CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17582|Reply: 111

Hot FM Kini Muzik Lebih Hangat. Soalnya Usop Wilcha digugurkan kah??

[Copy link]
Post time 7-7-2012 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Tidak lagi bersandarkan pada 'tagline' Lebih Hangat Daripada Biasa, Hot FM kini tampil sebagai stesen Muzik Paling Hangat dan masih relevan kepada citarasa pendengar. Selain memainkan muzik paling hangat masa kini, Hot FM terus menyediakan platform kepada artis serta lagu baru untuk dihidangkan kepada pendengar.

Seiring dengan kejayaan yang baru dicapai oleh Hot FM sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang mempunyai 1 juta LIKE di web sosial Facebook, stesen itu yakin dengan strategi untuk memainkan lebih muzik untuk pendengar!

Barisan penyampai yang menerajui setiap segmen turut dirombak dengan enam segmen dan dijangka dapat memberi kesegaran dalam transformasi pengisian Hot FM. Dalam memantapkan pengisian, panggilan hangit diberi fokus khas memandangkan ianya adalah pengisian signatur Hot FM.

Tiga panggilan hangit akan diperdengarkan setiap pagi dan diulang semula sepanjang hari. Pendengar boleh mengundi di Facebook Hot FM dan dua penyampai dengan undian terendah pada setiap bulan akan didenda.

Hot FM AM KREW yang dihoskan oleh trio selamba Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG akan menumpukan kepada pengisian seperti topik harian serta senduk Fifi yang semakin hari mendapat perhatian ramai selain penekanan terhadap panggilan hangit.
  

Hot FM AM KREW bersiaran seluruh negara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Mereka juga turut mempersembahkan sebuah kisah pendek setiap pagi, parodi lagu hangit yang turut disertakan dengan sebuah klip video. Klip video ini boleh ditonton melalu laman Youtube Hot FM serta Facebook Hot FM.

Satu keunikan yang diwujudkan oleh Hot FM kali ini adalah Hot FM Cerita Cinta. Di dalam segmen ini, Chad akan meminta pendengar berkongsi cerita cinta mereka di samping memainkan rangkaian lagu-lagu. Buat pertama kalinya Chad akan menyertai seniornya untuk ke udara di seluruh frekuensi negara setiap Isnin hingga jumaat dari jam 11 malam hingga 1 pagi.

Deen pula meneruskan legasi ’zon pelajar’ melalui segmen Hot FM Carta Ulat Buku. Carta ini membolehkan pendengar mengundi lagu dan menjadikan lagu kegemaran mereka sebagai juara carta setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Hot FM JAM bakal dikendalikan oleh Kieran dan Ikhwan. Hot FM JAM juga bakal menerima panggilan dari karektor popular dari program infotainmen TV9, Galaksi iaitu Kiah Propa untuk bergossip tentang senario terkini dalam industri seni tanahair. Segmen ini ke udara Isnin hingga Selasa dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Dalam segmen Hot FM Muzik Paling Hangat, di samping memainkan lagu terkini, tiga buah lagu 90an boleh diundi melalui web sosial rasmi Facebook Hot FM bagi menentukan lagu mana yang bakal dimainkan di penghujung setiap jam. Suraya akan bersiaran pada jam 10 pagi hingga 1 tengahari manakala Leya pula akan memperdengarkan sebuah lagu baru setiap hari melalui Hot FM Carta 21 dari jam 1 tengahari hingga 4 petang.

Selain dari pembaharuan yang disuntik, Hot FM tetap memainkan lagu-lagu baru sebagai usaha menyokong muzik tempatan melalui Hot FM Kita Punya. Satu lagi pengisian signatur stesen itu dihoskan sepenuhnya oleh Deen pada setiap Sabtu jam 11 malam.

Terbaharu di hujung minggu, Hot FM Rock kendalian Leya, di mana program itu menjemput selebriti untuk berkongsi lagu rock kegemaran mereka. Sebanyak 10 buah lagu akan dipilih oleh selebriti jemputan dan mereka akan berkongsi kisah tentang lagu rock pilihan mereka.



