CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456789Next
Return Post new threads
Show: 10793|Reply: 224

Radix Fried Chicken (RFC) sasar 14 cawangan baru

  [Copy link]

590

Threads

5

Fans

4209

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-3-2011
Post on 11-7-2012 09:48 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.

Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama menjadi keutamaan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) bagi pelaksanaan restoran makanan segera di bawah pengurusan mereka iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Pembukaan cawangan pertama RFC di Sungai Petani empat tahun lalu, menjadi titik tolak kepada syarikat dan sehingga kini mereka mempunyai sepuluh cawangan seluruh Malaysia.
       
        Menekankan moto Produk Halal Tanggungjawab Bersama, RFC semakin rancak melebarkan empayarnya bagi segmen makanan segera. Walaupun terpaksa bersaing dengan restoran makanan segera lain, tetapi tidak menjadi penghalang kepada RFC untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap menu ditawarkan.


Antara menu di RFC
       
       
        RFC bukan francais
       
        Berbeza dengan restoran makanan segera lain yang ada di antaranya diusahakan dengan konsep francais, tetapi tidak bagi RFC. Pengarah Urusan Kumpulan HPA, Ismail Ahmad berkata, setiap ahli yang mempunyai modal boleh membuka dan mengusahakan RFC tetapi perlu mendapat keizinan daripada HPA terlebih dahulu.
       
        Menurutnya, kos pelaburan bagi pembukaan dan pelaksanaan sesebuah cawangan adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta. ¡°Pembukaan cawangan baru secara tidak langsung pengusaha sedang mengembangkan jenama di bawah pengurusan HPA. ¡°Bagi ahli yang membuka cawangan RFC, mereka akan diberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan latihan untuk mengendalikan restoran,¡± katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.
       
        Ismail berkata, pembukaan setiap cawangan RFC secara tidak langsung membantu  mengembangkan jenama di bawah HPA berikutan kebanyakan produk digunakan adalah keluaran sendiri. Katanya, Mac lalu, RFC telah membuka jabatan khusus bagi mengendalikan promosi secara terus dan menyeluruh melibatkan jualan, acara dan pengiklanan menerusi media elektronik serta cetak.
       
       
        14 cawangan pada 2013
       
        Menurut Ismail, sehingga kini RFC mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia dan optimis menambah tiga lagi bagi melengkapkan 13 kesemuanya menjelang hujung tahun ini. Katanya, syarikat turut menyasarkan pembukaan 14 cawangan baru pada  2013 bagi Semenanjung Malaysia dalam melebarkan sayap perniagaan RFC sekali gus memastikan mereka terus kukuh.
       
        ¡°Tidak hanya menumpukan pemasaran di Semenanjung Malaysia, tetapi RFC turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak, tetapi perlu mengkaji pelbagai faktor sebelum membukanya. ¡°Pelaburan bagi setiap pembukaan cawangan baru melibatkan kos antara RM1 juta hingga RM1.2 juta secara keseluruhan termasuk pengubahsuaian dan kelengkapan diperlukan,¡± katanya.
       
        Menurutnya, purata kapasiti pengeluaran ayam setiap bulan mencecah 30,000 ekor. Walaupun kos ternakannya tinggi, tetapi ia masih dapat ditampung RFC. Ismail berkata, selain menambah cawangan baru, RFC juga bercadang menyediakan dapur bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada setiap majlis dianjurkan.
       
        Katanya, berbanding sebelum ini, setiap majlis atau program anjuran syarikat perlu diadakan di cawangan Shah Alam, tetapi dengan kewujudan dapur bergerak tersebut, syarikat dapat mengadakannya di pelbagai lokasi.
       
       
        Bakal sertai DPIM
       
        Mengulas mengenai penyertaan HPA dalam Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), beliau berkata, sehingga kini mereka belum menjadi ahli, tetapi mempunyai perancangan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
       
        Ismail berkata, HPA sememangnya mempunyai hubungan baik bersama DPIM khususnya Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sering dijemput dalam sesi dialog dan program HPA.
       
        ¡°Selari dengan perjuangan DPIM, RFC juga menjalankan perniagaan berkonsepkan islamik dan berhasrat menjadi salah satu restoran makanan segera berbentuk islamiah. ¡°Fokus utama syarikat kini adalah meningkatkan hospitaliti dan perkhidmatan lebih efisien di setiap cawangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati,¡± katanya.
       
