CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12Next
Return Post new threads
Show: 3405|Reply: 44

Anak Bulus Dan Aku dah Kena SPOROTRICHOSIS

[Copy link]

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 12-7-2012 02:04 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by meowmeow at 12-7-2012 02:09

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Untuk pengetahuan semua, kucing2 dirumah ni kami ambil di jalanan dan ada yg menyerah diri ke rumah. kami mmg sayangkan kucing dan kesiankan meow yg xbertuan xder belaian kasih sayang, xberumah, kurus kering dan comot. Niat kami nk buat kebajikan utk mereka. sekarang dah ada 11 ekor dan 2 ekor sedang bunting. ni xtermasuk kucing jiran yg dtg makan2 dirumah...xsalah pun itu rezeki bahagian mereka kan.


Saya nak minta pendapat dan nasihat daripada forumer semua mengenai kes anak bulus ni. Kami tahu kos rawatan mmg tinggi dan kami nekad mahu merawat dan bercadang mahu merawat dirumah dan dan ke klinik ikut jadual. boleh bantu bagi cadangan rawatan dan jenis ubat yang sesuai. Ada sesiapa tahu klinik mana di sekitar ipoh yang boleh buat rawatan sporo ni? Jenuh juga bertanya semua nk "tidokan" jer... cukup2 la saya dh buat kesilapan besar dengan men"tidokan" seekor kucing yg terkena penyakit yg sama, kucing kedua mati dirumah...so makna nya dh 3 ekor kne sporo...


hmmm penyakit ni boleh berjangkit dengan manusia kan...saya contoh nya dan saya sedang mendapat rawatan setiap bulan di hospital pakar ipoh. Masa sakit tu mmg terasa badan sakit2 sangat. Mula nya timbul bengkak2 di leher dan tangan kemudian turun ke kaki...saya nk berjalan pun payah mcm penguin.


Sejarah macam mana perkara ni boleh berlaku, bbrp bln yg lps saya dan hubby mengambil 3 meow yg xbertuan. salah sekor tu kami tgk berkudis dan berkutu tp xpe la niat nk rawat dia terus. kami bawa ke3-3 nya ke klinik haiwan utk di vaksin...untuk yang kucing berkudis dan berkutu tu doc kasi ubat sapu n pil serta ubat kutu. oh ya kami kasi nama nya Tam...kami tgk luka nya xjuga sembuh tp makin merebak. kami cuci la dengan dettol dan letak iodin serta krim yg klinik tu kasi. Masa ni saya dh start sakit2 tp masih belum tahu punca sebenar penyakit. Sampai masa bila saya dh jalan mcm penguin saya ke hospital dan doc rujuk saya ke pakar. setelah dia admit, dixray, diambil darah dan buat autopsy...pd hari saya dapat rawatan (masa ni dh kuar hospital) tranggggg...SPOROTROCHOSIS!!!.....setelah diberi penerangan lanjut kami dh tahu dri mana punca saya sakit selama ni. Sampai ke hari ini saya masih terima rawatan setiap bulan.

Tanpa lengahkan masa kami bawa tam ke klinik semula utk buat rawatan lanjut tapi doc syorkan kami "tidokan dia"
dengan berat hati yang amat sangat tanpa rasa malu saya menangis di klinik sebab xsanggup nk buat mcm tu...sapa la kita nak buat makhluk Allah sampai nak tentukan hujung penghidupan makhluk bernyawa. Memandangkan saya baru saja keluar dri hospital dan masih sakit kami tak ada pilihan lain melainkan "tidokan" Tam. Saya xsanggup nk bawa Tam msk bilik tu...hanya tatap dia buat kali terakhir dan minta maaf sgt2 pd dia. mmg sayu tgk mata dia sbb dia tgk kita seperti tahu apa akan jd pd dia...Ampunkan Aku Ya Allah. Memang bersalah sangat rasa, terasa besar dosa ni buat mcm tu sampai skrg saya masih blm blh trm apa yng kami buat. Mmg kejam kan kami... Doc kata kena "tidokan" sebab luka tam sangat teruk. Dan dirumah masih ada kucing2 yg lain...seekor lg sedang sakit sbb berjangkit dgn tam. 2 hari kemudian kucing ke-2 yg sakit tu mati dirumah kami. Hati mana yg xmeraung...sungguh pun mereka kucing jalanan tp kami dh sayang sgt...saya sanggup xmkn lauk sbb nak kasi dorg mkn lauk. Ikan pulak mahal skrg. Kami pun bkn org senang saya xbekerja hanya buat kerja sampingan, skrg ni terpaksa kurangkan tempahan sebab kesihatan blm pulih sepenuh nya.


