CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123Next
Return Post new threads
Show: 3956|Reply: 74

Nilai filem tempatan....betul ke filem Malaysia sampah?

[Copy link]

212

Threads

4

Fans

6497

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
30-8-2009
Post on 11-7-2012 09:51 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by achik2009 at 11-7-2012 10:01

OLEH WANDA IDRIS



filem Bunohan dipuji sebagai karya hebat, tetapi tidak mendapat perhatian penonton.


BAGUS atau tidak? Ada yang berpendapat sesebuah filem itu bagus, mungkin sebaliknya bagi sesetengah peminat. Justeru apakah justifikasi kita kepada sebuah filem yang bagus dan berkualiti? Ini kerana terlalu ramai yang menganggap kebanyakan filem tempatan yang dihasilkan hari ini kurang bermutu.

Ironinya, banyak filem kita yang pecah panggung dan mendapat kutipan berbelas juta ringgit. Jadi di manakah kita meletakkan sasaran bahawa sesebuah filem itu bagus atau sebaliknya kerana ada filem 'berisi' tetapi tidak mendapat sambutan. Sedangkan filem yang 'hampas' mengaut keuntungan berganda.

Terdapat dua kategori filem dalam pasaran iaitu filem arus perdana dan filem alternatif. Seperti yang kita maklum, filem arus perdana adalah untuk tontonan ramai dan seringkali popular di kalangan khalayak.

Sementara filem alternatif (kebanyakan kita menganggap ia filem artistik) pula hanya digemari segelintir masyarakat. Namun pengisiannya lebih jujur dan selalunya bercakap tentang nasib bangsa dan negara.

Kedua-dua kategori filem ini mempunyai pengikutnya sendiri. Namun kebanyakan para penggiat filem lebih gemar menghasilkan filem arus perdana. Penghasilan filem alternatif boleh di kira dengan jari.

Apakah kerana mengejar keuntungan semata-mata menyebabkan kita lebih senang berfantasi dan mengelak untuk menghasilkan filem yang jujur?

Cukupkah hanya aspek teknikal seperti pengarahan, sinematografi dan suntingan untuk memberi suatu nilai kepada filem kita?

Bagaimana pula dengan pengisian makna sesebuah filem itu sendiri memandangkan filem yang baik seharusnya mendahulukan isi daripada bentuk. Kerana isi mengangkat nilai kehidupan yang boleh dikaitkan dengan penonton.

Filem-filem arahan arwah Yasmin Ahmad contohnya memberikan satu refleksi yang dianggap sebagai bermutu oleh golongan tertentu.

Banyak lagi filem-filem alternatif seperti Bunohan, ...Dalam Botol dan Budak Kelantan menunjukkan sisi sebenar kehidupan. Namun terpinggir dan tidak diberi perhatian dalam arena arus perdana.

"Apa yang kita ada sekarang adalah cinema of distruction atau filem untuk mengalih pandangan yang selalunya lebih kepada fantasi dan cuba mengalih pandangan kita daripada perkara yang sebenar," demikian jelas pensyarah filem, Hassan Mutalib.

Filem-filem seperti aksi lasak samseng, bohsia dan lumba motosikal haram umpamanya digemari khalayak khususnya anak muda kerana ia bukan sahaja meningkatkan andrenalin tetapi 'amat dekat' dengan mereka.

Malah di panggung-panggung wayang seluruh negara dewasa ini menayangkan sehingga tujuh filem seminggu dengan kebanyakannya bertunjangkan bentuk-bentuk sedemikian rupa.

"Apa yang saya tengok, standard filem kita sekarang berada pada kelas pekerja. Banyak filem-filem yang dihasilkan ditujukan kepada kelas pekerja dan mentaliti kelas pekerja yang hanya mahu berseronok sahaja.

"Ya... saya juga tidak mahu tengok filem untuk berfikir tetapi saya mahu menikmati jalan cerita dan ia bercakap tentang apa.

Malangnya saya lihat 95 peratus filem-filem sekarang kosong dari segi pengisian. Ia ada cerita tetapi ia semata-mata bawa keseronokan," katanya lagi.