        Ismail berkata, penekanan yang diutamakan RFC bagi segmen pemprosesan, penternakan dan pengeluaran ayam adalah kualiti. Katanya, mekanisme digunakan untuk menternak ayam adalah berkonsepkan organik tanpa menggunakan vaksin dan bebas daripada ubatan kimia.
       
        ¡°Manakala, makanan ayam yang digunakan juga diproses sendiri tanpa menggunakan serbuk tulang (dicalsiumphosphate). Ayam RFC tidak hanyir dan rasanya seperti ayam kampung.
       
        ¡°Tidak menggunakan serbuk perisa (monosodiumglutamate) bagi setiap ayam membuatkan pelanggan kami tidak cepat jemu,¡± katanya.
       
        Menurutnya, hampir semua produk digunakan di RFC adalah keluaran HPA termasuk sos cili dan air yang digunakan setiap pelanggan ketika mengunjungi mana-mana cawangan.
       
        Ismail berkata, syarikat turut memberi keutamaan bagi penyembelihan ayam dan memastikan ia dibuat mengikut hukum fikah malah penyembelih juga terdiri daripada mereka yang bertauliah serta dipilih sendiri oleh HPA Farm.





p/s : kenapa iols x pernah tengok RFC ni..kat tempat uols ada? pernah makan? sedap x uols?
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^

2

Threads

1

Fans

3281

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
17-3-2010
Post on 11-7-2012 09:51 AM |All posts
Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.

Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama men ...
jejai Post at 11-7-2012 09:48



mmg sedap jejai...rasa isinye lagi juicy drp kfc...

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 11-7-2012 09:51 AM |All posts
aku tertunggu gak cwngn area kl.. damansara....
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

590

Threads

5

Fans

4209

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-3-2011
Post on 11-7-2012 09:53 AM |All posts
mmg sedap jejai...rasa isinye lagi juicy drp kfc...
yayaji Post at 11-7-2012 09:51


KL dah ade ke? iols kempunan nak merasa ni..ada delivery x uols?
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^

38

Threads

4

Fans

110k

Points

Defender

Uchuu Keiji

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-6-2005
Post on 11-7-2012 09:55 AM |All posts
Radix not for human eat one... haram tak sedap...
Asalkan bukan UMNO dan PAS

472

Threads

9

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-1-2007

Moderator

Post on 11-7-2012 09:56 AM |All posts
aku tertunggu gak cwngn area kl.. damansara....
dino Post at 11-7-2012 09:51 AM


Shah Alam kan ade 1 kat Seksyen 7. sepelaung jek dr Damansara
I LOVE SUSU BUT I HATE LOMBU
You take the breath right out of me.You left a hole where my heart should be.
You got to fight just to make it through,Cause I will be the death of you.

472

Threads

9

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-1-2007

Moderator

Post on 11-7-2012 09:57 AM |All posts
mintak tlg ramaikan la kakitangan kat outlet tuh. aku tgk kat Kangaq tu staf x ramai. kena multitask pulop
I LOVE SUSU BUT I HATE LOMBU
You take the breath right out of me.You left a hole where my heart should be.
You got to fight just to make it through,Cause I will be the death of you.

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 11-7-2012 09:57 AM |All posts
nampak cam tak sedap je

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 11-7-2012 09:57 AM |All posts
kat bangi ni....
ada ramai kata MFC tu sedap gila la.....
aku gi makan.... haram tak sedap
tak ingat plak M tu stand for what

7

Threads

3

Fans

8274

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
21-10-2005
Post on 11-7-2012 09:58 AM |All posts
oo sedap ek....kt tmpt aku baru nk bukak...wajib try...
~ISTIGHFAR~

38

Threads

4

Fans

110k

Points

Defender

Uchuu Keiji

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-6-2005
Post on 11-7-2012 09:59 AM |All posts
Jitra- bukak ramadan 2010 ---> sebelum ramadan 2011 sudah melingkup...
Asalkan bukan UMNO dan PAS

