CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2013 10:13 PM | Show all posts
thanks nicki.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 09:17 AM | Show all posts
alamak...saspen....jgn la di apa2kan fifi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:03 AM | Show all posts
Salam...

@suria74 - Sue..takmoh sentap-sentap no...cheq hapdet ikut kemampuan je ni hah...

@sellie003 - Citer ni patut dah habis awal lagi. Tapi sebab tak larat (malas sebenornyaaaa...), sampai skang tak abes-abes. Errr...menarik gak speku hang tu...kihkih. Nak buat poll boleh? Shark patut hidup atau mati ? (Kalau mati ok gak...senang kerja aku...)

@sarizu    Wahhh...Congrattss gepren . Dalam diam berisi jugeeeekkkkksss....

@prettyuglybabe  Babe... iols dah calling uolllss tapi butang call tu kenapa tah...kejap boleh pakai, kejap tak boleh...

@alin80jb @melody1    @redsentra  - Hi you ollssss

Okaylah...cheq sambung se bab....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:19 AM | Show all posts
Episode 78

Empat bulan sebelum itu.....

“Kau nak bawak aku pergi mana, hah? Nak bunuh aku? Aku dah buat apa yang kau suruh tapi ini yang aku dapat! Kau yang pengkhianat! Kau khianat Shark tapi kau tuduh aku! Apa yang kau nak sebenarnya?” Dalam kesakitan, dia bersuara namun untuk melawan, dia sudah tidak berkemampuan lagi.

“Masuk!” Zidan tidak menjawab. Badan Ajak di humban di tempat duduk bahangian belakang. Pintu kereta di tutup. Tidak lama kemudian, pintu di di bahagian pemandu di buka dan di tutup kembali. Enjin di hidupkan.

“Hoi Zidan! Kau ingat, kalau kau khianat Shark, kau boleh ganti tempat dia? Kau jangan mimpilah!” Pelbagai lagi kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Marah dan sakit hatinya diluahkan dalam bentuk maki hamun. Dia tahu, itu hanya menambah panas di dalam hati Zidan tapi dia sudah tidak peduli. Nyawanya bakal berakhir sebentar lagi jadi biarlah dia melepaskan perasaannya sepuas hati.

“Kau dah nak mati sangat?!” Pistol yang di acukan ke kepalanya menyebabkan Ajak terdiam. Hanya nafasnya turun naik, tertahan-tahan. Kesakitan yang di alaminya semakin mencucuk. Dia semakin tak berdaya. Akhirnya, perlahan-lahan, matanya tertutup.

***************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:21 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-3-2013 10:19 AM
Episode 78

Empat bulan sebelum itu.....

அடுத்து!


maksudnya next!  Rahul tak sabar2 nak baca youuu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:40 AM | Show all posts
Dia terjaga. Terasa sengal-sengal di seluruh badan. Matanya berpinar-pinar. Terkebil-kebil, dia cuba memerhatikan keadaan sekeliling sambil memerah otak, di mana sebenarnya dia berada sekarang.

Neraka? Takkanlah. Mana ada polis dalam neraka?

Eh...Polis?

Ajak membuka matanya luas-luas. Seorang anggota polis sedang duduk di tepi katil. Dia cuba bersuara tetapi tidak terkeluar pula. Tangannya diangkat tetapi hanya sebelah saja yang boleh. Sebelah lagi, tergari di katil.

“Oh..dah jaga” Terdengar pula satu suara lembut menegur. Seorang gadis berpakaian serba putih tersenyum takut-takut ke arahnya.

Macam bidadari. Dia membalas senyuman itu dan membiarkan saja gadis berpakaian putih itu memegang tangannya, matanya dan entah apa lagi yang di buat, otaknya tidak mampu berfikir banyak saat ini.

“Encik, doktor akan datang sekejap lagi” Gadis itu berkata tapi bukan pada dia. Kata-kata itu ditujukan  kepada polis di sebelahnya.

Oh…nurse rupanya…

Dia terkebil-kebil semula sambil otaknya cuba memikirkan kembali, kenapa dan bagaimana dia boleh berada di sini.

********************************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2013 10:52 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-3-2013 10:21 AM
அடுத்து!

hahahaha.