Pembuat filem @ pembuat wayang?


Menurut Hassan, pembuat filem pecah panggung hari ini kurang ilmu, namun mereka tahu mengenai teknik yang mampu menjadi kekuatan penyampaian sesebuah karya seperti kerja-kerja pengarahan seni, sinematografi dan suntingan yang kemas dan cantik.

"Tetapi ia tidak bermakna kerana mereka hanya glamor dan cantikkan dunia rempit, samseng dan sebagainya itu termasuk poster yang menjadi daya tarikan kerana anak muda memang menyukainya.

"Ini membuatkan mereka gagal sebagai pembikin filem sebaliknya hanya menjadi pembuat wayang," ujarnya sambil mengakui aspek teknikal industri perfileman tempatan berada pada kedudukan baik namun kebanyakan isi sesuatu karya masih ditakuk lama.

"Cerita kita merapu. Filem Mael Lambong, Suatu Malam Kubur Berasap dan sebagainya. Inikah mentaliti abad 21? Kenapa kita buat filem makin ke belakang," katanya.

Tegas Hassan, industri perfileman merupakan manifestasi budaya yang digunakan untuk mendidik manusia. Dan perkara itu antaranya dipraktikkan oleh pembuat filem Iran sehingga membuatkan mereka mampu menakluk dunia dengan karya-karya agung yang mendapat perhatian antarabangsa.

Berbeza dengan pembuat filem tempatan yang seringkali melaungkan impian memasuki pasaran global namun masih tegar bergelar jaguh kampung. Semuanya kerana menghasilkan karya yang hanya berteraskan keuntungan.

"Sedangkan kita patut buat kajian sebelum menghasilkan sesuatu karya. Mengkaji bagaimana sesuatu kaum misalnya macam mana dia makan. Tengok macam mana P. Ramlee menghasilkan filem Musang Berjanggut. Bagaimana dia menunjukkan Melayu di dalam layar.
Tengok U-Wei. Mereka ini mengkaji dulu sebelum buat sesuatu.

"Kita sekarang bernasib baik kerana masih ada dua tiga pengarah yang seperti itu misalnya Dain Said," tambahnya.

Tidak menafikan keperluan menerbitkan filem-filem arus perdana namun kata Hassan, industri juga patut menggalakkan pembuat filem untuk menghasilkan filem alternatif.

Cuma dia mengingatkan, andai mahu menghasilkan filem alternatif, jangan pula hanya pengarah sahaja yang memahami apa yang ingin disampaikan.

"Kita perlu filem-filem seperti Bunohan, Budak Kelantan, ... Dalam Botol, Kala Malam Bulan Mengambang misalnya sebagai tanda aras sinema Malaysia agar kita tidak malu untuk membawanya ke luar negara.

"Arwah Yasmin Ahmad menghasilkan sinema pertengahan di mana ada pelakon-pelakon dikenali dan popular tetapi menampilkan jalan cerita sangat berbeza. Begitu juga dengan Mamat Khalid," jelasnya.

Pembuat filem, ujarnya, perlu menampilkan cerita dan membawa isu universal yang boleh berlaku di negara lain seperti filem Layar Lara yang turut berlaku di Nigeria.

"Kerana filem yang baik bercakap tentang isu kita (isu tempatan) tetapi ia juga berlaku di tempat lain," jelasnya.

Ubah landskap


Justeru sudah tiba masanya industri perfileman tempatan mengubah landskap dan menghasilkan filem-filem yang bermutu sementelah kerajaan sendiri sudah banyak memberi bantuan dan sokongan.

Jangan kerana terlalu kapitalis untuk mendapatkan keuntungan, kita terus menghasilkan dan mengeluarkan filem-filem seperti kilang biskut.

"Buat wayang, tapi jangan main wayang. Sekarang ini banyak sangat main wayang," kata Hassan sinis.

Selain industri dan pembikin filem kata Hassan, khalayak perlu juga perlu didedahkan tentang seni. Oleh itu perlu ada program-program untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang seni di stesen-stesen televisyen.

