- Credits
- 54
- Online Time
- 297 Hours
- Popularity
- 58
- EXP
- 0
- Gender
- Secret
- Last Login
- 4-11-2012
- Joined
- 25-11-2011
- Posts
- 54
- Friends
- 0
- Topics
- 3
- Digests
- 0
- Integral
- 54
- UID
- 1782646

- Joined
- 25-11-2011
|
Hehe...
Notes for RITZ fans..Metro Ahad
Gaduh manja
Oleh HARTATI HASSAN BASRI
hartati@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PADA mulanya mereka menafikan bercinta tetapi akhirnya awal tahun ini, si jejaka membuka mulut mengakui memang benar mereka bercinta. Sejak itu, hubungan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah menjadi perhatian.
Hubungan mereka dikatakan sering melalui pasang surut. Bergaduh hingga memutuskan hubungan tetapi tidak lama selepas itu berbaik semula.
Remy juga dikatakan panas baran dan tidak dapat bersabar dengan Tiz yang bersifat manja dan keanak-anakan.
Apakah perbezaan latar dan usia membuatkan pasangan ini sukar menyesuaikan diri? Remy berusia 30 tahun dan dibesarkan di Melaka manakala Tiz atau nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, dibesarkan di Kuala Lumpur.
Cerita pergaduhan juga bukan khabar angin yang direka-reka, sebaliknya mereka kongsi bersama melalui laman sosial twitter dan facebook yang dijadikan tempat meluahkan perasaan.
Terbaru, pertengahan bulan lalu dalam twitternya, Remy yang ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila disahkan dijangkiti ¡®pneumonia¡¯ (paru-paru dijangkiti virus), meluahkan perasaan dirinya dilayan bagai sampah oleh kekasih hati.
¡°Masuk hospital demam panas. Call gf tapi dpt layanan mcm sampah. Nasib badan¡± ¡°Masuk hospital, call gf sebab nak dpt kata2 semangat & attention, tapi tak dilayan sebab letih katanya¡± ¡°lama sangat dah bersabar dgn kerenah dia ni¡± ¡°and she know about the tweet, and say goodbye to me. what a sweet memories¡± Tiz yang tidak mempunyai twitter, mengemas kini status facebooknya. ¡°Bagus, telan lagi ubat penenang banyak-banyak. Buat kerja bodoh, salahkan orang. Drama je hidup. Minta simpati. Jangan...Aku simpan je...
Peluang bertemu Remy ketika tayangan khas filem 29 Februari terbitan KRu Studios di GSC, Pavillion, Rabu lalu, adalah kesempatan terbaik untuk bertanyakan perkara itu. Apakah status hubungannya dengan Tiz kini - masih bersama atau sudah berpisah.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak mengatakan, hubungan mereka masih baik dan perkara itu tidak menjejaskan hubungan yang terjalin sejak dua tahun lalu. Remy juga menyifatkan mereka pasangan sempoi.
¡°Saya mengaku apa yang saya paparkan dalam twitter itu satu kesilapan kerana tidak berfikir panjang. Waktu itu, saya tidak sihat dan emosi tidak menentu. Apabila masuk hospital, rasa kecil hati apabila tidak dipedulikan dan dia tidak melawat.
¡°Ternyata apa yang dipaparkan itu membawa impak besar hingga menjadi bualan ramai. Apapun, antara saya dan Tiz masih ok dan hubungan kami tidak terjejas dengan isu itu. Mereka yang rapat dengan kami tahu kami masih ok,¡± katanya.
Remy mengaku banyak belajar daripada perkara itu dan tidak harus menjadikan twitter sebagai medan berkongsi cerita peribadi kerana ia dikongsi semua.
Tambah pula status mereka sebagai selebriti dikenali ramai dan apa saja yang mereka lakukan jadi perhatian dan bahan tulisan.
¡°Memang ia banyak beri pengajaran. Selepas peristiwa itu, saya dan Tiz berbincang dan kami sama-sama akui ia satu kesilapan dan tindakan tidak matang. Kami berjanji akan lebih berhati-hati.
¡°Ada ketika saya terlupa diri saya artis yang dikenali ramai dan apa saja yang diperkatakan akan menjadi bualan dan bahan tulisan,¡± katanya.
Mengenai dirinya dikatakan panas baran, Remy yang mula dikenali melalui siri Nur Kasih bertanya, apakah orang yang melabel dirinya begitu benar-benar mengenali dirinya.
¡°Kalau hendak jelaskan diri saya baik atau jahat, rasanya bukan daripada mulut saya sendiri, sebaliknya orang yang rapat dengan saya.
¡°Mereka yang wajar memperkatakannya. Jadi, kalau mahu tahu saya ini panas baran atau tidak, kenali diri saya dulu, baru tahu.
¡°Dalam hal ini, tidak boleh dengar cakap orang saja. Kalau orang yang tidak sukakan saya, tentu akan keluar cerita tidak elok mengenai saya tetapi bagi yang rapat dengan saya, sebaliknya pula.
¡°Namun, saya tidak boleh halang orang daripada bercakap mengenai diri saya. Ada kalanya perkara itu kecil saja tapi diperbesar-besarkan. Terpulanglah apa orang mahu kata kerana mereka berhak berkata apa saja.
¡°Saya juga sedar, orang tidak akan berhenti bercakap dan saya tiada hak menghalang semua itu. Apapun, saya akui dalam menjalin hubungan, tentu ada masalah dan itu saya tidak nafikan,¡± katanya.
Remy juga mengakuinya dirinya serius dan benar-benar cintakan Tiz hingga berani mengakuinya kepada umum. Yang boleh dikatakannya mengenai buah hatinya yang berbintang Scorpio itu ialah dia comel, manja dan keanak-anakan.
Katanya, itu saja yang mampu dia katakan mengenai gadis yang berjaya mencuri hatinya. Kata Remy, dia juga mempunyai perancangan masa depan yang lebih jauh bersama Tiz tetapi enggan berkongsi buat masa ini kerana baginya, itu terlalu peribadi.
¡°Biar semua itu saya persembahkan kepada empunya diri dan bukan untuk dikongsi bersama orang lain,¡± katanya.
Kata Remy, dia kuat bekerja dan memberi sepenuh tumpuan apabila di lokasi. Katanya, tahun ini berderet filem lakonannya ditayangkan di pawagam.
Selepas Jiwa Taiko pada 14 Jun diikuti Aku, Kau dan Dia (28 Jun), menyusul selepas ini 29 Februari (30 Ogos) dan Hantu Kapcai (27 September).
Remy juga meluahkan rasa terkilan tidak dapat turun untuk promosi Jiwa Taiko dan Aku, Kau dan Dia kerana sakit dan baru selesai penggambaran Bravo memegang watak Leftenan Ari |
|