CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123Next
Return Post new threads
Show: 7377|Reply: 63

Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional

[Copy link]

341

Threads

28

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
12-9-2005
Post on 18-7-2012 10:26 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

sori la ye kalau dah ade..mmg aku mls nk search

Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional



Rabbani. Foto MOHD FAIHAN

PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menyifatkan tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor adalah tindakan yang tidak profesional.

Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, dia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) begitu kecewa dengan cara penyanyi tersebut melaksanakan peranannya.

"Kami yang mengendalikan bahagian pengurusan karnival berasa sangat simpati terhadap golongan peniaga yang sudah pun membuat persiapan berniaga bersempena dengan konsert tersebut.

"Lebih kasihan lagi apabila pihak penganjur menanggung kerugian yang besar. Pada pendapat saya Sami tidak profesional dengan pembatalan konsert itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana di sini, Selasa.

Rabbani akan membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Sami Yusuf

Pada 12 Julai lalu, pihak penganjur telah memaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konsert berkenaan dan meminta orang ramai menebus semula tiket yang sudah dibeli.

Sami menerusi laman Twitter miliknya pula memberitahu pembatalan konsert yang turut menampilkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani itu disebabkan oleh masalah permit.

Tambah Azadan, kejadian tersebut telah menjejaskan reputasi mereka sebagai artis dan syarikat di mana ia mampu menjejaskan hubungan sesama rakan perniagaan lain.

"Biasanya orang akan menilai sesebuah syarikat berkenaan berdasarkan rekod reputasi yang sedia ada dan pembatalan konsert ini sedikit menjejaskan kredibiliti pihak kami.

"Kami agak segan dengan pihak luar, tetapi nak buat macam mana? Ia satu pengajaran yang besar buat kami dan pihak yang terlibat bagi konsert ini," tuturnya dengan nada kesal.

Bagaimanapun, walaupun Rabbani kurang gemar dengan cara kerja Sami yang tidak profesional, ia tidak bermakna mereka ingin bermusuh dengan penyanyi itu.

Beritahu Azadan, pihaknya cuma lebih berhati-hati apabila melibatkan kerjasama dengan Sami pada masa akan datang dan masih lagi berkawan sebagai rakan artis.

Sementara itu, mengenai persembahan Rabbani di Hotel Singgahsana, ia merupakan kerjasama yang ke-21 bagi menghiburkan para pengunjung yang datang untuk berbuka puasa.

"Kali ini, Rabbani akan memberi sedikit kelainan daripada segi persembahan di mana kami akan membuat konsep akustik melibatkan peralatan muzik seperti 'cajun' dan gitar, selain peralatan muzik lain yang sering digunakan,¡± katanya.

Selain menampilkan konsep muzik akustik, Rabbani turut menampilkan rakan-rakan artis mereka seperti kumpulan Hijjaz, Raihan, In-Team dan Saujana untuk membuat persembahan pada hari-hari yang tertentu.

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini

18

Threads

4

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
9-9-2009
Post on 18-7-2012 10:34 AM |All posts
Rabbani ni sejak takde arwah asri...mcm senyapa je kan......alfatihh....
jan-spore,feb-medan,may-batam.sept-ho chin minh.....
feb 2013-bali

1

Threads

0

Fans

730

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
17-7-2012
Post on 18-7-2012 10:42 AM |All posts
best maher zain lagi....bagi ak sami suara die mc imad....xske

0

Threads

0

Fans

976

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
27-5-2008
Post on 18-7-2012 10:43 AM |All posts
sibuk sangat nak bawak org luar ...

0

Threads

1

Fans

1140

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
12-8-2007
Post on 18-7-2012 10:57 AM |All posts
Ramai lg retis nasyid msia ni kan ...a
Don't stop at the top..touch the sky b4 u drop..

1

Threads

2

Fans

4107

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
4-8-2010
Post on 18-7-2012 10:57 AM |All posts
sapa sami...samyvellu i kenal la
Aduh!! Besar gemuk-gemuknya TIMUN... :P

0

Threads

0

Fans

277

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2012
Post on 18-7-2012 11:00 AM |All posts
zed zaidi x marah ke ni?
MunajatCinta!

6

Threads

18

Fans

810k

Points

Emperor

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
4-3-2009
Post on 18-7-2012 11:19 AM |All posts
sejak dah xde arwah asri nie Rabbani cam dah kehilangan taringnya, alfatihah buat asri ibrahim

hana & hani, tok mak cayang selalu

11

Threads

0

Fans

636

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
4-9-2010
Post on 18-7-2012 11:21 AM |All posts
Kalau buat artis Malaysia xdela pening2....kalo tak jadi pn konsertnya, mesti melodi masuk
.....