Malah tegasnya, perlu diwujudkan sekumpulan ahli fikir dan bijak pandai filem (intelligentsia film) untuk melihat arah tuju filem tempatan berdasarkan situasi semasa.

Menurutnya, kita memerlukan kumpulan ini bagi memberi pandangan dan buah fikiran mereka merangkumi muzik, sastera, animasi, filem dan teater.

"Industri kita masih boleh diselamatkan jika ada kumpulan ini yang boleh memberi pendapat bagi menentukan arah seni. Slogan sudah ada, kita hanya mahu merealisasikannya sahaja," katanya sambil merujuk kumpulan Dialog Cerdik yang pernah diusahakan oleh Dr. Anuar Nor Arai dan Datuk Johan Jaafar pada tahun-tahun 80-an serta Forum Kuala Lumpur yang diusahakan olehnya bersama beberapa rakan lain termasuk Anuar pada 2000.

Malah beliau mencadangkan agar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menjadi teraju bagi memikirkan jalan terbaik untuk mengubah keadaan.

"Kalau tiada pemikiran karyawan dan cendekiawan maka kita akan terus rosak seperti hari ini. Kerana jika kita tidak kenal budaya dan sejarah maka sesat jalanlah namanya," katanya.



Credits: utusan.com.my

212

Threads

4

Fans

6497

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
30-8-2009
Post on 11-7-2012 09:58 AM |All posts
ARKIB : 10/07/2012

Filem Malaysia Sampah?

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my



KOS yang diuar-uarkan berjuta-juta bukanlah jaminan sesebuah filem itu boleh 'meletup' di pawagam dan tidak semestinya, filem yang kurang bajet tidak boleh berjaya.

Pada tahun ini sahaja dianggarkan lebih 70 buah filem telah dan menanti waktu tayangan berbanding 40 buah filem pada tahun lalu.

Daripada 36 buah filem yang telah ditayangkan, filem Adnan Sempit 2, yang mula ditayangkan pada 16 Februari berjaya mengumpul kutipan tertinggi RM6.82 juta.

Filem Bohsia 2 Jalan Kembali, yang mula ditayangkan pada 7 Jun berjaya mencatatkan kutipan hampir RM5 juta diikuti Bujang Telajak kutipan RM2.60 juta dan Jangan Pandang-Pandang dengan RM2.51 juta.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sehingga 25 Jun lalu, filem yang mendapat kutipan paling rendah adalah Chantek, arahan Pierre Andre sebanyak RM100,000 berbanding kosnya RM1.4 juta.

Menduduki tempat kutipan kedua terendah adalah Gerimis Mengundang, lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen, iaitu hanya RM220,000 berbanding kos yang dikeluarkan oleh E-Rama Creative hampir RM2 juta.

Manakala filem Mantera terbitan Flare Studios dan Hoore! Hoore! (Astro Shaw/Independent Pictures), masing-masing hanya berjaya mencatat kutipan sebanyak RM350,000.

Kenapa merosot?

Fenomena industri perfileman tempatan dilihat sering terikut dengan trend genre filem yang diminati penonton pada satu-satu masa.

Apabila seorang pengarah mengarah filem seram dan mendapat sambutan, maka berduyun-duyun pula menghasilkan genre yang sama. Kalau lebih baik daripada yang pertama, kita boleh terima tapi kalau setakat tangkap muat, amat mengecewakan industri.

Tema filem tempatan juga dilihat tidak sejagat kerana lebih banyak memberi tumpuan pada budaya masyarakat setempat dan jika ditayang di luar, mungkin penonton tidak faham. Mungkin untuk diselarikan dengan slogan Filem Kita, Wajah Kita.

Tapi itu bukan kekangan kalau pembikin filem bijak memanipulasi isu-isu yang boleh dijadikan intipati cerita yang boleh diterima oleh global.

Justeru, penerbit atau penulis skrip perlulah mengikut langkah penulis dan pengarah dari Iran, Majid Majidi yang mengarah filem Children of Heaven pada tahun 1997.

Meskipun jalan ceritanya mudah tapi filem berkisar abang dan adik yang kehilangan kasut itu turut dicalon untuk Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam tahun 1998.

