CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia(KDS1M) Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup Pelajar IPT Di

[Copy link]
Post time 8-7-2012 04:47 PM | Show all posts
muak asik 1 malaysia je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2012 06:52 PM | Show all posts
Baguslah... kerajaan dah bantu simplifykan discount card utk student. Kalau sblm nie, nak masuk satu kedai, kena keluar kad diskaun utk kedai tu. Masuk kedai lain, kena keluarkan kad lain pulak. Kalau pakai kad nie, semuanya disatukan. (aku bersangka baik)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 10:21 PM | Show all posts
1.5 Juta Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


BERA: Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.

"Kad tersebut bertujuan bagi meringankan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan mengikut kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pembiayaan pendahuluan (WPP) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera yang berjaya ke institusi pengajian tinggi, di sini pada Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar.

Katanya usaha turut diusahakan bagi menarik minat Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim itu.

Beliau memberi jaminan penggunaan kad diskaun tersebut mempunyai ciri keselamatan tersendiri yang tertera pada kad metrik pelajar dan sah laku penggunaannya sehingga tamat pengajian mereka.

Menurut Ismail Sabri, pelajar yang terlibat dengan skim itu meliputi pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pendidikan Guru, politeknik dan matrikulasi.

Katanya setakat ini skim tersebut hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan tiada cadangan diperluaskan kepada pelajar sekolah. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:42 PM | Show all posts

BERTUAH... Pelajar Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Nur Fairuz Muhamad Fauzi (kanan) dan Nor Khadijah Alias (kiri) menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia yang diterima pada majlis ramah mesra Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sambutan Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia di Jalan Templer di Petaling Jaya, Selasa. Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 08:24 AM | Show all posts
Kad diskaun KDS1M diagih
29/08/2012 - 03:10:17 AM Oleh Haspaizi Mohd ZainCetakEmel Kawan






Ismail Sabri (tengah) bersama pelajar Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang menerima KDS1M pada sambutan Aidilfitri MKM di Petaling Jaya, semalam. - Foto BERNAMA

1.5 pelajar IPT nikmati potongan hingga 60 peratus

Petaling Jaya: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan di premis perniagaan terpilih, mula diagihkan semalam.
Dengan memiliki KDS1M, kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta boleh menikmati potongan harga berkenaan ketika membeli pelbagai barangan keperluan di lebih 1,200 premis perniagaan, bermula Sabtu ini.

“Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendengar serta menerima cadangan dikemukakan mahasiswa,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kad diskaun itu diagihkan secara berperingkat kepada 1.5 juta pelajar untuk fasa pertama.

Katanya, ia diberikan secara percuma kepada pelajar tahun satu, dua dan tiga IPT awam serta swasta yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Kerjasama syarikat

“Pada awalnya 51 syarikat menyertai program ini, namun kini kita sudah mempunyai 179 syarikat yang menawarkan potongan harga antara 10 sehingga 60 peratus kepada mahasiswa dengan setiap pembelian menggunakan KDS1M.
“Sebenarnya, pemberian kad ini adalah cadangan yang dikemukakan sendiri oleh mahasiswa melalui mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tangani kos sara hidup

KDS1M dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyaksikan Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly serta MASwings turut menyertai program itu dengan memberikan potongan harga tiket penerbangan sehingga 50 peratus.

Pemberian kad berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha menangani masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

Ismail Sabri sebelum itu menghadiri majlis Ramah Mesra dan sambutan Aidilfitri di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) berkata, kad berkenaan boleh digunakan di kesemua syarikat perniagaan mengambil bahagian di seluruh negara.

Katanya, melalui penggunaan kad itu, pelajar dapat menikmati potongan harga bagi setiap pembelian barangan seperti makanan, alat tulis, buku, perubatan dan tiket penerbangan.

“Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendengar serta menerima cadangan dikemukakan mahasiswa,” katanya.

INFO: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
MAS, Firefly, MASwings tawar diskaun 50 peratus
179 syarikat mengambil bahagian berbanding 51 syarikat peringkat awal
Lebih 1,200 pusat jualan seluruh negara




Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 09:37 AM | Show all posts
idea_baru posted on 3-7-2012 11:28 AM
Post Last Edit by idea_baru at 3-7-2012 12:16

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

adeh... nampak yang negetif jew huhuhuhu

tapi mmg tindakan terdesak kerajaan menggoda pelajar muhahahahaha
pe2 pun sila ambik kesempatan yang ada utk anda sebagai seorg pelajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2012 11:29 AM | Show all posts
per yg aku nampak, kad diskaun nih hanya relevan utk student yg dr famili kaya...

klu student dr org susah, nak masuk kentaki pun pk berpuluh2 kali walaupun ada diskaun...

lagi lah nak stay kat hotel bagai... naik flight... spa...huhuhuhu...

lagipun, penting sgt ke hotel n spa tu semua utk student..??

