CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2012 11:02 AM | Show all posts
Dato Yusuf - Jalaludin Hassan
Datin Haryati - Aida Khalida
Fifi - Nabila Huda.....siti saliha cam muka baik ler.....coz fifi kn mmg kaki clubbing, so raff rasa nabila mmg sesuai.....
Shah@Shark - Ery Putra
Bella - Julia Ziegler

**ok ker watak2 di atas ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2012 11:02 AM | Show all posts
“Oh..saya dekat dengan Shell”

“Okay..” Datuk Yusuf berkata sebelum mematikan talian telefon. Fandi diam, tidak tahu hendak berbual apa lagi.

“Fandi tinggal kat mana?”

“Kat wangsa maju pakcik”

“Dengan keluarga ke?”

“Tak, rumah sewa je. Mak dengan ayah saya kat kampung”

“Kampung kat mana?”

“Kat Johor, pakcik. Kluang”

“Oh…orang Kluang. Dah lama pakcik tak datang sana” Mereka berbual mesra. Rajin pula Datuk Yusuf mengajak Fandi berbual. Macam-macam soalan yang di tanya. Fandi melayankan sahaja.

Dari jauh kelihatan sebuah lagi kereta menuju ke arah mereka. Fandi mengecilkan mata apabila kereta itu di parkir di belakang kereta kepunyaan Datuk Yusuf. Aziz keluar dari kereta BMW itu lalu berjalan ke arah Datuk Yusuf dan Fandi.

“Datuk” Aziz menyapa. Datuk Yusuf pula mengangukkan kepala ke arah Aziz.

Datuk? Aku ‘pakcik’ kan aje pakcik ni. Fandi tersengih sendiri.

Aziz tersenyum memandang Fandi lalu tangan di hulurkan.

“Kita tunggu sekejaplah Aziz. Rasanya kejap lagi tow-truck sampai” Datuk Yusuf berkata.

“Lambat lagi ke Datuk? Datin dah tunggu kat rumah tu” Datuk Yusuf melihat jam. Dia menarik nafas. Sepatutya dia dan Datin Haryati ada jamuan makan malam di rumah kenalan Datin Haryati.

“Takpelah, boleh cancel je. Dah kereta rosak, nak buat macam mana” Datuk Yusuf berkata.

“Merajuk Datin nanti. Tidur luarlah Datuk malam ni” Aziz berseloroh sambil tersengih.

“Kamu ni…”

“Err.. Datuk” Fandi memanggil. Datuk Yusuf menoleh, tersenyum apabila panggilan Fandi sudah bertukar dari pakcik ke datuk.

“Kenapa Fandi?” Datuk Yusuf bertanya apabila melihat Fandi seperti serba-salah.

“Macam ni. Kalau Datuk nak cepat, Datuk boleh balik dulu. Biar saya tunggu tow-truck tu sampai” Fandi berkata teragak-agak. Bimbang niatnya di salah erti.

“Itupun kalau Datuk tak kisahlah” Fandi menyambung kata. Datuk Yusuf hanya tersenyum.

“Fandi tak kisah ke?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:03 AM | Show all posts
“Eh.. tak apa Datuk. Lagipun saya rasa, kejap lagi sampailah tow truck tu. Lagipun, Datuk ada hal kan. Saya ni orang bujang, bukan buat apa pun malam-malam macam ni”

Datuk Yusuf memandang Fandi sambil otaknya berkira-kira.

“Kalau Fandi tak kisah, pakcik pun tak kisah. Fandi ambil ni” Datuk Yusuf menghulurkan sekeping kad perniagaan kepada Fandi.

“Kalau ada apa-apa, call pakcik” Datuk Yusuf masih membahasakan dirinya pakcik kepada Fandi. Fandi mengambil kad yang di hulurkan.

“Terima kasihlah Fandi, sebab tolong pakcik”

“Sama-sama pakcik… err datuk” Fandi membetulkan kesilapannya.

“Tak payah panggil datuk. Panggil pakcik aje” Fandi mengangguk sambil tersenyum.

“Pakcik balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam” Fandi menjawab. Aziz mengangkat tangan lalu dia bergerak bersama-sama Datuk Yusuf ke arah kereta yang di pandu oleh Aziz. Fandi memerhatikan kereta itu hingga hilang dari pandangan. Setelah itu, Fandi memerhatikan pula kereta Mercedes Benz yang telah di tinggalkan oleh Datuk Yusuf.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:04 AM | Show all posts
alamak....fandi tu sape ek yg sesuai? kalau baca karakter cam bole bg kt Iqram Dinzly jek...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:05 AM | Show all posts
Reply 42# Nicki_Meow


“Kat Johor, pakcik. Kluang”


OMG!!!! sekampung ngan raff ler....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:06 AM | Show all posts
Dato Yusuf - Jalaludin Hassan
Datin Haryati - Aida Khalida
Fifi - Nabila Huda.....siti saliha cam  ...
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:02



hahaha.... suka nau dia erry putraFandi hero ke nicki bebeh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2012 11:07 AM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow




OMG!!!! sekampung ngan raff ler....
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:05



Kluang man?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:08 AM | Show all posts
OMG!!!! sekampung ngan raff ler....
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:05 [/quote]

Ha? Oh Oh... orang kampung... orang kampung!

Kluang kat mana? Sekolah mana dulu...

Ohmaigad... ohmaigad....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 11:10 AM | Show all posts
OMG!!!! sekampung ngan raff ler....
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:05


Ha? Oh Oh... ora ...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:08 [/quote]

Jejak kasih....

