San Francisco - Seorang lelaki telah ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang San Francisco selepas pengawal itu menyangkakan suspek membawa 'senjata' yang disembunyikan di dalam seluarnya. Tetapi sebenarnya senjata yang dimaksudkan itu adalah merupakan kemaluannya.
Jonah Falcon,41, berasal dari New York, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco oleh pegawai keselamatan dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat. Ketika beliau ditahan, serbuk putih telah disemburkan pada seluarnya untuk memeriksa bahan letupan tersebut sebagai benjolan yang ketara dari luar seluarnya yang disangkakan sebagai 'senjata biologi'.
Untuk pengetahuan anda, Jonah Falcon merupakan pemegang rekod lelaki mempunyai zakar yang terbesar di dunia. Beliau sebelum ini pernah muncul dalam dokumentari HBO tentang saiz alat kelakiannya yang berukuran 9 inci sebelum ereksi, 13.5 inci panjang selepas ereksi.
"Anu saya dalam keadaan serong ke kiri. Saya tidak ereksi pada ketika itu".
"Salah satu pengawal bertanyakan sama ada poket kiri saya kosong dan saya menjawab ya, tetapi dia tetap mahu membuat pemeriksaan fizikal pada badan saya malah memegang di bahagian kemaluan saya".
"Mereka juga meletakkan sedikit serbuk pada seluar saya, mungkin ia satu ujian untuk menguji bahan letupan. Saya mendapati ianya agak melucukan". Falcon seterusnya dibawa melalui pengimbasan badan X-Ray dan lulus ujian pengesan logam.
"Seorang lagi pengawal menahan saya dan bertanya jika saya mengalami ketumbuhan di sudut itu".
"Saya mungkin akan cuma memakai seluar pendek ketat untuk berbasikal selepas ini, dengan cara itu, mereka akan tahu".
Manakala sementara itu, pihak Pentadbiran Keselamatan tidak membalas panggilan ketika dihubungi untuk mengesahkan mengenai kejadian tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. - Sumber
p/s: haha.. macam2 la...
|