CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5791|Reply: 27

banduan 650: Dr. Aafia Siddiqui

[Copy link]
Post time 9-7-2012 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Banduan 650 - Dr. Aafia Siddiqui
Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.



kredit ://luv-ima.blogspot.com

*p/s:mod sori kalu dh ade thread ni, kalu x sesuai kt bod ni tlong pindah ye, sy xtau nk letak kt bod mane...ni kisah lama tp nk disegarkn balik betapa sedihnya seorg y genius Islam dperlakukn sbegitu rupa...kejam sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 12:53 PM | Show all posts
Go on..
Thread sebegini lebih bagus berbanding thread kisah seks semasa & politik tak berkesudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 12:56 PM | Show all posts
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.


144 sijil??? sounds too good to be true
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 12:59 PM | Show all posts
so? apa kesudahan nya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 01:05 PM | Show all posts
jika betul kisah ini... hanya Allah lah tempat mengadu.. innallillah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 01:44 PM | Show all posts
harap balaci2 yahudi celup sudi menjawap fitnah dan kecelakaan angkara zionis laknatullah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2012 01:54 PM | Show all posts
kalau diseksa dan dipisahkan dengan anak-anaknya, memang sangat kejam. ibu mana yang sanggup dipisahkan dengan anak-anak. x yah seksa nak pukul cucuk-cucuk bagai, terpisah sebegitu pon boleh jadik satu penyeksaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 08:20 PM | Show all posts
aritu ada tgk movie, cerita semua sama kecuali pengakhiran cerita. lupa dah tajuk muvie tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 10:06 PM | Show all posts
Kejam betul. Ada baca di FB, anak yg bby lagi tu dah mati. yg sulung di lepaskan, dan yg no 2, perempuan, masa orang jumpa umur dia dah 12 tahun, dikurung dalam bilik gelap sejak umur 7 tahun. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:07 PM | Show all posts
Amerika bangsat:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:35 PM | Show all posts
kalau cerita tentang Taliban....cepat jer balaci balaci cemuh Taliban....Taliban jijik la....taliban gila la...taliban eksploit wanita la.....pendek kata serba serbinya Taliban ni teruk...

bila tiba negara pujaan mereka yang maju tu buat taik buat onar....diorang senyap jer...bunuh berjuta umat Islam....rogol umat Islam...tipu dan perangi umat Islam....siksa dan dera umat Islam....diorang senyap jer....seolah olah itu biasa jer....seolah olah itu semua tak per....malangnya dalam keadaan macam ni....umat Islam yang disalahkan dan yang memerangi umat Islam dianggap hero pulak....hadeiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:02 PM | Show all posts
Itulah set minded balaci pencacai Amerikana
Amarikana hero pujaan hati sedangkan Taliban tu punggahnas
Itulah akibat slalu nengok filem Hollywood, sampai terrorist pun diangkat sebagai hero
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:15 PM | Show all posts
Itulah set minded balaci pencacai Amerikana
Amarikana hero pujaan hati sedangkan Taliban tu punggah ...
boyagombak Post at 11-7-2012 23:02



    Kat filem keluaran malaysia pun dah ikut budaya menyokong terrorist ni..  Kongsi gelap digambarkan sbg suatu yg 'cool''
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:47 PM | Show all posts
sengap plak puak2 yahudi mab0ks nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 03:48 AM | Show all posts
ya allah sedihnyaa...sebak dada baca berita nih .syurga la tempat ibu ini dan anak2 nya di akhirat kelak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 03:58 AM | Show all posts
ya Allah, klu wanita ini mati Engkau kurniakanlah syurga kpdnya. amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 07:13 AM | Show all posts
bagaimana kesudahannya sheols?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 08:15 AM | Show all posts
celaka sgt puak2 pencacai zionis laknatullah cari ni.   haram  tak  masuk komen dlm thread  ni.  :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 08:23 AM | Show all posts
so dah memang melanggaq Geneva Convention , ya?

so ...quiet thread ...hmm interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:32 AM | Show all posts
luluh hati baca...Allah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080965 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list