kita balik pd kisah anak bulus yg dh kena sporo ni...saya bg nama dia Meiyin. Umur doktor bajet lebih kurang 5 or 6 bulan. Baru nmpk luka2 di hidung dan telinga...hidung dah mula membengkak...Bawa ke klinik haiwan mmg disahkan sporo. Doc syorkan tido jg...kali ni mmg nekad nk jg...mmg xnk ulang apa yg kami buat pd Tam. kami dapat idea di  

http://juniorthetabbycat.blogspot.com/2012/02/bulan-dan-bintang.html

InsyaAllah kami nak cuba, kami juga sedang cari klinik di sekitar ipoh yang boleh merawat penyakit sporo ni. dapatlah kami buat pemantauan kesihatan Meiyin ikut nasihat doc. Mmg kami tahu kos utuk rawatan ni tinggi. Saya nak cuba dapatkan dana kewangan daripada mana2 pihak...kalau forumer nak bg cadangan dan tunjuk ajar bagaimana sgt dialu2 dalam membantu kami. Walaupun saya belum pulih tp niat kami mmg nekad...buat masa ni saya sanggup bahagikan ubat saya "INTRACONAZOLE" kepada MeiYin. xpe la..itu rezeki bahagian dia. Saya bagi dos kecil ikut kesesuai berat bdn dia. Meow sakit xreti nak pegi cari duit nak beli ubat, jd kita yg waras ni la patut bantu dorg kan. Alhamdulillah sakit saya wlu blm pulih sepenuh nya, tp semangat utk bulus2 ni buatkan tubuh saya bersemangat wlu kdng kala terasa sakit jgk...tp tak pe dgn ada nya dorg dlm kdaan sihat walafiat kita seronk kan.


saya dh hantar email kpd petfinder tp msh belum ada apa2 respond dri dorg. Saya nak try mtk dana kt

http://myanimalcare.org/ tp syarat dorg..kita kena buat prosedur kt mana2 klinik dulu dan buat then bayar...poskan resit prosedur dlm tempoh 2 minggu dr tarikh resit. Masalah nya xdpt cri klinik yg boleh buat...semua yg di tanya bg jawapan suh "TIDOKAN"

Jadi dapatla jika ada forumer yang tau blh bagi cadangan dan info kepada kami bagi merawat Meiyin.

















Ni pulak kdaan tangan saya masa  sakit...skrg alhamdulillah tgl parut sahaja di tangan dan kaki.





1

View rating log

14

Threads

10

Fans

310k

Points

Moderator

spread love everywhere u go

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
14-9-2004

Moderator

Post on 12-7-2012 09:46 AM |All posts
-Moved thread-
Forgive everyone for everything

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 12-7-2012 01:15 PM |All posts
Post Last Edit by meowmeow at 12-7-2012 13:18
-Moved thread-
leotazz818 Post at 12-7-2012 09:46




Dipindahkan kemana?
Harap dapat tunjuk ajar ya.
minta maaf.

14

Threads

10

Fans

310k

Points

Moderator

spread love everywhere u go

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
14-9-2004

Moderator

Post on 12-7-2012 01:49 PM |All posts
Dipindahkan kemana?
Harap dapat tunjuk ajar ya.
minta maaf.
meowmeow Post at 12-7-2012 13:15


errkk dlm sub-board kucing la... tak tgk ke?
Forgive everyone for everything

3

Threads

0

Fans

5785

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
14-4-2008
Post on 12-7-2012 08:21 PM |All posts
huhu bahaya gak ye...kucing2 aku pon ada kurap2 nih.....tapi yang ni lagi teruk ak tengok....

lepaskan jela dia...semoga jasa baik ko di balas oleh Allah...insyaAllah....
You are always gonna be my love ♪

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 12-7-2012 08:28 PM |All posts
Dipindahkan kemana?
Harap dapat tunjuk ajar ya.
minta maaf.
meowmeow Post at 12-7-2012 13:15



   Alahai teman ni xbrpe handal sgt berporem...org nk berporem teman nk jgk share   jgn lah mare saya ye...cer kasi link...awok belek2 jugak tp mandang...