Malah filem yang dibuat dengan kos sekitar RM570,000 (AS$180,000) berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.96 juta (AS$933,933) di Amerika Syarikat dan tayangan seluruh dunia mencecah kutipan RM5.6 juta (AS$1.6 juta).

Isu yang diketengahkan itu mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya di kalangan keluarga miskin.

Sebuah lagi filem Iran yang berjaya menyentuh hati pelbagai pihak adalah A Separation, karya dan arahan Asghar Farhadi. Filem dengan kos RM2,531,440.81 (AS$800,000).

Merupakan filem Iran pertama yang berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik 2012 dan kategori yang sama juga dimenangi di Golden Globe.



Credits: utusan.com.my

28

Threads

1

Fans

2293

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
12-7-2011
Post on 11-7-2012 10:13 AM |All posts
memang sampah sangat... yang terbaru sampah 8 jam..
trailer sampah.. tunjuk aksi belasah2 orang kat lrt, monorail... tu je?

dengan poster pun sampah....

28

Threads

1

Fans

2293

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
12-7-2011
Post on 11-7-2012 10:17 AM |All posts
citer Children of Heaven tu memang best... dulu masa kecil2 ada tengok kat tv 1 ke tv 2....

skrg nak cari DVD pun tak jumpa

0

Threads

5

Fans

1775

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
10-6-2010
Post on 11-7-2012 10:47 AM |All posts
Post Last Edit by pia250110 at 11-7-2012 15:57

cite melayu sekarang semua tahap sampah sarap..rugi duit pegi tgk wayang..baru 2 ni aku tgk cite bohsia jalan kembali..bodo siut cite tuh..entah hape2...dengan sopi jikan bohjan tue..mulut bising mcm org gile...pastu dengan cikaro yang x berape cikaro macam haram sgt...aku rase mutu pilem kite dah tahap kritikal sangat....x semestinya kite nak sajikan cite sosial,,sex n seram aje..cube la genre lain..aku penah tgk pilem tamil tentang keluarga..sampai menangis2 aku tgk..jalan cite simple takde aksi tendang2 atau sex tapi die berjaya buat hati aku tersentuh...
ni list cite sampah yg penah aku tgk

1- satu malam kubur berasap -----> tahap longkang kubahan
2- senario yang ade mek kelantan tu --------->tahap air chor ( longkang jugak )
3- bohsia jalan kembali ----------> tahap kentut bau telor
4) ombak rindu---------> tahap loya 5) azura--------------> busuk tahap dewa ( sanggup le si neelopa amik cite sendu ni kesian )

ape lagi yep aku pon dah lupe.. sekian

2

Threads

14

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
19-6-2008
Post on 11-7-2012 10:59 AM |All posts
Post Last Edit by diana007 at 11-7-2012 11:01

Filem2 Melayu yang I bangga & I memberi sokongan menonton di Panggung Wayang -

Hikayat Merong Mahawangsa, Magika, Puteri Gunung Ledang, Abang & Matinya Seorang Patriot..Seingat I..Hatiku Bukan Kristal, Layar Lara.

Mungkin banyak lagi yg hebat, tapi ini lah yg membuat I sangat bangga dengan perfileman Melayu dan menyokong, menontonnya di Panggung!

The rest, cerita2 Melayu yg terkini lewat 90an - sekarang, samada I tengok TV di musim Raya ataupun YouTube free sahaja. Semuanya hanya utk santai, yg mana boleh ketawa..I ketawa. Kalau bosan, I tukar channel
#A Minute of Kissing burns 26 Calories. Healthy tips to Keep Slim & Happy #DLimitedEdition

16

Threads

1

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
22-7-2011
Post on 11-7-2012 11:19 AM |All posts
filem melayu ni takat nk lps stress bole ler tgok....tp if nk buat rating baik xyah....
Tengah giler main Candy Crush...   

12

Threads

3

Fans

3701

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
21-6-2011
Post on 11-7-2012 11:20 AM |All posts

bukan tak nak sokong...blh kira ngan jari la..nak nak lately ni mcm2 tajuk kuar tapi baik layan cerekarama kat rumah...