Jangkitan  Rahulll



Nexttttttt




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:59 AM | Show all posts
“Selama ni, kau cuma menyamar?” Inspektor Zamani mengangguk.

“Apa yang kau nak sebenarnya?”

“Maklumat yang aku tak tahu”

“Maksud kau?”

“Aku yakin, kau ada simpan banyak maklumat pasal Shark”

“Tapi kenapa aku? Kenapa bukan Boon, Lando atau Jack?”

“Sebab Shark lebih percayakan kau ” Ajak mengerutkan kening, riak wajahnya penuh dengan tanda soal.

“Aku dah lama perhatikan. Lando, Boon dengan Jack tak lebih dari budak suruhan. Tapi kau pula, Shark percayakan kau untuk kerja-kerja lebih berat. Aku yakin, maklumat yang kau ada cukup boleh pihak polis gunakan untuk memerangkap Shark dan Jedi”

“Macam mana dengan kau?  Kau kan orang kanan dia. Shark percayakan kau. Separuh kerja-kerja yang kita orang buat, arahannya datang dari kau. Mesti kau dah dapat semua maklumat yang kau nak”

“Tak semua”

“Tak semua?”

“Kau pun tahu, Shark tak pernah percaya pada kita semua seratus peratus”

“Termasuk kau?”

“Termasuk aku” Ajak terdiam.

“Arahan yang datang dari aku, semuanya dari Shark juga. Shark gunakan aku untuk pastikan kau orang semua buat kerja. Maklumat yang aku ada tak cukup”

Senyap. Sedikit masa di ambil untuk berfikir

“Kenapa kau tak terus tangkap Shark? Kan lagi senang?”

“Belum masanya. Kami perlukan Shark untuk dapatkan Jedi”

“Jedi? Maksudnya, kau nak gunakan Shark untuk perangkap Jedi?”  Inspektor Zamani mengangguk.

“Tapi Zidan, aku sendiri tak pernah jumpa Jedi. Aku tak tahu apa-apa pun pasal Jedi. Macam mana aku nak tolong kau?”

“Aku ada caranya. Macam mana? Itu kau tak perlu tahu. Sekarang ni, apa yang aku perlukan adalah, semua contact kau di sempadan dan Bangkok. Aku perlukan semua nama, nombor alamat dan apa-apa saja maklumat yang kau ada. Kau yang jadi orang tengah mereka, betul tak?”

“Aku…aku…”

“Kau takut?” Ajak menelah air liur.

“Aku tahu, Shark pernah ugut untuk bunuh kau kalau kau bocorkan maklumat ni pada sesiapa, termasuk ahli kumpulan sendiri. Tapi sekarang, kau dalam perlindungan pihak polis. Jadi, kau tak perlu risau pasal tu”

“Macam mana kalau Shark dapat tahu, aku yang bocorkan rahsia dia? Aku taknak mati. Mak aku pulak sakit. Kalau aku mati, siapa nak jaga mak aku?”      

“Shark takkan tahu”

“Macam mana kalau dia dapat tahu?” Sekali lagi soalan itu di ajukan. Inspektor Zamani tidak menjawab. Sekeping suratkhabar dihulurkan kepada Ajak.

“Baca ni…” Suratkhabar bertukar tangan.

Mati Di Tembak
BANTING - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dijumpai dengan kesan tembakan di sebuah ladang di sini.

Ajak membaca berita itu sepenuhnya dengan dahi berkerut.

“Aku dah mati ke?” Setelah habis dibaca, Ajak bertanya. Entah kenapa, soalan bodoh itu keluar dari mulutnya.

“Itu cuma strategi pihak polis. Mayat tu cuma mayat pekerja asing tanpa izin yang mati akibat bergaduh. Shark takkan tahu yang kau masih hidup”   

“Tapi….aku..”

“Ajak…kau dengar sini. Pihak polis akan menjamin keselamatan kau dan keluarga kau kalau kau sanggup memberikan seratus peratus kerjasama” Dia masih kelihatan serba-salah.

“Aku tahu, kau dah lama nak tinggalkan kumpulan Shark. Tapi kau tak tahu caranya. Sekarang ni, Tuhan dah tunjukkan jalan. Kalau kau bekerjasama dengan pihak polis, kemungkinan besar hukuman yang kau bakal terima akan diringankan”

Hanya anggukan kepala beberapa kali menandakan dia bersetuju untuk bekerjasama.