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 12-7-2012 08:36 PM |All posts
huhu bahaya gak ye...kucing2 aku pon ada kurap2 nih.....tapi yang ni lagi teruk ak tengok....

lep ...
merrissa Post at 12-7-2012 20:21



   Alahai... xmau la saya...saya dh penah buat mcm tu dulu, sedih nye menyesal kesal sampai kelat...xper la kami nk ikhtiar sebaik mungkin...InsyaAllah Moga Allah izinkan kami.

2

Threads

1

Fans

1463

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
19-11-2007
Post on 12-7-2012 11:07 PM |All posts
try gi ke page kakimotong.. ramai yg akn bantu..insyaAllah

92

Threads

1

Fans

2335

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
11-6-2010
Post on 13-7-2012 12:30 AM |All posts
Semoga bertambah rezeki TT .. ameen
Assalamualaikum Semua

455

Threads

3

Fans

4975

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
27-9-2011
Post on 13-7-2012 01:34 AM |All posts
cuba makan minyak habbatus sauda, dan sapu sikit pada luka, kalau kucing saya sakit, tak kira sakit aper pon saya akan bagi minyak habbatus sauda, guna picagari (yang tak der jarum) suntik dalam mulut kucing tu dalam 1-5ml, make sure masuk betol2, kengkadang kucing tu macam termuntah atau terjeluak balik sebb bau dan rasa minyak tu mmg tak sedap dan kurang menyenangkan, jadik saya akan campur dengan madu lebah,

nabi cakap habbatus sauda tu adalah ubat segala penyakit melainkan mati.. jadik sila cuba..
1

View rating log

2

Threads

0

Fans

104

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
2-11-2009
Post on 13-7-2012 02:35 AM |All posts
bulus tu kucing ke? baru first time dengar perkataan tu..

6

Threads

4

Fans

1510

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
5-4-2012
Post on 13-7-2012 11:00 AM |All posts
prevention is better than cure.

1

Threads

0

Fans

860

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
13-11-2009
Post on 13-7-2012 11:33 AM |All posts
Ya..Allah..awak ni sebaik2 manusia la.. semoga murah rezeki selalu..

Kucing saya dulu pun dapat penyakit ni..Ricky nama dia memang rawat dia dulu la..sayang sangat kat dia ..tapi dia ni suka kuar jalan2..kucing2 yg selalu dok kat rumah ni jarang terdedah pd penyakit ni.. asal dh sembuh sikit gi kuar jalan..kdg2 esok pagi baru balik..hi bulan ramadan ni mesti rindu kat dia ..selalu bangun sahur dia akan balik meow2 kat depan pintu..letak makanan dia kat tempat dia .. baiknya dia ni tak kacau org makan..

Ok..berbalik tentang penyakit ni..makin lama makin terus dan umur Ricky pun dah 6 years dah..sampai satu tahap kesian sesangat kat dia ..gi klinik sana sini doc. suruh tidurkan..lagi pun sakit ni boleh kena pada anak2 juga..sbb kata doc darah Ricky kalau masuk pd anak akan bahaya kalau anak luka than darah tu masuk kena la jangkitan ni..
Lagi pun masa tu tengah preggy..jadi have no choice daripada melihat Ricky lebih sengsara nk tak nk terpaksa 'tido' kan dia..ye lah kalau kita gi letak dia kemana2..org cemuh dia org halau sana sini tak de tempat mengadu..lagi berdosa kita kan..

Tapi saya tak ikut hubby gi clinic tok tidurkan dia..hubby pun kata dia tak sanggup masuk tengok..sedih
Az-zy

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 02:20 PM |All posts
try gi ke page kakimotong.. ramai yg akn bantu..insyaAllah
one_piece Post at 12-7-2012 23:07



   saya dh post kt wall kakimotong sebelum saya tulis kt thread ni. tp msh blm ada respon dr mereka.

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 02:33 PM |All posts
Semoga bertambah rezeki TT .. ameen
haniryan Post at 13-7-2012 00:30



   Amin...Trm Ksh..sy cuma berharap rezeki yg ada sekaligus dpt membantu buat kebajikan bg kucing2 yg terbiar ni.