Suratan atau kebetulan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:11 AM | Show all posts
hahaha.... suka nau dia erry putraFandi hero ke nicki bebeh?
ladyFinger12 Post at 4-7-2012 11:06



xde la lady....raff xbrp nk suke si ery ni...cuma x terlintas sape2 lg setakat ni....btw dlm citer kali ni raff xnk selitkn watak utk abg zul ye....nk bg watak shah or shark kt zul, ianya terlalu 'ganas' dan 'jahat' utk buah hati raff tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:12 AM | Show all posts
Ha? Oh Oh... ora ...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:08


Jejak kasih....

Suratan a ...
ladyFinger12 Post at 4-7-2012 11:10 [/quote]

Ini baru betul-betul kena dengan tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:13 AM | Show all posts
OMG!!!! sekampung ngan raff ler....
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:05


Ha? Oh Oh... ora ...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:08 [/quote]


Nicky org kluang ker? halamak!!! ni mmg suratan atau kebetulan ye...raff convent thn 1993
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:18 AM | Show all posts
Ha? Oh Oh... ora ...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:08


Nicky org kluang ker? hala ...
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:13 [/quote]

Oh.. Convent...

Cheq sekolah estet jah - Jalan Mengkibol

haisshhh... excited pulak jumpa orang Kluang kat sini....

Jom pekena kopi stesen ketapi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:20 AM | Show all posts
Pin! Fandi memanjangkan leher melihat sebuah tow truck di menghampiri lalu di parkir di hadapan kereta milik Datuk Yusuf. Pemandunya tersengih memandang Fandi sambil mengangkat tangan.

“Aiya Chong. Cakap 15 minit. Sekarang sudah setengah jam wor…” Fandi berkata apabila pemandu tow truck itu turun.

“Aiyo…friend. Sorrylah. Tadi aaa, masa saya dapat itu call, saya tengah sik-fan” Chong menerangkan sambil tersengih.

“Mana itu orang?”

“Siapa?”

“Itu ownerlah”

“Sudah balik”

“Aiya.. dia kasi you tunggu dia punya kereta meh? Kenapa dia tak mahu tunggu sendiri?”

“Dia ada hal lah Chong. Saya suruh dia balik dulu. Saya kasi tunggu dia punya kereta sampai you mari”

“Oh ya ka? You kenal ke sama itu owner?”

“Tak”

“Saya ingat itu you punya uncle ke..”

“Bukanlah. Apa pasal you tanya itu macam?”

“Tanya saja ma. You tunggu dia punya kereta, saya ingat you kenal sama dia”

“Tak kenallah Chong. Saya nampak dia punya kereta rosak tepi jalan, terus saya tolong sama dia” Chong terangguk-angguk. Lalu dia memulakan kerja menunda kereta Mercedez Benz itu.

“Okay friend. I hantar ini kereta pergi itu workshop dulu”

“Okay” Fandi juga mula berjalan ke arah motornya lalu enjin di hidupkan.

***********************************************
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:20 AM | Show all posts
xde la lady....raff xbrp nk suke si ery ni...cuma x terlintas sape2 lg setakat ni....btw dlm c ...
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:11

Ye lah... abe zul tu sesuai jadik fareez


Apa kata zul jadik raf? hehe... mesti raf pening... rafiki!

errr.... sorry nicki. terselit lak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:22 AM | Show all posts
Nicky org kluang ker? hala ...
rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:13


Oh.. Convent...
...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:18 [/quote]

Ni apsal kluang man kecek utara?


haaa... amik... rojak daa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2012 11:23 AM | Show all posts
Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, Datuk Yusuf diam memikirkan sesuatu.

“Datuk” Aziz memanggil.

“Ya?”

“Datuk percaya ke kat budak tu?”

“Kenapa kamu cakap macam tu?” Datuk Yusuf menjawab.

“Datuk main tinggal je kereta tu. Di buatnya dia bawak lari kereta Datuk, macam mana?”

“Tak kot. Elok je budak tu saya tengok”

“Jangan percaya sangat Datuk. Orang zaman sekarang ni, macam-macam benda dia boleh buat” Aziz sekadar menasihati.

“Saya tahu Aziz. Tapi saya yakin dia boleh di percayai”

“Macam mat rempit je saya tengok”

Datuk Yusuf hanya tersenyum. Pandangan pertamanya apabila melihat Fandi juga begitu, macam mat rempit. Tetapi, setelah berbual agak panjang dengan Fandi, Datuk Yusuf mula menyenangi sikap pemuda itu.

“Saya rasa budak tu baik” Datuk Yusuf berkata lagi. Setelah itu, Datuk Yusuf diam tidak berkata apa-apa. Otaknya kembali ligat berfikir.

Isk…Gila punya plan ni. Datuk Yusuf menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:26 AM | Show all posts
Ni apsal kluang man kecek u ...
ladyFinger12 Post at 4-7-2012 11:22 [/quote]

Laki cheq orang utagha...

Okaylah.. lepas ni cakap slang Johor balik.

Ulor berlingkor atas pagor. Kalau perut dah lapor, jom pegi makan lakse sambil ngeteh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:31 AM | Show all posts
Dato Yusuf - Jalaludin Hassan
Datin Haryati - Aida Khalida
Fifi - Nabila Huda.....siti saliha cam muka baik ler.....coz fifi kn mmg kaki clubbing, so raff rasa nabila mmg sesuai.....
Shah@Shark - Ery Putra
Bella - Julia Ziegler

rafflesia76 Post at 4-7-2012 11:02


Ery Putra jadi Shark? Tak cukup ganas le...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 11:31 AM | Show all posts
Ni apsal kluang man kecek u ...
ladyFinger12 Post at 4-7-2012 11:22


Laki cheq orang uta ...
Nicki_Meow Post at 4-7-2012 11:26 [/quote]


SJM ye? dulu skolah rendah katner? raff kt STM(2)...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.337387 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list