CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345Next
Return Post new threads
Show: 6159|Reply: 100

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia(KDS1M) Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup Pelajar IPT Di

[Copy link]

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-7-2012 10:25 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

KDS1M Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup Pelajar IPT Dilancarkan         


PUTRAJAYA: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang berobjektif membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin.

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

Cadangan KDS1M dikemukakan oleh pelajar pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu.

Ketika berucap melancarkan KDS1M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa mendengar dan melaksanakan pandangan dan cadangan bernas dikemukakan pelajar IPT demi menjamin kebaikan serta kesejahteraan mereka.

Beliau berkata pelancaran kad diskaun itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup dan bebanan hampir 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta tempatan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

"Ini membuktikan dengan jelas bahawa pandangan-pandangan pemimpin pelajar di seluruh negara mengenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan dan kepentingan sentiasa diberi perhatian," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga mahu lebih banyak syarikat dan koperasi menyertai program tersebut demi kebaikan pelajar IPT di negara ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada majlis itu berkata kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.

"Bila sesi pengajian bermula kita mula edarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain. Kita harap (pelajar) menggunakannya dengan bijak," katanya.

Katanya siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program itu.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.

Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com. - BERNAMA
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-7-2012 10:26 PM |All posts


GEMBIRA... Para siswa dan siswazah bersorak gembira dengan replika Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) pada Majlis Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) di Putrajaya, Isnin. KDS1M dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebanyak 31 syarikat dan 14 koperasi menyertai program menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus kepada mahasiswa bagi pembelian di premis-premis perniagaan mereka. -fotoBERNAMA
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-7-2012 10:57 PM |All posts
semua benda nak letak 1Malaysia skang ni..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 2-7-2012 11:25 PM |All posts
kad bodoh di lancarkan oleh mat sembab...
discount card ni melambak-lambak ada kat luar tu...
semua tak boleh pakai...
discount pala hangguk dia....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-7-2012 12:17 AM |All posts
kedai ape yg ksi gunekad ni?
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 3-7-2012 01:18 AM |All posts
ntah kad khidmat negara bodoH dolu tu pon aku x tau apa kegunaannya??? buat menyemak beg duit ja simpan benda yang x leh pakai
Reply

Props Report

Emperor

www.sardin.co.nr

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 3-7-2012 01:25 AM |All posts
isi minyak dpt diskaun tak?
#PrayForMH370
U Reap What U Sow - setiap org akn mendpt balasan ats apa yg diusahakan
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 3-7-2012 01:34 AM |All posts
nk dkt pru mcm2 1 mlysia kuar, ni msti rentetan dr kes ptptn kt unisel tmpohari
VW #DRIVERS WANTED#
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2012 02:34 AM |All posts
Umum saja.. perlaksanaan tak menyeluruh.. awat kat perlis tak dapat pon?
www.facebook.com/bcomel
www.facebook.com/PakatPakatKalih
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-7-2012 02:43 AM |All posts
Heh biaselah taktik nak kaut undi dari pengundi muda kat ipt...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-7-2012 02:43 AM |All posts
Reply 9# silenceprotess


Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada majlis itu berkata kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.


fyi....
S♥NE
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 3-7-2012 08:47 AM |All posts
wakakaka..dulu time dapat 2/3 lsg tak pikir nak wat camni yerr...skg ni bila dah terancam kedudukan baru igt student laa,pemandu teksi laa,pesara laaa...hepi tul aku dgn situasi skg ni
masih menunggu pemilik bom nak guling kerajaan didakwa di mahkamah
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-7-2012 08:59 AM |All posts
hahaha..berseronok la budak2 ipt skrg nie.. rebut2 peluang yg ada sementara masih valid..
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-7-2012 09:05 AM |All posts
alhamdulilah syukur..
aaaa..ha
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2012 09:07 AM |All posts
KDS1M Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup Pelajar IPT Dilancarkan         


PUTRAJAYA: Kad Diskaun S ...

putr@polo Post at 2-7-2012 10:25 PM

Ada saper boleh bagi list kedai yang amek bahagian dan T&C dia sekali?
Negara Maju Tanpa: Pendatang Yang Kiasu Lagi Racist & Melayu Yang Mengkhianati Negara.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2012 09:11 AM |All posts
kad bodoh di lancarkan oleh mat sembab...
discount card ni melambak-lambak ada kat luar tu...
semua tak boleh pakai...
discount pala hangguk dia....freebird Post at 2-7-2012 11:25 PM


Tula pasal. Sebab tu aku tanya soalan ni:

Ada saper boleh bagi list kedai yang amek bahagian dan T&C dia sekali?


Dan nak list harga (macam yang diorang bagi list online untuk KR1M). Supaya boleh banding harga tanpa KAD dan dengan KAD. Kalo tidak nanti senang2 gomen nak menipu orang ramai.
Negara Maju Tanpa: Pendatang Yang Kiasu Lagi Racist & Melayu Yang Mengkhianati Negara.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2012 09:13 AM |All posts
wakakaka..dulu time dapat 2/3 lsg tak pikir nak wat camni yerr...skg ni bila dah terancam kedudukan baru igt student laa,pemandu teksi laa,pesara laaa...hepi tul aku dgn situasi skg nikecimpret Post at 3-7-2012 08:47 AM

Aku ingat kalo diorang menang/kalah dengan majoriti cuma 2-3 kerusi, lagi la bagus sangat2.

