CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 106643|Reply: 47

Lewat period 12 hari..Dah test tp still negatif

[Copy link]
Post time 17-7-2012 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Sape2 yg pernah mengandung kat sini, pernah x jadi maslh ni kat korang...Aku dh excited sgt nk anak ni..hehe...Dh lewat period 12 hari..Ari tu dh test tp negatif...Adoi poning2..hehe..sllunye period aku regular...Cam xpuas hati n xcaye je urine test tu...ngeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 11:04 AM | Show all posts
kadang-kadang hormon boleh sebabkan period jadi irregular. apa lagi tt sedang sangat berharap untuk dapat anak. banyakkan bersabar.

kalau tak percaya test sendiri, sila lah ke klinik berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 11:15 AM | Show all posts
tulah psl...hubby pun mcm mghrp sgt da tu...skrg ni btl2 kuat mkn...lgla die tgk mcm lain je...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:21 AM | Show all posts
jgn terlalu berharap..nnt frust..

kalo nk pastikn btol2..baik gi klinik...nnt doc scan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:34 AM | Show all posts
pernah lewat period 10 hari..siap muntah lepas makan. tp check -ve..2 hari lepas tu period. nan hado la preggy nye..frust je time tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:54 AM | Show all posts
Sabar dlu,tunggu beberape hari lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2012 12:09 PM | Show all posts
Reply 4# MariaClara


   tula..tkt frust plak..nk tggu bape ari lg la..bru check btl2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 12:10 PM | Show all posts
Reply 5# ummiammar


   lor yeke? huhuhu...hubby dh doa mtk jgnla dtg period tu..hehhe..baru2 kawen ni..mmg mghrp nk ank je...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 12:37 PM | Show all posts
cuba baca artikel ni & like blog dr zubaidi ni.mcm2 info kesihatan dia..suke promo blog yg bmanfaat

Mengapa Saya Tidak datang haids Rasa Hamil tetapi ujian UPT Negative?



Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka seperti hamil, kerana mereka mengalami darah haids untuk beberapa minggu, tetapi apabila melakukan ujian air kencing UPT mendapati negative (mereka tidak hamil).

Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah.

Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening.

Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil. Pemeriksaan air kencing UPT adalah kaedah pemeriksaan yang menentukan sama ada seseorang itu hamil atau tidak. Cara lain ialah dengan melakukan ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahem.

Perasan seperti rasa seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini.

Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan apabila mereka mengalami ‘tidak datang darah haids’ pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi seorang wanita itu mengalami rasa letih, kembung perut, bengkakan pada payudara, rasa mengidam dan rasa yang lain.

Perasaan mahu hamil akan menyebabkan seorang wanita rasa tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, pada hal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan airkencing UPT dan ultrasound.

Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormone dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil. Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormone, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperna belum berlaku.

Antara hormone yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesterone. Kepekatan hormon progesterone akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil.

Bagi wanita itu menjalani rawatan kesuburan, ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor akan meningkatkan tahap hormone progesterone dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan menyebabkan IPS.

Jadi apa yang harus dilakukan jika seorang wanita tidak kedatangan darah haids dan mengalami tanda-tanda dan perasaan seperti kehamilan?

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama dua minggu dari tarikh darah haids sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada seorang wanita benar-benar hamil atau tidak. Sebagai contoh jika bulan lepas, beliau kedatangan haids pada 3 hb Mac, maka jika 17 hb April, masih tidak mengalami haids, eloklah buat pemeriksaan air kencing UPT atau pemeriksaan ultrasound.

Jika beliau melakukan pemeriksaan tersebut lebih awal, dibimbangi beliau akan rasa kecewa atau tidak percaya dengan pemeriksaan doktor kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hamper sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ sebelum kedatangan haids.

Janganlah terlalu melayan persaan kehamilan itu, kerana ia bukanlah penentu sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil. Ada wanita yang rasa seoalah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil.

Walaupun ada satu lagi istilah perubatan yang merujuk kepada masalah psikologi yang lebih serius iaitu ‘pseudocyesis’ di mana seorang benar-benar percaya bahawa beliau hamil walaupun telah dibuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak hamil. Berlainan dengan IPS, yang hanya mengalami rasa keliru dan ragu-ragu, tetapi ‘pseudocyesis’ seorang itu benar-benar percaya bahawa beliau telah hamil.

Apa agaknya punca seorang wanita tidak mengalami haids pada waktu yang tetapi? Untuk menjawab soalan ini, kita harus faham bahawa wanita mempunyai pelbagai hormone yang mempengaruhi kesuburan beliau.