“Thanks Ajak” Bahunya di tepuk beberapa kali.

“Lagi satu, aku minta maaf pasal kaki kau tu. Aku terpaksa tembak. Kalau aku tak buat macam tu, rahsia aku boleh bocor. Kau memang tak pandai berlakon…”

“Sakit, bodoh!” Dia sempat memaki untuk melepaskan geram. Sudahlah di sepak terajang, di tembak pula di bahagian peha. Tapi, Inspektor Zamani hanya tersengih.

“ Aku pergi dulu. Aku akan datang balik dan kali ni, aku nak kau bersedia dengan semua maklumat yang kau ada. Assalamualaikum”

“Wa..waalaikummussalam”

__________________________________________________________________________________

Penjara Sungai Buloh
Hari ini...


Di dalam kotak berjeriji besi, Ajak duduk bersandar di dinding. Kedatangan Inspektor Zamani telah membawa ingatannya ke beberapa bulan yang lepas, di saat dia merasakan nyawanya akan diambil bila-bila masa saja. Tetapi tidak, dia masih diberi kesempatan untuk bertaubat. Dia kini di penjara selama 5 tahun, di bawah Seksyen 6 Akta dadah Berbahaya 1952. Hukuman dunia yang tidak seberapa berbanding hukuman di akhirat kelak.

“Mak…lima tahun tak lama” Ajak berkata, lebih kepada memujuk diri sendiri. Hatinya sayu mengenangkan ibunya.

“Ampunkan aku Ya Allah” Ajak meraup wajah.

***************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 11:52 AM | Show all posts
Yea....ada sambungan......teruskan hingga tamat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 11:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-2-2013 10:41 AM
Ralit kat bod gossip..lupa nak tepek abes....kihkihkih

OT: Baby okay. Tapi BP atas pagar. Nurse ...

Ala....nak fandi jugak hero...

hehehehehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 02:53 PM | Show all posts
sellie003 posted on 1-3-2013 11:52 AM
Yea....ada sambungan......teruskan hingga tamat...

Frankly...sangat-sangat lemau nak mengarang . Segala tatabahasa, segala ayat, segala perkataan jadi tunggang-terbalik. Harap-harap pahamlah apa yang cheq cuba nak 'portray' kan di sini...


@Cik_Andak  - Fandi hero? Dia tahu Silat Gayong je. Kang kena tembak dengan Shark terus out....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:55 PM | Show all posts
tq nicki....rajin2 la seru mood rajin tuh...x sabar nk tau kisah selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-3-2013 02:53 PM
Frankly...sangat-sangat lemau nak mengarang . Segala tatabahasa, segala ayat, segala perkataan j ...

Huhu...sama gak ler aku nih...tetiba terhenti mengarang...idea macm tak kena ngan jiwa...dah taip dah...tp feel x sampai...terpaksa fikir idea lain...nk bg menarik jaln citer...hai ler idea...spoil lak ko petang2 nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 03:08 PM | Show all posts
post edited
Last edited by Nicki_Meow on 30-9-2013 10:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:13 PM | Show all posts
Mana si Fandi ni.
Tak mau jadi hero kaaaa



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:15 PM | Show all posts
freddianza posted on 1-3-2013 03:13 PM
Mana si Fandi ni.
Tak mau jadi hero kaaaa

Pergi cari lembu lepas tu nak perah susu utk fifi kut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:22 PM | Show all posts
lambatnya fandi ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-3-2013 03:08 PM
Di dalam Gudang….

“Macam mana kau boleh hidup lagi?! Aku nampak Sony tembak kau. Kau dah mati!” ...

...suspennyaaaaaaa....



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:26 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-3-2013 03:15 PM
Pergi cari lembu lepas tu nak perah susu utk fifi kut...

Haishhhhhh.Haishhhh.


Waktu ni la nak perah susu bagaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:30 PM | Show all posts
freddianza posted on 1-3-2013 03:26 PM
Haishhhhhh.Haishhhh.

lady speku je

Habis tu mana perginya Encik tu? Sonyap yooo!

Si Eddie dah hepi hepi dgn bella...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.431158 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list