16

Threads

1

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
22-7-2011
Post on 11-7-2012 11:21 AM |All posts
bukan tak nak sokong...blh kira ngan jari la..nak nak lately ni mcm2 tajuk kuar tapi baik layan  ...
beatgirlX Post at 11-7-2012 11:20



betul tu girl....skrang ni byk cerekarama, telefilem, telemovie and serial drama lg best bole lyn dari filem yg ntah hape2 la.....
Tengah giler main Candy Crush...   

17

Threads

16

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
4-10-2011
Post on 11-7-2012 11:28 AM |All posts
banyak yg sampah.

rasanya ade 2-3 filem melayu je yg aku sanggup bayar utk tgk

mcm Sepi.bagus.i wont say sangat bagus, tp bernilai utk aku bayar rm 10.

yg lain, aku tgk kat tibi taim raye jelah

BOIKOT ORANG YANG TAK MENGAKU STATUS NI HANG INGAT HANG SAPA?

97

Threads

10

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
18-11-2011
Post on 11-7-2012 11:32 AM |All posts
bukan tak nak sokong tapi rasa macam tak berbaloi nak gi tengok kat panggung pastu keluar dengan perasaan hampa. baik beli cd je..
  whatever!!!  

0

Threads

0

Fans

1441

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
15-10-2006
Post on 11-7-2012 11:35 AM |All posts
satu lagi filem sampah - Sifu dan Tongga.. ang2

2

Threads

4

Fans

5419

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-7-2004
Post on 11-7-2012 11:35 AM |All posts
Memandangkan ada thread berkaitan filem di bod Gossip, I tumpang thread ini untuk promote filem
Ger vs Swe : First half 3-0 Full time 4-4

2

Threads

4

Fans

5419

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-7-2004
Post on 11-7-2012 11:37 AM |All posts
Tanda Putera - 13 September 2012
Ger vs Swe : First half 3-0 Full time 4-4

73

Threads

2

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
10-2-2010
Post on 11-7-2012 11:38 AM |All posts
Sebelum salahkan produser/pengarah, salahkan ummah2 mulayu yang tetap berbondong2 ke wayang menonton pilem2 sampah ini. Kalau semua pakat boikot/ignore sampah2 ni, producer akan rugi dan tau takkan buat pilem2 sampah.

Tengok je la kat porem ni. Berapa ramai yang mengatakan pilem tu sampah tapi masih tengok di wayang. So....
Sempena 3 tahun di CARI. Hoyeah!

1

Threads

0

Fans

1268

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
29-10-2009
Post on 11-7-2012 11:39 AM |All posts
lambakan filem2 melayu tahun ni
adalah hasil daripada BSN yg telah meluluskan berjuta2
pinjaman
sebab tu byk terhasilnya
filem2 yg taraf sampah ni
tak payah nak macam-macam

73

Threads

2

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
10-2-2010
Post on 11-7-2012 11:41 AM |All posts
"Cerita kita merapu. Filem Mael Lambong, Suatu Malam Kubur Berasap dan sebagainya. Inikah mentaliti abad 21? Kenapa kita buat filem makin ke belakang," katanya.



Berani dia highlight nama2 sampah.
Sempena 3 tahun di CARI. Hoyeah!

10

Threads

1

Fans

953

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
14-11-2009
Post on 11-7-2012 11:48 AM |All posts
eh, bukan patut masuk bod filem dan wayang ke.

well, filem aku,kau dan dia, berani punya budak & jiwa taiko pun sampah. walaupun x tgk kat wayang, still rsa menyesal sbb abiskan masa dan quota internet aku utk download filem sampah camni. menyesal ahhh. filem melayu yg aku tabik spring hanya 1 je: KL gangster. pasni jgn harap aku nk gi tgk wyg filem melayu yg indah khabar dr rupa kecuali filem arahan syamsul yusof

2

Threads

1

Fans

1833

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
27-7-2006
Post on 11-7-2012 11:52 AM |All posts
pilem sampah terbaru..mael lambong:@
tk lawak langsung.. dgn story entah apa2

