CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Show: 1467|Reply: 19

Lori berhentaman: Datuk putus nyawa di depan cucu kesayangan !

[Copy link]

4899

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 8-7-2012 05:48 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


ORANG ramai melihat lori yang dipandu oleh Mohd. Hamzah (gambar kecil)  merempuh pokok rhu manakala di sebelahnya ialah lori yang melanggarnya dari belakang dalam kemalangan di Marang, Terengganu semalam.



MARANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.45, pagi itu, Farah Syazira Mohd. Norham Shamsuddin sedang dipangku oleh neneknya, Normah Abdul Razak, 49, ketika menunggu kepulangan Mohd. Hamzah Ismail (gambar kecil), 51, daripada mengambil bekalan buah tembikai untuk dijual di gerainya di situ.

Namun sebaik sahaja Farah Syazira ternampak lori yang dipandu datuknya itu yang lebih mesra dipanggil 'ayah', kenderaan itu terus dirempuh sebuah lori lain dari belakang.

Akibatnya, lori itu terbabas dan melanggar sebatang pokok rhu di hadapan isteri dan cucunya.

"Cucu saya (Farah Syazira) beritahu, datuknya dah nak sampai bila nampak lori suami saya memberi isyarat untuk masuk ke tepi jalan.

"Tiba-tiba kami yang duduk di sebuah pangkin tidak jauh dari situ nampak sebuah lori lain dalam keadaan laju telah melanggar belakang lori suami saya," kata Normah ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, muka Farah Syazira menjadi kebiru-biruan manakala anak perempuannya yang berusia 24 tahun pula hampir pengsan melihat Mohd. Hamzah yang berlumuran darah tersepit di tempat duduk pemandu.


p/s trauma cucu tuh smpi naik biru mukanya..............
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

4899

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 8-7-2012 05:56 AM |All posts
Menangis lihat suami tersepit

MARANG: ¡°Saya hanya mampu menangis melihat suami tersepit dan mengerang kesakitan,¡± kata Normah Abd Razak, 49, isteri kepada Mohd Hamzah Ismail, 51, yang tersepit selepas lori dipandunya dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Mohd Hamzah parah di kaki kiri akibat tersepit di dalam lori dipandunya yang remuk dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan selepas dirempuh   lori lain.

  Kemalangan berlaku ketika Mohd Hamzah yang baru mengambil bekalan buah tembikai dari sebuah kebun di Kampung Serating, di sini, tiba di gerai menjual buah-buahan milik Normah di tempat kejadian.

  Sebaik menghampiri gerai, Mohd Hamzah yang juga bapa kepada enam anak memberi lampu isyarat untuk berhenti di sebelah kiri jalan sebelum kenderaannya dirempuh   lori dari belakang.

  Rempuhan turut menyebabkan kebanyakan tembikai dan satu botol besar mengandungi minyak diesel yang berada dalam lori dipandu Mohd Hamzah tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan raya.

  Normah berkata, ketika kejadian, dia melayan beberapa pelanggan bersama dua anak dan seorang cucunya.


  Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas, menyebabkan dia panik sebelum segera menghampiri suami bagi melihat keadaannya.

  ¡°Saya  menangis tapi tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya kerana dia tersepit. Saya hanya mampu berdoa supaya suami selamat selain memintanya bertenang.


  ¡°Malah, usaha orang ramai mengeluarkannya juga gagal kerana keadaan lori yang remuk menyukarkan dia dibawa keluar dari kenderaannya.

  ¡°Bagaimanapun, suami dikeluarkan 30 minit kemudian dengan bantuan bomba yang tiba tidak lama selepas itu,¡± katanya.

  Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
31-7-2008
Post on 8-7-2012 07:48 AM |All posts
parah ke meninggal ni?
ke aku yg tak baca bebtul?
So kiss me and smile for me
Tell me that u wait for me
Hold me like u never let me go.................

There's so many times i've let u down
So many times i'ved played around
I tell u now, they don't mean a thing......................

4899

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 8-7-2012 08:03 AM |All posts
parah ke meninggal ni?
ke aku yg tak baca bebtul?
cintajc Post at 8-7-2012 07:48


mgkin ayat di bawah nie menjawab kekeliruan itu.......


