CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scrocth

Hot FM Kini Muzik Lebih Hangat. Soalnya Usop Wilcha digugurkan kah??

[Copy link]
Post time 7-7-2012 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 7-7-2012 23:31

Usop Wilcha tersingkir dari Hot FM?

Wartawan Sinar Harian

7 Julai 2012
                  

$entry.content.caption.value


Khabar angin mengenai pelakon, Shy8 atau lebih popular dengan nama Usop Wilcha akan meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bukanlah lagi cerita baru, malah tuan badan juga pernah menafikannya.

Bagaimanapun, namanya sekali lagi tiada dalam senarai rombakan terbaru barisan penyampai Hot FM yang tersebar di beberapa portal hiburan.

Shy8 yang dihubungi Zass berkata, buat masa ini, dia masih lagi bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut dan tidak akan membuka mulut berkaitan rombakan terbaru yang dilakukan Hot FM sehinggalah pihak pengurusan sendiri yang mengumumkannya.

"Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan oleh Hot FM sebagai menghormati tugasan mereka. Lagi pun sekarang, saya masih mempunyai kontrak sebagai penyampai bersama mereka.

"Apabila kenyataan media sudah dikeluarkan, barulah saya akan bersuara," jelasnya.

Apakah Shy8 benar-benar akan tersingkir dari stesen radio popular itu atau pun dia bakal mengendalikan segmen baru yang sengaja dirahsiakan dari senarai rombakan baru itu? Tunggu sajalah kenyataan rasmi dari Hot FM dalam masa terdekat ini.



Credits: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2012 12:01 AM | Show all posts
Shy8 lebih sesuai dok kat sinar fm
Dj solo
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:32 AM | Show all posts
hot skarang no 4
Thr dah pintas
solstice Post at 7-7-2012 17:00



   Kedudukan

1. Era FM – 4.8 juta

2. Sinar FM – 4.23 juta

3. THR (Raaga & Gegar) – 3.39 juta

4. Hot FM – 3.4 juta

5. Suria FM - 2.88 Juta

6. MY FM – 2.54 juta

7. Hitz FM - 2 juta------------------------------------------
3.4 dgn 3.39 mana banyak hah??????


(thr bergabung raaga dgn pantai timur)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:49 AM | Show all posts
Reply 23# alahai


    Mebi 3.04 kut
Yg nyata hot jatuh sbb am crew failed
Selalunya slot pagi yg paling penting
Cam era yg naik, sbb johara
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:50 AM | Show all posts
Reply 23# alahai


    Jumlah pndengar Hot FM pon bergabung dgn slot khas utk pendengar kelate & ganu (jam 11 pagi - malam)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 10:00 AM | Show all posts
LAGI BESAR KE GAJI USOP JADI DJ NIH EH ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2012 11:25 AM | Show all posts
usop ni x pandai buat lawak pun..asek2 kite bakor je...dah basi la wei...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 11:33 AM | Show all posts
memang best layan JOHARA pepagi time pegi keje.. terbaikk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2012 12:02 PM | Show all posts

Hot FM Kini Muzik Lebih Hangat. Soalnya Usop Wilcha digugurkan kah??

Dh lame xdgr hot . Sejak si usop wilcha ni join . Ntah ape2 . Dh la salu nk try buat lawak tp xmnjadi pon . Hot fm mmg dh xrelevan . Boring . Semua pnympai mcm dh xde idea .


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:02 PM | Show all posts

Hot FM Kini Muzik Lebih Hangat. Soalnya Usop Wilcha digugurkan kah??

Dh lame xdgr hot . Sejak si usop wilcha ni join . Ntah ape2 . Dh la salu nk try buat lawak tp xmnjadi pon . Hot fm mmg dh xrelevan . Boring . Semua pnympai mcm dh xde idea .