Dalam tubuh wanita ada organ ovari yang mengeluarkan satu telur ovum pada setiap bulan setelah mendapat isyarat-isyarat dari pelbagai hormone. Apabila telur ini tidak disenyawakan, ia akan dikeluarkan bersama dengan lapisan endometrium, menjadi darah haids selepas 14 hari.

Jadi apabila tubuh seorang wanita tidak menerima isyarat dari hormone-hormon tertentu, telur ovum tidak dikeluarkan dan kemungkinan rahem juga turut mengeluarkan darah haids. Sebab itu, apabila seorang wanita tidak kedatangan haids untuk doktor akan memberikan pil hormone bagi memberikan ‘isyarat palsu’ pada rahem untuk mengeluarkan darah haids.

Oleh itu jika seorang wanita tidak kedatanga haids selama enam bulan dan didapati tidak hamil, saya mencadangkan agar melakukan beberapa pemeriksaan hormone.
Antaranya ialah :

• Hormon Thyroid : Hormon thyroid mengawal metabolisme dalam tubuh dan merupakan antara hormon yang penting mengawal kitaran haids. Selain tidak mengalami darah haids, seorang wanita yang mengalami masalah hormone thyroid juga mengalami beberapa masalah seperti cepat penat, bertambah berat badan dan mudah rasa sejuk. Pemeriksaan darah membantu doctor menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan baik atau pun tidak.

• Hormon Prolactin. Bagi wanita yang tidak mengalami kitaran haids, mungkin disebabkan otak mengeluarkan hormone prolactin yang terlalu banyak. Prolactin selalunya dikeluarkan dengan banyak ketika seorang wanita sedang menyusukan bayi mereka. Oleh itu ada wanita yang menyusukan anak tidak mengalami kedatangan haids. Peningkatan hormone ini dapat dirawat dengan mengambil ubat-ubatan.

Jadi janganlah terlalu kecewa apabila tidak hamil. Jangan mudah putus asa. Buatlah pemeriksaan secara lengkap terhadap kesuburan.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 04:54 PM | Show all posts
Emm.. saya pun dah lewat 8 hari. Masa lewat 2 hari, nmpk line ke2 tu kabur sangat2. Kalau mcm tu, +ve ker? Sebelum ni, tak pernah kabur. Biasa terus je terang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 05:14 PM | Show all posts
Reply 10# muaz04

Biase terang je? ni ank ke brape...bestnye klu prgnant...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:20 AM | Show all posts
Reply 10# muaz04

tunggu lagi seminggu dua..baru clear line.Akak pernah alaminya ms pregnant anak no.3..Anak no.2 baru 8 bulan..risau hati ni tak payah cakap laa sebab dah terbabas ..anak kecik lagi..Menangis pun tak guna sebab salah sendiri tak pakai protecion..hihihiSekarang semua dah besar..kecik2 dulu mcm kembar aje budak berdua tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 08:44 AM | Show all posts
Reply 12# kodoklawa


   hehehe...yeke? masa test negatif tu dh lewat bpe ari? npe mcm tu ea? ada org sampai 100% diorg pcye pd upt tu...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 09:00 AM | Show all posts
dlm blog drzubaidi tue de terang knpe test UPT tue kdg xleh pcaye 100%...
g la bc....if btol pregnant, tahniah.....
blog drzubaidi tue byk jgak ilmu psl kehamilan...sgt2 bguna....den pminat setia dr tue....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 09:20 AM | Show all posts
Reply 14# yatipauzi
suke jgk bce blog dr tu...byk ilmu...harap2 prgnant la..mls da nk test...ni dh nk masuk 2 minggu da miss period..biar je dl...klu ada rezeki, xkemana...Insyaallah )
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 11:14 AM | Show all posts
Dulu lyza juga ada lewat 7 hari pastu masa birthday hubby saja je test.Tengok +ve kiranya hadiah x ternilai wat hubby.

Mcm lyza pula suka sangat tengok blog http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/ banyak ilmu pasal wanita dan kehamilan.Jadi cuba la cari2 ilmu dalam blog nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2012 01:12 PM | Show all posts
Reply 15# ruzaimah


    pegi la check ruzaimah ...kalo dh lewat 2 weeks tu wajib pegi ..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 01:51 PM | Show all posts
Reply 17# MariaClara


   Tggu jela dulu...takt frustla mariaclara...heeee
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 02:32 PM | Show all posts
p jupe doctor scan. tp kene tgu sebulan heheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 02:44 PM | Show all posts
Sape2 yg pernah mengandung kat sini, pernah x jadi maslh ni kat korang...Aku dh excited sgt nk anak  ...
ruzaimah Post at 17-7-2012 10:27



    aku da lewat 2 minggu..tp confirm x mengandung sbb aku masih dara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.085369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list