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 02:36 PM |All posts
Ya..Allah..awak ni sebaik2 manusia la.. semoga murah rezeki selalu..

Kucing saya dulu pun dapat p ...
Az_zy Post at 13-7-2012 11:33



   Amin...Trm Ksh
kan xsampai hati nk tidokan dorg. InsyaAllah saya nk merawat MeiYin sebaik mungkin.

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 03:15 PM |All posts
Post Last Edit by meowmeow at 13-7-2012 15:43

Antara Anak2 Bulus yang Di Selamatkan Dari Terus Jadi Kucing Terbiar...










Walaupun lain adik beradik Alhamdulillah mrk boleh bermain bersama dan xgaduh2 pun, mgkn mereka sedar nasib mereka serupa jd mereka berbaik sesama mereka.








yg ni kami selamatkan mse dia kecil lg...skrg dh besar berat cam bata...hihihi  ....yg best nye dia ni. dia suka main paper ball...kita akan baling kt mana2 paperball tu dan dia akan lari2 kutip then kasi blk kt kita...kita ulang2 la main ngn dia sampai kita yg letih...ada kala nya sampai kita terpaksa sorokkan paperball tu sebab xterlayan jg kdng2.







Tgk la kdaan Anak Bulus ni...pic ni 1st day kami selamatkan dorg dri pasar...kesian kurus kering...mengiow kelaparan. tgk la kaki di belakang tu kudung. Buat kedua ekor ni (RIP) mrk xdpt bertahan lama coz bw gi vet doc sah kan lang mereka dh parah akibat jangkitan kuman di dlm nya... Alhamdulillah selama 3 or 4 kami sempat menjaga dan bersayang2 dgn mrk berdua ni.







Dari kurus kering ...nah skrg dh membulat...Alhamdulillah bila tgk dorg sihat-sihat belaka, kami jd puas hati..Trm Ksh bulus semua sbb korg kami hapi jg...Harap bulus2 sekalian hapi tgl di rumah kami ya...







Nanti sy letakkan pic bby yg terbaru....buat mse ni ada dlm perut mak dorg...
1

View rating log

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 03:38 PM |All posts
cuba makan minyak habbatus sauda, dan sapu sikit pada luka, kalau kucing saya sakit, tak kira sakit  ...
lavendernovella Post at 13-7-2012 01:34



   Trm Ksh ya...InsyaAllah kami akn cuba

26

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
2-3-2010
Post on 13-7-2012 06:44 PM |All posts
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Untuk pengetahuan semua, kucing2 dirumah ni kami ambi ...
meowmeow Post at 12-7-2012 02:04



    sedihnya Ya Allah baca kisah TT ngan kucing TT... syfuel sayang kucing, tapi tak berani nak pegang random cats sbb syfuel pernah kena hama kucing dua kali, habis merah naik gatal2. tapi xderlah seteruk mcm kes TT. Tapi kalau kcuing kat rumah tu memang syfuel akan gomol tnpa kompromi. penyakit ni xder penawar ke? syfuel tak tahu nak tolong mcm mana other than doakan moga2 Allah murahkan dan limpahkan rezeki kepada TT dan sekeluarga yg snggup bersusah-payah demi makhluk Dia. Amin...
*~An Angel Sweeps You Of Your Feet~*

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 09:23 PM |All posts
sedihnya Ya Allah baca kisah TT ngan kucing TT...  syfuel sayang kucing, tapi tak beran ...
Syfuel Post at 13-7-2012 18:44



   Trm ksh...Amin.
dulu ada jgk saya terkena hama kucing ni...hbs tengkuk gatal2 coz kucing tu suka tidur sebantal dgn saya. Saya tahu dia berkurap dan kami sapu kurap. Tapi dalam tempuh masa nk baik tu dia akan bising kalau xkasi tidur sebantal. Tapi apala sgt kalau saya gatal2 tengkuk tu...sdh nya kami tidur sebantal sama2, sapu ubat yang sama, garu sama2...dan baik pun sama2...