tak paham aku..

pe pun. MALAYSIA BOLEH...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 11:36 AM | Show all posts
student part time termasuk sekali x ?? hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 11:47 AM | Show all posts
apasal dyorg tak buat student kad ni bole dapat diskaun 10% utk public transport pastu valid utk setiap masa. contoh, cam harga biasa naik transnasional dari melaka ke butterworth rm 43. so kalo ada diskaun bole dapat rm rm38.70.
pastu utk student setiap kali beli buku2 ilmiah,entitttle rebet rm 10 ke utk setiap buku.kadang2 nk baca benda2 ilmiah tp kalo harga sampai rm 60-70 rasa cam mahal sgt.last2 aku baca benda2 ilmiah kat cari.com ja
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 02:46 AM | Show all posts
genot posted on 3-7-2012 11:50 AM
muzium bg free dak student masuk buat research???

senang2 ko je jadi pm suma nak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 02:58 AM | Show all posts
aku_tetap_aku posted on 29-8-2012 11:29 AM
per yg aku nampak, kad diskaun nih hanya relevan utk student yg dr famili kaya...

klu student dr  ...

kfc  student  kaya je ke masuk??
naik flight, sgt2 perlu bg student yg xdak duit tp tpaksa smbung blajar lua dr mesia, xkan nak balik kampung naik sampan kayuh je
do think before speak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 03:01 AM | Show all posts
cucumberkl posted on 7-7-2012 09:23 PM
Hehe 1 lg produk Vangan si bijan utk santapan pencacai yg tahap IQ tinggi sikit dr lembu NFC

xperlu nk mgutuk sesama muslim
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 05:03 AM | Show all posts

Dulu kad discount untuk askar..sekarang untuk student…esok untuk pengagur..esok untuk OKU..esok untuk warga emas…
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 08:59 AM | Show all posts
fatin67 posted on 18-9-2012 02:58 AM
kfc  student  kaya je ke masuk??
naik flight, sgt2 perlu bg student yg xdak duit tp t ...

aku tak ckp semua...sesetengah...

ko pk semua student mampu ke nak masuk kfc tuh...

klu mak bapak miskin kat kg..pk beratus x tau tak... kdg2 tuh duit pinjaman pun ada yg bg kat mak bapak utk tampung diotang kat kg.. aku tau lah, aku penah ada kawan mcm nih...
aku nih pun golongan yg tak brapa kaya.. yg takley nak masuk kfc@fast food restaurant sesuka ati mcm ko..
pk duit tuh bley buat mende lain...bley beli mknan yg lagi murah..

bab flight tu aku tak nafikan, mmg penting.. tpi tak dapat utk semua...

spa, butik, 5 star hotel tu utk apa plak..??? apa kejadahnya nak bg diskaun utk student...

bg aku, baik lah bg diskaun utk depa fotostat buku2 nota2 rujukan diorang...ada gak pekdahnya...

bg aku, ni semua utk kroni2 menebalkan poket masing2...tak lebey dr tuh..

mcm nak lepaskan batuk di tangga jer kad diskaun siswa 1malaysia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:34 PM | Show all posts
fatin67 posted on 18-9-2012 02:46 AM
senang2 ko je jadi pm suma nak

vote lar akku, aku baru ja isi borang RM2 semalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 03:36 PM | Show all posts
pandai dia bodek pelajar mahasiswa/...mereke terima jer...tapi tak mudah ditipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 11:29 PM | Show all posts
aku_tetap_aku posted on 18-9-2012 08:59 AM
aku tak ckp semua...sesetengah...

ko pk semua student mampu ke nak masuk kfc tuh...

mmg le, klo dh xde duit tayah la masuk kepsi suma, dowg bg dskaun utk fast food sume pn sbb tau majoriti yg masuk mnde tu pn student. so sdikit sbyk ad jgk mmbantu utk student yg terhingin nk mrasa tp xdak duit.
jgn asyik nmpk negatif je, cb la positif skit.
slagi dowg nk bg amik je
ala, hotel n butik utk student yg dh mnikah la tuu . hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 11:32 PM | Show all posts
genot posted on 18-9-2012 01:34 PM
vote lar akku, aku baru ja isi borang RM2 semalam

yela, klo aku vote, ko kena lncarkan kad percuma 1 malaysia la. suma kdai free . cmtu baru xdak nk ngumpat ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 11:39 PM | Show all posts
tak sabar aku nak jadi PM bila nak election ni ha bila? muahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 10:21 PM | Show all posts
fatin67 posted on 19-9-2012 11:29 PM
mmg le, klo dh xde duit tayah la masuk kepsi suma, dowg bg dskaun utk fast food sume pn sbb tau ma ...

hahahaha...

aku dah tak nampak pe lagik yg +ve...

mmg, +ve adalah 1@2.. tpi -ve nya lebih dari tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073453 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list