16

Threads

10

Fans

6705

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-2-2008
Post on 18-7-2012 11:24 AM |All posts
tapi kalao mmg ada masalah permit, nak wat camne... menda tk dpt elak..

429

Threads

10

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
11-2-2011
Post on 18-7-2012 11:28 AM |All posts
rabbani tenggelam setelah ustaz asri takder sama seperti raihan tenggelam setelah nazri takder... mereka vokal utama kumpulan tersebut...
facebook.com/selipargombak

Asal Bukan UMNO - Harapan Baru Rakyat Malaysia

1

Threads

0

Fans

655

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
15-5-2012
Post on 18-7-2012 11:33 AM |All posts
padan muka penganjur...beria sgt dgn artis luar....
artis dlm pun boleh nyanyi lagu2 ketuhanan dgn baik jgk...
tp boleh tak cari penyanyi nasyid yg suara kelakian skit....
banyak suara lembik cam pondan + sengau hidung...
lemah timah mendengarnyeee....

rabbani jugak yg bestnye...
since 2006

0

Threads

1

Fans

1049

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
23-11-2011
Post on 18-7-2012 11:40 AM |All posts
zed zaidi x marah ke ni?
azman888 Post at 18-7-2012 11:00



    waaah ni patut amik tindakan ni. koling for rozaidi jamil
Yeeehaaaaaaa!

0

Threads

0

Fans

976

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
27-5-2008
Post on 18-7-2012 11:53 AM |All posts
Reply 13# sinbet


   sapo pulak rozaidi jamil ni? zad zaidi kah?

0

Threads

0

Fans

277

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
20-6-2012
Post on 18-7-2012 11:54 AM |All posts
Reply 14# ayiebest06


   adik jamil sulong...
MunajatCinta!

17

Threads

16

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
4-10-2011
Post on 18-7-2012 12:00 PM |All posts
best lagik maher zain






sekian




BOIKOT ORANG YANG TAK MENGAKU STATUS NI HANG INGAT HANG SAPA?

0

Threads

1

Fans

1049

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
23-11-2011
Post on 18-7-2012 12:05 PM |All posts
Reply  ayiebest06


   adik jamil sulong...
azman888 Post at 18-7-2012 11:54



    ..punya jiran












zz la
Yeeehaaaaaaa!

28

Threads

6

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
18-5-2009
Post on 18-7-2012 12:42 PM |All posts
dorang bising sebab dorang penganjur sama gak kan..
cuba kalau dorang bukan penganjur... takde la bising kot..
Woi Stalker!P bt kja.Dok pokpek gj sket kja byk.Walhal kja tangguh asyk Stalk aku

28

Threads

6

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
18-5-2009
Post on 18-7-2012 12:43 PM |All posts
baideway, meksim buka thread penyanyi nasyid okeh

transformasi meksim ke arah forumer bertatasusila sempena ramadhan ni..

sayang meksim...
Woi Stalker!P bt kja.Dok pokpek gj sket kja byk.Walhal kja tangguh asyk Stalk aku

12

Threads

2

Fans

3003

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
6-11-2009
Post on 18-7-2012 01:22 PM |All posts
sami...knp la...aku minat sami dri maher..suara dia best..
http://larikesurga.blogspot.com

6

Threads

18

Fans

810k

Points

Emperor

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
4-3-2009
Post on 18-7-2012 01:40 PM |All posts


nie adik ustaz asri ibrahim kan, saja je nak tumpang kat benang Rabbani, jgn mare yea
hana & hani, tok mak cayang selalu

4

Threads

4

Fans

7452

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
12-11-2008
Post on 18-7-2012 02:01 PM |All posts

rindu kat beliyaw...
http://www.facebook.com/pages/Kait-Kasut-Baby/120217488093067

16

Threads

6

Fans

2725

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-12-2011
Post on 18-7-2012 02:21 PM |All posts
Betul ker masalah permit? Dah beratus artis luar masuk Mesia nih, Justin Bieber baru2 ni pun lepas aje, tak de la pulak masalah permit. Permit apa yg tak lepas tu? Tah ye tah tidak tu. Beralasan aje gamaknya

3

Threads

5

Fans

2673

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
9-10-2009
Post on 18-7-2012 02:44 PM |All posts
kalopun mslah permit, xkan lah penganjur bodoh sgt smpai x bleh nk setelkan isu permit ni. dh tentu2 la disetelkan awal2 lagi...there must be something else...
aku maafkn kamu,tolg teruskn hidup,jgn sebut namaku..  

65

Threads

1

Fans

4440

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
12-3-2012
Post on 18-7-2012 02:54 PM |All posts
knapa msty berduet dgn ctkus tu...

nasib baik x jd...
Selagi Hidup...Teruskanlah berbakti...Walau tidak dipuji...
123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 08:27 AM , Processed in 0.295051 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top