Dan yang paling best kucing bergaduh dalam rumah saya yang jadi mangsa sebab saya baru keluar bilik terus saya diterkan mungkin igat kucing yang sekor lain tu bergerak...kucing yang sedang marah tu cekam peha saya macam bergayut, saya diam xterkata. dan kucing tu sendiri tersedar bila saya ckp dengan dia "Michi...ni kakak ni.." terus dia melompat turun. Tp saya terduduk diam...bila adik saya msk rmh dia tgk muka saya pucat then dia tgk kaki saya byk darah...Adik bawa saya ke klinik...rupa nya ada daging peha saya yang tercarik...alamat nya terpaksa dipotong skit...aduh mak...saya blk rumah tgk kucing saya tu...saya peluk cium dia...hihihi...eth la, saya xblh nk marah makhluk yg satu ni wlumcm mana pun.

Ada lg satu kucing gaduh juga...habis tgn saya hihihi...sy terima rawatan di hospital sebab keadaan mmg lg teruk...MA tu tanya blk kt saya..."akak ni kena cakar ngn kucing ke anjing, teruk semacam je saya tgk" hihihi...

xpe la...inikan sebahagian suka duka bersama anak bulus...

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 09:26 PM |All posts
Saya masih lg tercari-cari klinik disekitar ipoh ni...masa berjalan, saya takut makin parah. buat sementara ni saya berkongsi ubat INTRACONAZOLE dan ANTIFUNGAL. kami belikan LIVER PROTECTION untuk support hati MeiYin.

Harap2 saya cepat dapat bantuan dan info dari anda semua dan diri saya sendiri...Mudahan Allah permudahkan urusan kami. Amin.

9

Threads

0

Fans

796

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
27-12-2009
Post on 13-7-2012 09:54 PM |All posts
seronok dgr org citer pasal kucing kesayangan.. saya sendiri pon suka sangat kucing.. ada dulu kawan bawa balik kucing jalanan.. ye la dok rumah family xbole bela kucing. dapat bela kat rumah sewa pon saya da seronok. kucing tu manja suka dok atas peha saya.. tp masalahnya saya ni alahan teruk plak lepas tu.. mata jadi gatal2..bersin2..selesema.. alahai sorry kucing.. last2 terpaksa lepaskan tempat asal dia..

jeles dengar cerita kawan2 serumah pasal kucing dorang bela.. siap boleh peluk cium..

7

Threads

0

Fans

186

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2011
Post on 13-7-2012 10:14 PM |All posts
seronok dgr org citer pasal kucing kesayangan.. saya sendiri pon suka sangat kucing.. ada dulu kawan ...
beyou Post at 13-7-2012 21:54



    ala kesian...napa lpskan mcm tu jer...iklan kan la kt sape2 yg berminat. mungkin ada org yg sudi ambil.xpe la mungkin xder rezki utk bela kucing ni...dan mungkin jg kucing tu org lain dh ambil bw blk...

65

Threads

3

Fans

210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
9-3-2006

Moderator

Post on 13-7-2012 10:38 PM |All posts
Post Last Edit by firdaruddin at 13-7-2012 22:40

Reply 1# meowmeow


    Salam,

ada terbaca ni.

How is sporotrichosis treated?

Sporotrichosis is generally treated with potassium iodide, taken by mouth in droplet form. A new drug, called itraconazole (Sporanox), is available for treatment, but experience with this drug is still limited. Treatment is often extended over a number of weeks, until the skin lesions are completely healed.


dah betul la ubat yg awak bagi pada kucing tu .

ni lagi.

What is the treatment for sporotrichosis?

Infected cats are treated with oral potassium iodide. Treatment usually lasts 4 to 8 weeks. Ketoconazole, and the more expensive itraconazole, are sometimes used as an alternative therapy. All of these compounds can be toxic to cats and are administered with caution and at lower doses than dogs.

Since Sporothrix is a fungus and not a bacteria, antibiotics are ineffective. Animals with sporotrichosis should not be given steroids.


jangkitan kulat rupanya.
1

View rating log

meowwwwwwwwwwww...!!!!!!!!

9

Threads

5

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-9-2005
Post on 13-7-2012 11:30 PM |All posts
slamber je kongsi2 ubat manusia dengan haiwan. Mane bolehhhh
SITI NURHALIZA @ Dewan Filharmonik Petronas | 5-7 July 2013
12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-6-2013 01:19 PM , Processed in 0.196447 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top