perbualan.

Giliran Kamal pula diam. Cerita yang bagaimana harus dia ceritakan kepada perempuan di hadapannya kala ini? Betapa dia sedang tertarik kepada perempuan di hadapannya ini? Betapa dia sedang berhajat menyunting perempuan di hadapannya ini? Betapa dia sedang mengalami tempoh kesunyian teramat sangat tanpa seorang isteri disisi? Betapa anak-anaknya yang seramai tiga orang itu kini sedang di awang-awangan tanpa belaian kasih daripada seorang ibu?

Sejak dari pertemuan pertama mereka hampir lima bulan dahulu, Kamal dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada ibu tunggal ini. Liana Jasmin seorang wanita yang tabah, sanggup kehilangan kekasih hati demi menyatukan hubungan ibu dan anak yang sedang bergolak. Sanggup dia berkorban kasih walau diri sendiri yang tersisih dan merana akhirnya. Tetapi mujurlah, sekurang-kurangnya hak penjagaan keatas satu-satunya zuriat yang dimiliki jatuh ke tangannya untuk dia menzahirkan kasih sayangnya sepenuh hati.  

Namun kini, lidahnya pula yang kelu tiada punya kekuatan untuk menzahirkan apa jua yang sedang berlegar-legar di sudut hatinya. Dia tahu bahawa wanita di hadapannya kala ini adalah seorang perempuan yang baik. Memang beruntunglah kepada sesiapa sahaja yang mampu menaklukinya. Begitulah harapan besarnya, biarlah dia yang menjadi lelaki itu yang mampu menakluki kesunyian hati perempuan cekal ini sebagai kelansungan mencipta bahagia dimasa hadapan.  

Dia pernah meluahkan hasrat hati kepada ibunya. Memang mendapat ransangan sebagaimana yang diharapkan, dan dia percaya anak-anaknya pun boleh menerima seorang ibu baru seperti Liana. Ibu tunggal itu memang berjiwa penyayang dan kelihatannya tidak kekok bersama kesemua anak-anaknya jika mereka berkesempatan balik ke sini.

Mereka semua pernah makan bersama sebulan yang lalu semasa majlis ulangtahun ke-10 Hilal, satu-satunya anak lelaki yang dimiliki dan tinggal bersamanya di Senawang. Pernah juga si sulongnya, Mimi, yang mula tinggal di asrama sejak awal persekolahan menengahnya, meminta Liana menemaninya membeli barangan keperluan wanita. Tentunya sunti berusia 13 tahun itu amat memerlukan penunjuk cara tentang hal-hal kewanitaan, apatah lagi bagi seorang gadis sepertinya yang baru saja melalui ‘tempoh kematangan.’

“Encik Lawyer, awak dah sampai mana ni?” aku mengetuk-ngetuk meja kayu di hadapan kami. Kelihatan Kamal merenung jauh ke hadapan. “Kalau dah angau macam ni eloklah cepat-cepat masuk meminang.”

“Kesitu pulak,” Kamal kembali ke alam nyata. “Meminang awak boleh?”

Aku ketawa kecil mendengar soalan itu. Pastinya aku sedang kaget melihat pandangan tajam Kamal yang menusuk masuk ke anak mataku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 02:06 PM | Show all posts
aik..adegan pinang meminang nmpak.. hehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.104644 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list