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini semalam.
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

0

Threads

1

Fans

630

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
14-12-2010
Post on 8-7-2012 08:04 AM |All posts
Tulah... Ku baca yg atas ckp meninggal...
Konpius betul la reporter nih...

4

Threads

4

Fans

4158

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
31-7-2010
Post on 8-7-2012 08:33 AM |All posts
sampai biru muka cucu dia...terkejut sgt tu..

27

Threads

21

Fans

5020

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
10-11-2011
Post on 8-7-2012 10:05 AM |All posts
Alfatihah....jalan kat area marang ni mmg keta laju2..kalau berenti kat gerai tepi jalan tu, mmg gerun bila keta2 lalu..laju yg amat..mcm mana agaknya peniaga2 gerai tu rasa setiap hari..
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright

129

Threads

26

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
15-8-2010
Post on 8-7-2012 12:05 PM |All posts
cucu pun tau atoknya sakit sampai kebiru biruan muka cucu...

sedeynya
When Fantasy Beyond Reality...
Emotional Will Take Into Place...

2

Threads

3

Fans

7952

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
20-8-2003
Post on 8-7-2012 12:21 PM |All posts
Kalau mati seksyen 41. Tapi polis kata seksyen 43 plak... Yg mana satu...
apa hang mau?

33

Threads

2

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
7-10-2006
Post on 8-7-2012 12:48 PM |All posts
aku pun confuse ... parah ker meninggal? ker meninggal lps diselamatkan?
LOVE Hong Ki & FTISLAND ~WE GOT MARRIED GLOBAL~

0

Threads

3

Fans

4677

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
3-12-2011
Post on 8-7-2012 12:52 PM |All posts
kesiannya cucu tu trauma dia

0

Threads

1

Fans

1603

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
3-6-2011
Post on 8-7-2012 01:20 PM |All posts
Al-Fatihah....
Mind your own business...boleh?

3

Threads

0

Fans

4612

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
7-1-2011
Post on 8-7-2012 01:20 PM |All posts
Pening ak bce mcmni

4899

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 8-7-2012 01:33 PM |All posts
Kalau mati seksyen 41. Tapi polis kata seksyen 43 plak... Yg mana satu...
schumacher Post at 8-7-2012 12:21


oww...camtu ker.......?

aku tau seksyen 2 jer..........
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

0

Threads

0

Fans

153

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
26-6-2012
Post on 9-7-2012 10:57 PM |All posts
ajal dan maut dtangan ALLAH

2

Threads

0

Fans

726

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
7-6-2012
Post on 10-7-2012 04:12 PM |All posts
cian nye...meti truma bdk tu

6

Threads

3

Fans

4054

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
8-12-2009
Post on 10-7-2012 04:25 PM |All posts
sedihnya...mati depan mata plak tu..mesti teringat2
Tanya sama pokok.

1

Threads

2

Fans

1929

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
7-3-2012
Post on 10-7-2012 04:35 PM |All posts
x nmpk pun bekalan tembikai yg dibawa balik..
mesti dh kena rembat..

ALFATIHAH utk pakcik Hamzah Ismail..
smoga beroleh kesejahteraan di alam sana..
IMIMIZ..miss u each day as time goes by

60

Threads

7

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
9-6-2010
Post on 10-7-2012 04:42 PM |All posts
aku kerap kali juga tengok dgn kepala mata sendiri kemalangan maut. kepala pecah dgn otak hancur, isi2 bertaburan atas jalan, apa lagi darah. mayat terbaring atas jalan, sementara tunggu polis belum sampai.
haishhhhhhhhhhhhh.... scary
kau...
kau selalu tetap tinggal dihatiku...

97

Threads

10

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
18-11-2011
Post on 10-7-2012 05:02 PM |All posts
takziah buat keluarga beliau. baik-baik orang marang tolong nak selamatkan beliau dari dok sibuk mengutip tembikai yang berterabur.
  whatever!!!  
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-6-2013 04:37 PM , Processed in 0.443130 second(s), 17 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top