So mana2 yang jadi gomen akan tak berani nak buat bukan2.
Negara Maju Tanpa: Pendatang Yang Kiasu Lagi Racist & Melayu Yang Mengkhianati Negara.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2012 09:28 AM |All posts
KFC

makan kentaki -

Diskaun 5%

Syarat
1.        Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2.        Transaksi tidak melebihi RM20.00.

semua nya berSYARAT okeh
jangan membazir makanan
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 3-7-2012 11:28 AM |All posts
Post Last Edit by idea_baru at 3-7-2012 12:16

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

DISENARAIKAN SYARIKAT DAN KOPERASI YANG TERLIBAT.

KEDAI BUKU :--
- MPH BOOKSTORES
- IMLAQ BOOK CENTRE
- BORDERS (HANYA DI KL)
- RONA
- KIANG TRADING (JB)
Diskaun 10% pada semua produk kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
- KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD
- KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
- KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD
**TUMPUKAN PADA FOTOSTAT DAN PRINT SERTA BINDING LEBIH BAIK.

PAKAIAN:--
- BATA
- IFAMILY
- KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD
- TEXLINE LINO
**BATA SAHAJA YANG BOLEH DIKATAKAN FAMOUS TAPI..

KESIHATAN:--
-        POLIKLINIK AN-NISA'
-        QUALITAS HEALTH
-        FOCUS POINT
-        MENARA OPTOMETRY
** FOCUS POINT SAHAJA FAMOUS DAN BANYAK CAWANGAN..

MAKANAN DAN MINUMAN:--
-        KFC
-        DAILY FRESH
-        A&W
-        COFFEE BERRY
-        THE CHICKEN RICE SHOP
-        RESTORAN KENNY CRAB
-        SWEET CHAT
-        LEGENDS CLAYPOT BRIYANI HOUSE
-        DUBU DUBU SEOUL FOOD
-        MY JAVA COFFEE
-        PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL
-        STATION ONE PRODUCT
-        GLORIA JEANS COFFEES
-        BANGI KOPITIAM
** BUKAN SEMUA PELAJAR MAMPU MAKAN MAKANAN INI, KFC MAYBE BOLEH, TAPI TAKKAN NAK MAKAN KFC TIAP HARI

PENGINAPAN:--
-        ANCASA HOTELS & RESORTS
-        ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR
-        ANCASA ALLSUITES RESORT & SPA PORT DICKSON
-        JEREJAK RAINFOREST RESORT PENANG
-        ANCASA EXPRESS PUDU
-        TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD
-        LEO EXPRESS HOTEL
-        KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD
-        KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD
-        KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD
-        KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD
-        RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.
**PENGINAPAN UNTUK PELAJAR? BAGI MEMUDAHKAN CHECK-IN BERSAMA PASANGAN KE?

SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN:--
-        FOOT MASTER
-        PARIS HILL
-        PROACTIV
-        CLARA
-        KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD
** PERLU KE BENDA INI UNTU PELAJAR?

PRODUK IT:--
-        KOPERASI CELCOM BERHAD
-        KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD
**NAK BELI CAMNE?

LAIN-LAIN:--
-        BKZ BIKERZ
-        ROLLER STAR ARENA
-        DOUBLE SITE
-        KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD
-        KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD
-        MYDIN
** MYDIN SAHAJA YANG BERGUNA, TAPI TAK BANYAK CAWANGAN


*** PADA PENDAPAT SAYA INI SEMUA BUKAN KEPERLUAN ASAS UNTUK PELAJAR. INI SEMUA LEBIH UNTUK PELAJAR YANG DATANG DARI KELUARGA BERPENDAPATAN TINGGI.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2012 11:33 AM |All posts
yg lelain tu mmg bagus gak la..
tp part penginapan tu utk ape agaknye yer...
YNWA
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2012 11:41 AM |All posts
public transport kat tanah melayu ni ada rega khas utk student ka?
BN MUST GO!
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2012 11:43 AM |All posts
internet/telco mmg dah ada pakej utk student kan?
BN MUST GO!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 3-7-2012 11:50 AM |All posts
muzium bg free dak student masuk buat research???
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 3-7-2012 11:56 AM |All posts
ntah kad khidmat negara bodoH dolu tu pon aku x tau apa kegunaannya??? buat menyemak beg duit ja sim ...
genot Post at 3-7-2012 01:18



    Genot pernah pergi PLKN kah?
FB: Dreamy Treat Bakery Studio
Bakery Class & Products
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 3-7-2012 11:57 AM |All posts
isi minyak dpt diskaun tak?
Acong Post at 3-7-2012 01:25



    Kerajaan Barisan Nasional dah lama prihatin lah Acom...selama ni tanpa Acom sedar, Kerajaan BN dah bagi diskaun minyak...Acom masih tak sedar ke harga minyak di negara kita ni antara yang termurah di rantau Asean?
FB: Dreamy Treat Bakery Studio
Bakery Class & Products
Reply

Props Report

12345Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-4-2014 04:10 AM , Processed in 0.163642 second(s), 34 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top