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:06 PM | Show all posts
Aku dh xleh dgr hot sejak preggy anak ke 2 thn 2010...cm nk muntah aje ..suka dgr sinar masa zmn halim zizi n shirah...la ni layan johara lg best...xbleh terima kencana tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:17 PM | Show all posts
ak ok je ng 3 serangkai tu.... tp start usop masuk tros jadi sendu..
kdg dgr tu leh rasa yg dorang struggle gle nk 'in' ng usop. tp tak jadi.
klo time yg tinggal b2 je dlm studio, yg 2 lg cuti, mcm nk mati dj sorang yg tinggal bgabung ng usop nk hangatkan pagi kononnye...  tp usop tak mbantu lgsg.. ke lauttt

tros ak tukar... dgr hitz tak pon johara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 01:48 PM | Show all posts
padan muka seelan dulu dh elok2 hot no 1 sbb am krew & jawa rangers gatal2 pegi ubah ...

skrng rasakan jatuh menjunam ...

aku pening dgr suraya tu tahapahapa tah nk contrl cun je .. x kuasa aku ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 02:04 PM | Show all posts
best ke jawa rangers....sori la x pernah dengar sebab aku berada di alaska katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 02:36 PM | Show all posts
suraya mmg xbest. chad ngn din pun xbest..dulu aku suka sinar tp la ni sinar pn makin xbest..sbb KE n SY dh macam tepu idea dh. now suka layan redfm sarimah n lilkev. lagu2 pun best n terkini..suria pn best gak tp time linda onn je laa aku dengo!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 02:38 PM | Show all posts
aku ok saja dengan hotfm...krew pagi derang tetap terbaik, leya pun ok...cuma gandingan ikhwan n kieran x berapa nk menjadi..chad n deen plak kena blaja banyak lg...suraya cuma menjadi kalo keja sorang2.so far so good....Fanpage pun dah cecah 1 million gituh..ko ader??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2012 05:29 PM | Show all posts
ak ok je ng 3 serangkai tu.... tp start usop masuk tros jadi sendu..
kdg dgr tu leh rasa yg dorang struggle gle nk 'in' ng usop. tp tak jadi.
klo time yg tinggal b2 je dlm studio, yg 2 lg cuti, mcm nk mati dj sorang yg tinggal bgabung ng usop nk hangatkan pagi kononnye...
tp usop tak mbantu lgsg.. ke lauttt
lumie Post at 8-7-2012 12:17 PM


Wow! Pendapat kita memang sama!!! Nak2 bila tinggal Fafau dgn ucop, obvious sangat fafau macam kurang selesa..ucop pon sikit2 baca komen kat fb/sms...tu je la..kalau suruh cakap spontan, sepatah dua je pun...dia x boleh berfikir secara spontan..tu yang buat orang malas nak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 06:01 PM | Show all posts
Ada satu pagi tu bila 4 org
Habis tunggang langgang brlanggar cakap
Kelam kabut sesangat
Besoknya terus tinggal 2 org
Agaknya yg 2 lg disuruh cuti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 06:13 PM | Show all posts
Wow! Pendapat kita memang sama!!! Nak2 bila tinggal Fafau dgn ucop, obvious sangat fafau macam k ...
hyie Post at 8-7-2012 17:29



   

Khabar angin mengenai pelakon, Shy8 atau lebih popular dengan nama Usop Wilcha akan meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bukan lagi cerita baru.
Bagaimanapun, namanya sekali lagi tiada dalam senarai rombakan terbaru barisan penyampai Hot FM yang tersebar di beberapa portal hiburan tempatan.
Shy8 yang telah dihubungi berkata, buat masa ini, dia masih lagi bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut dan tidak akan membuka mulut berkaitan rombakan terbaru yang dilakukan Hot FM sehinggalah pihak pengurusan sendiri yang mengumumkannya kelak.
“Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan oleh Hot FM sebagai menghormati tugasan mereka. Lagi pun sekarang, saya masih mempunyai kontrak sebagai penyampai bersama mereka. Apabila kenyataan media sudah dikeluarkan, barulah saya akan bersuara,” terang Shy8 bersahaja.
Forblogger berharap agar pihak Hot FM mengekalkan Usop Wilcha sebagai penyampai tetap kerana beliau sememangnya mempunyai pengikut yang tersendiri.

kredits: http://www.forblogger.net/2012/0 ... ir-dari-hot-fm.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 06:19 PM | Show all posts

AKu google masa dia baru nk start jd DJ arituh.




KUALA LUMPUR:
Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.

Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.

"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.

"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM, di sini, Rabu.

Tambah Shy8 lagi, dia tekad untuk mengambil risiko melepaskan kerjaya tetapnya dan memulakan perjalanan hidup baru dalam dunia hiburan.

"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.

"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang keserasian mengendalikan segmen AM Krew, kata Shy8, dia masih dalam proses belajar.

"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.

"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM," katanya.


Persoalannya berbaloikah lepaskan jawatan besar kt company gah plak tuh??? last2 kena buang plak..adakah hotfm berikan dia compensation yg setimpal???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.073621 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list