2

Threads

4

Fans

5419

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-7-2004
Post on 11-7-2012 11:55 AM |All posts
Filem2 Melayu yang I bangga & I memberi sokongan menonton di Panggung Wayang -

Hikayat Merong Ma ...
diana007 Post at 11-7-2012 10:59


Sis D .. Kalau ada kesempatan, harap dapat menyokong filem Tanda Putera & 29 Februari di pawagam


Tanda Putera - 13 September 2012
29 Februari - 30 Ogos 2012
Ger vs Swe : First half 3-0 Full time 4-4

12

Threads

3

Fans

3701

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
21-6-2011
Post on 11-7-2012 11:58 AM |All posts
Sis D .. Kalau ada kesempatan, harap dapat menyokong filem Tanda Putera & 29 Februari di pawagam ...
haiku Post at 11-7-2012 11:55


29 Februari nampak menarik..heheh

2

Threads

14

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
19-6-2008
Post on 11-7-2012 12:00 PM |All posts
Sis D .. Kalau ada kesempatan, harap dapat menyokong filem Tanda Putera & 29 Februari di pawagam ...
haiku Post at 11-7-2012 11:55



    Yes, 29 Februari..Memang I tunggu. Thank you. Kalau sentuhan Edry, I suka! Yusry - I tunggu Vikingdom nya!
#A Minute of Kissing burns 26 Calories. Healthy tips to Keep Slim & Happy #DLimitedEdition

52

Threads

1

Fans

2253

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
16-6-2008
Post on 11-7-2012 12:07 PM |All posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 11-7-2012 12:08

Meh aku senaraikan muvie takat tahun ini :

Ini pandangan aku. Ada yang tak tengok tapi baca review2 jugak.

SESUATU YANG TERTINGGAL - TAKDE IDEA (means aku tak tau sampah atau tak)
KERAMAT - TAKDE IDEA
BUJANG TELAJAK - SAMPAH
SUMPAHAN KUM KUM - BIASA
AZURA - SAMPAH
HANTU DALAM BOTOL KICAP - SAMPAH
CHANTEK  - SAMPAH
ADNAN SEMPIT 2 - SAMPAH
FIST OF DRAGON - TAKDE IDEA
CINTA KURA-KURA - BIASA
BUNOHAN   - KUALITI
SEEFOOD  - SAMPAH
PETALA CINTA   - SAMPAH
JIDIN SENGAL   - SAMPAH
JANGAN PANDANG-PANDANG - SAMPAH
3 TEMUJANJI - SAMPAH
UNCLE USIN - SAMPAH
BERANI PUNYA BUDAK - TAKDE IDEA
CHOW KIT - BIASA
NONGKRONG - SMAPAH
GHOST BUDDIES - TAKDE IDEA        
MANTERA   - SAMPAH
YOU BELIEVE IN GHOST?    - TAKDE IDEA
AKU ADA, KAU ADA?   - SAMPAH
HOORE! HOORE! - BIASA
MAN SEWEL DATANG KL - SAMPAH        
GERIMIS MENGUNDANG - SAMPAH
X - SAMPAH
JALAN KEMBALI - BIASA
JIWA TAIKO - SAMPAH
AIR MATA IBU  - TAKDE IDEA
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG - SAMPAH
MAEL LAMBONG - SAMPAH
BAIK GILER - SAMPAH
AKU, AKU DAN DIA - TAKDE IDEA
8 JAM - TAKDE IDEA
MOMOK - JANGAN CARI PASAL - SAMPAH x100

So kira je la berapa smapah2 tu haha
Alien dari planet Musytari yang dahulunya jatuh di Jepun

2

Threads

1

Fans

5577

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
25-11-2008
Post on 11-7-2012 12:07 PM |All posts
xde sinopsis ke crite tanda putera ngn 29 dec ni??...
I heart You

60

Threads

0

Fans

242

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
23-10-2010
Post on 11-7-2012 12:10 PM |All posts
paling sampah bagi aku adalah gerimis mengundang dan azura. rasanya rancangan pelancongan kat RTm lagi menarik dari filim ni
123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-5-2013 10:24 PM , Processed in 0.178181 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top