590

Threads

5

Fans

4209

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-3-2011
Post on 11-7-2012 09:59 AM |All posts
Shah Alam kan ade 1 kat Seksyen 7. sepelaung jek dr Damansara
NIXAR Post at 11-7-2012 09:56


dekat shah alam pun ade? kat mana uols.. nak rasa ni..
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^

472

Threads

9

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-1-2007

Moderator

Post on 11-7-2012 10:00 AM |All posts
dekat shah alam pun ade? kat mana uols.. nak rasa ni..
jejai Post at 11-7-2012 09:59 AM


http://duniaherbahpa.com/category/radix-fried-chicken/
I LOVE SUSU BUT I HATE LOMBU
You take the breath right out of me.You left a hole where my heart should be.
You got to fight just to make it through,Cause I will be the death of you.

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 11-7-2012 10:02 AM |All posts
Shah Alam kan ade 1 kat Seksyen 7. sepelaung jek dr Damansara
NIXAR Post at 11-7-2012 09:56

ooo ade mana la aku tahu...
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 11-7-2012 10:03 AM |All posts
baru bukak rupanya
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

472

Threads

9

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-1-2007

Moderator

Post on 11-7-2012 10:04 AM |All posts
ooo ade mana la aku tahu...
dino Post at 11-7-2012 10:02 AM


pi la cuba. mana tau kena dgn selera. lain org lain selera. mcm aku x suke KFC melainkan dh kebulur sgt
I LOVE SUSU BUT I HATE LOMBU
You take the breath right out of me.You left a hole where my heart should be.
You got to fight just to make it through,Cause I will be the death of you.

225

Threads

5

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
15-10-2006
Post on 11-7-2012 10:04 AM |All posts
semoga berjaya!
BR1M,KR1M,TR1M - tiada majoriti 2/3, rakyat sejahtera!

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 11-7-2012 10:04 AM |All posts
ehh kat bgi pon ada..
tah kat hala mana tah

2

Threads

1

Fans

3281

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
17-3-2010
Post on 11-7-2012 10:05 AM |All posts
Reply 4# jejai


KL tak dak kot, dgr kata shah alam dah ada..tp tatau kat mana,
ai selalu pi mkn klu blk alor setaq, kat shahab perdana...

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 11-7-2012 10:07 AM |All posts
pi la cuba. mana tau kena dgn selera. lain org lain selera. mcm aku x suke KFC melainkan dh kebu ...
NIXAR Post at 11-7-2012 10:04

nanti la cuba..... nmpk mcm menarik.... katanya ayam organik ade btul ka...
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

5

Threads

0

Fans

812

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
10-8-2002
Post on 11-7-2012 10:07 AM |All posts
tak sedap ,servis lembab,mahal..coleslaw dan mashed potato hancurrr...

590

Threads

5

Fans

4209

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-3-2011
Post on 11-7-2012 10:07 AM |All posts
NIXAR Post at 11-7-2012 10:00


macih uols...iols nak pergi lunch nanti
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^

6

Threads

3

Fans

4054

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
8-12-2009
Post on 11-7-2012 10:07 AM |All posts
ape salahnya kite cuba kan....bukan untuk dimakan hari2..hanya sekadar merasa..kalau murah dari kfc, ok ape...at least ada pilihan selain restoran2 lain
Tanya sama pokok.

2

Threads

1

Fans

3281

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
17-3-2010
Post on 11-7-2012 10:08 AM |All posts
ehh kat bgi pon ada..
tah kat hala mana tah
atira Post at 11-7-2012 10:04



yeay...dah buka, aku rasa ni depan rest nu inn / bangi kopitiam kot...bangunan baru..
balik sat lagi boleh pi usha..mfc pon sedap...pd aku lg sedap drp kfc...

472

Threads

9

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-1-2007

Moderator

Post on 11-7-2012 10:09 AM |All posts
nanti la cuba..... nmpk mcm menarik.... katanya ayam organik ade btul ka...
dino Post at 11-7-2012 10:07 AM


ha'ah....ayam organik. mahai sket la ayam organik neh
I LOVE SUSU BUT I HATE LOMBU
You take the breath right out of me.You left a hole where my heart should be.
You got to fight just to make it through,Cause I will be the death of you.
123456789Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-5-2013 11:58 PM , Processed in 0.201714 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top