Banyak kali buat rombakan..tapi rating makin sendu. Pastu segmen baru main tiru2 suria cinta Suria FM n Hot Fm Rock plak tiru Arena Rock Sinar FM. Dan paling penting, mana segmen Usop Wilcha? kata kontrak 2tahun? Ke kena buang? kalo ye, xberbaloi langsung pakcik tuh berenti kerja jawatan besar kt satu company dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 02:13 PM | Show all posts
malas nak baca...yg penting iols stujuk klo usop tu digugurkan..wat nyemak jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 02:17 PM | Show all posts
malas nak baca...yg penting iols stujuk klo usop tu digugurkan..wat nyemak jah
maxim Post at 7-7-2012 14:13



    aah..mmg xmembantu rating pun. cumanya iol teringat lagi masa awal2 masuk hotfm siap berenti kerja ko..skang nie entah cner laa nasib dia anak bini. Movie pn sendu. Sebenarnya, penyampai tuh xpenting, muzik yang dimainkan tuh kena variety..kalo nk rating 10juta senang jer, buat konsep macam pilihan bersama radio muzik dulu2. semua jenis muzik dorang mainkan. so setiap lapisan masyarakat pun boleh laa dengar..maka akan naikla rating..kalo nk lagi best, buat list lagu yang akan disiarkan siap2 kt surat kaba..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 02:26 PM | Show all posts
Motifff ff beriya2 nak cover bulge AG ngan tangan dia???
Bulge fbi terlepas pulopp
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 03:44 PM | Show all posts
silap besar hot pisahkan si jawa 2 orang tu..dulu petang2 layan la dengar jawa rangers tu merapu..skang sendu..baik aku dgr thr gegar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 03:48 PM | Show all posts
silap besar hot pisahkan si jawa 2 orang tu..dulu petang2 layan la dengar jawa rangers tu merapu..sk ...
UnaHusna Post at 7-7-2012 15:44



    Betul.... Jawa rangers mmg best kalo blk keja jln jem ble layan...

Skunk ni petang2 baik layan suriafm walo pn linda onn
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2012 04:09 PM | Show all posts
Betul.... Jawa rangers mmg best kalo blk keja jln jem ble layan...

Skunk ni petang2 bai ...
mixed Post at 7-7-2012 15:48


i have a feeling laa pasni punya survey, suria fm akan pintas hot utk duduk top3. Skang nie Suria sgt best. lagu2 yang dorg main pun variety.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 04:49 PM | Show all posts
baguslah gugurkan usop tu.. x best hokey dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 05:00 PM | Show all posts
i have a feeling laa pasni punya survey, suria fm akan pintas hot utk duduk top3. Skang nie Suri ...
scrocth Post at 7-7-2012 16:09



    hot skarang no 4
Thr dah pintas
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 05:23 PM | Show all posts
Ranking hotfm nomot 4??? Aiyooo.. Nomot 1 sape? Klasik nasional??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 05:24 PM | Show all posts
boring dgr hot fm
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 07:28 PM | Show all posts
skang ni suma radio aku tk lyn..boring..tk mcm dlu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 07:30 PM | Show all posts
huhu.. ha a mana usop wilcha.. ok ape..

anyeway dulu dia keja mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 07:32 PM | Show all posts
Sekarang ni susah betul nak cari lagu yg kena dgn citarasa aku...sendu jah semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 08:22 PM | Show all posts

Hot FM Kini Muzik Lebih Hangat. Soalnya Usop Wilcha digugurkan kah??

apa nak heran usop wilcha berkelulusan tinggi... moga2 senang dpt kerje yg stabil..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 08:34 PM | Show all posts
X berapa suka usop jadi dj.... Pelakon kumudi lebih seswaiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 08:45 PM | Show all posts
Sejak usop wilcha nie jdi dj, ak xpnh dgr segmen pagi hot fm, melalut dan x ada keserasian, xpnh ak gelak dia buat lawak... Baik dgr sinar, xpun era... Dlu Mlm3 lyn nasional fm, sblm dijenamakn semula jdi klasik nasional terus x dgr sgt,
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 11:05 PM | Show all posts
hot dh xbest dgr....wak sakit telinga je dengar radio tu..baik pasang radio lain layan la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 11:14 PM | Show all posts
Motifff ff beriya2 nak cover bulge AG ngan tangan dia???
Bulge fbi terlepas pulopp
solstice Post at 7-7-2012 14:26



    uols perlu ke nak skodeng bulging dua org neh? tak tasty langsung okeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 11:28 PM | Show all posts
suria fm je yg best....dr kul 10 hingga mlm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.102925 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list